Haazihi Sabiili

Selasa, 28 Ogos 2012

:: Renungan Jalan Yang Satu ::

Jalan yang Panjang

Baiknya Allah!

Hanya kerana terlalu banyak nikmat yang dikurniakan tanpa meminta kita membalasnya..Sedarkah kita?!!!.....

Allah kurniakan kita lima deria rasa untuk kita merasai dan menggunakannya..Ada Allah minta balasan???..Tidak ada!

Allah kurniakan kebahagiaan kepada keluarga kita..Ada Allah minta balasan???..Tidak ada!

Allah jadikan kita hebat dalam pelajaran..Ada Allah minta balasan???..Tidak ada!

Allah berikan kita kerjaya yang hebat, duit yang banyak dengan kesenangan yang melimpah ruah..Ada Allah minta balasan???..Tidak ada!

Bermacam lagi Allah beri..Ada Allah minta balasan???..Tidak ada!..Tidak ada!..Dan tidak ada!

Jadi adakah kita ini kerja duduk bersahaja?..Minum kopi, baca surat khabar, goyang kaki, layan MukaBuku(FB), tweet di Twitter, hisap rokok, pergi shopping, lepak dengan member..Adakah itu yang kita buat semata-mata?..Bahkan ada sebahagian darinya menjadi tabiat dan amalan yang sudah terbiasa!..Alangkah ruginya hidup kita!.....

Inilah JAHILIYAH!..Jadi jahiliyah jika semuanya diperlakukan hanya memenuhi tuntutan hawa nafsu!..Hindarkan!..Kerana Allah tidak menciptakan KITA untuk itu!..Sama sekali tidak!.....

Tahu apa itu PERJUANGAN?..Kamu tahu apa keutamaan kita sekarang ini?..Ya!..Perjuangan ISLAM!.....

Ini salah satu tujuan hidup yang utama Allah ciptakan manusia..Menjadi khalifah untuk perjuangkan Islam..

Kamu lupa???..Masih ada masa untuk muhasabah dan perbetulkan keadaan!.....

Masih adakah alasan untuk tidak berdakwah??!!!..Dalam keadaan umat Islam dipijak, dihinjak, dimaki, dikeji, dianiaya..Kamu masih mahu berdiam diri?..Masih mahu bergelumang dalam jahiliyah?

Aku mengimpikan dakwah ini tersebar ke pelusuk dunia dan ceruk rantau pedalaman!

Aku mengimpikan jiwa-jiwa manusia ini menerima dakwah..Terima dengan ikhlas!

Aku mengimpikan jiwa-jiwa yang telah menerima seruan dakwah, bisa menyebarkannya!..Ingin aku memberi analogi bahawa seharusnya kita ini menjadi seperti biji kopi..Jika diletakkan didalam air, pasti akan tersebar merebak warna hitamnya!..Sama seperti dakwah!

Dakwah itu bukan sekadar penerimaan!..Tapi, ia sebuah tanggungjawab yang tergalas setelah seruan itu memasuki gegendang telingamu!

Aku mengimpikan pemuda yang mempunyai HIMMAH 'ALIYAH untuk terus memacu dakwah ini!

Aku tidak mahu melihat ada jiwa muda yang hanya berpeluk tubuh!

Aku mengimpikan para da'ie sekalian, cuba untuk memantapkan fikrah dan thaqafahnya!..Kerana ia sebuah bekalan yang benar-benar solid!

Kamu sudah mengikuti halaqah usrah, sudah mengikuti siri-siri daurah pemantapan fikrah!..Ini Sejarah Kita, Syahadatul Haq, Hadis Ghulam..Adakah ada alasan untuk tidak melaksanakan dakwah setelah melalui siri-siri daurah yang mantap itu?!

Adakah kamu memerhatikan murabbi/murabbiyah kamu yang sanggup berpenat lelah untuk membinamu?!..Tugas mereka bukan membina tubuh badan!..Tapi, mereka cuba menanamkan kefahaman untuk memperjuangkan agama!

