Haazihi Sabiili

Ahad, 22 Julai 2012

:: Amanah Yang Tidak Tertunai ::

Nikmat Allah..Syukurilah!


Allahu Rabbi...

Sungguh berterima kasih pada Allah kerana mengurniakan semacam nikmat yang saaaaaaangat banyak..Hingga terkadang sukar untuk digambarkan apatah lagi untuk menungkap pada sebuah kata-kata seorang hamba..Itulah NIKMAT!. Hendak berbicara soal nikmat Allah, entah berapa lama akan berakhir.....

Allah menulis dalam surat cintanya..Dalam Surah Ibrahim ayat 34 :-
Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung ni'mat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (ni'mat Allah).

Teringat juga Rasulullah pernah bersabda :-
Menyebut-nyebut nikmat Allah adalah bersyukur, meninggalkannya bererti ingkar. Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit bererti dia tidak mensyukuri nikmat yang banyak; dan sesiapa yang tidak bersyukur terhadap orang lain bererti dia tidak bersyukur kepada Allah 
Kita sering menyaksi dan merasai nikmat Allah itu..Tapi, jarang sangat mensyukurinya!...

Jika ditanyakan kepada manusia di atas muka bumi ini adakah anda Islam?. Sudah pasti mereka menjawab dengan yakin dan pastinya, YA!!..Saya Islam!.....

Apa itu Islam?..Tunduk, patuh, taat dan menyerah diri pada Allah..Laksanakan apa yang disuruh Allah..Tinggalkan apa yang dilarang..Namun, tidak semua mentaatinya..Malah, yang mudah adalah mengingkarinya..Inikah kita?..Adakah kita layak merasai nikmatnya syurga Allah seandainya kita sukar untuk mengikuti aturan Allah?..Fikir-fikirkanlah.....

Apabila kita memuhasabah, adakah ini benar-benar Islam ataupun cukup sekadar nama kita di dalam kad pengenalan terpampang bin atau binti?..Di manakah nilai kita sebagai seorang Islam?.....

Boleh dianalogikan..Jika kita kata kita ini kuat dan gagah, apa buktinya?..Kita perlulah mengangkat batu besar ataupun menolak pokok sehingga jatuh..Persis cerita Badang yang menjadi kuat setelah memakan muntah raksasa yang memakan ikan yang diperangkapnya..Itulah kisah cerita rakyat..Cerita dongeng mungkin yang sudah agak lama tidak disiarkan di kaca televisyen.....

Jadi, persoalan itu seharusnya dikembalikan kepada KITA!..Adakah kita ini benar-benar Islam?..Apa buktinya ya?.Ya!..Seharusnya kita perlu membuktikannya..Malunya kita jika berhadapan dengan Allah kelak, jika dihisab amal kita kelak, tidak ada apa yang kita ingin tunjukkan kepada Allah..Malunya kita!..Benarkah KITA layak meraih syurgaNya andai keislaman kita ini masih belum dibuktikan!....

Cuba fahami kisah dibawah ini :-
Seorang ahli fiqh dari para tabi’in Kufah yang arif dan bijaksana, Amir As-Sya’bi telah meriwayatkan bahawa ada beberapa lelaki telah keluar dari Kufah dan tinggal di pinggir bandar, beribadah di sana. Berita itu telah sampai ke pengetahuan Abdullah bin Mas’ud r.a. lalu dia pun datang berjumpa mereka. Orang-orang itu gembira dengan kedatangan beliau.
Tiba-tiba Ibnu Mas’ud berkata kepada mereka: “Apakah yang mendorong kamu berbuat begini?”
Mereka berkata: “Kami ingin lari dari hingar bingar kelam kelibut orang ramai untuk beribadat.”
Lalu kata Abdullah bin Mas’ud: “Jika semua orang berbuat seperti apa yang kamu buat, siapakah yang akan memerangi musuh? Aku tidak akan tinggalkan tempat ini sehinggalah kamu pulang.”
Sudahkah anda fahami kisah ini?..Kisah ini secara mudahnya menceritakan bahawa sekumpulan lelaki yang lari dari masalah yang melanda masyarakat dengan pergi ke tempat-tempat yang terpencil dan jauh dari masalah tersebut..Lalu Ibnu Mas'ud tampil untuk membetulkan sekumpulan lelaki tersebut supaya pulang ke tempat asal dan mengubah masyarakat sekeliling!.....

