Haazihi Sabiili

Isnin, 17 Februari 2014

:: Hanya Kerana Cinta Kamu.....?!!! ::

Hammasah!. Semangat!


Di keheningan malam yang indah. Terasa angin sepoi-sepoi bahasa menghembus kulit. Saat itu terasa hebatnya Allah menciptakan angin. Walau rupanya tidak kelihatan, tetapi kewujudannya dirasai. Ada tanda di sebalik kewujudan itu. Itulah hebatnya Allah menciptakan segala ciptaannya dengan fungsi yang tersendiri.

Kehebatan Allah itu jelas bilamana wujudnya manusia. Yang juga punya fungsi yang tersendiri. Menjadi ‘abid dan khalifah. Itu fungsi utama. Ditambah lagi kehebatan Allah itu dengan wujudnya manusia yang terdiri dari dua jantina. Lelaki dan wanita. Kaum Adam dan kaum Hawa. Keduanya mempunyai tafsiran dan nilaian jiwa yang berbeza. Membuktikan kuasa Yang Esa.

Saat bersemangatnya dalam dakwah

            Akhi Fahrin: “ Salam akhi, program adik-adik minggu ini nak buat kat area mana?. Boleh akhi ‘confirm’kan?. Ana nak inform semua adik halaqoh ana ni…=) “

            Akhi Amat: “ Wasalam akhi, inshaa Allah akhi. kita akan buat di area-area Gunung Jerai!. Wahhhh!, bersemangatnya anta yer!. Ana pun hampir terlupa akan program adik-adik ni..Huhu. Asif2x “

Anda pasti sudah terbiasa dengan ayat-ayat sebegini. Menunjukkan seorang akh yang begitu bersemangat untuk mentakwin(membentuk) adik-adik halaqohnya. Hammasah!. Semangat!. Itulah ciri yang harus dimiliki oleh si pemuda yang ingin menjayakan sesebuah fikrah yang mereka yakini. Mereka membuktikan semangat itu dengan amal yang mencurah-curah!.

Kita sudah pasti tidak akan mengambil berat akan pembinaan adik-adik kita sekiranya tiadanya satu rasa ini. Rasa CINTA!. Kita akan bersemangat untuk menyumbangkan sesuatu kepada dakwah ini sekiranya kita cinta akan dakwah itu sendiri. Amanah berat itu tidak akan terlaksana jika rasa cinta kita terhadap dakwah itu hanyalah ibarat pepasir di tepian pantai. Mudah saja diterbangkan angin!. Rasa cinta terhadap dakwah haruslah seperti batu yang mencengkam bumi di tengah laluan air terjun yang berlari laju.

Seronok melihat ikhwah yang begitu bersemangat dengan dakwah. Kerana semangat mereka membuatkan kita ini turut cemburu. Cemburu dengan amal mereka. Cemburu dengan apa yang ada dalam diri mereka. Lalu, membuatkan kita untuk lebih bersemangat agar mampu untuk berdiri sama tinggi dengan ikhwah yang mantop itu. Ikhwah Qowiy!.

            “ Sesungguhnya  mereka  itu  adalah  pemuda-pemuda  yang  beriman  dengan Tuhan mereka; dan  Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(18:13)”

Seorang pemuda yang benar-benar beriman, Allah akan tambahkan mereka bermacam-macam-macam petunjuk, cara dan jalan untuk menegakkan agama ini. Di bahu merekalah terletaknya amanah yang berat untk memperbaiki umat yang kian rosak ini. Bermula dari bawah. Takwin Fardil Muslim. Membina individu muslim.

Semangat berbekalkan rasa cinta ini akan membuatkan si aktivis dakwah itu bersungguh dalam amal mereka, atau kata lainnya all-out untuk dakwahnya. Syukurlah kerana Allah itu telah membuatkan kita sekian lama jatuh cinta dengan dakwah.

PerjalananMasihPanjang


Cinta memfuturkan

            Akhi Amat: “ Salam akhi, lama tak dengar khabar berita?. Senyap je. Ke mana anta selama ni?. Ke dah menikah?. Hehe. Saje gurau akhi. Jangan marah. Bila lagi kita nak berprogram bersama nih? “

            Akhi Fahrin: “ ……………………… “

Mungkin situasi ini pernah berlaku dalam hidup kamu. Apabila seorang al-akh yang dahulunya bersemangat dalam dakwah namun kini sepi menyendiri. Lebih menyedihkan, tanpa khabar berita.

Apa yang lebih menyedihkan sebenarnya apabila seorang al-akh yang begitu menggila amal dakwahnya, kini futur kerana cinta. Jika dahulunya dia begitu cintakan dakwah, kini orientasi cintanya bukan lagi dakwah tapi kepada WANITA!.

