Haazihi Sabiili

Ahad, 27 Oktober 2013

:: Kenapa jahiliyah masih bersarang?...T_T ::

-Jangan jadi manusia yang jahil-

“ Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku. [2:152]

Nilainya seorang hamba bermula di pagi hari. Bagaimana dia berpagi-pagian. Berpaginya seorang muslim sejati dengan tunduk dan sujud dengan penuh nilai kehambaan di hadapan Rabbnya. Tiada nilai erti cinta tanpa menterjemahkannya dalam amal pengibadatan kita. Paling kurang, ringankanlah tanganmu untuk mengangkat buku kecil bernama Al-Mathurat (atau kini dah ada versi Android..;-)

Sebagai hambanya, nilai sebuah muhasabah itu amat tinggi. Kita sang hamba ini sering kali melakukan dosa tanpa sedar, mungkin juga ada yang sedar. Muhasabah itu adalah sebaik-baik renungan buat diri yang sering lalai dan alpa dari sebuah ketaatan yang mutlak padaNya. Adakah layak kita akan cintanya seandainya dosa dirasai biasa?. We need reflect ourselves.

Tapaki bumi dengan iman

            “…..Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni'mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu…..[5:3]

Ayat ini antara ayat yang telah memukul jiwa para sahabat dengan kuat sekali. Lalu, akibat pukulan itu maka berguguranlah linangan air mata sang sahabat Rasulullah yang sangat mencintai baginda. Turunnya ayat ini memberi petanda yang tidak diinginkan oleh para sahabat. Petanda bahawa sang kekasih Allah bakal meninggalkan mereka. Tidak tertahan rasanya!.

Itulah jiwa para sahabat yang lembut walau ada sesetengahnya berperibadi begitu tegas dan keras. Mana tidaknya, seorang murabbi agung mereka bakal meninggalkan mereka dan bakal bertemu Penciptanya. Para sahabat tahu setiap manusia akan mati namun tetapi mereka masih dahagakan kasih sayang dan tarbiyah dari Rasulullah membuatkan seolah-olah mereka tidak bisa menerima hakikat itu. Hebat!.

Tarbiyah Rasulullah yang dahulunya telah berjaya membina jiwa-jiwa yang benar-benar basah dengan iman. Kepatuhan dan ketaatan mereka kepada Allah tidak lagi diragui kerana Rasulullah berjaya meyakinkan mereka dengan jalan perjuangan yang satu ini. Membuatkan mereka ingin hidup dan mati dengan dakwah ini.

Mari muhasabah bagaimana kita?. Rasulullah dan sahabat berjalan dan bertebaran atas muka bumi ini menggenggam risalah Ilahi. Risalah yang mereka akan sebarkan. Mereka menapaki bumi ini dengan penuh keimanan. Bukan sekadar mereka mengungkapkan kalimah iman tapi mereka juga membenarkan fikrah ini. 

Membuktikannya dengan amal. Kita gimana(mood: indon)???

Beriman dengan jahiliyah lagi?

Saya rasa pasti ada yang tertanya-tanya akan tajuk ini,

“ Beriman dengan jahiliyah ..Huh, macam mana tu yer?..Setahu saya rukun iman ada 6 saja..Dalam 6 tu pun, mana ada beriman kepada jahiliyah! “

Iman itu kan didefinisikan secara ringkasnya:-

1)         Membenarkan dengan hati
2)         Berikrar dengan lisan
3)         Beramal dengan anggota

Kita ini akan jadi seorang yang beriman dengan jahiliyah apabila kita menerima jahiliyah ini sebagai pegangan yang benar walaupun kita tahu  ia datang dari musuh-musuh Allah itu sendiri. Jika kita mengungkapkan bahawa jahiliyah ini bagus untuk diikuti kerana sesuai dengan waqi’(keadaan semasa) sekarang, maka kita telah pun mengikrarkannya. Apatah lagi kalau kita beramal dengannya!. Bab beramal ini, banyak yang dah melaksanakannya tanpa perlu diajar pun.

Antara tiga definisi ringkas itu, kita mungkin boleh berdalih dalam bab membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lisan tetapi tidak ramai yang boleh berdalih dalam bahagian beramal dengan anggota. Mana tidaknya, sudah begitu corak kehidupannya. Antara hadaf (objektif) utama musuh Allah ini ialah memisahkan umat Islam dari gaya hidup Islam. Dan mereka telah berjaya.

            “ Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik. 

Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin? (5:49-50)

Mereka” kini berjaya!!!



Sejarah kejatuhan Abbasiyah menunjukkan masyarakat ketika itu mula goyah prinsipnya. Mula lupa akan matlamat hidup mereka. Keagungan ilmu yang melampau semata-mata membuatkan mereka telah dikalahkan oleh tentera yang ‘bodoh’ dari ilmu. Tentera Monggol dan juga peristiwa Perang Salib. Masyarakat ketika itu mula tipis hammasahnya. Mula kendur semangat keinginan jihadnya. Mula culas melaksanakan kerja-kerja dakwah secara berfokus. Kini fokus mereka adalah berdebat mengenai ilmu yang baru lalu mengakibatkan kejatuhan khilafah yang tidak diinginkan.

Jatuhnya khilafah bukan bererti musuh Allah ini juga jatuh tapi sebaliknya!. Mungkin kita pun tidak menyedarinya. Musuh Islam ini bangkit dengan penuh bergayanya. Tidak dengan senjata tetapi dengan segala bentuk serangan pemikiran yang boleh menjauhkan manusia dari matlamat asal mereka diciptakan. ‘Abid dan Khalifah.

Musuh Allah ini telah berjaya meracuni umat Islam hingga sekarang!

“ Uish, betul ke ni bang?..Tak kan sampai sekarang orang kafir serang kita kot..Biaq betoi?..Saya tak tau pun!..T_T “

Inilah Sejarah Kita!(boleh buat satu pengisian hujung minggu ni..hehe)

Singkirkan jahiliyah serta karatnya itu

Orang kafir ni dia tidak beritahu kita yang dia nak serang pemikiran kita!. Kalau dia beritahu, saya rasa sudah lama kita akan berdemonstrasi besar-besaran..Mungkin lebih besar dari BERSIH 3.0. Serangannya cukup halus lagi rapi strateginya. Mereka juga ada yang mengkaji Al-Quran tapi kajian mereka itu hanyalah untuk menghancurkan umat Islam. Mereka cari point-point dalam Al-Quran, apa yang Allah suruh orang Islam dan mukmin buat lalu selepas itu mereka memikirkan cara nak jauhkan umat Islam agar tidak melaksanakan point itu. Hanya dengan memanipulasi nafsu seorang manusia.

Song, Sex,Smoke, Sport,Screen. Semua ini agendanya. Fenomena sekarang, ramai yang lalai dengan apa yang disajikan. Kalau ‘movie’nya, Running Man dan seangkatan dengannya. Sukan yang kini menjadi kegilaan orang sehingga ada sesetengah dari mereka sanggup tinggalkan solat semata-mata kerana bola. Diperbodohkan oleh sebiji bola. Apatah lagi lagu-lagu yang gempak yang menaikkan bulu roma pendengarnya. FaceBook juga kini menjadi kegilaan semua peringkat umur. Boleh tahan juga si Mark Zuckerberg ni.

 Bila diperhatikan, segala apa perkara yang datang dari Barat, semua dekat dengan nafsu kita. Mereka tahu tarikan nafsu saja yang boleh melalaikan umat Islam ini dari fokus sebenar. Mereka berjaya membuatkan umat Islam hidup atas landasan nafsu!

