Haazihi Sabiili

Sabtu, 19 Mei 2012

:: Hidayah Merawat Jahiliyah ::

Hidupku


Indahnya memori yang lalu..Jika diimbau kisah silam, pasti tergelak sendirian..Ada kisah yang mencuit hati..Ada kisah yang mengguris hati melahirkan sedih!..Ya!, kita pasti teringat akan kisah yang lama-lama..Terutama bila kita duduk bersendirian dan satu tempoh masa yang lama dengan kisah yang pernah berlaku itu..Terkadang ia menjadi muhasabah pula buat kita..Lalu Allah datangkan firmannya untuk kita tadabbur!.....

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”. (Surah al-Hasyr:18)

Kita melalui fasa-fasa yang penuh onak duri dalam mencorakkan gaya hidup kita..Hampir saja onak duri itu menusuk bahagian dari tubuh badan ini memberi rasa sakit..Sakit yang kadang kala membuatkan kita ini lebih dekat dengan Allah, atau makin jauh..Tetapi kebiasaannya, bila sakit kita pasti ingat Allah..Cuma bila sihat kita ini jarang menampilkan rasa syukur di hadapan Allah..Sombongnya kita!.....

Tiga fasa yang banyak membentuk siapa diri kita yang sebenar.....

Fasa sekolah rendah --->; Fasa sekolah menengah --->; Fasa Institut pengajian tinggi

Hidupnya kita ini memerlukan sesuatu..Di setiap fasa ini, kita sentiasa saja disajikan dengan macam-macam perkara..Ada perkara yang mengajar kita erti hidup seorang manusia..Ada juga perkara yang menyebabkan kita alpa dengan hidup kita..Apabila di sekolah rendah kita melakukan kesalahan, ada saja yang terkeluar dari mulut kebiasaan, " Ala, biasa lah tu, budak sekolah rendah..kita pun macam tu jugak dulu..Lama-lama dia faham lah tu..Jangan nak marah beria sangat budak tu..Tertekan dia nanti!! "..Itulah ungkapan yang biasa kita dengar dari mulut para penjaga.....

Fasa ini semakin meningkat..Peningkatan yang mengajar erti kematangan..Juga di setiap fasa itu cabaran-cabaran yang hebat..Mungkin kita berjaya melepasinya, atau mungkin ia jauh sekali untuk memenanginya.....

Awas!, cabaran menanti di depan!!!...Itulah JAHILIYAH!!!

Jahil& Islam

Hidayah Melenyap Jahiliyah

Jahiliyah mendatangkan maksud yang cukup jelas pada pemerhatian kita..Melihat pada definisinya sahaja, sudah membolehkan kita memuhasabah diri kita, adakah dalam diri kita masih ada sisa-sisa jahiliyah.....
kepada hukum-hukum Allah.....


Pada bahasanya, jahiliyah membawa erti bodoh dan sesat..Dan pada istilahnya pula, ia bermaksud mana-mana sikap yang menolak petunjuk Allah, tidak mahu menerima, tidak mahu patuh dan tidak mahu tunduk 


Bila disingkap kembali kisah silam kita, banyaknya dosa yang dah kita buat..Jahiliyah yang menjadi seperti darah daging kita..Mudahnya manusia melakukan dosa dan jahiliyah berbanding mengumpul pahala!..


Kini, fokus kita tertumpu pada artis di Malaysia khususnya..Wardina Safiyyah, Irma Hasmie, Diana Amir, Yatt Hamzah..Itu yang wanita..Yang lelaki pula, Sham kamikaze, Bob Lokman, penyanyi dangdut yang tidak asing lagi, Iwan..Dan ramai lagi yang berubah!..Di sana timbul satu persoalan, bagaimana mereka boleh berubah?!.....


Ya!, berubahnya mereka kerana sebuah HIDAYAH!!!

Hidayah tidak akan datang bergolek!..Itu sudah pasti!..Hidayah itu satu nikmat dari Allah..Ia hadir dalam diri manusia disebabkan adanya faktor luar yang membolehkan hidayah itu sampai kepada pemiliknya..Memperoleh hidayah perlu mujahadah dan punya keinginan yang sangat kuat untuk berubah dan ada pemangkin luar yang membantu untuk memperoleh hidayah tersebut.....

Hidayah

Kita Ingin Peroleh Hidayah

Aku sentiasa ingin mengaitkan satu-satu perkara dengan tempat dimana aku bertapak sekarang iaitu di alam kampus..Di dalam kampus jug ada fasa-fasanya yang dibezakan oleh tempoh masa pengajian..Tahun 1, 2 dan 3..Fasa yang setiapnya mengajar banyak perkara..Bergantung kepada kita untuk mengambil ibrahnya.....

Kita sering memerhatikan gelagat masyarakat di kampus..Mereka banyaknya dilamun oleh manisnya jahiliyah pada pandangan mata tetapi hakikatnya pahit bak hempedu bumi..Namun, disebalik mereka yang terkecimpung dalam arena jahliyah itu, masih ada yang mencari-cari sinar hidayah..Di segenap ruang mereka mencari..Di padang, di cafe, di perpustakaan, di bilik kuliah, di tapak parkir..Huh!, tak jumpa juga sinar hidayah!..Ya!, biasanya ia ada di tempat orang-orang soleh/ah dan baik-baik..surau!.....

Sering kita didatangkan beberapa masalah..Teringin berkongsi satu cerita:-
_______________________________________________________________________

" Assalamualaikum bang, buat ape tu???..bz tak??..cadang nak jumpe..nak bincang benda ckit..saya nak mintak tolong abang ni!!!," mesej dari seorang adik yang ingin masalahnya diselesaikan  
" Waalaikumussalam dik, owh, yeke?..tak bz pon..insyaAllah, abang sudi je nak dengar masalah adik..nampak gaya macam rumit je masalah.betul ke?..hehe," kata abang yang sengaja menabur kata manis dengan harapan mahu tahu lebih banyak rahsia 
" Betul!..agak rumit bang..tu yang saya nak mintak tolong abang ni..harap tak susahkan abang..saya yakin abang boleh bantu saya, " adik itu menunjukkan 1001 pengharapan dari si abang 
" Macam ni bang, saya sebenarnya cemburu dengan kawan saya yang lain..Mereka semua baik-baik..semua join usrah..saya teringin sangat nak jadi macam diorg..kadang-kadang, bila diorg pergi halaqah usrah, tinggal saya keseorangan!..saya rasa terpinggir!..Saya ni banyak benda yang perlu diperbaiki..Saya hisap rokok, pakai seluar pendek, suka dengar lagu dan bercouple,..saya nak abang bimbing saya boleh?..saya nak join usrah jugak!!!" adik itu menceritakan masalah sekaligus hasrat hatinya yang mungkin dipendam lama 
" Owh, insyaAllah, tidak ada masalah dik..Biasalah tu..Masing-masing nak berubah hatta abang sendiri pun bukanlah insan yang maksum seperti maksumnya baginda kecintaan kita, Rasulullah..baguslah ada hasrat yang macam ini..bersyukurlah pada Allah dik..kerana, Allah itu sudi nak mengetuk hati kita untuk melakukan sedikit anjakan dalam hidup kita..dari yang tak baik, kepada yang baik!..Tapi, perubahan itu perlu mujahadah..bersungguh-sungguh dan jangan putus asa!.insyaAllah, abang akan bantu..minggu depan datang usrah abang yer!," lega setelah cuba untuk bantu adik tersebut
______________________________________________________________________