Fahamilah tanggungjawab kita!..Kita WAJIB laksanakan tanggungjawab IBADAH dan KHALIFAH..Ramai manusia yang beribadah..Alhamdulillah, kira selesai satu tanggungjawab..Cuma ada satu lagi tanggungjawab yang kian dilupakan..Mungkin ada yang tahu tapi berkeputusan untuk tidak melaksanakannya dek kerana amanah itu terlalu berat..Itulah KHALIFAH..Menjadi khalifah kepada yang lainnya.....

Sudah faham?..Seandainya tidak faham, cubalah faham!..Kalau kita boleh memahami pelajaran akademik, mengapa tidak pelajaran agama Allah?..Mudah je kan?.....

Ya, kita boleh mengemukakan alasan..Apa-apa jua alasan..Alasan yang mungkin kukuh buat kita untuk menolak kenyataan bahawa kita juga WAJIB berdakwah.....

Apa maksud KHALIFAH?..Ya!, persepsi masyarakat kini adalah khalifah itu adalah pemimpin negara yang punya kuasa..Teringat satu sesi halaqah terakhir bersama adik-adik diploma perikanan.....

Saya bertanyakan kepada mereka :-
Saya : JOM!, kita tadabbur surat cinta Allah..Rugilah kalau Allah turunkan Al-Quran kalau kita tak ikut..Sebab tu Allah tak turunkan saje-saje Quran ni..Allah nak suruh kita hayati then beramal dengan Al-Quran itu..Itu pun salah satu ciri orang yang bertaqwa..Cuba korang semua bukak Surah Al-Baqarah ayat 30..Abang baca maksud, nanti abang nak tanya sorang-sorang apa yang adik-adik dapat dari ayat ini.~~~~~~.Jadi apa yang dapat dari ayat tu???...
Adik-adik : Allah nak ciptakan khalifah atas muka bumi ini..
Saya : Siapa khalifah itu?..Datuk Seri Najib ke?..Datuk Seri Anwar Ibrahim ke?..Or pemimpin-pemimpin negara...
Adik-adik : Orang yang ada kuasa lah..Mereka kena tegakkan syariat Islam kat muka bumi ni..Orang yang boleh gubal undang-undang untuk mengikut ajaran Islam...
Saya : Owh, camtu plak?..Jadinyer, ayat ni tak leh di aplikasikan untuk kita lah yer?..Jadi, ayat ni tertolak untuk kita dan kita bukan khalifah lah yer..Ke macam mane??..(mood: provokasi untuk berfikir)
 Adik-adik : (Lama berfikir) Owh, ye..Kita semua adalah khalifah!..Kita semua kena sampaikan ajaran Allah...
Saya : Ya!, betul dah tu..Nanti abang eksplainkan..=)
Itulah antara persepsi masyarakat diluar sana..mungkin mereka tersalah faham..Itu tidak mengapa lagi..Lagi teruk kalau kita saja-saja buat tak faham..Menggunakan ayat tadi untuk lari dari tanggungjawab..Kalau dalam arena politik, ibarat orang yang suka 'spin' isu lah.....

Dalam hal menyampaikan dakwah, sepertimana Allah mewajibkan Rasulnya menyampaikan dakwah, sama juga seperti kita..Tidak ada alasan untuk tidak laksanakan dakwah yang mulia ini.....

Jalan Dakwah

Tugas itu tugas semua   

 Nak jadi umat yang terbaik?..Sebaik-baik umat??.WAJIB kita dakwah..Nak masuk syurga?..Pun kena dakwah.....
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik..[Ali-Imran: 110]
Tahukah anda, ustaz-ustaz yang di Malaysia sudah ramai kan?..Tetapi kenapa masyarakat masih bermasalah?..Kerana itulah kita kena hadir di tengah-tengah masyarakat untuk membetulkan masyarakat..Kita perlu mengembalikan masyarakat kepada Ad-deen yang sebenar..Memberi kefahaman yang benar kepada mereka..Sehingga mereka menjadikan Islam itu Is The Way Of Life.....

"Saya takde ilmu la..Saya bukan sekolah agama, macam tak layak je nak cakap pasal Islam kat orang..Malas lah nak dakwah..Sekarang ni nak cakap pasal Islam, bukan boleh main cakap je, kena ade tauliah..Mahu kena saman nanti..."
Huh!, bermacam alasan lagi didengari..Allahu Akbar!..Seandainya umat Islam ini dipenuhi oleh umat yang beralasan, maka Islam bukan lagi agama contoh kepada agama yang lain..