Sedarlah!, orang kafir kini sedang mencatur kita!

Ikhwah fillah, jauhilah dari jahiliyah itu. Usah biar ianya bersarang dalam hatimu. Kita harus fokus dengan kerja ini. Kita harus mencari segala anasir taghyir(agen pengubah) untuk ditarbiyah mereka bagi mengembangkan populasi orang yang berjuang. Tidak mesti tidak, perlu buat!.



Jika kita hidup dengan aturan jahiliyah, sedarilah bahawa kita sedang jauh dari aturanNya. Kita akan mula menjauh dari tarbiyah dan dakwah ini. Berjuanglah kalian bagi meraih chenta dan redhoNya!.......

-muslimdaie90_SA-

Jumaat, 25 Oktober 2013

:: Kenapa lupa kerja asas ini?! ::

-Menulis keranaNya-


Mencuri masa untuk menulis!. Itu biasa bagi seorang penulis blog yang ingin menulis dalam keadaan banyak lagi kerja nak buat. Alhamdulillah, masih lagi diberi keizinan olehnya untuk menulis dengan berbekalkan segelas air masak dan kek red velvet(first time makan) yang harganya RM5.50…

Kadangkala bila nak mula menulis, mesti ‘blank’. Tak tahu nak mula macam mana. Lepas istighfar dan tenangkan minda dan jiwa, barulah idea tu datang semula. Inilah manusia. Mudah sangat alpa sesaat…

Sekarang buka saja MukaBuku, maka banyaklah status-status yang Islamik. Bukan sekadar Islamik, tapi status-status yang berunsur dakwah yang menggugah jiwa. Bila baca, rasa semangat!. Seperti semangat lama yang tidur, bangkit semula!. Hebatnya kuasa penulisan. Tapi kena Lillahi Taala lah bila menulis tu…

Mungkin dek kerana semakin banyak status-status Islamik ini membuatkan manusia biasa sudah tidak pelik dengan ‘term-term’ yang digunakan. Usrah, dakwah, tarbiyah dan bermacam-macam lagi. Bahkan, status-status ini membuka ruang hidayah kepada seseorang untuk berubah…

Jangan lupa menulis dan mencetak manusia

-Manusia perlu dicetak seramai mungkin-
“ Cita-citaku bukan mencetak buku tapi mencetak manusia…(Hassan al-Banna) “

Subhanallah!, inilah yang diinginkan Al-Banna. Iaitu mencetak manusia-manusia yang akan bergerak untuk dakwah ini. Bukannya Al-Banna mengharamkan para Ikhwan untuk menulis, tapi hebatnya Al-Banna ini kerana beliau melihat jauh ke hadapan. Dakwah ini tidak akan bangkit dengan lahirnya banyak-banyak penulis yang kerja sehariannya hanya menulis tapi dakwah ini akan bangkit dengan lahirkan penggerak yang ingin menggerakkannya…

Dannn, itulah kerja besar lagi utama KITA!. Menyumbangkan seberapa banyak rijal yang bergerak untuk ummah ini. Kita menulis mereka dalam tarbiyah kita…

Apa yang Al-Banna impikan ini persis apa yang Rasulullah buat tika di awal dakwah dulu. Rasulullah mencetak para sahabat Baginda supaya suatu hari nanti, boleh bermanfaat untuk Islam. Zaman Mekah jelas menunjukkan Rasulullah begitu berfokus memberi bekalan keimanan kepada sahabat Radhiallahu anhum…

Hasil dari fokus ini telah melahirkan beberapa sahabat yang hebat. Lihatlah buktinya Mus’ab bin Umair. Rasulullah hanya menghantar Mus’ab untuk membuka Madinah di saat Mekah ketika itu ditekan dengan hebat sekali. Mus’ab membawa pulang lebih kurang 72 orang untuk berbai’ah janji setia dengan Rasulullah. Hebat bukan Mus’ab?. Itulah rijal yang sebenar!...

Kalau ada yang bertanya, “ Eh, hebatnya Mus’ab bin Umair nih!. Siapa ek murabbi dia? “. Jawablah dengan tenang lagi sabar, “ Siapa lagi kalau bukan Rasulullah!. Kan Rasulullah mentakwin(membentuk) Mus’ab di Mekah " Itulah penangan sentuhan seorang Rasul. Produknya mantap!...

Mengubah manusia menuju Allah bermula dengan tarbiyah. Tarbiyah ini perlu kerana manusia perlukan satu proses untuk mengubah mereka dari kebiasaan mereka. Sebagai contoh jika sebelum ini seseorang itu minat bermain video game, tengok movie, merokok, free-hair dan jahiliyah yang lain, maka tarbiyah adalah solusinya!...

Hasil dari tarbiyah inilah akan melahirkan manusia yang kini hidupnya berorientasikan Allah

Kerja asasi KITA

Bisnes?. Masuk ofis jam 8 pagi?. Punch card jam 9 pagi kalau pelajar master?. Kena jual produk?. Kena pergi audit ke syarikat dan universiti tempatan?...

Ini mungkin kerja sehari-harian kita. Tapi sedarkah kamu akan kerja yang sepatutnya menjadi kerja asasi kita semua?...

Ya!, membina manusia!. Kamu perlu mencari individu yang berpotensi untuk ditarbiyah. Kita kian lupa dengan amanah ini. Kita mungkin saja beralasan dengan bermacam-macam alasan, hanya semata-mata tidak mahu laksanakan amanah ini. Alangkah ruginya!. Janganlah jadi seperti bani Israel yang degil walaupun mereka telah menyaksikan kebenaran ini…

Cari manusia yang kita mampu untuk didik mereka. Di IPT adalah tempat yang terbaik untuk mendidik manusia. Di sana fokus mereka hanya belajar dan kurang cabaran dari luar. Manfaatkan waktu itu. Jangan kita hanya bergoyang kaki sambil membelek-belek buku pelajaran tanpa memikirkan tugas asasi kita. Seandainya kita terlalu fokus kepada pelajaran hingga terlupa tanggungjawab membina manusia ini, nantikanlah saat kebantutan dakwah Islam di tempat kita itu…

Mari benarkan janji kita kepada Allah untuk tegakkan Deen ini. Sama ada kita berjaya atau tidak…

            “ Di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak mengubah (janjinya)…(33:23)

Lahirkan rijal itu

Ada satu kisah tentang Sayidina Umar Al-Khattab dan para sahabat berkaitan dengan pemuda ini…

Ketika mana Saidina Umar ra duduk bersama sahabat-sahabatnya, beliau bertanya akan impian sahabatnya itu.

Seorang daripada mereka mengimpikan agar negeri itu dipenuhi dengan emas dan akan digunakannya ke jalan Allah. Maka ‘Umar berkata, impikanlah.

Salah seorang  yang lain pula mengimpikan agar negeri itu dipenuhi dengan permata, lantas digunakannya kejalan Allah. Maka ‘Umar berkata, impikanlah.

Sahabat-sahabatnya pula berkata bahawa tiada apa lagi yang ingin mereka katakan. Maka Umar berkata;

Aku mengimpikan PEMUDA seperti Abu Ubaidah al-Jarrah, Mu’adz bin Jabbal, dan Salim hamba Huzaifah, lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah.

Inilah nilai seorang sahabat hasil tarbiyahnya Rasulullah. Begitu memandang maslahat dakwah itu adalah lebih utama. Berbeza antara yang faham dan tidak faham…

Kenapa perlu lahirkan rijal ni?. Kalau takdek pun, ok je kan?. Kan dah ramai ustaz-ustaz dan pelajar yang balik dari negara Anbiya’ sana tu?