Janganlah KITA sekadar menjadi orang biasa yang hanya melalui kitaran hidup yang biasa saja..Jadilah, seorang yang 'TERBEZA' dari orang biasa..Kita terbeza kerana kita memahami tanggungjawab yang sebenarnya!

Amat besar kebencian Allah kepada siapa yang memahami kepentingan dakwah tapi tidak melaksanakannya!

Kamu bukan sekolah agama?!..Jadi, itu alasan kamu untuk tidak berdakwah!..Itu alasan kamu untuk menangguhkan urusan dakwahmu?!..Muhasabahlah!..Jika satu dunia berfikiran begitu, jangan pernah sesekali mengharap ISLAM akan menang!

Pernah kamu tahu mengapa Kerajaan Abbasiyah yang begitu hebat, jatuh?!..Jatuh dengan mendadak dan begitu meruncing!

Hanya kerana mereka terlalu fokus kepada ilmu-ilmu, lalu menghasilkan idea-idea baru dalam pelbagai bidang, dan akhirnya....

Terlupa membina roh DAKWAH dan JIHAD kepada masyarakat ketika itu!

Dan menyebabkan Abbasiyah diserang oleh Monggol yang tidak bertamadun!

YA!..Itulah akibat jika mula melupakan dakwah!..Dan kini kita sama-sama menyaksikannya!

Ingatlah sahabatku!,

Jalan dakwah ini satu-satunya jalan!..Jalan yang dilalui oleh para sahabat dan para Rasul..Ia tidaklah seselesa yang disangka..Bukanlah ditengahnya ada karpet merah atau bunga-bungaan..Tapi dibentangkan padanya duri dan halangan-halangan!..Hanya bekalan yang mantap sahaja yang membolehkan kita untuk terus kekal!

Moga Allah kekalkan kita bersama atas jalan ini!

Cintailah dakwah ini!..Terima kasih Allah kerana memberi aku kecintaan yang luar biasa ini!..Allah menjanjikan syurga buat siapa yang mencintai jalanNya.....

muslimdaie90_Kuantan

Isnin, 27 Ogos 2012

~ Cebisan Tarbiyah Aidilfitriku ~

Salam Aidilfitri


Pertama kali mendengar lafaz takbir hari raya, rasa sebak di hati!..

Alhamdulillah, aku diizinkan Allah untuk membaca takbir hari raya pada tahun ini..Bertambah lagi sebaknya!...

Hari raya ini perlu dimeriahkan dengan takbir!..Irama takbir itu terpulang..Tapi, kebanyakan masjid surau lebih suka membuat irama ala-ala sentimental..Menyebabkan sesiapa yang mendengarnya terasa sedih dan pilu..Terutamanya jika ada ibubapa yang anaknya tidak pulang menjenguk mereka..T_T
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.
Adakah kerana terlalu gembira dengan kedatangan Syawal ataupun sedih dengan pemergian Ramadhan yang tercinta?..Dua-dua perasaan ini ada!..Biasa lah..Itulah jiwa manusia yang mudah tersentuh!.....

Apa-apa pun, memang sepatutnya gembira pada Syawal!..Kerana umat Islam bakal merayakan hari kemenangan!..Kemenangan dalam menempuh bulan mujahadah!..JOM!..Refleksi semula, macam mana puasa kita?..Berkualiti atau tidak?..Semuanya atas kita sebab hanya kita dan Allah sahaja yang tahu sejauh mana kualiti ibadah yang kita buat!.....

Alangkah indahnya berhari raya..Macam-macam benda dapat..Terutamanya bila dah ziarah sahabat-sahabat lama..Rasulullah ini benar-benar mencintai sesiapa yang suka mengamalkan ziarah ini.....
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:

“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)
Diantara 10 ciri-ciri muwasofat tarbiyah juga salah satu yang terkandung dalamnya ialah mengamalkan amalan ziarah-menziarahi ini.....

Bergembira bukan bersedih-sedih!