Ya!, atas sebab masalah umat yang berlaku inilah kita harus bangkit mengislah masyarakat..Kini bukan masa untuk beralasan..Cuba dahulu..Usah terlalu awal melabel diri tidak mampu..Siapa lagi yang akan sebarkan risalah ini kalau bukan dari tenaga kita?..Kalau kita masih beralasan untuk berdakwah, menjawablah depan Allah kelak.....

Let's follow Sunnatullah

Kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid:
“Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati…” 

Syakib Arsalan ketika ditanya tentang usaha menegakkan kembali khilafah Islam berkata,

Banyak surat sampai kepadaku sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu (Palestin). Penulis-penulisnya mencadangkan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun seperti biasa aku akan menjawab:

“Kita WAJIB memulakan usaha Islam ini dari bawah; iaitu melalui TARBIYAH INDIVIDU. Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka kosong?”
Kata-kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid dan As-syekh Syakib Arsalan ini jelas menunjukkan perkaitannya..Ramai yang tertanya, macam mana nak TARBIYAH INDIVIDU ini?..Adakah metod atau medium yang kita boleh guna?..Yang dikira berkesan untuk abad ini?.....

Maka, kita perlu melihat kepada sejarah..Bukan sejarah Melayu atau Kepahlawanan Melaka, Parameswara..Apatah lagi, sejarah Malaysia..Tapi, apa yang kita perlu fokus dan mengkaji adalah sirah Junjungan besar, Rasulullah S.A.W itu sendiri.....

Rasulullah bina sahabat-sahabat baginda yang hebat lagi berpotensi di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam..Secara kelompok-kelompok kecil..Rasulullah membasahkan jiwa sahabat baginda dengan ruh iman dan taqwa..Dan sumbernya adalah Al-Quran Al-Kareem..Saat itu dipanggil halaqah..Perkataan usrah tidak bermula lagi kerana perkataan USRAH itu mula diperkenalkan oleh mujaddid Islam iaitu As-Syahid Hasan Al-Banna..Yang telah menyusun sistem usrah dengan begitu sistematik.....

JOM!, Sama-sama kita betulkan masyarakat ini dengan kefahaman..Tapi, ingat!..Bukan kefahaman melalui siri-siri doktrin tapi kefahaman melalui siri-siri tarbiyah..Kerana kefahaman melalui tarbiyah itu adalah lebih terjamin dan lebih membuka minda para pencinta agama Allah..Usah jemu mengislah umat..Kerana, Allah pasti menghadiahkan kamu dengan satu perkara yang kamu tidak akan sangka-sangka..Itulah ganjaran menegakkan agama Allah......

" Islah Nafsak, Wad'u Ghairak (Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain) "

muslimdaie90_KwanTan

Sabtu, 21 Julai 2012

:: Ramadhan Tiba: Bulan Yang Mendidik ::

Ramadhan Tiba

Pejam celik..Pejam celik..Esok sudah mula berpuasa.....

Di negara timur tengah sana, kini sudah mula berpuasa..Mereka lebih awal merasai nikmat berpuasa berbanding di Malaysia..Hanya lewat sehari..Di negara Arab sana, mereka begitu menghargai kedatangan tetamu mulia ini..Itulah RAMADHAN..Penghargaan itu jelas kelihatan bilamana cara menyambut Ramadhan itu lebih meriah dari menyambut Aidilfitri..Itulah hebatnya mereka..Beramal mengikut fadhilat bulan yang Mulia itu.....

JOM!..Kita cuba mentadabbur Surah Al-Baqarah ayat 183 ini..Hanya dengan mentadabbur, kita akan memahami mesej setiap surat cinta yang Allah beri kepada hambaNya.....
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Al-Baqarah: 183)
Dari ayat ini, jelas natijah dari Bulan Ramadhan..Allah menghendaki setelah sesudahnya bulan Ramadhan, kita ini menjadi seorang yang bertaqwa..Dan ingat!, Allah itu Maha Adil..Buktinya adalah dari ayat ini juga..Allah tidak menurunkan perintah berpuasa itu kepada umat Islam zaman ini tapi dari zaman dulu lagi.....

Ayat itu adalah arahan untuk sesiapa yang beriman!..Kerana yang beriman itu sudah pastinya Islam..Betul kan?..Allahu Akbar!.....