Mungkin ini tanggapan manusia biasa yang tidak memahami toriq amal( jalan2 untuk beramal) ini. Tapi seharusnya seorang kader yang sudah berintima’ dengan dakwah ini seharusnya tidak harus berfikiran sebegitu. Kerana kerja melahirkan rijal ini mula menjadi kerja asasi bagi para du’at ini…

Ya!, kalau makanan asasi kita adalah nasi,ikan dan ayam. Para kader dakwah itu ada makanan asasi yang lebih penting lagi iaitu dakwah itu sendiri. Tulislah rijal ini!. Setelah menulis cetaklah ia. Cetakan yang berjaya ialah apabila cetakan itu mengesani setiap pembacanya. Moga cetakan manusia itu bermanfaat untuk dakwah ini (^_^)

            “ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar...(9:111)

-muslimdaie90-

Rabu, 23 Oktober 2013

:: Ku Rungkai Sebuah Memori ::



Indah bukan memori silam?. Kalau direnung kembali, pasti ada bibit-bibit dan saat mencuit jiwa. Itulah nikmat yang masih Allah berikan pada aku. Nikmat fikiran yang masih bisa menerawang menjelajah memori dahulu kala. Indahnya saat itu!...

Ada yang bertanya padaku, bagaimana aku boleh berkecimpung dengan dunia tarbiyah dan dakwah ini. Bermula dari bila?. Di mana?. Dengan siapa?. Sudah berapa lama. Ahhh!. Dan bermacam-macam lagi soalan yang ditanya. Soalan dari teman yang ingin tahu. Matlamatnya adalah ingin mendengar pengalamanku. Dan inilah tujuan aku menulis pada saat ini!. Ingin menukil kisah dan coretan pengalaman bertemu kemanisan dalam berjuang…

Aku ingat lagi dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5, aku bersekolah di sebuah sekolah agama yang satu-satunya terletak di bandar Kuantan dan berdekatan dengan pantai. Terkadang terdengar deruan ombak memukul dan tiupan angin meluncur laju lalu terhasil bunyi seperti siulan dicelahan tingkap. Yang paling tak dapat dilupakan ialah bau ikan yang sangat kuat di tingkat 5. Al-maklumlah, bersebelahan dengan pantai dan bersebelahan juga dengan kedai jual ikan dan tempat memindahkan ikan dari kapal ke kedai menjual itu. Baunya, Allahu Rabbi!. Hanyir yang menyengat hidung!...

Setelah habis pengajianku di sekolah agama yang aku rindui itu, aku ditakdirkan untuk menyambung pelajaran di sebuah sekolah tinggi agama yang berada di daerah Pekan, Pahang. Bersebelahan saja dengan istana Taman Polo. Di mana, di sana aku belajar mata pelajaran Sijil Tinggi Agama Malaysia( baca: STAM). Di situlah pengalaman pertama aku menginap di asrama. Masa sekolah menengah, aku ulang- alik saja dari rumah ke sekolah. Setiap hari!. Namun, aku tidak lama di sekolah STAM itu dek kerana di pertengahan tahun, aku mendapat tawaran ke matrikulasi Pahang. Seronok tak terkata!...

Kehidupan di matrikulasi berjalan seperti biasa. Seronok!. Dekat dengan rumah. Walaupun rumah dekat, tapi aku bukanlah seorang yang sakit rumah( baca: homesick). Aku tidak punya masalah walau berjauhan dengan keluarga tercinta. Namun itu tidak bererti aku tidak mencintai mereka tapi itulah hakikat seorang manusia yang ada sesetengah darinya akan berjauhan dari keluarga. Berkelana mencari erti hidup. Setahun di matrikulasi mengajar aku banyak perkara. Ada pengalaman-pengalaman indah yang sempat terukir. Benar-benar indah!...

Bermula saat bertemu titik pemula

Semester kedua mengubah segala-galanya. 2 minggu sebelum Ujian Pertengahan Semester 2(baca:UPS 2) itu merupakan detik bermulanya anjakan matlamat hidupku. Matlamat yang dahulunya seperti orang biasa, kini sudah berubah menjadi matlamat sang Ghuraba’ Islam. Ianya bermula saat aku menerima panggilan telefon misteri dari seorang wanita yang merupakan sang murabbiyah yang umurnya dalam 50-an…

“ Assalamualaikum, ni akhi I ke?. Ni ana. Cikgu F ni (selesa dipanggil umi). Umi ada perkara yang ingin dibincang dengan akhi. Perkara yang amat mustahak!. Masa depan jemaah! “

Erk!. Aku punyalah terkejut tahap yang tak tahu nak cakap apa. Mana tidaknya!. Tiba-tiba saja keluar perkataan jemaah dalam keadaan aku masih lagi jahil. Jemaah mana pun aku tak tahu. Jantung berdegup kencang. Dada berombak. Suara sepertinya putus-putus. Bermacam perkara bermain di fikiran sama ada nak tutup saja telefon atau teruskan perbualan. Lalu, aku memilih untuk teruskan perbualan. Moga ada manfaat di sebalik perbualan tersebut…

“ Emmmm..Errrr..Ohhh, umi..Maaf, saya tak kenal umi..Boleh saya tahu dari mana umi dapat no saya?..”

“ Ok..Umi dapat nombor tel akhi dengan akhi M( sahabatku dari zaman sekolah)..Dia sekarang belajar di sebuah institusi pengajian di Johor “ jawab umi dengan selamba tidak berdebar

“ Ada apa-apa yang boleh saya bantu?..Kenapa umi call saya? “ tanya aku kehairanan

Lalu jawab umi dengan tenang. Bermula cerita yang agak panjang…

“ Macam ini akhi..Umi dari JXX( sebuah jabatan dalam jamaah tersebut)..Umi dapat maklumat yang di matrik tempat akhi belajar tu, ada jamaah dalam jemaah..Kumpulan ini bahaya!..Segala program yang dianjurkan oleh senior-senior tidak dimaklumkan kepada pimpinan jamaah induk..Semua program dibuat mengikut kepala dan hawa nafsu sendiri..Atau kata yang lebih jelasnya, tidak mengikut manhaj!..Jadi umi nak minta akhi untuk bentukkan satu kumpulan baru yang lebih mengikut manhaj jamaah..Program-program susulan, akan kita susun kemudian..Apa-apa masalah, beritahu umi..Kita bincang dalam phone..Nanti update apa perkembangan kumpulan akhi tu “...