Juga masalah jahiliyah ini tidak terlepas pada kaum Hawa yang diciptakan indah dimata kaum Adam:-
______________________________________________________________________

" Assalamualaikum kak!, " jerit seorang adik tahun 1 kepada seorang kakak yang memegang title naqibah di kampus

" Waalaikumussalam dik!, terkejut akak..Hmm..Lain kali kena rendahkan suara tau..Kena tunjukkan kesopanan seorang wanita..sifat wanita kan lemah lembut," kata kakak dalam menasihati seorang adik yang tidak dikenalpasti latar belakangnya

" Kak, saya sedih la!..Tak tahu nak cakap macam mane!.T_T..Saya nak berubah, tapi takde orang pun nak bantu saya malah takde yang nak menyokong perubahan saya!," kata adik dalam nada sedih

" Owh, takde masalah..Kakak nak cakap ni, kakak sudi ambil adik sbg adik akak!..Adik join usrah akak yek?!..Mungkin di situ adalah medium terbaik untuk adik berubah..Perubahan akak, dengan bertudung labuh, berstokin kaki dan berhandsock ni pun, hasil dari usrah ni..usrah in sweet tau!..Kalau nak tahu sweetnyer usrah ni, adik kena merasainya!," kata kakak yang dalam fikirannya mahu mentarbiyah adik ini

" Okey akak!..bestnyer akak!..sporting!..saya nak jadi macam akak!..Saya nak pakai tudung labuh!, saya nak paka stokin kaki dan nak pakai jugak handsock!..Juga saya nak buang jahiliyah yang paling teruk iaitu bercouple!..saya nak couple dengan Allah je..Saya nak buang semua perkara-perkara yang menampakkan saya ni jahiliyah!..Ya!, saya nak berubah!!," semangat si adik berkobar-kobar

" Subhanallah!, akak bangga dengan adik tau..Beruntung rasanya dapat orang macam adik..usrah inilah yang bakal mengajar adik erti muslimah sejati..Walau adik betudung pendek, tak pakai stokin kaki dan berhandsock pun, masih ada kemahuan yang tinggi untuk terus berubah!..Ni bertambah sayang kakak kat adik ni..moga hidayah Allah sentiasa bersama adik!, " kata kakak memberi suntikan semangat yang mendalam kepada adik yang baru dikenali itu
_______________________________________________________________________

Inilah peristiwanya berkaitan dengan individu yang punya hasrat untuk berubah..Tahniah!, kerana Allah sudah memilih kita..Perubahan itu mestilah rabbani!..Perubahan kerana Allah, bukan kerana manusia..Itu perlu jelas kepada Si Pencari Hidayah..Bukan mudah untuk berubah, kerana ia melibatkan apa yang ada dalam hati dan kemahuan hati itu penting dalam menjalani proses anjakan yang seterusnya.....

Ramai yang ingin berubah..Kini, ramai yang sudah menyesali perbuatan dosa yang lampau..Dulunya, ada aurat yang dipamerkan, kini pameran itu sudah ditutup untuk selama-lamanya..Ya!,orang lain bisa membantu kita untuk berubah namun selebihnya dan lebih utama adalah dari diri kita sendiri..Seperti bicara Allah dalam Surah Ar-ra'd ayat 11:-
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Teruskan berubah dari semasa ke semasa..Sekali hidayah itu sampai, hargailah ia..Kerana dibimbangi ia tidak akan hadir lagi pada kita dek kerana mengkufuri nikmat yang Allah sudah kurniakan pada hambaNya..Usah terlalu memikirkan apa yang mereka perkatakan tentang perubahan kita, kerana mereka itu dengki dan hakikatnya, hidayah belum sampai lagi pada mereka.....

~ Thanks to Allah for everythings! ~

muslimdaie90_BumiPenyu

Jumaat, 18 Mei 2012

:: Ukhuwwah Sebenarnya Manis! ::

Ikatan yang sukar dilerai

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”(Surah Al-Hujuraat, ayat 10)


Diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya : “Tidak sempurna iman seorang daripada kamu sehingga dia mencintai terhadap saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya.” (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya : “Tidak sempurna iman seorang daripada kamu sehingga dia mencintai terhadap saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya.” (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Itulah beberapa bukti dari Quran dan Sunnah pada menyatakan nilaian AL-UKHUWWAH itu..ukhuwwah itu adalah suatu indah pada bicara, juga ia tampak hebat pada apa yang dizahirkan oleh sekalian manusia yang sudah merasai manisnya ia dalam pengamalan yang istiqamah.....

Bila ditanyakan apa itu ukhuwwah..Semuanya tampil dengan mendatangkan definisi-definisi yang berbeza..Pada  bahasanya nampak sama, namun pada istilahnya seperti bilangan bintang didada langit menunjukkan ianya banyak!..namun, apa yang biasa kita fahami tentang ukhuwwah adalah tali persaudaraan.....

Syeikhuna As-Syahid Hasan Al-Banna..seorang yang tidak asing lagi dalam memberi sumbangan yang sangat besar terhadap gerakan Islam di seluruh dunia..Allah melahirkan individu ini untuk mencipta dan melaksanakan anjakan paradigma dan revolusi mega kepada Islam setelah jatuhnya khilafah Islam pada tahun 1924..Hasan Al-Banna berkomentar tentang ukhuwwah:- 

Maksudku dengan ukhuwwah adalah:, " Hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran. Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah martabat `ithar' (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri). 

Subhanallah!..Betapa besarnya makna ukhuwwah ini menurut pandangan Hasan Al-Banna..Dengan besarnya makna itu, terkadang ia menjadi berat untuk diamalkan..ukhuwwah itu bukanlah sehari dua..ukhuwwah kita until jannah..Dalam menerapkan ukhuwwah, kita perlu individu yang satu lagi..namanya kawan atau sahabat..Tidak ada istilah berukhuwwah dengan diri-sendiri..Kalau ada pun ia salah satu mainan jiwa.....

Boleh jadi dua keadaan dalam melihat ukhuwwah ini terjadi..Keadaan yang pertama, kita baru sahaja bertemu dengan seseorang itu..Tak sampai satu jam. kita sudah mengenalinya dan sudah boleh bergurau..hebatnya!..Ada juga keadaan yang kedua apabila ia agak memakan masa untuk berkenal dan bergurau..masing-masing akan mencapai objektif yang sama iaitu ingin mengikat tali ukhuwwah namun dihadkan oleh jangka masa yang berbeza.....