Rasulullah saw. bersabda:

            ” Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar bagi kaum lelaki melebihi fitnah wanita” (HR Bukhari dan Muslim).

Ujian cinta ini bukan sahaja buat lelaki biasa, tapi lelaki dakwah juga tidak terlepas dari ujian ini. Saat bergabungnya kita dalam dakwah, kita harus tekadkan hati, bulatkan keazaman untuk menyerahkan segala harta jiwa dan raga di jalan Allah. Jangan biarkan cinta wanita itu merampas cinta suci iaitu cinta Allah.

Kenapa wanita lebih kamu cintai?!. Sedangkan mereka tidak memberi apa-apa makna kepada kamu melainkan kamu bernikah dengannya. Kerana hanya jalan pernikahan sahaja yang menghalalkan hubungan kamu. Adakah cinta kamu kepada dakwah yang dahulunya itu suatu kemunafikan dan kepura-puraan?

Seorang aktivis dakwah itu punya dua pilihan. Sama ada ingin menjadi seorang daie yang benar-benar tsabat setelah ujian menimpa atau daie yang futur kerana tunduk pada ujian. Tiada jalan tengah dalam kehidupan kita. Kita harus bertegas dalam memilih. Sama ada hitam atau putih. Sama ada syurga atau neraka. Seorang daie itu tidak akan tunduk dengan kejahilan dan kemungkaran.

Rasulullah SAW menyebut:

            " Pandangan itu merupakan panahan daripada panah-panah iblis laknatullah, sesiapa yang meninggalkan pandangan tersebut kerana takut kepada Allah, Allah akan mengurniakannya keimanan dan merasai kemanisan iman didalam hatinya." (Riwayat Al-Bukhari)

Singkirkan jahiliyah

            “ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (17:32)

Akhi fillah,

Ujian cinta itu ujian yang paling berbahaya. Apatah lagi apabila kamu bergelar seorang daie. Bergelar seorang yang sedang melakukan kerja dakwah dan mentarbiah manusia menuju kepada Rabb. Adakah kamu mengimpikan manusia yang kamu bina itu dekat dengan Allah sedangkan kamu sendiri yang jauh dari Allah dengan melakukan jahiliyah cinta itu?.

Menjadi lumrah seorang wanita inginkan seseorang yang boleh mendengar masalah mereka. Boleh menjadi tempat mengadu. Apatah lagi tempat meminta nasihat. Kepada siapa lagi kalau bukan kepada budak-budak dakwah ini. Muka nampak macam alim lagi suci. Inilah pilihan wanita. Mereka juga mengimpikan suami yang boleh membawa mereka dan anak-anak menuju syurga. Huh.

Andai benar kamu cintakan Allah, singkirkan jahiliyah itu. Singkirkan ia dari kehidupan kamu. Andai benar kamu inginkan syurga abadi, berkejaranlah mengejar nikmat syurga itu. Jangan kamu menjadi fitnah kepada dakwah suci ini. Jangan jadi peroboh kepada susunan dakwah ini. Hanya jiwa yang suci saja yang mampu bertahan untuk menjadi mata rantai dakwah yang amat panjang ini.

Ayuh wahai pemuda!,

Bertegaslah dengan prinsip kalian!. Jangan mudah tunduk kepada nafsu!. Jangan pernah memenangkan Syaitan yang datang dari kanan kiri depan dan belakang kalian!. Usah  biarkan nafsumu memamah semangat dan keinginan dakwahmu!. Tidak ada yang lebih bernilai melainkan menginfaqkan diri di jalan Allah!.

Jangan harap dakwah ini akan berjaya dengan percintaan yang tidak halal itu!. Wanita yang tidak mencintai Allah, tidak pernah menguntungkan kamu!. Bahkan ia akan menjauhkan kamu dari Allah dalam diam tanpa sedar. Cintailah Allah dan Rasul melebihi segala-galanya!.

Bangkitkan semangat PEMUDA!

" Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.(61:10-11)"
muslimdaie90_B1S7 

Ahad, 16 Februari 2014

:: Usrah!. Allah pasti tunjuki jalanNya ::



Allahu Allah. Alhamdulillah. Akhirnya Allah memberi jua kesempatan untuk saya meneruskan penulisan. Setelah melihat blog sahabat, owh, rupanya saya sudah hampir 3 bulan tidak menerjah ke alam blogging ini. Mungkin dek kerana kesibukan sebagai seorang pelajar pascasiswazah di sebuah universiti ternama di Malaysia ini...