Allah!. Kali ini memang rasa nak jatuh menyembah bumi. Mana tidaknya!, tiba-tiba terasa amanah yang begitu berat ditimpakan atas kepala bahu!. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya, dan menghembuskannya dalam keadaan yang santai. Aku dikehendaki bentuk kumpulan baru. Jamaah baru!. Dalam hati aku, “ini betul-betul kerja gila!. Nanti tahu dek ustaz G, mati aku!. Dah la lagi 2 minggu nak UPS. Ini memang risiko gila-gila ni. Aduyaiii!  “…

Entah kenapa aku tidak menolak saja permintaan umi itu. Aku menerima amanah itu dengan hati yang terbuka walaupun pada awalnya sedikit tidak ikhlas. Aku anggap, itulah ketetapan Allah. Itulah yang Allah aturkan untukku dan aku harus redha dengan ketetapan itu kerana ia menguntungkan Islam juga diakhirnya. Aku teruskan projek membentuk jamaah baru di  matrikulasi itu. Terasa sukar tapi dengan izin Allah, segala-galanya menjadi mudah. Benarlah kata orang awal dalam dakwah, “nak buat kerja perjuangan ni, kena ikhlaskan niat”…

Dalam masa 2 minggu itu juga, aku mencari dan mengajak sahabat-sahabat yang boleh di ajak untuk membentuk kumpulan ini bersama aku. Aku tidak ingin berseorangan kerana kambing yang berjalan sendirian akan mudah dimakan oleh serigala yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menerkam mangsanya. Dalam tidak disangka-sangka, aku dapat mengumpulkan lebih kurang 7 orang dalam masa itu. Lalu, aku membuat pertemuan pertama dengan mereka. Pertemuan yang matlamat dan agenda utamanya adalah menjelaskan apa dibuat ini…

Aku menjelaskan kesemuanya pada mereka tentang keadaan yang dicerita oleh umi pada awalnya. Dengan izin Allah lagi, mereka dengan mudahnya menerima sahutan ini. Antara tips aku menggabungkan mereka adalah dengan menyatukan mereka dari sudut pemikiran mereka. Kesemua 7 orang ini minat akan isu politik. Setelah aku ceritakan bahawa aku dan mereka perlu membuat satu kumpulan baru di bawah JXX, lalu mereka bersetuju tanpa banyak tanya…

Lalu aku memulakan pertemuan susulan di tempat yang berbeza. Aku menjelaskan dan memberikan kefahaman kepada mereka soal kerahsiaan dan kewaspadaan, menjelaskan tentang organisasi kumpulan, juga tentang taat setia kepada perjuangan. Aku juga membawa mereka keluar untuk ber’latihan’ sama-sama. Taat setia untuk bersama dalam perjuangan. Uniknya, mereka tidak terkejut akan projek aku ini. Mereka ibaratnya sami'na wa atho'na. kami dengar dan kami taat…

Masa makan masa, pergerakan kumpulan aku ini diketahui oleh kumpulan yang asal yang dikatakan tidak mengikut manhaj itu. Maka berlaku sedikit ketidak puashatian antara kumpulan aku dan mereka. Tapi, tidaklah sampai bergaduh, cuma terkadang bermasam muka sahaja. Ukhuwwah sesama muslim masih terjaga. Alhamdulillah...

Diringkaskan cerita, kumpulan aku dan kumpulan asal itu yang mana amir mereka ketika itu ialah akhi H, dipertemukan oleh pimpinan. Kami dikehendaki untuk buat suatu mesyuarat tergempar, untuk membuat pencerahan apa sebenarnya yang berlaku. Kumpulan asal itu ada muslimin dan muslimat manakala kumpulan aku hanya ada muslimin 7 orang yang baru nak bertapak. Lalu, muslimin antara kumpulan aku dan akhi H ini membuat pertemuan tertutup dalam bilik pejabat surau 'orang-orang yang bertaqwa'...

Pencerahan dimulai oleh akhi H yang memulakan pencerahannya dengan menerangkan semua kronologi perjalanan kumpulan mereka yang ketika itu yang dipercayai diberi nama Aku Muslim (baca: AM). Aku mendengar dengan teliti. Alhamdulillah, selesai dan jelas!. Aku pun menerangkan sedikit sebanyak pergerakan kumpulan aku yang masih baru ini atas arahan pimpinan induk. Setelah pencerahan, baru aku tahu yang semua ini berlaku hanya kerana sebuah salah faham. Kumpulan akhi H itu rupa-rupanya senior abang2 dan kakak2 yang susun program tanpa dimaklumkan kepada pimpinan induk ketika itu. Dan kumpulan akhi H muslimin dan muslimat itu pun tidak tahu yang mereka dikawal oleh senior. Ingatkan betul-betul bawah pimpinan induk tetapi sebaliknya. Memang sebelum ini, aku sangat anti dengan sahabat-sahabat di matrikulasi lain yang namanya disyaki dari kumpulan AM ni. Kerana menurut pimpinan kumpulan ini merbahaya cara mereka mendidik adik-adik. Ohh, rupanya kumpulan ini dah besar jaringan di matrikulasi yang lain…

Sejak dari itu selepas pencerahan, kumpulan kami bergabung!. Membentuk satu tenaga baru dan memulakan hidup baru dengan niat perjuangan yang satu. Antara perkataan yang aku pegang dari dulu sampai sekarang ialah, “Wehdatul Fikr, Wehdatul Amal”. Perkataan itu juga aku peroleh dari satu program yang dianjurkan oleh pimpinan. Aku meneruskan perjuangan bersama keluarga besar sehingga kami diikat janji setia untuk bersama memperjuangkan agamaNya…

Mula memilih haluan sendiri

Aku meneruskan perjuangan bersama kumpulan besarku itu sehinggalah tahun satu semester pertama di sebuah universiti di Bumi Penyu. Sehingga tiba saatku untuk memilih di akhir semester 1, kapal manakah yang ingin aku berintima’(bergabung) dan fokus. Lalu, setelah istikharah dan melalui beberapa pembacaan dari tulisan tokoh Ikhwanul Muslimin, lalu aku memilih untuk keluar dari kumpulan aku yang dahulunya aku bersama dan kini bersama kumpulan yang baru yang aku yakini manhajnya yang menghampiri cara yang Al-Banna inginkan dalam proses kebangkitan ummah bermula dengan asasnya…

Alhamdulillah. Kini aku yakin dengan jalan ini. Dalam kumpulan dan kapal yang berbeza dari dahulu. Tentangan masih ada namun aku kuatkan diri menempuhi semua ranjau itu. Inilah jalanku!..Walaupun dalam proses aku ingin bertukar kapal, aku dihentam dan dipsiko oleh abang-abang dalam kumpulan yang lama aku sertai itu yang mempersoalkan tentang manhaj kumpulan aku sertai sekarang. Bila aku tanya kepada mereka semula, mereka diam seribu bahasa. Sabar juga aku dengan mereka namun kini aku berlapang dada dan merindui mereka tika berprogram bersama di sebuah tempat di Batu Tiga Terengganu…

Aku menelefon kembali umi, dan menyatakan, “Umi, saya ingin memilih haluan sendiri kerana saya kurang selesa dengan sistem yang saya berada dulu..Maaf..Terima kasih atas bantuan selama ini”…

Ku ingati ukhuwah itu

Siapa kata memori ukhuwah mudah terpadam?. Itu dusta!, kerana ukhuwah fillah itu sukar untuk dilupakan. Sungguh aku merindui sahabat jamaah aku yang lama. Ingat lagi kami satu famili besar bersama-sama ke sebuah tempat yang bernama Congkak dan di situ terdapat sungai. Ingat lagi kami banyak berprogram bersama, hendap masuk matrikulasi bersama, ber BBQ bersama di belakang surau, kami membincangkan tugasan sama-sama dan menerangkan pada pelapis kami apa yang mereka perlu lakukan selepas kami keluar dan membincangkan masalah sama-sama. Memang ukhuwwah sungguh lah!…

Sungguh itu ukhuwah yang tidak dapat dilupakan. Aku merindui mereka. Mungkin ada dalam kalangan mereka yang tidak dapat menerima keputusan aku keluar dari kumpulan mereka. Namun, aku tersangat yakin masih terdapat sebilangan dari mereka yang masih dapat menerimaku sebagai sahabat. Walaupun kini kapal dan cara perjuangan kami sudah mula berbeza…

Dan…

Syukran katsiran kepada umi F yang dikasihi keranaNya yang kini berada di sebuah institusi pengajian di Melaka yang dahulunya mempertemukan aku dengan jalan perjuangan ini. Dia antara murabbiyah yang terbaik yang pernah aku kenali dalam sirah perjuanganku ini.. Syukran!