Sejarah telah mencatatkan, perintah berpuasa secara jelasnya telah diturunkan pada tahun ke 2 Hijrah bersamaan 623 Masihi..Sudah lama sebenarnya perintah berpuasa ini..Amatlah rugi jika puasa kita tidak sehebat para sahabat yang terdahulu!..Kita perlu memastikan, bulan Ramadhan ini adalah bulan yang akan menjadikan kita ini seorang yang bertaqwa kepada Allah..

Bak kata jemaah tabligh, insyaAllah, kita kena azam!..Azam!..dan Azam!!!..Ya!, kita berazam untuk menjadi seorang yang bertaqwa..Jika kita tidak menyediakan diri kita untuk menjadi seorang yang bertaqwa, maka kita masih tidak melengkapkan objektif Allah syariatkan bulan puasa kepada umat Islam.....

Moon

Bukan sekadar bulan biasa

JOM!..Kita tukar mindset kita..Ramai masyarakat kita ini beranggapan Ramadhan ini sekadar bulan yang disyariatkan puasa..Apa itu?..Itu adalah mindset yang salah dan menyimpang jauh..Disebabkan tanggapan sebeginilah yang menjadikan amal ibadah kita seperti biasa saja..Lebih teruk lagi bilamana Allah tidak mengampunkan dosa-dosa kita..Ya!..Inilah akibatnya jika kita fikir bulan Ramadhan itu adalah bulan biasa..Tidak boleh!..JOM!..Renung hadis ini.....
Abu Hurairah telah berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang
Ramadhan yang bermaksud: 'Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.'"

[Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi]

JOM!..Sama-sama kita ertikan bulan mulia ini..Jangan biarkan ia berlalu pergi tanpa kita memanfaatkannya..Hadis yang menarik untuk kita renung dan beramal dengannya..Kita mahu dosa kita diampunkan?..Mahu kan??..Jika mahu, inilah masanya..Laksanakan amal di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan dengan penuh keikhlasan..Moga Allah menilai segala amal kita.....


Rabbaniyyin not Ramadhaniyyin

Apakah itu??..Iyyin?..What's that???...
~ Kuunu Rabbaniyyin, Wa La Takuunu Ramadhaniyyin ~
Ya!..Jadilah hamba Allah, Jangan jadi hamba kepada bulan Ramadhan..Pasti ada yang tertanya, bagaimana menjadi hamba kepada Ramadhan?..Kita kan orang Islam, sudah semesti dan pastinya menyembah Allah Yang Maha Esa!..Bagus!..Teramat bagus jika ada pemikiran sebegitu..Masalahnya sekarang ini adalah bila kita menjadi hamba kepada Ramadhan dalam keadaan kita tidak sedar.....

Contohnya, pernahkah kita memuhasabah amal-amal kita?..Mesti kita berazam nak buat yang terbaik untuk Ramadhan kali ini..Bila bulan-bulan lain tak pula..Ini jelas-jelas menunjukkan kita ini hamba Ramadhan..Lagi jelas bila apa yang kita biasakan pada bulan Ramadhan tidak lagi kita biasakan di luar Ramadhan..Alangkah ruginya kita.....

Hamba Allah lainlah..Semua hamba Allah..Semua sedar akan hakikat itu..Ramai juga yang lupa diri bila Ramadhan tiba..Lupa diri akan mereka itu hamba Allah..Disebabkan penyakit lupa itulah menjadikan mereka hamba Ramadhan..Sekadar mengikut adat setempat..Hanya perbanyakkan amal pada bulan Ramadhan, tapi bulan yang lain, amalnya seperti biasa sahaja..Sepertinya, Allah hanya menerima sesuatu amal pada bulan Ramadhan saja..JOM!, tukar tanggapan yang salah itu.....

Nak masuk syurga, kena jadi hamba Allah..Bukan jadi hamba Ramadhan(^_^).....

Memaknakan Ramadhan


Madrasah Tarbiyah

Madrasah = sekolah


Tarbiyah = pendidikan

Ramadhan ini menjadi madrasah tarbiyah..Ia bukannya sekadar terjemahan baku Bahasa Arab ke Bahasa Melayu..Ia bukannya madrasah seperti pondok atau sekolah menengah..Tapi, ianya sebuah madrasah yang memberi pendidikan kepada kita jika dimanfaatkan dengan baik.....