Ada sahabat ikhwah bertanya, “ Akhi, lama tak update blog!..Busy ke?! “. Itu soalan biasa!. Kerana nak mengemaskini blog bukanlah suatu yang mudah seperti mengemaskini status di Facebook. Ia perlukan satu ruang masa yang sesuai. Sesuai agar penulisan itu ditulis mengikut rasional diri bukan sekadar beremosi…

            Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar        akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah   benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.( 29:69)

Entah mengapa, saya suka berkongsi ayat ini bersama ikhwah-ikhwah tatkala diminta untuk membuat sedikit perkongsian. Benarlah!, jika ayat Allah itu ditadabbur dengan sedalam-dalamnya, pasti ia memberi impak kepada si pentadabburnya!...

Ramai yang ingin merasai bagaimana rasanya cinta Allah itu. Ramai yang ingin mengecapi ketenangan yang sebenarnya. Ramai yang ingin merasai bagaimana nak rasa Allah itu ada di sisi kita sentiasa. Ramai juga yang nak rasa bahawa Allah itu sentiasa mengawasi kita…

Semua rasa itu tidak akan kita rasai jika kita ini seorang pendosa yang tegar lagi istiqamah dengan dosa-dosa itu. Juga pasti tidak akan dirasai oleh orang-orang yang merasai jahiliyah itu sebahagian dari hidupnya!...
Surah Al-Ankabut ayat 69 benar-benar menjelaskan kepada kita syarat untuk kita peroleh cinta, redho dan barakah dari Allah!...

Allah sebut yang mana Allah pasti akan tunjukkan kepada hambanya itu, jalan untuk menuju kepada Allah. Ya!, pasti!. Tapi dengan syarat!,,,,

“ Alamak akhi!, syarat ape pulak ni!. Ini yang ana lemah ni main syarat-syarat ni!. Ana bimbang ana tak mampu nak tunaikan syarat-syarat tu semua! “

Syaratnya adalah kamu JIHAD!. Kamu MUJAHADAH!. Selagi kamu tidak berjihad dan bermujahadah untuk cari redha Allah, jangan mimpi Allah nak tunjukkan jalan-jalan itu kepada kamu!

“ Mak aiii akhi!, kasarnya anta ni!. Padanlah adik usrah semua lari!. Errrr “

Seorang hamba yang mengatakan ingin menuju Allah, tapi tidak mujahadah, itu suatu yang contradict(kata omputih). Sebab nak menggapai redha Allah ini bukannya mudah!. Kena mujahadah!. Kena lawan hawa nafsu, kena menahan kehendak diri terhadap perkara-perkara yang tidak menguntungkan malah menjauhkan kamu dari Allah!...

Andai kita rasa kita ini masih lagi sering melakukan dosa secara istiqamah, maka boleh jadi kita ini tidak bersungguh dan bermujahadah pun untuk cari redha Allah. Ayat 69 itu, Allah sudah pun menjamin hambanya!. Kalau kita bermujahadah untuk cari redha Allah, Allah pasti akan tunjuk macam-macam jalan untuk kita dekat denganNya…

“Kalau Allah tak tunjuk jugak akhi?!. Padahal ana dari kecik lagi nak dapat cinta Allah ni! “

Jika Allah tidak menunjuki jalannya, boleh jadi kita ini masih belum bersungguh dan bermujahadah lagi!...
Bukankah ada suatu hadis :

            “ Apabila seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta. Dan barangsiapa yang mendekatkan diri kepada-Ku sehasta maka aku mendekatkan diri-Ku kepadanya sedepa. Kalau hamba-Ku datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari.” (Riwayat Bukhari dari Anas)

Saya rasa kita tidak lagi punya hujah untuk kata Allah itu zalim. Kerana Allah sudah pun sebut bermacam-macam ayat dalam Al-Quran, cara-cara nak dekat denganNya…

Usrah?. Dakwah?. Tarbiah?...

Word yang tidak asing lagi zaman kini!. Satu blog yang terkenal AngelPakaiGucci pun sudah mencanang-canangkan bahawa bagaimana usrah ini sebenarnya…

Allah sebut lagi dalam Quran :

            "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya, agar kamu    beruntung.(5:35)

Jadi, usrah itu satu wasilah yang terbaik bagi diri saya. Bukan kerana saya tergila-gilakan AngelPakaiGucci, Usrah Fitrah atau Ustazah Fatimah Syarha!, tapi kerana saya sendiri merasai suasana usrah yang sebenar ini bagaimana…

Allah suruh kita cari apa jua wasilah (medium) untuk kita ini lebih dekat dengan Allah. Pilihlah wasilah yang menenangkan hati kita. Bukan setakat menenangkan hati tapi wasilah yang juga bermanfaat buat diri. Bukan itu sahaja!. Wasilah itu juga haruslah wasilah yang mengarahkan kamu untuk melaksanakan tanggungjawab ibadah dan KHALIFAH!...