Dari Aisyah r.a katanya:Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam peperangan Bu’ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar:Kenapa sampai ada seruling syaitan di rumah Rasulullah s.a.w ? Hari itu adalah hari ’Id. Maka bersabda Rasulullah s.a.w:Hai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya (˜Id) dan hari ini adalah hari raya kita.
Kisah diatas jelaslah menunjukkan Hari Raya ini adalah hari untuk bergembira..Tapi bukanlah bergembira sampai tak ingat dunia..Biarlah kegembiraan itu disertai dengan iman yang mendalam..Baru ianya bermakna!.....

Tapi, masih ada dalam masyarakat kita yang sedih bila tibanya hari raya..Mana tak nya, cuba tengok drama-drama di TV, banyak juga yang menyajikan pada Syawal yang pertama, mesti ibubapa sedih sebab anak tak balik kampung..Ataupun ahli keluarga atau kenalan meninggal pada raya pertama..Itu memang pasti sedih!.....

Mungkin ada benarnya kerana drama TV juga banyak mengadaptasi kisah nyata yang berlaku di luar untuk dilakonkan..Apa-apa cerita yang ada iktibar, tidak ada salahnya menontonnya..Yang salah jika ada unsur-unsur "tarbiyah jahiliyah" dari sumber yang bernama TV/ media..Itu yang bahayanya!.....

Inilah hari untuk kita bergembira!..Jangan sampai lupa diri!.....

Pengalaman raya 2012

Alhamdulillah..Terasa keseronokan juga raya tahun ini..Banyak pengalaman mungkin!.....

Tahun ini aku beraya di Terengganu..Tapi mungkin tak berapa nak rasa dek kerana masa yang singkat..Hanya sehari beraya di Terengganu..Tapi, alhamdulillah, dapat juga merasa pengalaman beraya yang menjadi kebiasaan pada tahun sebelumnya.....

Raya tahun ini adalah raya yang tak berapa nak ada tema dalam keluarga aku..Mungkin sebab baju raya tak sama warna..Masing-masing pakai baju lain-lain warna..Tak kisahlah yang penting, nikmat dapat berkumpul pun dah OSEM!..Inilah yang ditunggu-tunggu oleh keluarga kami yang bahagia ini.....

Raya di Terengganu seperti biasa saja..Mungkin kerana sedara-mara, sepupu-sepapat yang tak berapa ramai..Yang ramai pun umur masih kecil dan comel-comel belaka..Rasanya seperti nak cubit pipi mereka sampai merah!.....

Kami sekeluarga pergi ke rumah sahabat umi dan abi yang sudah lama terpisah!..Mungkin umi dan abi memasang niat untuk mengikat kembali silaturahim yang sangat lama terpisah..Boleh aku katakan, macam slot Jejak Kasih pula..Atau istilah dakwahnya yang lain, mungkin ingin men'Dakwah Fardiyah' sahabat lamanya itu.....

Syukur juga kepada Allah kerana mengurniakan ibu dan ayah yang memahami jalan dakwah ini..Maka, tak alergik lah mereka dengan term-term yang biasa diguna dalam dunia dakwah tarbiyah ini..Dari, mereka aku pelajari sesuatu yang sangat berguna buat semua para da'ie yang cintakan dakwah!.....

Umi ada bercerita yang sahabatnya semasa beraya itu, membuat sedikit curahan hati..Al-maklumlah, umi pernah menjadi naqibah kepada rumah yang kami pergi beraya itu..Sahabatnya itu menceritakan sedikit sebanyak hal anaknya kepada umi lalu meminta umi untuk tengok-tengokkan anaknya.....

Pasangan itu juga mengikuti tarbiyah semasa di Maktab Perguruan Sri Pinang..Abi dan umiku juga belajar di situ..Umi dan abi bukanlah disatukan oleh 'cinta lokasi' tapi disatukan kerana cintanya mereka kepada dakwah!..Aku mengagumi mereka!.....