Bulan Ramadhan cukup mengajar manusia..Kerana itu dinamakan madrasah atau sekolah..Ia mempunyai hadaf/ objektif yang perlu dicapai..Sama juga seperti program Dakwah atau Tarbiyah(DnT) yang kita laksanakan..Mesti ada hadaf yang hendak dicapai..Jika hadaf tidak tercapai, maka program itu kita statuskan dia sebagai kurang atau tidak berjaya.....

Hadaf bulan Ramadhan ini adalah ingin melahirkan hamba-hamba yang bertaqwa kepada Rabb dan KhaliqNya..Jika kita tidak mampu menyiapkan diri untuk menjadi orang yang bertaqwa dalam bulan Ramadhan ini, maka kita tidak mencapai objektif Ramadhan ini..Seharusnya kita mem'program'kan diri kita untuk menghasilkan ketaqwaan itu.....

Analoginya, kilang pembuatan kereta..Mesin di kilang tersebut telah diprogramkan untuk mencapai hadafnya iaitu menghasilkan sebuah kereta..MyVi, Unser, Kelisa, Viva..Kalau yang mahal sikit, Audi, Peugeot, Porsche atau Ferrari dan sebagainya.....

Poin utamanya adalah, diri kita juga perlu kita 'program'kan untuk mencapai hadaf Ramadhan itu..Kita sendiri yang perlu persiapkan diri kita dalam bulan Ramadhan....

Perlu menjadikan bulan ini benar-benar bulan tarbiyah buat kita..Perlu pertingkatkan mutaba'ah amal..Dengan puasa, zikir, tilawah dan tadabbur Al-Quran, Qiyamullail, Khatam Quran, Hafazan dan sebagainya..Ini adalah pemangkin yang akan membantu meningkatkan ketaqwaan kita.....

Melakukan ini semua,hakikatnya tidak semudah yang disangka..Ia memerlukan mujahadah yang benar-benar hebat!..Pelakunya mestilah kuat!..Walaupun syaitan sudah dibelenggu, namun hawa nafsu dan kehendak kita masih tidak dibelenggu..Nafsu ini hanya bisa dibelenggu oleh keimanan dan ketaqwaan yang tinggi pada Allah.....

Ramadhan sumber kekuatan

Sirah Rasulullah menunjukkan beberapa peristiwa besar yang berlaku pada bulan yang mulia ini..Dua kemenangan yang diperoleh umat Islam adalah menangnya Islam tatkala pertempuran peperangan Badar dan juga peristiwa pembukaan Kota Mekah..Bilangan Islam tika itu sangat sedikit, namun kuasa Allah menandingi bilangan yang ramai itu.....

Bulan puasa ini memberi semacam kekuatan kepada umat Islam..Ia tidak sepatutnya menjadi alasan penat, lapar atau dahaga..Kerana sirah telah membuktikan bahawa Ramadhan adalah sumber kekuatan umat Islam..Tidak ada alasan sepatutnya diberi.....

Kekuatan ini tidak diperoleh dengan mudah..Ianya lahir dari kemahuan, usaha dan mujahadah yang kuat dari tentera-tentera Islam ketika itu..Juga KITA seharusnya seperti tentera itu..Allahu Akbar!!!.....

:: JOM!..Tingkatkan amal untuk memperoleh ganjaran TAQWA ::

muslimdaie90_PermatangBadak,Kuantan

Rabu, 11 Julai 2012

~ Pengalaman Tahun Tiga yang Manis ~



Bismillah..Allahu Akbar!!!.....

Tiba-tiba tergerak hati nak update blog..Rasa dah agak lama tak update..Inilah antara kekangan seorang pelajar..Tapi, kekangan-kekangan itu kini kian berkurang sedikit demi sedikit..Syukur kepada Allah kerana sudi mengurniakan ruang masa yang ada ini untuk aku membuat sedikit coretan hidup untuk memori yang mendatang.....

Biasalah!..Bagi aku menulis blog ini bukanlah suatu yang mudah!..Betul tak bloggers sekalian??!!!..Sebab aku punya pendapat yang tersendiri bila menulis blog..Aku menginginkan pembaca itu mengerti akan tulisan aku..Juga mereka bisa mengambil manfaat dari setiap apa yang tertulis..Kerana, amat rugi seandainya apa yang kita buat itu tidak mampu untuk memberi manfaat kepada yang lainnya..Juga, salah satu tuntutan Individu Muslim adalah bermanfaat kepada orang lain.....

Tergerak hati nak menulis sebelum pulang ke kampung halaman di Kuantan(^_^)....

Dalam beberapa hari lagi bakal pulang ke Kuantan..Berat hati rasa nak meninggalkan bumi Terengganu ini..Mungkinkah pulang aku ke Kuantan adalah untuk selama-lamanya atau aku bakal bertandang semula ke Negeri Penyu ini?..Biarlah ia tinggal sekadar persoalan kerana aku sendiri pun masih tidak pasti apakah jawapan untuk persoalan itu..Sejujurnya aku merindui bumi Terengganu.....=)

Tapi, secara seriusnya, bumi Terengganu ini banyak mengajar aku..Banyak mematangkan aku dan banyak memberi aku pengalaman..Mungkin kalau dinovelkan kisah aku itu, semestinya tebal!.....

Teringat aku masa mula-mula mendaftar, aku jadi seorang yang kelihatan 'skema' ketika itu dek kerana pakai baju kejema berbelang merah yang kini kian pudar warnanya..Pergi mendaftar bersama keluarga yang sangat banyak berjasa!..Sejak dari aku lahir hinggalah ke sekarang ini..Betapa hebatnya mereka kerana mampu menjaga dan mendidik anak-anak walaupun banya kerenah yang terpaksa mereka hadapi..Inilah cabaran apabila sudah berumahtangga!..Apatah lagi apabila dikurniakan anak!..Suatu amanah yang kian dilupakan oleh sebilangan ibubapa.....

Masih teringat hari pertama aku mendaftar di universiti, masa itu aku menghidapi penyakit demam campak..Atau lebih untuk menampakkan ke'sains'an dia adalah Rubeola..Penyakit jangkitan akut disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin..Bahaya juga kesan penyakit ini kepada orang lain..Dek kerana penyakit ini, beberapa aktiviti aku telah disekat supaya tidak menjangkiti kawan yang lain.....


Kehidupan tahun 1 hingga tahun 3 cukup mengajar aku erti kehidupan..Kerana disana banyak menguji aku sebagai seorang manusia di atas muka bumi ini..Itu sungguh manis!..Manis lagi dari madu!.....


Aku teringat juga, minggu orientasi itu, mendapat beberapa panggilan dan mesej pesanan ringkas yang menyapa telefon bimbit semasa aku sedang sibuk berprogram bersama fasilitator..Tertanya juga, mesej apakah itu??!!....


Ya!..Itulah mesej-mesej yang ingin menarik aku ke medan DAKWAH dan TARBIYAH..Inilah pengalaman aku yang paling manis..Mesej yang aku terima itu bukanlah dari "kumpulan yang aku sertai sekarang"..Tetapi "kumpulan yang lain"..Panjang kisahnya..Bakal aku coretkan di post yang lain..Apa yang utama adalah kandungan mesej yang ingin mengajak untuk bersama dengan abang-abang untuk menggerakkan dakwah di universiti.....


Mungkin kerana mereka beriman dengan Surah Ali-Imran ayat 104 menyebabkan mereka menghubungi aku.....
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.[ Ali-Imran:104]
Semasa tahun pertama, aku berimej Islamik..Berkopiah hitam..Kadang kala, baju masuk dalam seluar..Bak kata  orang, aku waktu itu adalah "sivik"..Mereka tidak tahu bahawa nilai sivik itu sangat penting untuk menampakkan siapakah kita..Ramai manusia akan judge a people by it's cover atau kata lainnya tanggapan pertama dalam English dibaca First Impression..Bila tengok gambar masa tahun pertama, nak tergelak pun ada juga..Sangat childish..Muka macam tak bersalah pula..=)

Siapa yang mengenaliku, dia akan mengenaliku..Dulunya aku kurang menghayati satu ayat Allah ini yang menyebabkan aku ini kerap kali bermain tarik tali dengan tarbiyah!..Allah sudah menukilkan secara jelas dalam surah As-Saff ayat 10 dan 11..Ayat ini cukup menyentap hatiku untuk terus berbisnes dengan Allah tanpa rasa syakwasangka yang amat dahsyat ataupun sipi-sipi.....
 Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?..(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.{As-saff: 10-11}
Jahiliyah!!!..Ya!, inilah anasir yang dikenalpasti cuba untuk menjauhkan aku dari tarbiyah!..Menarik aku dari merasai kemanisan hidup dalam dakwah..Dan paling bahaya apabila anasir ini sentiasa mencuba menghilangkan minat aku untuk merasai kemanisan iman!..Dan alhamdulillah, jahiliyah itu telah aku singkirkan sejauh-jauhnya lalu Allah mencampakkan sebuah semangat!..Sepertinya Allah memberi hati yang baru kepadaku..Terima kasih Allah.....

Tidak dinafikan, aku juga seperti manusia biasa..Aku juga pernah meminati wanita..Juga terkadang melayan perasaan yang timbul..Sehinggakan Allah mengurniakan hidayah kepadaku..Lalu, aku berkeputusan untuk meninggalkannya dan Allah menatijahkan yang terbaik buat aku..Aku bersyukur kerana keduanya sudah menyertai jalan dakwah dan tarbiyah ini!..Inilah tarbiyah yang sebenar..Benar-benar merubah seseorang untuk menjadi lebih baik.....

Debaran tahun tiga mula terasa..Debaran kerana bakal menghabiskan pengajian tahun akhir dan insyaAllah jika diizinkan Allah, aku bakal bergraduasi pada bulan 11 tahun ini..Tahun tiga ini banyak juga pengalamannya..Apa yang kurang adalah kelas..Kuliah kurang, tetapi fokus tetap diberi untuk menyelesaikan Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA)..

Aku teringat perbualan aku dengan seorang sahabat :-
Sahabat: I, aku tengok ko ni kuat je dakwah..Tak penat ke??..Ko dakwah, dakwah jugak..Study jangan lupa... 
Aku: Terima kasih atas ingatan..Tapi, itulah!..Pernah aku cuba untuk lari dan lupakan kerja dakwah ni, tapi tak boleh!..Aku terjumpa dengan dakwah ini di matrikulasi..Aku jumpe pun dengan cara yang menyebabkan aku menghargai jalan ini..Aku cuba lari, ade je yang akan cari aku..Jadi, sebab tu aku serahkan diri aku ni untuk agama Allah... 
Sahabat: Baguslah macam tu I..Aku pun sokong ko..Tapi, jangan lupa tanggungjawab yang lain yer.. 
Aku: InsyaAllah, bro!..=)
Itulah penangannya!..Aku termuhasabah dengan soalan sahabatku itu...

Kalau ingin ceritakan pengalaman, sangat banyak!..Bila dah tahun akhir, mula ramai bincang satu bab yang paling disukai ramai!..Ada kawan-kawan yang cuba melakukan provokasi dan usikan..Lalu, jawapan yang aku rasa paling sesuai adalah, Aku sudah punya calon!..

Jika dahulunya aku mula terfikir untuk merancang macam-macam bab jodoh ini..Sekarang, setelah beberapa siri tarbiyah yang aku lalui, aku termuhasabah!..Seharusnya, perkahwinan kita itu biarlah mengikut aturan dakwah!...

Aku sudah berbincang dengan murabbi soal ini..Cuma apa yang aku mampu katakan kepada murabbi, seandainya keputusan itu yang bermanfaat untuk dakwah, aku relakan!..Terkadang kita perlu mengorbankan kehendak dan keinginan nafsu demi kepentingan dakwah.....

Tapi, sejujurnya, aku masih belum terasa untuk melangkah lebih jauh untuk mendirikan Baitul Muslim..Bila tiba masa dan ketikanya, perbincangan secara terperinci akan diadakan bersama murabbi..Cuma pesannya, carilah calon yang ikut tarbiyah yang sama dan gerak kerja yang sama..Maka, aku memuhasabah apa yang murabbi katakan.....

Ramai yang menyarankan aku untuk sambung belajar dek kerana umur masih muda..Masih sweet lagi(huhu)..Memang sudah niat di hati ingin sambung belajar..Aku bermohon moga Allah permudah segala urusanku.....

Banyak sangat pengalaman yang aku lalui di kampus..Terkadang aku tidak terfikir bahawa aku mampu untuk melangkah sejauh ini..Namun aku berpegang, ini semua dengan izin Allah..Subhanallah!.....

Malam ini aku bakal pulang ke Kuantan..Ini adalah post sebelum aku pulang rumah..Moga Allah permudahkan perjalanan aku nanti.....

Cukuplah sekadar ini coretan aku..Jika berkesempatan, pengalaman yang lain akan menyusul~~~

Sungguh hebat Allah mengatur hidup ini(^_^)...

- muslimdaie90_GPJ -