:: Walau cara kita berbeza, walau kumpulan kita berbeza, walau manhaj kita berbeza tapi yang pasti adalah destinasi kita adalah sama!. Iaitu Mardhatillah dan syurgaNya ::

Isnin, 13 Mei 2013

:: Fahami Jalan Ini Dan Ahlinya ::

Li Ta'arafu


Hebatnya Allah!...

Mencipta manusia itu dengan pelbagai jenis, bangsa. Paling indah lagi menarik bila Allah ciptakan yang pelbagai itu dengan pelbagai peribadi. Itulah kuasa Allah yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kuasa pun. Allah ciptakan semua ini bukanlah sia-sia. Ada tujuannya. Ada hikmahnya. Li Ta'arafu!...

" Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.(Al-Hujurat: 13)

 Hebatnya penekanan Allah dalam ayat ini. Allah jadikan lelaki, perempuan, bangsa, tujuannya untuk saling berkenalan antara satu sama yang lain. Lalu, Allah menekankan lagi, kemuliaan itu bukanlah terletak kepada anda jantina apa atau anda bangsa apa. Namun, kemuliaan itu hanyalah bagi sesiapa yang paling tinggi taqwanya kepada Allah...


Sejauh mana ta'aruf kita sesama muslim yang lain?. Sejauh mana ta'aruf kita sesama non-muslim yang lain?. Kadang-kala kita hanya berta'aruf dengan "geng-geng kita" saja, "geng surau", "geng tarbiyah". Terkadang kita terlupa bahawa Allah tidak menghadkan ta'aruf kita. Allah suruh kita ta'aruf dengan semua manusia...


Tarbiyah ini perlu ta'aruf

Anda ikut tarbiyah?...


Jangan menyangka tarbiyah tidak perlu ta'aruf. Jika tiada ta'aruf dalam mengikuti tarbiyah, bimbang juga kita tidak terkesan dengan tarbiyah itu...


Jangan mengharap hanya sekadar medium tarbiyah seperti halaqah usrah, daurah, mukhayyam, rehlah, riadhah dan lain-lain lagi untuk anda berta'aruf sesama anda. Tapi, itulah antara medium yang boleh membuatkan anda kenal sesama anda yang turut serta dalam tarbiyah. Janganlah hanya bila berprogram baru nak kenal sesama anda. Banyak waktu lain yang anda boleh manfaatkan untuk berta'aruf dengan lebih berkesan disitu...


Selain dari kita berta'aruf dengan manusia tadi, penting juga untuk kita untuk berta'aruf dengan tarbiyah!...


Macam mana tu?...


Dengan mengenali jalan tarbiyah ini!...


Jalan tarbiyah yang terkadang membosankan, menjenuhkan dan melemaskan. Jalan tarbiyah yang panjang. Jalan tarbiyah yang terasa jauh menuju matlamatnya. Jalan tarbiyah yang mengikat kita. Jalan tarbiyah yang terkadang mencuri masa hujung minggu kita. Jalan tarbiyah yang dipandang asing oleh sesetengah manusia yang jahil...


Inilah antara apa yang kita alami terutamanya buat yang baru nak berjinak-jinak dengan jalan yang mencabar ini. Mana tidaknya, jalan tarbiyah ini jalan proses. Proses yang panjang. Kena banyak bersabar!...


Kita WAJIB berkenalan dengan jalan tarbiyah ini. Berkenalanlah dengan berbekalkan kefahaman. Sekiranya kita tidak berkenalan dengan jalan ini, kita pasti terasa sangat berat, mudah 'down', mudah sangat bermain tarik-tali, hati mudah sangat rasa nak lari dari ikut jalan tarbiyah ini...


Kenalilah jalan ini. Anda akan dapati jalan ini walaupun dilihat sukar dan mencabar, tapi ingatlah bahawa anda akan bertemu kemanisan dihujung perjalanannya. Dan kemanisan itu anda mungkin tidak dapat menceritakannya dengan kata-kata. Dan inilah sebenarnya jalan Rasulullah dan para sahabat Baginda. Dengan sabarnya sahabat, Allah izinkan Islam itu bertebaran di seluruh dunia dan pernah gemilang!...


Murabbi + mutarabbi perlukan ta'aruf

Murabbi hanya manusia biasa. Mutarabbi juga manusia biasa. Jadi?...


Jadinya, murabbi dan mutarabbi ini bukanlah manusia yang berimankan dengan iman para malaikat. Iman malaikat itu sentiasa sama. Iman manusia pula ada turun naiknya. Masa naik itulah hati mula terasa mudah untuk beramal. Masa turun, hati mula terasa culas untuk beramal. Murabbi perlu kenal mutarabbinya. Mutarabbi perlu kenal murabbinya...


Perkenalan ini penting, penting dan penting!...


Supaya anda tidak kecewa dikemudian hari!...


Sudahkah anda merealisasikan tiga rukun usrah?. Taaruf, Tafahhum, Takaful. Mana mungkin kita memahami sahabat dalam tarbiyah selagi tidak berlakunya proses taaruf itu. Apatah lagi mahu membantunya. Jika datang seorang yang kita tidak kenal beliau datang meminta sedikit duit untuk membiayai pengajian anaknya, adakah mudah untuk kita memberinya?. Agak susah bukan?. Semuanya kerana kita tidak mengenali orang itu...


Ukhuwwah itu mencakupi 3T ini. Kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna tentang ukhuwwah,
" Keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan akidah yakni Islam...

Murabbi perlu kenal mutarabbinya. Ukhuwwah yang mantap itu bermula dengan ta'aruf yang mantap!. Murabbi perlu tahu tahap kemampuan mutarabbinya. Perlu tahu latar belakang hidup mutarabbi itu. Perlu tahu apa yang mutarabbi perlukan!. Ini semua perlu kepada kebijaksanaan murabbi itu sendiri. Penilaian yang berterusan akan membantu murabbi untuk membaca mutarabbinya...


Mutarabbi pula janganlah ingat murabbi itu sesempurna manusia. Murabbi juga dalam proses belajar. Masih banyak kelemahan. Mutarabbi juga perlu tahu apa haknya dalam dakwah. Mutarabbi punya hak untuk mendapat kefahaman dari murabbinya. Kerana itulah tanggungjawab murabbi. Mutarabbi perlu banyak bersama dengan murabbi. Inshaa Allah, ia membantu mengukuhkan perjalanan mutarabbi itu atas jalan yang mencabar ini...


Fahamilah sesama anda wahai murabbi dan mutarabbi. Moga anda boleh meraikan antara satu sama lain!. Inshaa Allah, inilah antara amal kita untuk menuju syurgaNya...


Tarbiyah Best!

Seronok ikut tarbiyah!...


Anda perlu merasai tarbiyah ini!. Disana anda akan merasa indahnya mentadabbur Al-Quran bersama sahabat yang lain. Anda akan merasa kurang bebanan jiwa apabila anda bercurahan hati dengan sahabat yang lain. Anda akan merasai fikrah anda semakin kukuh dan anda makin istiqamah dan bertambah yakin untuk menempuh jalan yang panjang ini...


Inilah masanya untuk anda mencuba. Sertailah usrah di tempat anda. Usrah yang memberi kefahaman dan bukannya usrah yang mendoktrin. Pastikan usrah anda itu membawa anda kepada Allah dan membantu anda untuk melaksanakan tujuan hidup anda sebagai 'Abid dan Khalifah. Bukannya usrah yang agendanya ingin meramaikan ahli dalam jamaah mereka dan merendahkan kumpulan Islam yang lain...