Apa yang aku ingin sampaikan adalah tidak semestinya ibubapa yang hebat mengikuti tarbiyah dan program2 dakwah ini, kehebatan mereka akan turun kepada anak..Ramai yang aku lihat sebegitu..Tapi, alhamdulillah, Allah masih lagi menetapkan hati mereka dengan mengatakan bahawa dengan tarbiyah dapat menjaga anak- anak mereka.....

Hanya ibubapa yang memahami kepentingan tarbiyah sajalah yang akan menyuruh dan meminta anak-anaknya untuk masuk usrah di tempat belajar mereka..Mereka akan betul2 memastikan anak-anak mereka mengikuti tarbiyah!.....

Benar juga kata umi dan abi, bila dah berkahwin dan bekerja cabarannya lain!..Sangat hebat sehingga tak tercapai oleh akal kita semasa belum kahwin..Sebab itu perlu kepada persiapan yang baik!..Dan boleh jadi cabaran itu akan melemahkan kita dan boleh jadi cabaran itu akan menguatkan kita dalam berdakwah ini..Kata-kata yang cukup memuhasabah!.....

Seterusnya, berpeluang untuk beraya di Penang..Ini agak seronok!..Mungkin kerana ramai sedara-mara dan sepupu yang riang ria gembira sampai kadang-kadang 'tak ingat dunia'..Allahu akbar!.....

Di Penang, aku dapat merasai nikmat ukhuwwah!..Ada satu hari tu, hampir 10 buah rumah kami melawat!..Kami membuat rombongan sebanyak 4 buah kereta dari Penang ke Perak..Perjalanan memakan masa hampir 1 jam lebih untuk menuju ke Perak..Alhamdulillah, perjalanan yang menguji kesabaran pengguna jalanraya.....

Ujian kesabaran itu adalah JAMMED!..Lebuhraya mula sesak di Tol Juru..Kami menempuhnya dengan penuh kesabaran!..Ada jugak kereta yang ter'cium' kereta yang lain..Ada yang kemalangan..Mungkin itu juga menyumbang kepada kesesakan lebuhraya yang agak ''kronik" itu.....

Penang adalah kampung umi..Umi sangat 'excited' bila beraya di Penang..Mungkin kerinduan yang teramat sangat kerana hampir dua tahun tak balik Penang beraya kerana kereta kami pernah 'eksiden' sehari sebelum raya di Lebuhraya Pantai Timur pada 2006 kalau tak silap..Masa itu, abi di tahan di wad dan kami hanya beraya di Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan.....

Tahun ini dapat melepas kerinduan..Umi berjumpa sanak saudaranya dan ada yang sampai nangis-nangis sebab terlalu lama berpisah!..Itu sungguh dramatik bagi aku..Sehinggakan aku pun rasa nak menangis..Aku ni sedikit sensitif bila tengok orang menangis!.....

Ya!..Itulah TANGISAN UKHUWWAH!!!..

Banyak lagi yang ingin aku nukilkan..Namun, biarlah sekadar cebisan pengalaman ini untuk menjadi coretan pengalaman tarbiyah di Aidilfitri yang mulia ini.....

Tarbiyah itu bermakna


Ibrah Aidilfitriku

Banyak yang aku perolehi raya tahun ini..Sejak aku melalui jalan tarbiyah yang hebat ini, aku mula cepat menganalisa keadaan semasa..Lalu dikaitkan dengan Islam..Benarlah!..Rupanya Islam itu adalah kehidupan..Islam Is The Way Of Life!..Indah jika hidup berpaksikan Islam!.....

Tarbiyah!...Ukhuwwah!..Perkataan yang sudah biasa didengari..Tapi, sungguh tidak biasa untuk diaplikasi!..Terdapat kesukaran dan cabaran didalamnya.....

Ramai yang mengimpikan keluarga yang ditarbiyah!..Mulalah dengan mencari pasangan yang hidup dan matinya hanya untuk perjuangan!..Kerana pendidikan anak-anak, bermula dengan pencorakan dari ibubapa..Ibubapa harus banyak berbincang dan memainkan peranan dalam membentuk rumahtangga muslim..Bukan sekadar itu, seharusnya harus terbentuk rumahtangga dakwah!.....

Aidilfitri ini banyak mengembalikan memori silam umi dan abi..Hebatnya Allah menyusun atur bulan-bulan Islam ini..Syawal ini antara bulan mengikat silaturahim..Kita tak akan atau susah nak berjalan jauh ziarah sedara mara melainkan ianya hari raya..Seakan-akan hari raya itu menguatkan kehendak dan menguatkan jasmani untuk bergerak bertemu saudara dan sahabat lama.....

Sungguh, Allah itu cukup memahami fitrah manusia!.....

Sungguh indah Allah mentarbiyah hambaNya..Namun, hanya sedikit yang memperhalusi pentarbiyahan dari Allah itu..Moga Allah menjadikan kita benar-benar Muslim yang Sahih!..JOM!..Beramal untuk itu(^_^).....

muslimdaie90_PermatangBadakKuantan

Rabu, 1 Ogos 2012

:: Mengutip Bekalan bulan Ramadhan ::


Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah yang sehingga kini masih lagi sudi memberi nikmat kepada hambaNya..Namun, hakikat dunia menunjukkan hanya sedikit yang bersyukur akan nikmat Allah..Mereka lebih suka menikmati nikmat Allah, tapi jarang sekali menzahirkan kesyukuran..Hanya apabila Allah menarik nikmatNya, baru manusia tersedar untuk memberi kesyukuran kepada Allah..Layakkah kita memasuki syurgaNya?!!!.....

Kini umat Islam dunia sudah melalui fasa-fasa dalam Ramadhan..Mungkin ada yang melalui Ramadhan dengan beribadah kepada Allah..Mungkin ada yang melalui Ramadhan dengan tanpa segan silu bermaksiat kepada Allah..Itulah manusia!..Betapa hebatnya Syaitan Yang Direjam itu mentarbiyah umat Islam selama 11 bulan!..Walaupun Ramadhan adalah bulan yang membelenggu syaitan, tapi disebabkan oleh keberjayaan tarbiyah Syaitan itu, manusia masih lagi tidak dapat nak melawan hawa nafsu!.....

Kita harus kuat!..Kerana tarbiyah Allah itu lebih hebat dari tarbiyah Syaitan!.....

JOM!..Jadi Hizbullah, bukannya Hizbussyaitan!!!.....

Ramadhan penguat dakwah

Persepsi kita perlu ditukar..Pemikiran ini perlu dijernihkan!..Ada juga dikalangan kita khususnya da'ie, mereka lebih gemar merehatkan diri di bulan Ramadhan!..Katanya, Ramadhan ini kita fokus ibadah untuk menjadi hamba yang bertaqwa!.....

Apa mereka sang da'ie itu sedar bahawa kerja-kerja dakwah itu adalah juga ibadah?!..Juga boleh meningkatkan taqwa kita?!..Yakin atau tidak, terpulang kepada seorang pekerja dakwah itu..Kalau tidak yakin, maka dakwah yang dilakukan itu hanya ala kadar..Atau kata lainnya, tidak 'gila-gila'..Kalau yakin, subhanallah!..Merekalah yang sudi menginfaqkan diri untuk jalan ini!!!.....

Semua atas kita!..Bak kata murabbi saya, "Atas enta belaka!"....
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.[At-taubah: 111]
 Cuba kita singkapi jihad di zaman Rasulullah..Pada peperangan Badar, yang bertarikh 17 Ramadhan 2H..Peperangan ini menunjukkan kemenangan Islam kepada Kafir Quraisy!..Tika itu hanya 313 tentera Islam berbanding 1000 tentera Kafir..Ya!, kita perlu ambil ibrah dari peperangan tersebut dan perlu disesuaikan dengan keadaan kita sekarang ini!..Jihad kita adalah dakwah yang kita ingin serukan kepada ummah!.....

Kemenangan tentera Islam menunjukkan bahawa Ramadhan ini adalah penguat bagi mereka!..Mereka langsung tidak beralasan untuk turun berperang bahkan mereka sanggup syahid kerana Allah!..Kita perlu memanfaatkan Ramadhan juga sebagai bulan penguat!..Seperti pakcik atau makcik tua yang makan Ma'ajun supaya lebih kuat dan bertenaga!..Cukuplah Ramadhan ini sebagai "booster" kepada dakwah kita kerana dakwah ini perlu kepada bekalan!.....

Bekalan Ruhiyy

Ketahuilah, dalam kita bergerak untuk agama Allah ini, kita perlu kepada dua bekalan yakni jasmaniy dan ruhiyy..Dua bekalan ini perlu disinergikan untuk menghasilkan satu keupayaan yang luar biasa!..Jalan dakwah ini bukan semudah yang disangka..Kerana pasti ada yang lari dan pasti ada yang bersama dengan kita!..Itulah sunnah dakwah!.....
Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah : "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.[At-taubah: 42]
Bulan ini adalah bulan yang terbaik untuk meng'ruhiyy'kan jiwa kita..Saat inilah kita boleh menghambakan diri kita dihadapan Allah..Bulan ini adalah bulan taqwa..Betapa ketaqwaan itu memberi impak yang sangat besar kepada perkataan, perbuatan, pergaulan dan juga cara fikir kita......

Dalam dakwah, bekalan ruhiyah teramat penting..Ia adalah bekalan internal yang terbaik sekali..Seperti ubat kuat!..Masalah yang banyak timbul dalam dakwah boleh datang dalam internal dan eksternal..Kita sering menyalahkan eksternal sedangkan rupa-rupanya internal yang bermasalah!..Dan masalah inilah kadang kala menjadi fitnah kepada dakwah kita.....

Muhasabahlah!.....


Hadafnya adalah Ketaqwaan!
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa[Al-baqarah: 183]
Jelas ayat ini menunjukkan objektif/ hadaf bulan Ramadhan!..Ada dua jenis manusia yang mana, satu ambil cakna dengan bulan mulia ini dan satu lagi buat don't know saja dengan bulan ini..Alangkah ruginya yang buat don't know ini......

Boleh jadi manusia itu tidak bertaqwa apabila berlalunya Ramadhan..Mungkin dek kerana sibuk dengan urusan duniawi yang menyebabkan ibadahnya pada bulan Ramadhan, kurang produktif..Boleh jadi manusia itu menjadi yang bertaqwa selepas Ramadhan..Alangkah indahnya bulan ini!.....

Kita dalam kategori mana ya?..Cepat-cepatlah muhasabah!..Seandainya kita kelompok yang buat don't know dan tidak bertaqwa, masih ada masa untuk mengislah diri..Allah sentiasa membuka ruang untuk kita kembali padaNya.....

Perbanyakkan memuhasabah..Bukan sekadar memuhasabah, tapi buatlah perbaikan!..Jangan jadi orang yang celaka kerana apabila berlalu Ramadhan, dosanya tidak diampunkan!
Beliau bersabda, "Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku lalu berkata, Celakalah orang yang melewatkan bulan Ramadhan begitu saja sehingga dia tidak diampuni'. Aku berkata, 'Amin'.
JOM!..Kita pastikan hadaf bulan mulia ini tercapai..Pastikan itu!..Mohonlah kepada Allah agar ditambah ketaqwaan dalam diri..Bukan sekadar bermohon saja sampai bengkak-bengkak kaki dan anak mata..tapi kena ada amal-amal yang menyokong untuk kita lebih dekat dengan Allah..Inilah fungsi Ramadhan!!!.....

JOM!..Tingkatkan ketaqwaan kepada Allah..Kerana taqwa itu akan membuatkan kita lebih cinta pada Allah!!!..Hilangkan dosa kerana dosa itu yang membuatkan kita semakin kehilangan Allah dimata kita.....


muslimdaie90_PermatangBadak