Jelas tampak kelihatan apabila kita hidup di dalam jamaah..ukhuwwah ini sangat diaplikasikan..Aku punya pengalaman apabila bertemu dengan ikhwah dari jalan dakwah tarbiyah (DnT) dari serantau Malaysia..Wah!!!..sangat hebat ukhuwwah itu!..baru beberapa minit jumpa, tetapi ibarat sudah berjumpa bertahun-tahun..Hebatnya ukhuwwah kerana ia bisa menyatukan hati..Baik ikhwah dari UK, Russia, Dublin, Korea, Jepun, India, Australia, New Zealand dan dalam Malaysia seluruh negeri!..Ia ibarat menyatukan jiwa dalam sekelip mata!..ya!, itulah ta'liful qulub yang terjadi!...

Hati itu berisi


Ukhuwwah Membongkar Isi Hati


Setiap manusia punya hati yang menyimpan pelbagai khazanah yang tersembunyi..Ia tidak mudah dikeluarkan melainkan dari kemampuan dan kehendak pemilik hati..Apa yang pasti, ia berisi dengan beberapa masalah yang kadang kala pemilik hati itu sendiri tidak mampu untuk menyelesaikannya..Perlu kita ketahui!, ada masalah yang bisa diselesaikan oleh masa..Ada masalah yang bisa diselesaikan dengan berkongsi masalah kepada orang lain!.....

Saat inilah ukhuwwah memainkan peranan!.....

Teringat kepada seorang sahabatku yang aku kasihinya kerana Allah..Aku sentiasa memerhatikan gerak gerinya di kampus..Aku melihat sinar keinginan kepada tarbiyah yang sangat tinggi..Ia seorang yang lawak orangnya..Terkadang menggeletek hatiku.....

Teringat saat aku mengenali istilah CURHAT(curahan hati)..Istilah yang kini sudah sudah tersebar ke seluruh dunia dalam kalangan aktivis dakwah seluruh dunia..Menarik, ringkas dan mudah disebut singkatannya, tapi ingin menzahirkan curhat itu amatlah sukar..Mungkin dek kerana ego, belum bersedia, tak gentle, hilang macho, rasa geli- geleman dan sebagainya lagi lah.....

Alhamdulillah, entah kenapa dengan tidak semena-mena, curhat ini bisa berlaku antara kami..Dia selalu berkongsi masalahnya..Dia selalu meminta pendapatku dalam sesuatu perkara..Aku juga tidak keberatan untuk menceritakan masalahku padanya..Ia sering bertanya soal masalah hati, soal keluarga dan tak lupa juga soal jalan tarbiyah ini..Sehinggakan curhat kami pernah menghampiri jam 4 pagi..huh!, tidak sedar dibuatnya apabila bercurhat!.....

Masih terngiang-ngiang di fikiranku akan keinginannya untuk bersamaku dalam jalan dakwah tarbiyah.. Dia ingin sertai jamaah yang telah aku bergabung sekarang ini..Aku yakin ia berkeputusan sebegitu rupa salah satu faktornya adalah UKHUWWAH!..Ya!, dia melihat ukhuwwah kami sesama ikhwah..Ia melihat ukhuwwahku bersama mutarabbi2ku..Pernah dia menawarkan dirinya untuk sertai halaqahku..Terkedu dan kaku dibuatnya..Terfikir apakah jalan yang terbaik untuk aku beri padanya.....

Aku tidak ingin menzaliminya..Kini, aku melihat dia sibuk dengan pelbagai perkara di tahun akhir ini..Al-maklumlah, presiden kelab akademik..Satu jawatan yang aku kira bakal menganggu sedikit sebanyak proses tarbiyah jika tidak disusun dengan baik..Disebabkan kesibukan berjawatan, menganggu proses yang utama iaitu USRAH..Juga wasilah dakwah yang lain.....

Lalu, aku katakan padanya, ikutlah tarbiyah secara komited setelah habis belajar nanti..InsyaAllah, dimana-mana pun kita pergi, pasti akan bertemu dengan tarbiyah..Namun, sehingga kini aku masih lagi menghubunginya, masih lagi bergurau senda walau aku pernah didatangi rasa segan kerana tidak bisa memberi yang terbaik buatnya.....

InsyaAllah sahabatku!, kita akan sama-sama berada dalam jalan yang sama suatu hari nanti..uhibbuka fillah..(^_^)

Sirah Menyingkap Ukhuwwah


Inspirasi Hebatnya Ukhuwwah Rasulullah dan Para Sahabat

Peristiwa antara Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Rasulullah dimana Abu Bakar merelakan dirinya dipatuk binatang berbisa bagi menghalang binatang itu menyerang Rasulullah..Tahannya Abu Bakar sehingga bertitisan air matanya..Kisah ini sangat menjadi inspirasi dalam menanamkan ukhuwwah dalam kalangan sahabat..Juga tidak lupa kepada hebatnya Rasulullah dalam mengikat ukhuwwah antara kaum Muhajirin dan Ansor tatkala tibanya baginda di Madinah..Ikatan ini menatijahkan kekuatan ukhuwwah lebih dari ikatan ukhuwwah antara dua saudara kandung!.....

Inilah nilai ukhuwwah yang patut dicontohi..Bukan hanya hebat berceramah dan berforum berkenaan dengan tajuk persaudaraan tapi kehebatan itu juga perlu hadir dalam bentuk di alam yang nyata..Tanpa ianya hadir dalam bentuk propaganda atau retorik semata.....

Jika kita bisa membina ukhuwwah seperti Rasulullah dan para sahabat, insyaAllah, dengan izinNya, kita akan bertemu dengan pemilik cinta ukhuwwah kita itu di syurga!..InsyaAllah!!!...

~ UKHUWWAH FILLAH UNTIL JANNAH ~

- muslimdaie90_RI -

Ahad, 6 Mei 2012

~ Muhasabah Mutarabbi kepada Murabbi ~




Buatmu yang terlibat dengan halaqah usrah...
Berbahagialah atas jalan ini...
Syukurlah kerana Taaruf, Tafahum dan Takaful...
Berterima kasihlah pada Allah atas kurniaan ukhuwwah fillah ini...
Syukurlah atas sebuah kecintaan ini yang disatukan atas asas iman dan aqidah yang satu

Realiti sunnatullah...
Tidak ramai sebenarnya mampu bertahan atas jalan ini...
Ia bukanlah jalan yang dipenuhi dengan kekasaran atau keganasan...
Tapi ia jalan yang penuh mehnah dan cabaran...
Ia tersembunyi disebalik permusafiran kita bersama jalan usrah

Pernahkah kamu terfikir, kenapa kamu yang dipilih?...
Kenapa mereka yang hebat diluar sana tidak dipilih?...
Bukankah mereka lebih banyak ilmu dan layak bergelar ustaz dan ustazah?...
Bukankah kamu ini berseluar pendek, bertudung pendek, merokok, ber"couple" dan pelbagai jahiliah yang lain?
Kenapakah kamu yang kian melakukan dosa ini juga yang terpilih?..Kenapa?!

Jawapan kepada persoalan itu adalah kerana Allah sayang akan kamu...
Allah memilih kamu untuk berada atas jalan tarbiah...
Allah memilih kamu untuk terus memahami jalan dakwah...
Semua itu kerana kefahaman Islam yang bakal ditanam...
Sepertimana sabda Rasulullah," Jika Allah menginginkan kebaikan pada seseorang, Allah memberikan kefahaman agama padanya...

Berterima kasihlah pada murabbimu (para naqib dan naqibah)...
Kerana masih wujud dalam hati mereka untuk membimbingmu...
Ya!, mereka amat menyayangimu...
Apa tandanya???...
Dia sentiasa mengingatkan kamu agar menjaga amalan, sentiasa menegaskan pada kamu agar istiqamah dengan usrah juga sentiasa meminta kamu untuk terus menjaga hubungan dengan Allah!...

Jasa para nuqaba' itu tidak terbalas rasanya...
Mereka tidak menginginkan apa-apa balasan duniawi dari kamu...
Hanya mereka inginkan adalah kamu itu berubah...
Daripada jahiliyah kepada memahami Islam...
Daripada jahat kepada baik...

Mereka memerah keringat mendidik, membentuk dan membina kamu...
Persis ibubapa mendidik anak-anak mereka...
Suatu kebahagiaan buat mereka apabila melihat kamu sudah mula berbicara dan memikirkan soal dakwah dan tarbiah...

Usah rasa terbeban dengan usrah...
Hakikatnya, risalah yang kamu akan pikul ini adalah satu amanah dari Allah...
Tugas kamu selaku pengikut usrah untuk menyebarkannya...
Pastikan seruan Islam ini masuk ke setiap gegendang telinga umat Islam...
Usrah ini bukanlah tapak permainan untuk kita bermain dalamnya...
Tapi ia tapak untuk kita membina iman dan meningkatkan kefahaman...

Sedarilah, naqib dan naqibah itu sedang menyusun kamu...
Ia sedang menyusun kamu bagaimana kamu ini bisa meraih cinta Allah...
Mereka menjadi pemudah cara bagimu dalam menuju syurga Allah...
Cuba kamu perhatikan lirik pandang mereka terhadap kamu...
Ianya sebuah lirik pandang yang terisi dengan sebuah pengharapan...

Taatilah naqib dan naqibahmu...
Sungguh mereka itu...

SAYANG KAMU KERANA ALLAH!

muslimdaie90_BumiAllah

Sabtu, 5 Mei 2012

~ Usrah Itu Kering! ~


Madrasah Tarbiah

Terasa kosongnya diri???... 
Tidak terisi???... 
Tak tahu nak isi dengan apa???... 
Hmmmm....

Ya!, kembalilah kepada fitrah kejadian manusia yang cinta dan suka akan kebaikan!..Hakikatnya, memang diri manusia perlu diisi dengan sesuatu..Namun, ia bergantung kepada pertimbangan akal waras manusia mahu diisi dengan apa?..Diisi dengan kebaikan atau keburukan!..Allah jadikan kita atas muka bumi dengan pilihan!..Kita punya hak menentukan masa depan..Menjadi seorang yang bermanfaat atau menjadi sebaliknya yang jauh dari landasan..Jangan sampai kita ini tergolong dalam golongan yang berada dalam STUPID CIRCLE dan MANUSIA ROBOT!!!.....

Indah bila berbicara soal kehidupan di alam kampus..Bermacam "asam garam" dan "rempah-ratus" dirasai..Menjadi perencah dalam menentukan Siapa Kita!..Ada yang bernasib baik pada pengakhiran tempoh pembelajaran!..Ada juga yang jauh dari mendapat nasib yang baik..Hanya kerana beberapa faktor yang menjejaskan dan memesongkan kehidupan mereka di kampus.....

Ramai sahabat di matrikulasi yang bertanya dan mendatangkan beberapa persoalan dengan harapan mereka dapat tahu sesuatu mengenai alam kampus..Antara persoalannya, " Abang, macam mana hidup dekat U nanti??..Best tak??..Banyak masa free tak??..Kat matrik saya ikut usrah, kat U agak-agak ada usrah tak??..Mesti kat U lagi mencabar kan?? "..Huhu..Itu persoalan yang sangat asas..Soalan yang biasa ditanya oleh adik-adik yang melompat-lompat dan terkinja-kinja untuk berpindah ke alam universiti.....

Di kampus kehidupan yang penuh cabaran!..Bermacam godaan yang menjelma depan muka!..Hanya yang pandai mengurus diri sahaja yang akan "survive" di universiti..Perkara pertama bila datang ke kampus adalah, kamu hendaklah mencari masjid!..Itu saranan beberapa pihak!..Mulalah timbul beberapa persoalan memikirkan rasionalnya saranan itu, " Kenapa perlu cari masjid???..Confirm2 lah tahu masjid sebab masjid besar..Ada apa kat masjid???..Kalau ada program, mestilah ada memo! "..Mulalah jadi banyak soal!.....

Poin utamanya adalah masjid adalah ibarat jantung kepada universiti!..Di situ kita boleh dapat sahabat-sahabat yang baik..Boleh berukhuwah fillah tanpa rasa segan silu!..Kerana kebiasaannya, yang hadir ke masjid adalah orang yang baik-baik dan selebihnya hanya Allah yang layak menilai..Sesiapa yang ingin di naungi Allah, hendaklah mengikat hatinya dengan masjid!.....

Di masjid, kelihatan sekelompok manusia yang kedudukan dalam BULATAN!!!..Nampaknya seperti orang yang di dalamnya sedang berGEMBIRA dan bergelak tawa..Tahniah kerana melihat fenomena itu!..Allah telah memilih kita!..Itulah BULATAN GEMBIRA@USRAH!!..Usrah yang kini tidak asing lagi apabila artis pun sudah mula berjinak-jinak dengan apa yang namanya usrah ni.....

USRAH tempat dimana kita meningkatkan iman, saling menasihati, saling memahami Islam, memantapkan fikrah, memenuhi muwasofat tarbiah juga membincangkan soal Islam dan seisinya..Best dan indahnya berUSRAH..(^_^).....

Di sebalik usrah yang best itu, masih terpalit di dada pengikutnya bahawa usrah ini tidak ada apa-apa pun..Tidak meningkatkan ilmu pengetahuan..Tidak sama langsung dengan kuliah Maghrib dan seminar berkaitan Islam yang diadakan di luar sana!.....

Jika itu yang anda cari dalam usrah, ya!, sudah semestinya usrah tidaklah seberapa mana dalam memberikan thaqafah@ilmu dalam bab-bab Islam secara total..Kerana usrah ini adalah medan bukan setakat memahami ilmu tapi juga memantapkan di sudut fikrah..Juga ingin memberi kefahaman kepada adik usrah dalam menggerakkan mereka untuk dakwah..Juga ingin menyediakan ahli usrah untuk mentarbiah adik-adik selepasnya setelah mereka mengikuti usrah bagi beberapa selang masa at least setahun!.....

Pastikan kita sebagai ahli usrah berkemampuan untuk bawa usrah..Sebab itu tarbiah ini bukan hari ini buat, esok nak tengok hasilnya!..Ia adalah suatu proses!..Bisa dianalogikan ibarat menanam benih di atas tanah..Benih ini perlu disiram, dibaja, digembur tanahnya..Pendek kata, kena jaga sebaiknya ibarat "menatang minyak yang penuh"..Benih yang tidak dijaga pasti tidak akan menghasilkan buah dan menumbuhkan pokok..Lebih malang lagi ia bakal mati!..Ya!, ahli usrah juga begitu..Jika tidak diberi kefahaman yang jelas, mereka bakal menjadi produk yang mandul!..Dalam bahasa saintifiknya adalah "sterile"..Ia tidak bisa menyumbangkan apa-apa untuk dakwah dan tarbiah!.....

Halaqah Usrah

Mulalah timbul fitnah kepada usrah iaitu, " USRAH ITU KERING!!! ".....

Nah!, itulah penangan yang paling memedihkan buat para pendukung usrah..Mana tidaknya, kita penat-penat bawa usrah, buat sampai tengah malam, dalam keadaan menahan lapar..Ini pula yang dilabelkan kepada usrah!..Bersabarlah duhai nuqaba' sekalian.....

Ada diantara mereka yang tidak berkomitmen kepada usrah..Hanya datang usrah bila perlu..Tidak sanggup mengorbankan sedikit masa untuk ditarbiah..Memandang sepi pada tarbiah..Lebih suka untuk menjadi MANUSIA CHIPSMORE!..Sekejap ada, sekejap tidak ada..Lepas itu, mulalah ingin meletakkan beberapa persepsi yang tidak baik kepada sistem usrah..Tak best la..Tak berkesan la..Tak dapat banyak input la..Ya!, itu semua fitnah dan tidak dinafikan ia juga menjadi alasan terhadap sesetengah ahli usrah yang mula berjinak-jinak untuk keluar dari usrah..Jangan sampai Allah menapis kita!.....
Dan jika mereka mau berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Allah melemahkan keinginan mereka. Dan dikatakan kepada mereka: "Tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal itu."[ At-taubah: 46 ]
Ingat satu perkara, orang yang tidak memberi komitmen terhadap usrah, pasti tidak akan merasai indahnya usrah..Apatah lagi ingin diceritakan perihal usrah kepada adik-adik baru!..



Kondisi 1 :-
" Abang, ana sibuk la kali ni..Pegang banyak sangat jawatan..Ana bimbang kalau ana abaikan jawatan ana ni, mesti Allah akan tanya tentang apakah ana dah laksanakan tanggungjawab tu??..Macam mana ek??..Ana serba salah la bang..Tapi dalam masa yang sama, ana still nak ikut usrah lagi..Ke guane(orang pantai Timur) "
Kesibukan tanpa dibimbing adalah menempah marabahaya yang amat dahsyat!..Jika nak dibandingkan dengan usrah, huh!, jauh beza..Tidak ada alasan sebenarnya..Tanggungjawab itu bukan setiap masa kita kena laksanakan..Kadang kala bila masa program saja yang kita perlu main peranan..Jangan disebabkan tanggungjawab dunia yang hakikatnya boleh untuk kita elak dan memberi sebab, mengakibatkan perjalanan tarbiah kita yang panjang ini terganggu..Kita bakal menjadi seorang pemimpin yang tidak ditarbiah!..Awas!



Kondisi 2 :-
" Abang, sori sangat-sangat tak datang usrah aritu..Tiba-tiba pulak ada assignment yang kena siapkan..On the spot jugak, ada grup discussion..Rugi pulak rasanya..hmmmm "
Ini satu lagi keadaan apabila tugasan kuliah dibebankan atas ahli/ adik usrah..Yang paling menyayat hati apabila assignment sudah diberi beberapa minggu yang lalu, tetapi bila nak buat usrah, tiba-tiba datang pelbagai alasan untuk tidak menghadirkan diri ke usrah!..Apakah itu??!..Itulah akibat bertangguh..Buang sifat itu..Cuma ada beberapa perkara yang kita boleh consider terhadap ahli usrah..Itu bergantung kepada naqib/murabbi untuk mempertimbangkan alasan dan sebab itu..Ini juga bisa membantutkan pembentukan ahli usrah!



Kondisi 3 :-
" Salam abangku yang dikasihi, maaf abang, saya nak minta keizinan untuk tidak ikut usrah lagi..Keluarga saya dah tahu saya join usrah..Dia melarang untuk ikut lagi..Dia suruh fokus kepada pelajaran..Maaf abang!..Tapi saya ingat jasa abang selama ini..Abang yang banyak mengingatkan saya kepada Allah!(mood sedih)..T__T
Lemah terus semangat Sang Naqib/ Murabbi tatkala mendengar kenyataan yang menyedihkan ini..Kadang kala kenyataan ini datang dalam bentuk Short Messaging System (SMS), ada juga ia datang dalam bentuk talaqqi (bertemu muka secara personal)..Pasti ada dikalangan ahli/ adik usrah itu yang ibubapa nya tidak membenarkan anak mereka aktif dalam usrah..Entah apa yang bermain di fikiran mereka..Mungkin mereka tidak menyedari akan hakikat penting usrah sehinggakan mursyid kita As-Syahid Hasan Al-Banna menjadikan usrah ini adalah tunjang kepada segala gerak-kerja dakwah..Harapnya kondisi 3 tersebut tidak menjadi alasan dalam kalangan ahli usrah untuk melarikan diri dari sistem usrah......

Fenomena usrah mula menjadi kering terjadi bila adik-adik usrah tidak merasai kebasahannya..Usrah itu sepatutnya hidup..Usrah itu sepatutnya menggerakkan jiwa..Usrah itu sepatutnya bisa membina rijal dakwah..Usrah itu sepatutnya bisa memeriksa mutaba'ah amal ahli usrah..Dengan mengikuti usrah ini bukanlah kita masuk syurga tapi ia membuka jalan kepada pengikut tegar usrah untuk beramal dalam menuju syurga Allah..Lagi-lagi mengejar cintaNya yang tiada tolok bandingannya.....

Komit..Komit..Komit...

Kemanisan Dalam Berkomitmen

Jalan menuju Allah ini amat jauh dan penuh cabaran..Tidak semua yang berjaya melalui jalan ini..Ia bakal menyedut segala kekuatan, tenaga, masa dan harta kamu untuk menjayakan jalan ini..Jika kita menawarkan kepada sahabat-sahabat bahawa jalan ini singkat dan lumayan ibarat bisnes Multi-Level Marketing, sudah pasti ramai yang akan mengikuti kamu..Yakinlah!!!..Bak kata firman Allah dalam Surah At-taubah ayat 42 :-
" Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah : "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.[ At-taubah: 42 ]
Istiqamahlah dalam dakwah!..Berkomitmenlah dalam tarbiah!..Didalamnya ada kemanisan yang tidak dapat digambarkan..Hanya yang merasainya akan merasainya!..Ketepikan perkara dunia yang tidak mendatangkan impak kepada dakwah buat sementara waktu..Apabila berlaku pertembungan antara perkara luar dan usrah, usahalah untuk mengutamakan usrah!..Kerana ia hanya sekali seminggu dan tidak lama jangka masanya..Lebih kurang 1 - 2 jam..Masa ini tidak cukup untuk kita mendalami ilmu Allah yang Maha Luas itu.....

Jagalah hati naqib/ murabbi kamu..Ia dengan penat lelah menyusun masanya semata-mata untuk mendidik kamu..Memeriksa amal-amal kamu..Sudi menawarkan dirinya untuk mendidik kamu menjadi insan soleh dalam membawa kamu kepada Allah..Jangan menyebabkan naqib kamu meninggalkan kamu disebabkan kemalasan kamu dan ketidak relaan kamu untuk ditarbiah.....

Kerana jalan menuju Allah ini tidak mengumpul orang-orang yang MALAS, MANJA, BERALASAN!!!(^_^)

muslimdaie90_KayTee

Jumaat, 4 Mei 2012

28 April 2012: PWTC ---> BERSIH 3.0


Tuntutan BERSIH


Alhamdulillah3x...

Sekali lagi ingin aku menulis dan menconteng didinding blog ini. Terasa tidak ingin membiarkannya kekosongan dan dihiasi "spider web" dan berhabuk-habuk halus. Ya!, saat lapang yang Allah berikan inilah bakal aku manfaatkan untuk aku coretkan beberapa kisah hidupku. Samaada ia suka atau berkisar tentang duka.....

Sekarang di minda masih terngiang-ngiang akan peristiwa yang berlaku pada tarikh 28 April 2012 yang bagi aku paling bersejarah buat arena politik negara. Itulah BERSIH 3.0!!!. Ia menjadi seakan sangat sensitif apabila disebut dan dibualkan di khalayak ramai. Entah mengapa ia terlalu sensitif. Sudah tentu lah kerana ia membabitkan 2 pihak yang sejak dari dulu lagi berusaha untuk memegang tampuk kepimpinan dan ingin memerintah negara mengikut acuan sendiri.....

Pada seminggu sebelum 28 April, aku dihubungi oleh keluarga yang tercinta. Mereka meminta pengesahan dariku samaada mahu ikut untuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di Kuala Lumpur atau tidak..dalam masa yang sama tarikh "perhimpunan Duduk & Bantah" itu berlangsung..Aku seakan memikir dua kali samaada ingin pergi atau tidak ke pesta buku..Tiba-tiba teringat akan perhimpunan tersebut..Keinginan hendak pergi ke perhimpunan tersebut menjadi tinggi dan membuak-buak apabila sahabat yang lain mengajak dan menyeru untuk turut serta..Lalu aku memberitahu keluarga yang aku akan turut serta untuk pergi ke Pesta Buku.....

Pada 26 April 2012, aku dan seorang sahabat karib aku Bro O(identiti disembunyikan), mengambil keputusan untuk membeli tiket ke Kuala Lumpur. Matlamat aku pergi KL adalah ingin pergi ke Pesta Buku dan dalam masa yang sama, sangat teringin hadir ke perhimpunan tersebut. Al-maklumlah, kali terakhir berdemo adalah masa sekolah menengah. Sudah hampir berkarat semangat berdemonstrasi ditelan masa.....

Bro O juga pergi ke KL semata-mata ingin pergi ke perhimpunan tersebut. Sungguh bersemangat dia. Melihat aku bersemangat mahu pergi, dia pun naik bersemangat!. Ya!, semangat muda itulah yang kita mahu!. Semangat muda yang bakal menggegarkan dunia!.....

Tepat jam 8.00 malam 28 April 2012, kami tiba di Hentian Putra, bersebelahan dengan PWTC tempat jualan buku antarabangsa diadakan..Sebaik tiba, aku langsung menelefon keluargaku yang ketika itu berada di Taman Melewar, Gombak mendengar ceramah oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berkenaan dengan isu-isu negara yang perlu rakyat tahu dan cakna!..Ayahku meminta aku untuk tunggu selama satu jam kerana perjalanan dari Gombak ke Hentian Putra yang agak jauh dicampur dengan ke'busy'an bandar kota raya "Kay Ell"..Tinggal di KL memerlukan tahap kesabaran yang tinggi!!..hmmmmm.....

Aku menunggu dengan penuh kesabaran dan ditambah dengan rasa letih yang masih tak hilang sejak dari Kuala Terengganu lagi..Akhirnya dalam jam 10 lebih, famili aku hadir menjemput aku dengan kereta Unser yang baru saja di'renovate'..Kami menginap di Hotel Putra pada malam itu dan betul-betul bertentangan dengan Institut Jantung Negara manakala Bro O menginap di rumah mak sedaranya yang berada di Gombak..Aku bertanya kepada umi, "Ada beli makanan tak?..lapar ni"..kata umi,"Ada!, tapi mee-hoon sup la!"..Aku tak kisah sangat bab makanan ni..Yang penting, ada makanan yang boleh disumbat dalam perut bertujuan menghilangkan lapar yang menyengat!.....

Keesokan harinya, kami bersiap ingin ke pesta buku yang buka pada jam 10 pagi..dalam bersiap-siap, kedengaran bunyi siren kereta polis yang memecah kesunyian pagi..Berderet kereta, motor dan trak polis yang meluncur laju dihadapan Hotel Putra..Tak lain tak bukan, mereka ingin beraksi di tempat ratusan ribuan rakyat berhimpun!..Semangat aku makin membara seperti membaranya api di dalam jiwa anak muda!.....

Aku dan famili terus bergerak ke Pesta Buku..Subhanallah!, ramainya manusia kat pesta buku!..Al-maklumlah, hari kedua berlangsungnya jualan buku mega ini..Tengah berjalan dengan famili di tapak pesta buku..Mindaku tiba-tiba melayang pergi..Pergi terus dan betul-betul menuju ke BERSIH 3.0..Kini fokus untuk aku membeli buku sudah lari..Jiwa aku semakin bertemu debaran..Terbayang!, apa yang berlaku di Masjid Jamek,Pasar Seni, dan Dataran Merdeka?!..Ya!, fokus dan matlamat aku sudah mencapah!..Dari asalnya ingin membeli buku, tapi akhirnya terfokus kepada BERSIH!.....

Tiba-tiba ditengah-tengah lamunan minda itu, mesej dari Bro O memasuki ruang mesej handphone ku. Mesejnya berbunyi :-
_________________________________________________________________________________
Bro O:  Salam syekh, enta kat mana?..
Aku: Wsalam, ana masih di pesta buku
 Bro O: Nanti nak gerak ke Masjid Jamek gtau ana..kita jumpa kat Stesen Masjid Jamek nanti
Aku: Ok2..insyaAllah..bereh
_________________________________________________________________________________

Ya!, fokusku kian mencapah dengan begitu ketara..Separuh jiwaku kini sudah berada di medan demonstrasi..Ya Allah~~~

Jam menunjukkan tepat jam 2 petang..Tika itu perarakan menuju ke Dataran Merdeka sudah pun bermula..Aku masih lagi di pesta buku..Tanpa bisa bertahan lagi, aku meminta keizinan dari ibubapaku untuk aku pergi ke medan Bersih..Alhamdulillah, mereka membenarkan aku pergi tanpa beribu-ribu soalan yang perlu dijawab..Namun, masih nampak riak diwajah mereka bibit-bibit kerisauan..Yelah, mana tak nya, anak lelaki sorang ini kadang-kadang semangatnya tak boleh dijangka!..Aku meminta ibubapaku mendoakan kesejahteraan aku di medan nanti..Ibubapaku juga sempat membekalkan wang saku untuk aku membeli buku yang aku tidak sempat untuk membelinya.....