Saat berusrah, ketahuilah ada seorang insan yang sangat “caring” pada kita. Dialah insan ketiga setelah ibu dan bapa saat kita berjauhan dari ibu bapa kita…

Kenapa usrah ini best?...

Kerana dalam usrah ada Sang Murabbi!. Kerana murabbi inilah yang akan jaga kita, belai kita, bentuk kita!. Dialah yang akan jaga kefahaman kita agar lebih jernih, jaga mutaba’ah amal kita agar lebih konsisten, bentuk diri kita agar jadi individu muslim yang sejati…

Yang paling besar sekali jasa murabbi ini ialah, dialah yang akan menaikkan semangat dan menggerakkan kita untuk melaksanakan kerja dakwah dan tarbiah. Dialah akan menunjukkan toriq amal(jalan amal) yang berkesan buat masa ini. Dialah yang akan menerangkan perancangan-perancangan yang boleh kita buat untuk ummah ini…

Saya pernah dimuhasabah oleh murabbi saya masa saya belajar ijazah sarjana muda di sebuah universiti sebelah pantai di pantai timur. Dek kerana saya memegang agak banyak jawatan semasa saya semester 2 membuatkan saya sedikit tidak komit dengan tarbiah dan dakwah ini. Sehinggalah saya ditegur agar lebih serius untuk ikut gerabak ini. Dan ada lagi lah ‘buah-buah’ yang murabbi saya bagi sehingga saya rasa seperti dipanah-panah hati ini dan dihiris-hiris kulit. Pedih!. Perit!…

Lalu pada tahun 3 saya nekad untuk melepaskan segala jawatan yang saya pegang!...

Akhirnya???...

Alhamdulillah, tarbiah saya terjaga. Saya amat bersyukur dikurniakan murabbi yang sebegini!. Dia amat hebat!...

Itulah hebatnya usrah tatkala yang terikat antara murabbi dan mutarabbinya adalah IKATAN HATI

Dalam usrah juga ada UKHUWWAH!. Ukhuwwah Fillah, inshaa Allah…

Ikatan persaudaraan yang tertaut ini adalah kerana masing-masing ingin menggapai redha Allah bersama-sama dalam apa jua tindakan. Andai tersilap langkah, ada ikhwah yang menegur. Andai tersilap bicara, ada ikhwah yang membisikkan ke telinga, menegur kesalahan kita. Lalu dari situ terbitlah bibit cinta yang terindah. Fillah. Lillah…

Manusia dan jahiliyah ada kalanya tidak dapat dipisahkan. Tanpa semena-mena, ada saja jahiliyah yang dibuatnya. Tapi, bila dalam wasilah usrah ini, akan ada saja insan yang sedar akan jahiliyah kita dan ‘concern’ akan jahiliyah yang kita buat itu. Siapa lagi, kalau bukan Sang Murabbi yang telah saya sebutkan di awal perbicaraan tentang murabbi ini. Dialah yang akan mem’brainwash’ kita agar kita menyingkirkan segala jahiliyah-jahiliyah yang kita buat. Kerana jahiliyah adalah antara punca utama dakwah kita bergerak perlahan dan boleh jadi tidak bergerak…

Murabbi ini juga yang bersungguh cuba menghilangkan jahiliyah ini agar anak usrahnya lebih berfokus dan bersemangat dalam amal…

Yang paling best bila murabbi ini berperanan sebagai seorang yang akan memutaba’ah(follow-up) amal kita. Dia akan pastikan kita ini melaksanakan semua wajibat dan amal fardi(individu). Dia akan periksa sama ada cukupkah:-

1) Satu Hari Satu Juzuk(ODOJ)?..^_^
2) Qiyamullail at least seminggu sekali?
3) Puasa sunat isnin khamis?
4) Solat 5 waktu berjemaah?
5) Bacaan fikrah satu jam sehari?

Dan bermacam-macam lagi yang diperiksanya!...

Tapi, ketahuilah itulah sebenarnya ‘pushing factor’ kepada kita untuk terus mengejar ‘title’ individu muslim dan muslim yang rabbani itu. Moga terus bersemangat!...


            “Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin    (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.” (3:79)

Usrah ini adalah wasilah yang terbaik bagi saya!. Benar-benar membentuk peribadi muslim. Membuatkan kita lebih dekat pada Yang Esa. Dengan bantuan murabbi yang benar-benar mempunyai ciri-ciri kemurabbiannya itu…

Dengan usrah ini juga, bakal membuatkan kita lebih bersungguh nak kejar Allah, nak cari redhaNya!. Dan inshaa Allah, keikhlasan niat kita itu, sudah pasti Allah akan tunjuki jalannya!. Ya!, Allah pasti tunjuki jalanNya!.

- muslimdaie90_B1S7 -