Haazihi Sabiili

Khamis, 1 November 2012

:: Manusia, Tumbuhan, Haiwan : Siapa KITA? ::

Tumbuhan dan haiwan berinteraksi



Seronoknya hidup di dunia khususnya di bumi..Ada manusia yang baik lagi soleh yang sentiasa menemani dan dekat dengan kita..Bumi juga punya tumbuh-tumbuhan yang beraneka Family, Genus dan Species nya..Tumbuhan yang mencorakkan alam untuk kelihatan lebih indah di mata manusia..Juga haiwan dan serangga yang melata di bumi pelbagai spesis..Berinteraksi riang ria antara mereka…..

Manusia..Tumbuhan..Haiwan..Ketiga komponen alam ini saling berinteraksi antara satu sama lain..Saling memerlukan antara satu sama lain..Interaksi biologi menjalin dengan antara komponen ini..Itulah bukti kekuasaan Allah dan aturanNya..Tidak dapat disangkal lagi..Hitunglah nikmat dan kurniaan Allah..Sudah pasti tidak terhitung!.....
            “Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.( Ibrahim: 34)

Sungguh!, manusia itu sangat lemah!..Lemah yang akhirnya mengundang kepada kesalahan dan dosa!.....
Beza antara ketiganya yang paling ketara adalah cara fungsinya..Persamaannya pula ialah organisma hidup dan memerlukan makanan untuk terus hidup atau survival…..

Istimewanya manusia!

Sangat bersyukur kita kerana Allah itu mewujudkan kita atas dunia..Not as plants or animals..Tapi, muncul atas muka bumi sebagai manusia..Iaitu makhluk yang dijadikan Allah, sebaik-baik kejadian!..Terbaik dari sekalian makhluk yang dijadikanNya..Bangga tak???.....
         "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."(At-Tiin: 4)
Lagi istimewanya kita, bila Allah bagi akal!..Akal inilah yang menjadikan kita yang namanya MANUSIA..Kalau otak, haiwan pun ada otak..Kalau raya korban, cuba sembelih lembu dan keluarkan otaknya..Wah!, sangat persis dengan otak manusia..Tapi, AKAL telah membezakan..Antara manusia dan haiwan..Apatah lagi tumbuhan yang tidak ada otak…..

Kata Harun Nasution, seorang ahli pemikir Indonesia,katanya:-
“ Akal itu tidak sama dengan otak..Akal ialah daya berfikir yang terdapat dalam jiwa manusia “

Sangat istimewa kan akal?.Hebatnya KITA!..Angkat dada dan dongak ke langit..Kita memang hebat!.....

Manusia itu hina!

Tajuk ini rasanya agak keras lagi kasar..Tapi, ia wajar!.....
JOM!..Ambil masa seketika untuk mentadabbur ayat Allah ini :-
          
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."(Al-A'raaf : 179)

Allah menerangkan cirinya!..Orang yang tidak mahu memahami ayat Allah, tidak melihat kekuasaan Allah, tidak mahu mendengar pun ayat Allah..Inilah cirinya!..Allah telah menyamakan kita seandainya kita punya ciri-ciri tersebut dengan HAIWAN!..Bahkah, lebih sesat!!!.....

Jadi?.Mahu duduk bergoyang kaki tanpa berbuat apa-apa?.Maka selayaknya kita ini hina dan sesat…..

Buktikan!..Bagaimana caranya?!

Semestinya kita tertanya-tanya dan mempersoalkan pada diri sendiri..Bagaimana caranya?!..Allah dah cakap kita ini istimewa..Dan kaitkan kita dengan haiwan binatang ternakan..Oh!, apa itu?..Tak faham!.....

Ya!, kita harus buktikan kita ini adalah sebaik-baik kejadian..Bagaimana?..Dengan memastikan cara hidup kita tidak seperti tumbuhan dan haiwan..Tumbuhan itu kitaran hidupnya kelihatan lebih simple dan ringkas!..Berbeza dengan haiwan yang lebih kompleks kitar hidupnya…..

Jika dilihat secara kasar, kita ini lebih kurang haiwan..Tapi, bukan haiwan ya!..Namun, boleh jadi juga persis haiwan jika cara hidup kita saling tak tumpah seperti haiwan..Haiwan( memerlukan makanan untuk hidup, berinteraksi bersam mereka, mencari pasangan, melahirkan anak dan seumpamanya )..Bezanya kita ini mampu untuk berfikir namun jauh sekali bagi haiwan walaupun ia comel dan berbulu gebu!.....

Cara hidup!.....

Ya!, itulah sistemnya..Allah kurniakan akal bukanlah sekadar membezakan kita dan haiwan!..Tapi, ada amanah lain yang perlu kita buat..Ada tujuan hidup yang besar untuk kita laksanakan!.....

Alhamdulillah..Aku lahir sbg manusia


Mengabdikan diri kepada Allah dan Khalifah

Ini adalah dua tujuan Allah ciptakan manusia..Jadi, apa kaitannya dengan haiwan?!.....

Sangat dekat kaitannya..Kita persis haiwan apabila hidup kita sekadar mencari kehidupan di dunia saja..Lupa akan matlamat hidup..Ambil endah tak endah saja..Rasanya spesis manusia seperti ini sangat ramai!..Seperti buih di lautan!.....

Hebatnya kita kerana Allah pilih kita untuk mengabdikan diri padanya dan mentadbir bumi ini!..Tumbuhan dan haiwan, tidak mampu mentadbir bumi!..Tapi, makhluk tumbuhan dan haiwan inilah yang tidak pernah berhenti berzikir kepada Allah..Mereka hidup mengikut sunnatullah!..Ikut apa yang Allah aturkan untuk mereka kerana mereka tidak punya akal!.....

Tapi, Allah bagi akal kepada manusia kerana Allah ingin kita sendiri yang memikirkan cara, bagaimana ingin melaksanakan dua tujuan hidup ini..Bagaimana mahu meraih redhaNya..Bagaimana ingin masuk ke syurgaNya..Segala terpulang kepada kita untuk berfikir!..Itulah fungsi akal!.....

Usah pula disebabkan kita tidak pandai menggunakan akal, lalu kita ini hina dan lebih teruk dari haiwan!.....

Tapi, sudah ramai manusia yang namanya manusia, tapi bernafsu haiwan..Namanya dalam kad pengenalan, ada bin/binti, Islam lah tu..Tetapi, cara hidupnya tidak menampakkan langsung keIslamannya itu…..

Sungguh jauh manusia dengan Allah!.....

Ingin keluar dari gelaran haiwan, kembalilah kepada kedua matlamat hidup..Laksanakannya!.....

Abdikan diri kepada Allah dalam setiap tindakan!..Tadbirlah bumi ini dan kembalikan manusia dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang bak matahari!.....
    “ Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.”(Ibrahim: 1)
muslimdaie90

Tiada ulasan: