Haazihi Sabiili

Selasa, 24 April 2012

~ Cinta, Nafsu dan Keimanan ~

[ Cinta Allah & Rasulullah ]


Lamunan cinta, penangannya hebat!!!...


Dengan cinta kita boleh mengenal Allah...

Alangkah hinanya jika sebaliknya berlaku...

Memperoleh rasa cinta tidak semudah meminta objek yang zahir di depan mata...

Rasa cinta itu perlu dipupuk...

Sepertimana kita menyemai benih di tanah...

Benih tidak akan bercambah, membesar dan terus membesar tanpa kita menjaganya...

Juga dengan cinta akan membinasakan penghuni dunia yang berakal dan berfikiran waras...

Ada yang mengurus cinta dengan NAFSU...

Ada yang mengurus cinta dengan SYARIAT dan KEIMANAN...

Cinta manusia itu terkadang hadir...

Hadirnya tanpa diduga dan secara tiba menjengah di tengah perjalanan kehidupan sebagai hamba Allah...

Menolak cinta manusia itu sungguh menenang dan mententeramkan jiwa...

Kini tidak terikat lagi dengan modul cinta manusia yang bertemankan syaitan...

Cinta itu ditepis kerana ada cinta yang lebih utama untuk dicapai...

Telah disalurkan cinta itu pada jalan dakwah...

KITA terus bergerak di dalam kafilah dakwah kerana apa???...

Tidak lain kerana cinta yang telah tercipta semasa sedang berada dalam kafilah...

Kerana cinta akan dakwah juga, KITA sanggup dibina dan dibentuk...

Ya!, andai KITA mencintai jalan ini, teruskan MUJAHADAH!!!....

Jangan pernah sesekali terdetik untuk lari dari amanah ini!...

Inilah risalah dari langit...

Amanah dari ALLAH dan RASULULLAH.....


muslimdaie90_Gong Badak, KT

Isnin, 23 April 2012

Politik Mesir 3.0




Dr Mohamed Morsi Calon Presiden Mesir: Kenyataan Bersama IM Dan FJP

Dalam fasa yang kritikal dalam sejarah kita, kumpulan dan gerakan pro-revolusi yang popular, yang telah bertekad untuk mencapai matlamat revolusi ini – terutama penyerahan kuasa kepada institusi perlembagaan yang terpilih dan penyempurnaan proses transformasi yang demokrasi, sedang melawan kuasa-kuasa rejim yang lalu yang berusaha untuk mengembalikan kuasa dengan cengkaman, korupsi dan kezaliman.
Rakyat Mesir telah melancarkan suatu revolusi yang diberkati pada Januari 2011 untuk memperoleh kebebasan yang berdaulat dan bermaruah, untuk meletakkan kebenaran dan keadilan, untuk memperbaiki taraf kehidupan, dan menaikkan taraf negara mereka ke peringkat yang selayaknya di kalangan negara-negara lain, di peringkat serantau dan antarabangsa; dan mereka telah menyerahkan pentadbiran negara kepada Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) dalam tempoh peralihan tidak melebihi dari enam bulan.
Ini bermakna peranan utama SCAF  ialah untuk memelihara revolusi dan menyediakan suasana yang sesuai agar rakyat dapat memilih perwakilan mereka dalam institusi-institusi berperlembagaan, membentuk sidang dewan melalui proses pilihan raya untuk diamanahkan kepada Dewan Rakyat dan Majlis Syura bagi menggubal perlembagaan baru, memilih Presiden Republik dan membentuk suatu kerajaan yang berdaulat yang mencerminkan kehendak rakyat.
Rakyat telah memilih perwakilan-perwakilan mereka untuk kedua-dua sidang Parlimen – Dewan Rakyat dan Majlis Syura – melalui pilihanraya yang jelas, bebas dan adil. Mereka telah memberi majoriti kepada parti Ikhwan Muslimin iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP).
Walaubagaimanpun, semasa Parlimen bersegera untuk melaksanakan tugas untuk membentuk semula negara dan memenuhi permintaan rakyat, ia telah dicabar oleh kerajaan yang sengaja meletakkan halangan-halangan dan menimbulkan beberapa krisis.
Kemudian, apabila Parlimen meminta SCAF untuk membubar kerajaan dan menugaskan majoriti untuk membina kerajaan campuran, ia enggan dan meneruskan kuasa Kabinet yang telah gagal.
Seterusnya, Ikhwan dan FJP berusaha meyakinkan beberapa personaliti terkemuka untuk bertanding untuk menjadi Presiden tetapi semuanya menolak dengan alasan dan sebab masing-masing.
Maka, Ikhwan Muslimin dan FJP membuat keputusan untuk mengemukakan seorang calon Presiden. Majlis Syura Ikhwan dan Jawatankuasa Kebangsaan FJP mengarahkan Khairat Al-Shater untuk bertanding untuk jawatan Presiden.
Suruhanjaya Tinggi Pemilihan Presiden (Supreme Presidential Electoral Commission –SPEC ) memutuskan untuk menggugurkan Khairat Al-Shater, walaupun beliau berkelayakan dan berupaya menolak, mengikut undang-undang, sebab-sebab yang membawa kepada pengguguran beliau.
Anehnya, SPEC mengabaikan semua pembelaan undang-undang dan dokumen pembuktian dari mahkamah tentera. Oleh itu, Ikhwan Muslimun dan FJP memutuskan untuk meneruskan pertandingan untuk jawatan Presiden dengan mengemukakan seorang calon lain.
Seterusnya, Dr Mohamed Morsi, Pengerusi FJP diberi mandat untuk bertanding. Sudah tentu Ikhwan dan FJP meletakkan sokongan sepenuhnya kepada calon Presiden mereka.
Sedang berlaku serangan yang dahsyat terhadap Ikhwan Muslimun dan semua golongan Islamis di Mesir, demi untuk mengecualikan mereka dari jawatan-jawatan eksekutif – Presiden and Kabinet, dan berusaha menggugurkan mereka dari menggubal Perlembagaan, walaupun secara amnya Islam adalah arus yang popular di Mesir.
Dalam serangan yang ganas ini, penentang-penentang projek Islami ini menggunakan semua media cetak dan penyiaran untuk berkempen berterusan di mana mereka sanggup kehilangan semua profesionalisme and integriti.
Jelas sekali, pertentangan kepada golongan Islamis dan projek Islami secara keseluruhannya adalah berdasarkan fitnah yang terang-terangan, kepalsuan dan pembohongan yang nyata dan mengancam prinsip-prinsip nilai hakikat dan kejujuran, kebenaran dan kebijaksanaan, kesaksamaan dan etika profesional.
Ikhwan Muslimun dan FJP menyeru semua rakyat Mesir, tanpa mengira warna dan kaum, untuk:
1. Bersatu untuk menyempurnakan proses demokrasi yang aman.
2. Menegaskan kehendak rakyat untuk pemindahan kuasa sert amerta kepada penguasa yang dipilih sebelum 30 Jun seperti dijanjikan oleh SCAF.
3. Menyempurnakan pemilihan Presiden, memelihara integriti dan keadilan.
4. Menyeru kepada SCAF untuk melaksanakan kehendak rakyat dan Parlimen dengan membubarkan kerajaan dan menugaskan majoriti Parlimen yang dipilih oleh rakyat untuk membentuk kerajaan campuran.
5. Berdiri teguh untuk Projek Pembaharuan yang disediakan oleh IM dan FJP.
6. Menyokong Dr Mohamed Morsi, calon IM dan FJP dalam pemilihan Presiden yang akan datang; dan memberi kerjasama dengan beliau untuk mencapai pembaharuan sebenar bagi Mesir.
7. Menyertai perarakan jutaan manusia pada Jumaat 20 April bagi mendengar tuntutan rakyat untuk memelihara revolusi Mesir dan kesempurnaan daripada manfaatnya.
8. Mengelakkan tindak balas kepada provokasi mana-mana golongan, agar tidak terpesong dari jalan keamanan yang telah dirintis oleh rakyat Mesir yang mulia pada 25 Januari 2011 dan telah mengagumkan seluruh dunia.
Meskipun apa jua percubaan untuk menggagalkan atau merendahkan revolusi ini, dan cubaan-cubaan untuk menidakkan kehendak rakyat serta harapan dan aspirasi mereka, kami yakin bahawa kemenangan yang terakhirnya adalah untuk revolusi ini.
Kami seterusnya yakin bahawa rakyat kita yang hebat tidak akan meninggalkan revolusi ini walaupun apa jua harga tebusannya.