Aku bergegas ke Masjid Jamek dengan menaiki LRT yang penuh sesak..Lama juga aku menungggu giliran membeli token!..Hanya perkataan SABAR bermain di jiwa!.....

Mesej dari Bro O masuk lagi :-
_________________________________________________________________________________
Bro O: Akhi, ana dah sampai di Masjid Jamek dan ana dah bersama dengan rakyat di bawah ni!..enta xtahu jalan, kol ana
Aku: Alhamdulillah..xpela..enta gerak dulu..xyah tunggu ana..ana boleh survive 
 Bro O: ok2..bereh
_________________________________________________________________________________

Jelas juga risaunya terhadap diriku..huhu..mana tak nya, pergi sekali naik bas..Plan sekali nak join Bersih, tetiba berpecah pada saat genting!..Risau juga dibuatnya...

Setibanya aku di Stesen Masjid Jamek, aku ditahan!..Bukan kena tangkap tapi ditahan dari keluar stesen LRT tersebut dek kerana waktu itu berlaku pertempuran antara Polis, FRU, SB Polis dan ribuan rakyat!..Aku melihat dari pandangan atas..Polis mengejar rakyat dan membelasah rakyat seperti binatang membaham mangsanya..Sungguh!, tidak berperikemanusiaan polis pada waktu itu!..Entah apa yang bermain di fikiran mereka!.....

Sedang asyik melihat pertempuran, tiba-tiba mata terasa sangat pedih!..Mata mula berair dengan banyak!..Tekak mula kekeringan..Dada mula menjadi amat sesak!..Terasa seperti mahu pengsan!..Asapnya tiada tapi sudah terasa sepert serbuk cili yang dihancur lumat memasuki mata!..Aku pandang ke belakang, rupa-rupanya sebotol Tear Gas@Cannister memasuki ruang stesen LRT di bahagian atas..Seorang pakcik melihat aku mengalir air mata, lalu dia menghulurkan secubit garam halus untuk aku telan dan sapu pada bahagian muka dan bawah mata..Alhamdulillah!, kurang sikit pedihnya!..

Saat itu aku melihat penderitaan manusia baik Melayu, Cina dan India!..Ini namanya penderitaan 1 Malaysia!..Terima kasih abang polis kerana bagi hadiah macam ni pada rakyat Malaysia yang cintakan keadilan!.....

Aku melihat, rakyat ditumbuk!..diterajang dengan kasut polis yang keras!..Dirampas kamera dan dipecahkan!..Rakyat ditembak dengan gas pemedih mata dan disembur dengan air berasid!..Sungguh rakus polis dan FRU ketika itu!..Mereka menyangka rakyat adalah makhluk perosak yang perlu diusir dengan cara kasar sebegitu rupa..Tanpa disedari, air mata aku mengalir..Bukan mengalir disebabkan tear gas, tapi mengalir disebabkan sedih melihat rakyat dibelasah tanpa belas kasihan..Terus ingatan terlempar di Negara-negara Arab yang sedang bergolak..Palestin, Syria, Mesir dan sebagainya..Peristiwa Bersih hampir serupa dengan negara Arab yang juga bertempur dengan pihak kerajaan.....

Terdengar laungan dari rakyat!.." Hidup2x..Hidup rakyat! "..Tumbang2x..Kezaliman! ".." Hancur2x..Regim zalim! "..Sungguh semangat rakyat ketika itu..Semangat itulah yang kita mahu!..Lalu, aku pun turut melaungkan slogan-slogan yang dilaungkan kecuali slogan-slogan yang berbaur lucah, provokasi atau slogan yang boleh menimbulkan api-api permusuhan antara dua pihak.....

PBAKL 2012


Pada petang lepas asar, aku ditemukan dengan Bro O semula..Kami bergegas membeli token di stesen Masjid Jamek untuk pulang ke stesen PWTC semula..Semuanya selamat..Aku terus pergi ke PWTC tempat pesta buku untuk membeli buku yang tertunda untuk aku membelinya iaitu dek semangat untuk pergi berhimpun!..Sempat juga membeli 2 buah buku..Yang satunya dikirim oleh seorang sahabat di Negeri Penyu..Alhamdulillah, Di Hamparan Shamrock Ku Seru NamaMu tulisan Ustaz Hasrizal(dikirim oleh sahabat) dan Cinta High-Class tulisan Dr. Farhan Hadi dan pasangannya yang sejati Ustazah Fatimah Syarha(kepunyaan sendiri)..Buku yang menunjukkan kini aku sedang membuat persediaan bagi melangkah ke fasa yang seterusnya..Ya!, kita perlukan persediaan!.....

Selepas ber'shopping', Bro O mengajak aku makan di Kentucky Fried Chicken(KFC)..Aku fikir dua kali juga ingin makan di situ dek kerana perut lapar dan rindu akan nasi..Tapi disebabkan meraikan keinginan sahabat, aku menemaninya makan..Sedap makan KFC sedang perut tengah lapar yang amat sangat!..Seusai  makan kami terus ke Gombak dan bermalam di rumah mak sedara Bro O..Sungguh ia pengalaman yang amat menarik!.....

Keesokan harinya, kami bersiap untuk pulang ke Terengganu..Paginya sempat lagi bermain bola jalan          ( street soccer ) dengan anak sedara Bro O..Seronok juga main dengan budak kecil..Lama dah tinggal zaman keanak-anakan..Aku juga dihidangkan nasi lemak yang osem dari mak sedara Bro O..Tiket bas kami adalah jam 12.30 tengahari..Kami bergegas dari Gombak jam 11.30 pagi..Sungguh lewat!..Kami hampir 2 saat ingin tertinggal bas kerana sudah bergerak sedikit..Aku berlari menuju ke bas dan tahan pemandunya dari terus bergerak meninggalkan kami!..Hebat juga aku dapat tahan bas..The Power Of The Hand!( sambil tangan menahan bas ).....

Alhamdulillah, kami pulang dengan selamat!..Pengalaman ini sungguh bermakna dan akan ku kongsikan dengan anak cucu kelak.....

Fahami Tuntutan Ini Sebaiknya

Tuntutan Bersih 3.0 :-
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor


Inilah tuntutan BERSIH yang kita perlu perhalusi..Ini bukan soal kita menyokong Ambiga atau tidak..Tapi kita melihat ini adalah isu pembersihan dalam pilihanraya..Rakyat inginkan perubahan dalam sistem pilihanraya.....

Kita mahukan pemimpin yang adil untuk memerintah negara..Negara juga perlu dipimpin berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah..Dengan itu, memilih kepimpinan yang akan menerajui negara adalah amat penting!.....