Kerana usaha tarbiyah inilah, Islam suatu ketika dulu pernah gemilang tahap Ustaziyatul Alam!. Anda mampu mengulanginya...(^_^)
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran." (Surah al-'Ashr: 1-3). 
-Bertuahnya Kita-
muslimdaie90

Rabu, 8 Mei 2013

:: Elakkan jahiliyah dengan tarbiyah ::

[Inilah dunia]


Habuan dunia dilihat indah bak permata..Lalu manusia mengejarnya tanpa menoleh ke belakang..Manusia banyak mengejar perkara yang hanya nampak di depan mata..Tapi hanya sedikit yang mengejar apa yang tidak nampak oleh mata. Di manakah nilaian hidup manusia ketika itu?..Sedangkan apa yang kita imani adalah masih ada kehidupan selepas kita mati..Adakah manusia lupa?..Atau sengaja buat-buat tidak tahu kerana dalam hati mereka punya sangkaan bahawa kiamat lambat lagi...

" Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)..[ Ali-Imran: 14]

Manusia sering lupa akan hakikat kejadian. Diciptakan dari tempat yang hina. Manusia sering lupa!. Kini minda umat Islam sendiri dijajah. Matlamat umat Islam sendiri sudah terpesong jauh. Matlamat mereka bukan lagi 'abid dan khalifah tetapi kini persis seperti orang Barat yang mengejar dunia dan melihat isi dunia ini adalah segala-galanya. Kenapa kita biarkan mereka menjajah minda kita?. Adakah ajaran Islam itu mundur dan kuno?. Muhasabahlah diri kita dimanakah pegangan kita apabila persoalan ini timbul...


Orang bukan Islam Barat sentiasa membuat perancangan!. Sepatutnya kisah Peperangan Salib menjadi ibrah kepada kita dan kita mengambil ibrah darinya. Islam sungguh hebat hingga mampu mengalahkan gagasan tentera Kristian ketika itu. Raja Louis seorang raja Perancis ini dengan rajinnya memuhasabah kekalahan tentera Salib ketika itu. Lalu, dia menjumpai satu kunci kekuatan umat Islam ketika itu. Umat Islam sangat berpegang kuat dengan Al-Quran. Lalu, Raja Louis ini mengeluarkan kenyataan bahawa "UMAT ISLAM INI TIDAK DAPAT DIKALAHKAN OLEH SENJATA TETAPI KITA DAPAT KALAHKAN MEREKA DENGAN MEMISAHKAN MEREKA DARI AL-QURAN LALU MENYERANG PEMIKIRAN MEREKA!!! "...


Kesungguhan!

Orang Barat begitu bersungguh merancang untuk menjatuhkan umat Islam kerana dalam fikiran mereka, mereka ingin memegang dunia. Mereka ingin menjadikan agama mereka adalah agama yang tertinggi lalu bisa menindas agama yang lain. Matlamat besar ini harus dimulai dengan perancangan yang begitu mendalam dan terperinci. Mereka mula melancarkan serangan pemikiran yang berbagai. Dengan hiburan yang melampau tidak kira batasan usia. Lalu, serangan ini membawa kepada manusia untuk hidup dalam acuan Jahiliyah yang dicorak oleh Barat. Sedarkah kita wahai umat Islam?!!!...


Kini persoalan itu kembali kepada umat Islam. Bagaimana perancangan kita?. Adakah kita sekadar merancang kehidupan dunia sahaja?. Adakah kita sekadar merancang untuk mendapat pekerjaan yang gajinya lumayan?. Adakah kita sekadar merancang keluarga untuk mendapat anak yang ramai?. Adakah kita sekadar ingin manusia lain melihat kita hebat?. Adakah sekadar itu?. Sekiranya sekadar itu, maka matlamat hidup kita saling tak tumpah seperti orang bukan Islam!. Dan, akhirnya gaya hidup umat Islam pun serupa seperti orang bukan Islam...

Dimana kesungguhan kita?!. Kenapa kita tidak merancang untuk menjatuhkan Barat sedangkan Barat hari-hari merancang nak jatuhkan Islam?!. Dimana jiddiyah itu?!!!...

Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya”
(Al-Baihaqi)


Tarbiyah Islami

Ini semua perlu kepada solusi!. Tidak cukup sekadar berbicara panjang lebar hingga 12 malam tetapi tiada tindakan!. Kita tidak mahu jadi individu ibarat tin kosong!. Nampak keras di luar, tetapi kosong dalamnya!...


Manusia ini pasti akan larut dalam larutan hidup Jahiliyah sekiranya tidak dipandu. Kenapa kadang-kala orang yang banyak ilmu agama pun boleh hidup dalam Jahiliyah. Ya!, mungkin ilmu itu hanya banyak di dada tetapi ia belum cukup mengesani hati. Kerana yang membentuk gaya hidup kita di luar adalah hati. Atas sebab itu hati ini terlebih dahulu ditarbiyah. Perlu dididik. Sabda Rasulullah:-.

" Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati "

Tarbiyah Islami itu seharusnya terlebih dahulu menyentuh pintu hati kita. Kerana boleh jadi tarbiyah jahiliyah yang akan menyapa hati kita dahulu!. Kita perlu bijak membezakan yang mana seharusnya haluan hati kita. Kembalilah kepada fitrah hati kita iaitu Islam...


Sistem sokongan

Hati manusia ini ibarat air yang sedang menggelegak dengan hyperactive nya. Boleh jadi hari ini kita beriman, tetapi esok sebaliknya. Iman manusia juga sentiasa ada turun naiknya. Itulah hakikat iman manusia...


Bagi manusia yang berfikir, pasti dia akan memikirkan solusi bagaimana ingin memastikan iman ini sentiasa cuba untuk naik dari sehari ke sehari. Kita tidak bisa jamin iman ini sentiasa naik kerana hati ini perlu ada sistem yang mengawalnya. Perlu ada sistem yang mengawal keimanan dalam hati. Itulah SUPPORT SYSTEM.


Bagi muslim biasa, ada yang mencari pelbagai medan dan wasilah supaya mereka dapat mengekalkan iman mereka. Sebagai contoh mungkin ada yang begitu komited untuk hadir kuliah Dhuha hari Jumaat, begitu komited hadir ke masjid untuk mendengar kuliah maghrib oleh ustaz-ustaz yang hebat ilmunya, begitu komited membuka surat cinta dari Allah lalu mentadabburnya...


Alhamdulillah!, itu sungguh hebat!...


Namun, kita masih tidak dapat nak memastikan bahawa kita akan komited dengan amalan kita tadi melainkan perlu ada seseorang yang kita yakin dia boleh membimbing kita untuk meningkatkan iman kita. Dialah yang kita namakan SANG MURABBI!...


Murabbi inilah yang akan sentiasa mengawal amal kita. Kita tidak mampu untuk beramal sendirian tanpa pantauan. Sedarilah hakikatnya kita perlukan seorang peneman kita dalam perjuangan. Tugas peneman ini bukanlah untuk mengambil kesempatan atas kelebihan kita atas tujuan peribadi. Tetapi peneman inilah yang menjadi penguat kita untuk menapaki jalan perjuangan yang penuh onak duri ini!. Sepertimana Nabi Allah Musa yang memohon kepada Allah agar dikurniakan seorang peneman dalam menyebarkan agama Allah iaitu Nabi Allah Harun. Sedangkan Nabi pun perlukan peneman, adakah kita ingin berjuang berseorangan?...


Inilah sistem sokongan impian!. Moga impian itu bisa jadi suatu kenyataan yang menyegar dan menyinar ke seluruh pelusuk dunia!. Dengan izin Allah!. Allahu Akbar!

-muslimdaie90-

Selasa, 30 April 2013

:: Cabarlah dirimu! ::



“ Salam akhi, ana nak join usrah lah..Ana nak join usrah yang enta join tu..Nampak macam seronok sangat!..” tanya Harun kepada Iman dengan penuh ke’excited’an

“ Serius?!..Boleh je!..Ana lah orang yang paling gembira akhi!..Akhirnyaaaaa!!!..Okey2, nanti ana serahkan nama enta pada naqib enta yer..Tunggu tau!..Heheee “ balas Iman dengan penuh gembira dek kerana hampir setahun cuba men’dakwah fardiah’kan si Harun ni

Masa berlalu selama beberapa bulan~~~~~~~~

“ Salam akh Iman, dah berbulan ana tunggu, kenapa takde orang pun call..Ke, ana tak layak nak join usrah ni?..Ke Allah tak bagi aku join ni?..Banyaknya dosa aku!..T_T “, Harun mula mengadu kepada Iman

“ Asif akh!, yeke?..Tak kan kottt!!!..Jangan begitu..Mesti ada silap kat mana-mana ni..Nanti ana cek semula!”, balas Iman dengan penuh harapan…

Periksa punya periksa, rupanya bukan naqib ini tidak mencuba tetapi Harun ini seorang yang agak mencabar..Sangat mencabar!.....................................

“ Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk( al-Qasas: 56 )

Inilah antara kes yang biasa berlaku..Bukan kes terpencil lagi dah..Tapi, common case yang berlaku saat kita ingin melakukan proses penyerahan sahabat-sahabat yang kita ingin usrahkan..Dimana silapnya?..Adakah pada sang murabbi itu?..Atau silapnya pada manusia yang ingin kita tarik itu?..Sama-sama muhasabah!.....

Dakwah ini memang mencabar..Penuh cabaran..Ia bukan bermain dengan satu jiwa, tapi dua jiwa dan lebih lagi!..Dan jiwa-jiwa ini punya sifat dan ragam yang berbeza..Punya warna yang pelbagai..Tugas daie itu tidak sekadar menyentuh satu atau dua jiwa tapi lebih!..Bilangan pendakwah itu mungkin sedikit di sesetengah kawasan tapi itu tidak bermakna dakwah ini boleh diberhentikan mengikut keadaan setempat, tidak!..Kalau tidak, Allah terlebih dahulu memerintahkan Rasulullah untuk menyebarkan dakwah melihat kepada penderaan jasad Baginda yang teruk!...

Daie itu perlu menyentuh, perlu melayani jiwa mereka ini!..Bukan sekadar menyentuh, tetapi membina kefahaman agar jiwa yang pelbagai warna dan ragam ini dapat disatukan frekuensinya..Teruskan mencuba!..Merekalah objek dakwah kita!..Dalam bahasa yang lebih bunyi kearabannya adalah mad’u...

Bukan setakat mad’u sendiri ada pelbagai warna dan ragam, daie itu sendiri pun ada ragamnya..Macam-macam ragamnya!..Disebabkan ragam daie yang pelbagai ini, maka timbullah bermacam-macam uslub( kaedah) dakwah yang digunakan untuk menarik objek dakwah ini…

Ada yang guna cara lembut, ada guna cara kasar, ada guna cara bermain hati, ada guna cara psikologi dan bermacam-macam cara lagi lah!...

Tapi, pokoknya berhikmahlah dalam mengajak manusia kepada Allah

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik." (al-Nahl: 125)

Di saat dakwah dan tarbiah ini ingin dimulai secara sedikit laju di sesetengah kawasan, maka saat itu para pemikul dakwah tidak seharusnya bermain-main dan bergurau-gurau lagi..Daie yang berada dalam saat permulaan ini perlu daie yang benar-benar memahami toriq amal dakwah ini..Tidak boleh berlemah lagi..Tidak boleh beralasan lagi!...

Kisah di permulaan tadi menceritakan kekecewaan si Harun terhadap dakwah..Dia sudah mula tawar hati..Sudah mula timbul persoalan-persoalan pelik yang berbahaya...

Si Harun ini mungkin tidak mengerti..Pernah juga kadang-kadang harun ini menyalahkan diri sendiri dengan mengatakan, “Ana tidak diperlukan..Ana banyak dosa..Allah tak pilih ana..Mungkin bukan saatnya lagi ana untuk ikut antum”...

Saat permulaan dakwah ini benar-benar ingin mengumpulkan jiwa yang sudi dibina..Dakwah ini menginginkan jiwa yang tidak bermalasan dan beralasan..Dakwah memerlukan orang yang kuat semangat dan boleh berkorban!..Inilah antara ciri-ciri daie disaat ingin memulakan medan yang baru..Mencabar bukan?..Bukan kerja main-main!...

Kita harus kuat!..Kita harus mampu untuk berlawan dengan cabaran di luar sebelum memasuki kafilah dakwah kerana cabaran dalam kafilah ini lebih besar..Lihatlah para sahabat pada Peperangan Badar, cabaran mereka di medan perang..Cabaran antara hidup dan mati..Melibatkan nyawa!..Walau mereka sedikit tika itu, namun keimanan mereka telah mengatasi rasa gentar mereka kepada musuh mereka!..Itulah para sahabat!, Kita?...

Relakan dirimu untuk ditarbiah sebelum kamu mentarbiah manusia lain..Mana mungkin kita sibuk-sibuk mentarbiah orang tapi diri kita sendiri tidak menerima tarbiah yang baik..Akibatnya, kita kurang bekalan dan akhirnya kita mula rasa kurang yakin dengan jalan ini..Mula rasa ingin bertarik tali saja dengan Allah..Mula merasai jalan ini tidak menjanjikan apa-apa yang membahagiakan hidup di dunia…

Berhati-hatilah dengan perasaan sebegini..Bimbangnya andai Allah menapis kita dari jalan ini..Sentiasalah beringat-ingat..Inshaa Allah, teruskan beramal dengan ikhlas..Ini yang namanya perjuangan!... 

muslimdaie90

Ahad, 14 April 2013

:: Jalan yang dicintai ::




Ramai manusia yang kini merasa dunia ini indah..Mula merasa dunia adalah segala-galanya..Perasaan ini biasa sangat terjadi lalu menyebabkan sekalian manusia mengejarnya dengan penuh kesungguhan!..Seperti tiada lagi alam selepas dunia!..Teruknya mereka yang punya perasaan sebegini!..

 “Jangan sampai dunia itu menipu daya kamu.” (Luqman: 33)

Bila manusia mula merasa cinta kepada dunia, maka berlakulah segala masalah dalam masyarakat!...

CINTA ini tersangat bahaya jika diaplikasikan pada jalan yang tidak benar!..Kerana sifat cinta itu, ia menuntut daripada kita segala macam perkara..Dan akhirnya kita perlu serahkan perkara itu kerana perasaan cinta itu…

Andai kita cinta akan ibu bapa, maka kita akan sudi berkorban untuk mereka..Andai kita cinta kepada sahabat kita, maka kita akan cuba dengar masalah mereka dan selesaikan bersama..Andai kita cinta kepada sang suami dan isteri, maka kita pasti akan cuba saling melengkapi antara satu sama lain walau terkadang tergigit lidah…

"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".  (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Andai kita cinta akan Allah dan Rasul?..Apa buktinya?...

Seharusnya, ada sesuatu yang perlu kita buktikan!..Cinta Allah itu bisa saja kita lakukan..Melakukan amal soleh..Bukan amal soleh yang kering tapi amal soleh yang punya rasa ikhlas dan penuh ubudiyyah!...

Rasulullah sudah jauh dari kita..Adakah kita masih mencintainya?..Mencintai Rasulullah itu tidak cukup sekadar kita melakukan sunnah Baginda yang kecil, tapi sunnah yang besar itu yang harus kita galas!..Itulah tugas Rasulullah sejak menerima wahyu yang pertama, sehinggalah akhir hayat baginda!...

Adakah kita ingin mengangkat kain putih tanda “surrender”?!..Serah diri?..Tepuk dada, tanya imanmu!
Cinta ini sangat luar biasa kesannya!..Jika benar cinta Rasulullah itu sudah benar-benar terpahat, sama ada tugas besar atau kecil, pasti kita akan memikulnya!...



Cinta meringankan beban ini

"..Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus." [Al-Hujurat, 7]

Dakwah ini memang panjang..Memang sangat berat!..Matapelajaran fizik juga telah menjelaskan, untuk mengubah keadaan sesuatu beban ia memerlukan tenaga..Dakwah juga begitu!..Untuk memikul dakwah ini perlukan tenaga!..Perlukan hammasah dan himmah yang tinggi!...

Kenalilah jalan dakwah ini..Ada apa dalamnya, bagaimana tabiatnya, apakah ujian dan mehnah yang menanti!..Saat kita sudah mula memahami, saat itu juga bibit-bibit cinta akan mula lahir..Cinta yang membuatkan para kader dakwah ini mula terasa keindahan dakwah..Cinta yang membuatkan kader dakwah mula rasa bersalah tatkala tidak menyampaikan pada manusia lain!...

Ohhh!, hebatnya penangan cinta ini!..Kecintaan dakwah yang ingin dibawa hingga kita bertemu Rabb…

Akhirnya, cinta ini mula menutupi perasaan kita yang pada mulanya merasa dakwah ini sangat beban sehinggakan jiwa para kader dakwah itu mula berkira-kira untuk lari dari bebanan ini..Betapa ruginya golongan itu!..Tidakkah mereka mahu menjadi golongan beruntung?!..Ya!, Al-Ghuraba’!

Tiada dan kurang cinta

Kita tidak perlu pelik jika ada sahabat dakwah kita yang sudah lari dan tidak bersama dengan dakwah..Jangan juga kita bersedih hingga akhirnya kita juga melemah!..Kerana dakwah yang kita jalankan ini adalah kerana Allah!..LillahiTaala..Pasakkan dalam hati!...

Beredarnya mereka bukan kerana mereka membenci tetapi mungkin juga kerana tiada cinta dan kurangnya cinta mereka kepada dakwah..Titik tolaknya adalah kefahaman!..Kefahaman yang akan menimbulkan rasa cinta dan cinta itu yang menggerakkan jiwa kita untuk memberi sumbangan dalam apa jua bentuk sekalipun terhadap dakwah ini!...

Mohonlah pada Allah agar jiwa ini terus dithabatkan!..Moga kita terus istiqamah..Moga kita terus kuat menghadapi segala mehnah ujian dalam perjalanan ini!..Moga Allah kurniakan juga kepada kita pendamping yang sentiasa menjadi penguat kita dan sentiasa menjadi pemangkin positif dalam menjayakan misi ini…

Ya Allah!, bekalkan kepada kami kefahaman yang jelas!.. Hasbunallahu wa ni'mal wakeel.T_T

muslimdaie90

Selasa, 12 Mac 2013

:: Allah..Rasul..Cinta ::



Cinta tidak mudah terlafaz..Cinta juga tidak mudah diterjemah..Dalam mencintai seseorang, tidak mudah!..Mana mungkin cinta itu bisa jatuh seandainya kita tidak mengenali seseorang itu..Ibarat dua jiwa berlainan jantina yang sedang berkasihan tanpa ikatan yang sah, mereka itu bercinta..Dan, cinta mereka itu sangat 'hebat' sehingga dikatakan mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena..Kadang-kadang kentut pun bisa jadi wangi!..Hebatnya penangan cinta mereka!...

Allah?..Rasul?..Cinta?...

Tiga kata yang perlu kita adunkannya didalam jiwa..Cintakan Allah?.Mana mungkin seandainya tiada ma'rifatullah!..Cintakan Rasulullah?.Mana mungkin seandainya tiada ma'rifatu Rasulillah..Cinta?..Ya!, itu satu kata yang sangat tinggi nilainya!..Oh ya!, boleh jadi cinta itu menjadi serendah dan sehina kata sekiranya tempatnya tidak benar!...

Firman Allah SWT dalam Hadis Qudsi melalui Rasulullah SAW: “Apabila seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta. Dan barangsiapa yang mendekatkan diri kepada-Ku sehasta maka aku mendekatkan diri-Ku kepadanya sedepa. Kalau hamba-Ku datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari.” (Riwayat Bukhari dari Anas)

Mengenal Allah itu adalah agenda awal kita hidup di dunia..Manusia banyak melupakan Allah..Ya!, akibat dari itu, berlaku masalah sosial yang sangat banyak!..Pelaku maksiat ini tidak lagi mencintai Allah!..Tidak lagi mengenali Allah!..Tidak lagi takut akan azabNya!...

Apatah lagi untuk cintakan ALLAH!!!...

Pada tanggapan mereka, Allah itu hanya di masjid, Allah itu hanya dalam solat, Allah itu hanya di Mekah ketika melakukan umrah..Jiwa pemaksiat ini mula tidak merasakan Allah itu dimana-mana..Mula tidak sedarkan diri..Diri mula rasa indah pada dosa..Dosa itu seperti makanan..Kalau dosa tidak dilakukan sehari, maka jiwa akan rasa gundah gulana..Sedihnya!...

Mengenal Rasulullah?.Allah jadikan seorang Rasul yang namanya Muhammad bin Abdullah..Bukan nama orang biasa-biasa ditepi jalan..Bukan nama penjual makanan..Tetapi, inilah dia kekasih agung Rasulullah SAW..Mencintai Rasul itu suatu kewajiban!..Bagaimana ingin bercinta dengan Rasul?!..Caranya, kenalilah Rasulullah!...

Sirah baginda yang memberi ibrah yang cukup terkesan dan padu dalam jiwa kita..Ibrah yang bisa diambil untuk dipraktiskan dalam kehidupan kini..Perjuangannya cukup menampar diri..Pengorbanannya cukup menyentuh jiwa sanubari..Kesungguhannya sangat menaikkan semangat juang kita!..Ambillah pengajaran ini!..Rasul telah menunjukkan cara menuju Ustaziyatul Alam..Analisa dan beramallah dengan sunnatullah ini!...

Cintakan Allah!..Cintakan Rasulullah...

Jangan mudah melafaz cinta pada kekasih hati yang tiada ikatan..Kerana seandainya cinta ini terluah, cinta Allah dan Rasul itu pasti turun peratusannya..Kerana syaitan itu sentiasa saja membisikkan kata-kata indah ditelinga manusia..Bisikan yang sangat indah!..Bisikan yang mengatakan kekasihmu itu adalah yang nombor 1..Kekasihmu itu adalah yang cantik atau hensem..Semua bisikan pujian yang membinasakan!...

Ingatlah hadis ini:-

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".  (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
 
muslimdaie90_PBK