Sama-sama kita berfikir dan menganalisa politik di Malaysia di samping tidak melupakan tujuan kita hidup atas muka bumi ini.....

Wallahua'lam.....

muslimdaie90_RI, GongPakJin

Khamis, 3 Mei 2012

Apabila cinta berlanggar dengan sebuah kefahaman


CINTA


Menjiwai aturan alam itu merupakan bukti tanda kita ini mengakui akan hebatnya kuasa Sang Pencipta..hebatnya Allah ini menciptakan segalanya dari sekecil perkara hinggalah sebesar perkara..bumi, bintang, planet, cakerawala, haiwan, manusia, tumbuhan, apa yang ada di daratan dan lautan..semua membuktikan kekuasaan Allah!...
" Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.[2:164]
Allah juga telah menetapkan fitrah pada batang tubuh manusia..Allah juga menetapkan takdir dan ketentuan pada setiap hambaNya sejak dalam perut ibu lagi..fitrah manusia itu menyukai apa jua jenis kebaikan..itu tidak dapat dinafikan!.....

Namun di sebalik kebaikan, ada juga kejahatan yang dilakukan oleh manusia yang merasakan mereka berkuasa atas muka bumi..ya!, kejahatan itu menjadi titik tolak untuk kita menjauh dari Allah..apatah lagi untuk faham ad-deen.....

Terkadang berlaku suatu peristiwa yang kita amat tidak menyukainya..sebagai contoh yang ber'couple islamik'..kedua-dua lelaki dan perempuan, bertemu atas dasar mencintai Islam..selepas itu ada beberapa tindakan susulan..bermesej Islamik, membuat panggilan Islamik..menghantar kata2 Islamik..subhanallah!, semuanyalah Islamik..kelihatan seperti bagai pinang dibelah dua..namun, hakikatnya adalah 360 darjah!.....

Apabila ditanyakan kepada pasangan ini, " Korang bercouple ke??? "..katanya, " Tidaklah!, kami hanya menghantar mesej2 Islamik, berkongsi ilmu tentang hukum-hukum je!..tak lebih dari itu! "..huh!, itu persis seperti dua burung sejoli yang sedang bercinta sakan!..cuma ramai menganggap asal ada unsur-unsur Islamik, maka halallah perhubungan itu..absolutely, WRONG!!!.....

Sehinggalah apabila keduanya terlanggar dengan satu benda yang namanya Dakwah dan Tarbiyah (DnT)!..ya!, ini suatu magis!..perlanggaran ini menyebabkan keduanya berkeputusan untuk melepaskan antara satu sama lain!..kerana apa???..kerana kini masing-masing telah bertemu dengan cinta sejati..cinta yang baru!..itu cinta DnT..ia bukan cinta palsu lagi..ia cinta yang akan menyalurkan cinta manusia kepada cinta Allah!..inilah salurannya!.....

Mungkin timbul sekelumit rasa dalam diri mereka, " aarrrgghh!, aku tidak boleh terima ini semua!..kenapa ini berlaku!..aku buat salahkah?!..ini tidak adil!..aku tidak sangka ini semua berlaku! "..hebat juga penangan cinta ini..boleh membuatkan pasangan yang bercinta hampir terlupa akan ketentuan Allah..lebih parah apabila kita menafikan Allah!..Renunglah kata cinta dari Allah ini yang biasa didengari:-
" Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.[2:216]
Ya!, mungkin suatu perkara itu berlaku dan kita tidak menyukainya..yakinlah!, ia amat baik bagi kita..pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik sesuatu yang terjadi..juga suatu keadaan bilamana kita amat menyukai sesuatu perkara yang terjadi..sangat menyukai!..sedangkan disebalik kesukaan itu melekat sesuatu yang tidak baik..segalanya bergantung kepada kita dalam menilai peristiwa dan keadaan dalam memastikan iman dan aqidah itu masih terpelihara suci.....

Memang meninggalkan cinta pasangan Islamik itu sukar..ya!, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis!..jalan dakwah tarbiyah itu telah menukar segalanya..telah memadam jahiliyah lalu digantikan dengan sinar Islam..jiwa yang terbina dan di isi dengan kefahaman ini adalah jiwa yang ada kualitinya..hakikat yang pada mulanya sukar diterima, kini dengan perlahan hadir rasa redha..itu hasil apabila cinta itu berlanggar dengan sebuah kefahaman!

Teringat kata-kata Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah dalam menafsir cinta menurut sisi pandangnya ;-
Maka jika cinta ALLAH dan RASUL lebih lagi kuat natijahnya.. kesanggupan mati kerana ALLAH dan RASUL juga tanda natijah cinta bahkan ia kejayaan hakiki cinta.
Sungguh pelik apabila menafsirkan cinta dalam kategori..kenapa begitu mudah mencintai manusia?..terkadang tanpa perlu mempelajari cara atau step-step untuk bercinta..tetapi kenapa dalam mencintai Allah itu menjadi sukar??..sehingga terkadang kepala menjadi pening dan kebingungan memikirkan fenomena ini!..adakah kita sebegitu rupa?.....

Cinta itu hadir tanpa diundang atau diseru..ia boleh hadir dalam pelbagai sudut..melalui pandangan, suara, hebat dalam berbicara, wajah yang hensem dan cantik..rupanya inilah jalan-jalan syaitan menghembuskan hembusan kesesatan lalu kita dengan mudahnya menghalalkan rasa cinta yang menapak dalam hati..jangan biarkan ia!!!..jangan jadi perumah kepada syaitan!.....

DAKWAH is CINTA


CINTA perlu BERSYARIAT

Sebut saja perkataan cinta dengan sekalian manusia, hati menjadi berbunga..seakan-akan bunga itu membuka kelopak dengan rela..perbincangan kian hangat soal cinta..tapi, perbincangan soal dakwah, tarbiyah dan jihad menjadi kian lesu..seakan-akan bunga yang tidak cukup air dan nutrien..ini suatu petanda umat kita sudah berpenyakit!.....

Tidak ada salahnya bicara soal cinta kerana skop cinta itu sangat luas seluas langit yang terbentang..cuma cinta yang ingin dibincangkan itu mestilah berada di atas track nya..agar tidak lari dari landasan syariat..cinta yang tidak bersyariat ini juga bisa bernatijah!..cuma bezanya adalah natijah yang tidak baik akhirnya!..

Sang Murabbi sangat berperanan menjelaskan cinta kepada adik-adik usrah mereka..mungkin ada yang baru mengenal jalan DnT ini..ya!, mereka perlukan bimbingan..mereka perlukan muayyasyah yang lebih..kasih-sayang dari murabbi/yah yang jitu..dan utamanya, perlulah ditanam kefahaman kepada mereka..hindarkan mereka dari cinta pasangan yang tidak bersyariat kerana ini akan merencatkan perjalanan dakwah mereka.....

Sudah tiba masanya KITA mencintai jalan dakwah kerana KITA mahukan cinta manusia yang turut mencintai jalan dakwah!.....

DAKWAH is LOVE!!!.....

muslimdaie90_RI, GongPakJin