Ikhwan  Muslimun                           Parti Kebebasan dan Keadilan
Kaherah - 18 April 2012.

Jumaat, 20 April 2012

~ Memuhasabah Ujian Itu ~

[Sabar itu kekuatan]


Alhamdulillah..syukur ku panjatkan atas kurniaan ini..juga nikmat iman dan Islam yang dipaterikan olehNya setelah sekian lama...juga nikmat yang tidak akan aku lupakan adalah nikmatnya mengenali jalan yang penuh cabaran ini...itulah jalan DnT (Dakwah and Tarbiyah)..jalan yang bakal membawa kita ke syurga Allah.....


Cabaran demi cabaran menjelma..menjelma ibarat satu batu besar yang jatuh dari langit!..lalu menyekat laluanku..lebih menyesakkan dan membebankan apabila cabaran ini sedikit sebanyak memberi sumbangan kepada komitmen aku kepada dakwah..itulah cabaran yang merunsingkan!.....

"Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)


Ya!, tahun akhir ini cukup melelahkan!..memenatkan!..itulah asam garam sebagai seorang pelajar "tahun akhir"..kalau tak penat dan lelah, tidak pula bakal digelar pelajar..juga sebagai seorang yang bakal menghabiskan belajar dalam masa beberapa bulan sahaja lagi..pengalaman hampir 3 tahun cukup-cukup mengajar aku..


Pengalaman sebagai pimpinan pusat Islam dan USRAH, ketua blok lelaki, exco kelab..tidaklah banyak jawatan sepertinya, tetapi setiap satu jawatan itu punya pertanggungjawaban yang besar!..adakala kudrat yang sedikit ini tidak mampu melaksanakan semua itu dengan baik!..namun, yang tersangat aku hargai adalah pengalaman mengenali jalan DnT..adakalanya, orang memanggil dengan gelaran ustaz hanya kerana imej dan dakwah yang kita ingin sampaikan..sedangkan empunya diri ini bukanlah kos agama..tapi, alhamdulillah kerana semua itu seizin Allah...


Terkadang memuhasabah diri, adakah perlu berbangga dengan bermacam gelaran??..sama sekali tidak perlu..kita tidak perlukan pujian yang melambung dari sesiapa kerana usaha kita ini sungguh IKHLAS kerana Allah..benarlah!, hebatnya kuasa muhasabah itu..muhasabah yang sebenar apabila muhasabah itu punyai sifat Rabbaniyyah..sifat yang mana apa jua perkara kita sandarkan pada Allah, Sang Pencipta..berorientasikan Allah!...


Juga hampir setiap masa aku memuhasabah adik-adik binaan DnT..benarlah!, kita hanya berusaha namun Allah yang mencampakkan hidayah kepada sesiapa..rasa riang hati apabila adik halaqah sudah mula memikirkan soal dakwah di medan..namun, tidak dinafikan masih ada yang kabur..disebabkan kekaburan itu, mereka lebih 'prefer' untuk menjadi pengikut..mereka memerlukan sedikit lagi 'booster' untuk melajukan mereka...

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.[Al-Qasas:56] 


[USRAH pengubat jiwa]


Aku terfikir, bagaimana binaan-binaan dakwah dari 'seberang laut', apabila datang Malaysia, sangat laju gerak langkah mereka dalam dakwah..mereka orang Malaysia, juga bangsa Melayu..tapi, amal-amal dakwah mereka yang menunjukkan suatu kelainan..adakah faktor, suasana ataupun apa??..tidak mengapa, yang penting teruskan bekerja mengikut mekanisme yang bersesuaian dengan keadaan setempat...


Teringat ketika di Tahun 1, sangat 'free'..banyak masa yang tidak terisi..nak kata ada adik halaqah, baru tahun 1 setahun jagung..aku hanya mengikut aturan murabbiku yang ketika itu tidaklah seumur kerana umurnya sudah pun mencecah 40 dan ke atas...=)..masa untuk aku bersama dengannya pun tidaklah banyak..biasalah, adat orang bekerja..antara perkara yang paling ketara yang berlaku adalah, tahun 1 aku berpeluang pergi mandi pantai bersama sahabat-sahabat..namun,kini tidak lagi kenangan itu berulang..sekadar melekat di ingatan sebagai suatu memori...


 Satu penipuan jika aku katakan aku tidak merindui tahun 1..T_T..banyak kenangan yang terpahat di minda..jika diluahkan di sini, mungkin tidak terluah..masa terluang tahun 1, tidak sama dengan masa terluang tahun 3..kini, masa terluang aku banyak dicuri oleh perkara-perkara dunia yang aku merasakan ianya alat untuk aku mencapai suatu matlamat..thesis, proposal, assignment,projek akhir, kelas malam yang hampir tiap malam ada kelas...


Sedih!..sedih apabila apa yang menjadi kebiasaan tidak lagi dapat dikecapi..terutamanya masa untuk berhalaqah dengan adik-adik..rasa bersalah dengan mereka..ingin saja aku menyalahkan sistem universiti yang dilihat suka buat kelas malam..sedangkan aku merasakan waktu malam, tidak perlu diganggu kerana itulah masa untuk kita mengecapi nikmat menuntut ilmu akhirat!...


Kebiasaannya, halaqahku bersama adik-adik akan dibuat waktu malam seusai solat isya'..tempatnya fleksibel mengikut keadaan dan emosi semasa si naqib mereka..=)..hujung minggu pula tidak boleh diganggu kerana kebiasaannya ada program-program terutamanya daurah..aku pula yang perlu mencuri masa untuk berhalaqah..sungguh banyak kefahaman yang ingin ku sampaikan kepada mereka..mereka juga kelihatan bersemangat, tetapi kekangan masa sedikit menguji aku...


InsyaAllah, aku memohon kepada agar dipermudahkan segala urusan baik urusan keduniaan dan urusan akhirat..sungguh, aku sangat-sangat mengimpikan, binaan-binaan halaqah itu bakal menyuburkan dakwah di peringkat kampus..aku berpegang dengan satu formula di mana..Jalan dakwah dan tarbiyah itu panjang, tapi hasilnya lebih terjamin..moga KITA terus thabat duhai pejuang kebenaran!...

Wallahua'lam.....



muslimdaie90_GongPakJin,KT

Jumaat, 13 April 2012

~ Ukhuwah 'catalyst' Dakwah ~

-Intro ukhuwah-

Terasa ringan tanganku untuk menulis...Akhirnya segala persoalan di dalam post "unexpected ukhuwwah!" terjawab juga akhirnya...setelah sahabat itu membaca post aku, terus meng'reply' di laman Mukabuku...alhamdulillah, sudah tidak timbul lagi keraguan dan tanda tanya yang kadang kala boleh meragukan ukhuwwah..syukran sahabatku.(^_^)...

Aku melihat ramai yang berbicara soal ukhuwah!..mula timbul persoalan,,,
" best ke ukhuwwah ni?..rasa dia macam mana ek?..ada kepentingan untuk dakwah ke?..kalau ukhuwwah terlampau rapat, tak rasa pelik ke bila orang tengok??..hmmm... 
 Bermacam soalan kontroversi akan timbul..kadang kala rimas juga dengan orang yang banyak tanya ni..tapi, seorang da'ie kena memandang semua orang sebagai mad'unya..al-maklumlah, ukhuwwah itu kan manis..sesiapa yang melihatnya dari jauh, pasti akan "jeles", cemburu memendam rasa..=)

Ukhuwwah yang luar biasa ini bissa dirasai bagi sessiapa yang berada dalam kafilah dakwah..kalau orang biasa pun booleh merasai ukhuwwah ini..tapi, tidak seindah yang berada dalam gerabak dakwah tarbiyah ini..bagi yang baru menjinakkan diri dalam tarbiyah, pasti tertanya,
 "apa kaitannya UKHUWAH dan DAKWAH yang kita buat ni???.macam takde kaitan je?..ukhuwah is ukhuwah!..dakwah is dakwah!..so, mana kaitannya??..hmm, entahla...
Harap para da'ie sekalian boleh bersabar dengan kerenah adik-adik atau mad'u yang baru hendak disentuh..kebiasaannya, yang baru nak disentuh dengan sistem USRAH ni, mereka akan 'curios' sikit..sampai satu tahap boleh juga timbul rasa 'suspicious' di kalangan mereka..menjadi tanggungjawab murabbi pula nak menghilangkan rasa-rasa yang tidak enak dalam benak fikiran mereka tu...

Jom sama-sama tadabbur dan hayati firman Allah ini...
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Ali Imran: 103)
Juga suka untuk mengajak teman-teman merenung dan berfikir sejenak akan kata-kata mursyid KITA, As-Syahid Imam Hasan Al-Banna,,,
“Yang saya maksud dengan ukhuwah adalah terikatnya hati dan ruhani dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan dan semulia-mulianya. Ukhuwah adalah saudaranya keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kembarnya kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan kesatuan; tidak ada kesatuan tanpa cinta kasih; minima cinta kasih adalah kelapangan dada dan maksimanya adalah itsar(mementingkan orang lain dari diri sendiri).”
Ukhuwwah yang HEBAT itu terbentuk dari rasa cinta..juga membentuk rasa cinta..dan CINTA itu adalah penguat..juga pemangkin buat para du'at ilallah!..boleh aku katakan, selagi ukhuwwah antara para da'ie ini tidak berjaya, maka dakwah juga sepertinya tidak akan berjaya..kita meyakini bahawa dakwah itu tidak bisa berjalan andai kita berseorangan!..lone ranger!..kerana dakwah Islam ini merupakan amanah dan risalah yang besar..tidak akan termampu oleh kita andai pembawa risalah ini berseorangan!..kerana itu kita memerlukan JAMAAH!..kita memerlukan HARAKAH ISLAMIYAH dan berintima' dengannya...

Teringat akan sabda Rasulullah dalam perihal berjamaah,,,
Maka hendaklah kamu berjamaah, sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang bersendirian”. {HR Abu Daud}
Tabiat jalan dakwah ini suatu yang sukar, penuh dengan cabaran, jerih-perih dan tidak dihampar dengan permaidani merah sepertimana masuknya seorang menteri ke dewan perlu dibentangkan karpet merah..andai menteri itu memahami tabiat jalan dakwah, sudah pasti kerpet merah itu tidak akan dibentangkan!...

Ya!, kita perlu mantapkan ukhuwwah..KITA tidak bisa beramal jama'ie selagi ukhuwwah tidak mencapai tahap yang sepatutnya..aku sering meluahkan perasaanku kepada ikhwah-ikhwah yang tetap bersamaku dalam dakwah..apa yang aku luahkan adalah,,,mungkin juga ia berbentuk cabaran,,,
KITA tidak boleh pergi jauh dalam dakwah selagi ukhuwwah tak setle..KITA fikir KITA dah hebat buat dakwah..dapat pegang 2,3,4 halaqah..KITA hebat dalam pengurusan..KITA hebat buat program-program umum di luar bersama remaja, belia dan masyarakat sedangkan sisi-sisi 'internal' kita terlepas pandang..apatah lagi dalam katibah..katibah ini adalah katibah dakwah..KITA ingin melahirkan rijal-rijal yang kuat atas jalan dakwah!..renunglah wahai ikhwahku!..di mana ukhuwwah KITA ketika ini???!
KITA perlu memandang ukhuwwah ini adalah teras kegemilangan kita..KITA kena memperhebat ukhuwwah ini..tidak cukup sekadar kita buat program ukhuwwah berpuluh-puluh..tapi tidak ada satu program pun dapat menyentuh hati kita tentang nilai ukhuwwah..lagi menyedihkan andai adik-adik binaan kita itu yang tidak mampu merasai bahkan menghidu nikmat ukhuwwah itu...

Fahamilah ikhwahmu sedalamnya..mungkin ada di kalangan mereka tidak mampu untuk bawa halaqah..jangan cakap 2 halaqah..1 halaqah pun belum tentu..andai ukhuwwah kita hebat, sudah pasti ada usaha-usaha untuk kita membantu ikhwah itu..jangan syok sendiri buat dakwah..sedarilah, kamu tidak akan hebat tanpa ikhwah dan teman seperjuangan di sisi...

Sungguh aku memerhati persembahan dakwah KITA..aku suka membandingkan rentak dakwah ikhwahs dan akhawats..sungguh aku ini CEMBURU dengan ukhuwwah Si Akhawats..mengapa KITA melihat akhawats ini lebih melaju??!!..nak kata kudrat, ikhwahs lagi kuat kudratnya...

Aku yakin ia disebabkan oleh salah satu perkara yang menyumbang kepada kelajuan itu iaitu, UKHUWWAH..akhawats ini lebih laju dalam mengikat hati..lebih banyak meluahkan perasaan atau lebih mesra istilahnya CURHAT(curahan hati)!..lebih banyak program bersama..mungkin mereka dikurniakan Allah hati yang lembut..sekali disentuh perasaannya tentang nikmatnya ukhuwwah dalam dakwah tarbiyah, terus KOMIT!..untungnya mereka yang bergelar akhawats...

So, ikhwahs macam mana??..tak tercabar ke??..tak jeles ke??..tak rasa nak bersaing secara sihat??..huh!, sungguh masih ada perasaan ego pada ikhwahs ni..adakah kerana kita lelaki??!..mungkin benar!..tapi disebabkan kita ini ditarbiyyah, perlulah TAMAYYUZ(terbeza)!..jangan seperti lelaki biasa..kena jadi lelaki yang luarbiasa...kena jadi seorang akh yang OSEM!..kena saling membantu untuk memastikan dakwah ini melaju dan SUPERB!.>_<...

Sabda Rasulullah lagi,,,
"Seorang mukmin terhadap seorang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana sebahagian menguatkan sebahagian yang lain.{ HR Muslim }.
Outro dakwah


Dakwah ini suatu jalan yang amat panjang..juga memerlukan nafas yang panjang..sesekali dilanda rasa futur..rasa lemah di tengah-tengah perjalanan..saat itulah KITA memerlukan penjanaan ukhuwwah..KITA mahukan ukhuwwah yang dibina atas dasar mencintai Allah itu bakal menjadi penguat!..KITA memerlukan ikhwahs untuk menyokong segala kerja dakwah mahupun tarbiyah..jangan biarkan ikhwahs kita lemas dan hanyut dalam arus duniawi..biarlah ukhuwwah ini akan memacu dan menggegarkan amal dakwah KITA...

~ Let's RIBATHUL UKHUWWAH ~

muslimdaie90_Permatang Badak, Kuantan (^_^)

Khamis, 12 April 2012

~ Unexpected Ukhuwwah! ~




Indahnya ukhuwwah apabila ia itu bisa berbicara tanpa kata...ukhuwwah yang terikat ibarat sepintal tali yang sangat kukuh ikatannya...terkadang indahnya ukhuwwah bisa diungkapkan pada penulisan Sang Perasa Ukhuwwah...teringat bait di dalam lirik nasyid dendangan UNIC-Sahabat Sejati...

Ku biarkan pena menulis 
Meluahkan hasrat di hati 
Moga terubat segala 
Keresahan di jiwa 
Tak pernah ku ingini 
Ya!,ukhuwwah itu bisa hadir dalam keadaan yang kita minta dan kita cipta...juga uniknya ukhuwwah ini kerana ia juga boleh hadir dalam keadaan yang tidak disangka-sangka..hebatnya nilai ukhuwwah!...

Teringat beberapa kisah ukhuwwah yang saya alami...tidak perlulah dikenali siapakah gerangan sahabat saya itu, cukuplah sekadar secebis bingkisan cerita ini menjadi sebuah kayu ukur erti ukhuwwah...benarlah firman Allah...firman yang berbentuk 'direct' dan mudah difahami...namun, ia kadang kala sukar untuk dilaksanakan...
"sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10)
Suatu hari saya pernah diminta oleh seorang hamba Allah ini supaya mengendalikan majlis solat hajat dan bacaan Yasin bagi programnya..sungguh saya langsung tidak mengenalinya..sekadar mendapat Personal Message(PM) di laman "Mukabuku"..terfikir juga, saya sudah hampir satu sesi meninggalkan jawatankuasa di surau universiti, kenapa saya diminta sedangkan ketika itu sudah ada kepimpinan surau yang baru..entah dari mana dia boleh mengenali diri ini..sehingga kini saya masih tertanya-tanya...

Dengan penuh rasa ikhlas, saya menerima taklifan tersebut..tidak menjadi masalah majlis yang sebegitu rupa dek kerana sudah menjadi kebiasaan saya kendalikan majlis seperti itu..bak kata orang putih, "small matter"..atas dasar ukhuwwah yang sungguh misteri itu, saya mengikhlaskan diri..Alhamdulillah, ada hikmah disebalik permintaan itu...

Saya mengendalikan majlis itu, dan seusai majlis disapa oleh seorang budak lelaki dari kursus itu juga..kemungkinan lelaki itu adalah ketua program yang sama dengan hamba Allah tersebut..dia menghulurkan beg kertas kepada saya yang seingat saya berisi kismis, beberapa zikir Mathurat dan yang paling tidak disangka adalah sebuah buku Diari Muslim yang bewarna hitam..cantik!..saya sudah merancang untuk membeli sebuah Diari Muslim sendiri di sebuah kedai buku yang berhampiran..namun, itulah takdir Allah..Diari Muslim yang datang tanpa disangka-sangka..terima kasih kepada Si Pemberi diari tersebut...

Setelah mengendalikan majlis itu, barulah saya mengenali hamba Allah itu dengan lebih dekat..sungguh apabila saya mengenali seseorang, sangat berminat untuk mengenalpasti peribadinya..dengan harapan, dialah seseorang yang bakal menyumbang sesuatu atas jalan Allah ini..sungguh tidak pernah berjumpa, namun alam maya ini cukup membantu untuk saya mengenali sesiapa yang saya ingin berkenalan..alam maya ini ada 'pros' dan 'cons'..penggunanya haruslah bijak!..jangan disalahgunakan!..jangan kufur nikmat!...

Sungguh terkesan apabila hamba Allah ini menceritakan kisah keluarganya..dan saya menyedari satu perkara bahawa dia ini cukup mengagumi keluarga saya..saya pun tidak pasti sejauh mana penilaiannya terhadap keluarga saya..teringat kata-katanya yang dia mengimpikan keluarga yang sakinah..yang dilimpah mawaddah dan rahmah..dia dilahirkan dalam keadaan yang susah..sering kali saya teringat akan nasihatnya supaya buat yang terbaik untuk tahun akhir..buat yang terbaik untuk keluarga..pasti saya ingat pesanannya itu...

Juga jelas tampak padanya, kesungguhan dan kegigihan dalam menuntut ilmu..saya mengagumi kesungguhannya..setiap kali berbicara, sudah pasti akan muncul tentang keluarga..sungguh, dia menghargai keluarganya..saya mendoakan yang terbaik buatnya..teringat juga pesanannya tentang Diari Muslim tersebut..adakah dia pemberi diari tersebut???..sungguh!, ini memang misteri!...

Ingin saya lakarkan seuntai kata buatnya..moga ia bermanfaat untuknya jua untuk sahabat yang lainnya...


Sungguh aku menghargai ukhuwwah yang telah tercipta..benar!, 
Ukhuwwah ini bisa hadir dalam keadaan yang sangat tidak disangka-sangka,
Namun, tidak ramai yang menghargainya,
Ukhuwwah itu sungguh indah apabila bertemu dan berpisah kerana Allah,
Kerana kita mengimpikan naungan Arasy Allah di akhirat kelak,
Juga ukhuwwah kerana Allah ini menjanjikan kita untuk sampai ke syurga dan bertemu di sana,


Aku mengimpikan kamu bakal menjadi seorang pejuang jalan Allah,
Seorang yang berkomitmen untuk DAKWAH dan TARBIYAH,
Seorang yang rela ditarbiyah untuk mentarbiyah yang lainnya,
Juga seorang yang tidak kenal erti penat lelah atas jalan ini,


Kita menghayati apa yang ada di dalam doa Rabithah,
Yang sering kita ulang setiap hari pagi dan petang,
Memohon agar Allah menghimpunkan hati-hati kita ini di bawah naungan cintaNya,
Moga Allah menghimpunkan hati kita semua..Allahumma ameen~~~






Ingatlah firman Allah:-

" Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.{ Al-Anfaal: 63 }

Buat sahabat yang dihargai..sungguh ukhuwwah ini misteri dan unik!..wallahua'lam...

muslimdaie90_Permatang Badak,Kuantan(^_^)


Selasa, 10 April 2012

Aqsa Syarif mengajak rakyat Malaysia memperingati tragedi Deir Yassin - 9 April 1948


Aqsa Syarif mengajak rakyat Malaysia memperingati tragedi Deir Yassin - 9 April 1948

Tarikh 9 April akan sentiasa terpahat di hati rakyat Palestin sebagai tragedi pilu yang masih dirasai sehingga kini. Meskipun tragedi dahsyat itu sudah berlalu 63 tahun yang lalu, ia tetap menghantui rakyat Palestin dan sesiapa sahaja yang punya rasa kemanusiaan tanpa mengira bangsa dan agama.
Pada dinihari sekitar 4.30 pagi Jumaat 9 April 1948, kumpulan pengganas zionis Haganah membariskan 33 orang yang menghadiri majlis perkahwinan di sepanjang tembok bangunan. Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin kemudiannya ditembak tanpa belas kasihan. Hanya seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun ketika itu hidup untuk menceritakan pengalaman ngeri yang disaksikan dengan mata kepalanya sendiri. Terselamat kerana dilindungi oleh mayat-mayat ahli keluarganya , beliau melihat sendiri bagaimana adek perempuannya yang berusia 4 tahun bersepai kepalanya ditembak oleh pengganas-pengganas tersebut.
Itulah dia tragedi Deir Yassin yang akan kekal ditulis dengan tinta darah. Peristiwa yang amat dahsyat ini dilakukan oleh sekelompok manusia yang mendakwa mereka diseksa dengan kejam oleh Nazi di kem-kem Auswitch, Bergen-Belsen dan Dachau. Ternyata kezaliman dan tindakan yang tidak akan dilakukan oleh haiwan sekalipun membuktikan bahawa pendukong zionis hanya berselindung disebalik penderitaan mereka untuk melakukan perbuatan yang jauh lebih keji dari apa yang mereka alami. Peristiwa Deir Yassin menyaksikan bagaimana tahap kemanusiaan sudah jatuh ke tahap yang amat keji sehingga tidak mungkin dibayangkan oleh sesiapa yang masih waras akal fikirannya. Cukuplah apa yang didedahkan oleh beberapa orang yang terselamat kerana terlindung di sebalik tumpukan mayat dan timbunan batu dan kayu yang menyaksikan bagaimana wanita-wanita hamil dirodok perut mereka dan dikeluarkan janinnya. Semua ke 25 orang ibu yang mengandung dipaksa melihat bagaimana bayi yang mereka kandung dikerat sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Kanak-kanak pula dipancung di hadapan ibu-ibu mereka. Seramai 52 orang kanak-kanak dibunuh secara kejam begini. Ternyata perbuatan amat biadap ini sengaja dirancang untuk menimbulkan ketakutan yang mencengkam di sanubari rakyat Palestin supaya mereka segera meninggalkan tanah air mereka demi keselamatan diri dan keluarga. Siri-siri pembunuhan beramai-ramai ini telah berlaku di banyak tempat sebelum Deir Yassin, namun sebagai umat yang bermaruah, rakyat Palestin sama-sekali tidak akan menyerah kalah. Mereka tetap bertahan dan mempertahankan kampong halaman mereka meski terpaksa berhadapan dengan kumpulan pengganas Zionis yang disokong oleh Bangsa-bangsa Bersatu, British dan negera-negara Eropah. Bantuan kewangan dan senjata terus dinikmati oleh tiga kumpulan pengganas yahudi seperti Irgun, Haganah dan Stern gang. Menjelang November 1974 apabila pelan pemisahan (partition plan) dilaksanakan oleh PBB melalui resolusi 181, pengganas-pengganas yahudi sudah memiliki 16,000 senjata api ringan, 1000 mesin gun dan 750 mortas. Dengan pelbagai senjata ini mereka menceroboh kampong halaman rakyat Palestin di Qilqiya, Nablus, Akka, Tulkarem, Beersheba, Baisan, Haifa dan Yaffa. Kemuncaknya ialah pembunuhan yang berlaku di Dier Yassin pada 9 April 1948.
Tindakan biadap kumpulan Haganah disempurnakan oleh Irgun yang dipimpin oleh tak lain dan tak bukan Menachem Begin. Dia bersama rakan-rakan remajanya, lelaki dan perempuan melakukan ‘operasi pembersihan’ ke atas Deir Yassin. Para doctor dari Persatuan Palang Merah menyaksikan bagaimana para remaja ini memastikan tidak ada yang hidup dengan membunuh sesiapa sahaja yang masih bergerak dengan sub mesin gun, bayonet dan pisau. Cara pembunuhan mereka tidak pernah dilakukan di dalam sejarah iaitu dengan meniris mangsa dari hujung kepala ke hujung kaki dan membiarkan mereka mati dengan penuh seksa.
Menachem Begin kemudiannya diangkat menjadi Perdana Menteri Israel dan dijulang sebagai pejuang kemanan dunia yang dianugerahkan hadial nobel untuk keamanan. Anugerah berprestij ini dikongsi bersama Anwar sadat hasil dari perjanjian damai Camp David pada tahun 1978 di antara Mesir dan Negara haram Israel. Satu perjanjian yang menyaksikan Anwar Sadat dihina di seluruh dunia dengan mengiktiraf Israel dan ditempelak oleh Menachem Begin dengan ucapan biadapnya ‘Selamat dating ke Jerusalem, ibu Negara abadi Israel’. Perjanjian inilah yang telah menggadaikan maruah umat Islam dan rakyat Mesir. Mesir yang sebelum itu merupakan satu-satunya Negara Arab yang mempunyai kekuatan yang standing dengan Israel bertukar menjadi kambing yang dikebirikan. Sejak tahun 1978 hingga tumbangnya Hosni Mubarak pada bulan Februari 2011, Mesir diberikan kepercayaan penuh oleh Amerika Syarikat untuk memastikan keselamatan Israel sentiasa dipelihara.
Tragedi Deir Yassin adalah symbol berdirinya Negara haram Israel di atas darah rakyat Palestin yang tumpah membasahi bumi. Menachem Begin di dalam bukunya ‘The Revolt’ dengan bangganya mengatakan
“Tanpa apa yang dilakukan di deir Yassin maka tidak akan wujud Negara Israel. Dia menambah; ketika Haganah menjalankan beberapa operasi yang Berjaya di medan-medan lain…orang-orang Arab menyelamatkan diri mereka dengan disertai panic sambil menjerit ketakutan ‘Deir Yassin!’
Menachem Begin dan semua pepimpin Israel yang dijulang sebagai negarawan dan pejuang keamanan dunia seperti Arial Sharon dan Shemon Peres adalah remaja-remaja bersenjata yang membunuh rakyat palestin tanpa sedikitpun merasa bersalah. Kejadian pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatila pada tahun 1982 yang menyaksikan lebih 3,000 rakyat Palestin dibunuh dengan kejam oleh Arial Sharon adalah bukti jelas bahawa‘modus operandi’ mereka tidak akan berubah. Inilah pendekatan yang masih digunakan oleh Israel di Gaza, Nablus, Ramallah, Jenin, Baitul maqdis dan al-Khalil bagi mengekalkan pendudukan, pengepungan dan penghinaan ke atas Masjid al-Aqsa. Bagi mereka nyawa rakyat Palestin tidak punya harga dan mereka akan hapuskan seramai mana rakyat palestin yang diperlukan bagi memastikan Negara haram Israel terus kekal dan lestari.
Aqsa Syarif mengajak umat islam dan rakyat Malaysia sempena ulang tahun tragedy pembunuhan Deir Yassin supaya memperbaharui tekad dan keazaman untuk membela rakyat Ralestin dan berjuang berganding bahu untuk memerdekakan rakyat dan bumi Palestin yang terjajah.
:Luka Deir yassin masih berdarah meski sudah berlalu 63 tahun. Satu-satunya jalan untuk menyembuhkan luka yang amat pedih yang ditanggung oleh rakyat Palestin ini ialah dengan berjuang untuk mengembalikan maruah saudara kita di Palestin.
Ayuh! Bersama Aqsa Syarif mempergiat usaha untuk membantu perjuangan pembebasan Palestin.

Aqsa Syarif
9 April 2012

Isnin, 9 April 2012

~ Ini Politik Mesir 2.0 ~


Pencalonan Presiden Dari Ikhwan, Apakah Muslihatnya?

Maszlee Malik


Saya baru pulang dari Mesir selesai melakukan kajian tentang parti politik Ikhwan, ‘Hizb al-Hurriyah wa al-Adalah’ (FJP), parti Salafi dan juga pilihanraya presiden yang bakal menjelang. Selain mengadakan wawancara dengan para pemimpin Ikhwanul Muslimin (IM), Salafi, para pegawai kempen calon-calon presiden, anggota bawahan IM dan juga orang ramai, saya juga berkesempatan melihat lebih dekat suasana politik Mesir bersama dengan rakan-rakan jurnalis di sana.

Apa yang menarik, perkembangan politik Mesir pasca-Revolusi 25 Januari bukanlah seperti yang ditanggapi oleh kebanyakan pemerhati luar yang tidak berada di Mesir. Suasana politik di sana amat unik dan begitu dinamik. Demi untuk memhami dinamisme tersebut, pendapat segenap lapisan warga Mesir perlu ditelusuri agar kesimpulan yang dibuat tidak akan dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu sahaja. Apa yang lebih menarik perkembangan dan perubahan berlaku begitu pantas dan sukar dijangkakan.

Walaupun suasana ekonomi Mesir tidaklah semakin baik selepas revolusi 25 Januari, namun iklim politik di Mesir tidak dipengaruhi oleh keadaan tersebut. Walaupun suasana keselamatan, kebersihan dan juga infrastruktur di seluruh Mesir masih tidak tersusun kerana tidak terdapat sebuah kerajaan yang benar-benar dapat memulihkan keadaan Mesir, namun nikmat kebebasan yang dikecapi oleh rakyat Mesir telah sedikit sebanyak dapat melupakan mereka kepada keadaan semasa untuk melihat masa depan yang lebih cerah dan lebih menjanjikan kebaikan.

Sewaktu saya berada di sana, isu yang paling mewarnai liputan media massa dan perbualan di kafe-kafe ialah pembentukan jawatankuasa penggubalan perlembagaan. Sebagai sebuah negara yang baru bangkit dari keruntuhan rejim diktator yang lama, penggubalan perlembagaan merupakan satu yang penting dan utama. Perlembagaan yang baru amat signifikan untuk membentuk negara Mesir yang baru dan lebih menjanjikan kemerdekaan individu. Namun, hal ini juga menjanjikan persaingan di antara golongan Islamis yang mendominasi rakyat Mesir dan juga golongan liberal sekular serta Koptik yang mewakili suara minoriti. Bagi golongan Islamis yang mendomiasi parlimen (Majlis al-Sya’ab), mereka melihat perlembagaan yang mesra Islam dan menjamin kedudukan Islam adalah amat penting untuk membentuk identiti Mesir di masa mendatang. Manakala bagi golongan minoriti, identiti ‘Islam’ Mesir yang diinginkan oleh para Islamis pula merupakan mimpi ngeri bagi mereka yang inginkan Mesir baru yang lebih sekular wajahnya.

Maka, di penghujung pertembungan tersebut, ahli-ahli perwakilan yang dipilih untuk menganggotai jawatankuasa perlembagaan tersebut didominasi oleh golongan Islamis dari kelompok IM dan juga Salafi (48 wakil dari kesemua 100 perwakilan). Walaupun IM telah bermurah hati memberikan 10 wakil yang telah diperuntukkan kepada mereka kepada wakil liberal), namun golongan liberal dan sekular mengambil keputusan untuk memboikot jawatankuasa tersebut dan membawanya ke muka pengadilan. Tindakan tersebut diikuti pula oleh wakil dari universiti al-Azhar dan gereja Koptik yang telah dipilih khas untuk menggangotai jawatankuasa tersebut sebagai tanda protes dominasi sesetengah pihak ke atas jawatankuasa berkenaan. Melihat kepada suasana tidak stabil dan kekecohan tersebut, pihak berkuasa tentera  (SCAF) mengambil keputusan menggugut IM yang merupakan suara dominan di parlimen untuk membubarkan parlimen dan meletakkan kekuasaan sepenuhnya di bawah SCAF.

Bagi para pemerhati politik di Mesir, apa yang disuarakan oleh SCAF bukanlah sesuatu yang pelik. Sememangnya semenjak awal lagi tentera tidak dipercayai oleh rakyat kebanyakan dan juga golongan revolusioner di kalangangan pemuda dan professional. Malangnya, pihak IM yang inginkan agar revolusi tidak terlepas kepada golongan bukan Islamis telah mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan pihak SCAF dan meletakkan kesemua harapan mereka mereka kepada SCAF. Bagi pihak revolusioner pada waktu itu, selagimanaSCAF masih berkuasa dan mengambil alih tugas presiden serta tidak melepaskan kuasa mereka kepada rakyat, maka tujuan utama revolusi tidak tercapai. Malangnya pada waktu itu dan juga sewaktu pilihanraya umum Mesir sibuk berjalan, pihak IM tidak memperdulikan kerisauan dan juga kebimbangan pihak revolusioner. IM bertambah yakin dengan temtera apabila mereka berjaya memenangi hampir separuh dari kerusi parlimen tanpa ada campur tangan dari SCAF, malah disambut baik oleh SCAF.

Walau bagaimanapun IM agak tersentak apabila parlimen yang mereka kuasai tidak berperanan sepenuhnya. Parlimen tidak berhak membuat keputusan besar, malah tidak berupaya membentuk kerajaan melalui kuasa eksekutif. Ini kerana perlembagaan Mesir memberikan kausa pembentukan kerajaan hanya kepada presiden, yang kini tugasnya diambil alih oleh SCAF. Maka pentadbiran kerajaan dan juga perjalanan negara ditentukan oleh kabinet kerajaan yang telah dilantik oleh pihak SCAF, di mana kebanyakan menteri-menteri tersebut merupakan wajah-wajah dari rejim yang lama. Hal ini bertambah parah apabila kerajaan yang berkuasa tidak menunjukkan pentadbiran yang cekap, mungkin kerana mereka sedar mereka hanyalah kerajaan peralihan sahaj dan tidak dibebankan oelh tanggungjawab. Apabila kerajaan yang dipilih tidak efisien, yang menanggungnya bukanlah kerajaan tersebut, tetapi pihak IM yang dilihat menguasai parlimen. Sebilangan besar rakyat tidak menyalahkan kerajaan, tetapi menyalahkan IM yang dilihat sebagai pilihan mereka yang majoriti di parlimen. Inilah rupanya yang dimahukan oleh pihak SCAF.

Apabila IM tersedar, ianya sudah terlambat. Kini satu persatu krisis timbul di Mesir untuk IM dan juga revolusi dipersalahkan. Krisis kekurangan bahan bakar, krisis kekurangan minyak diesel di pasaran, krisis pekerjaan, krisis industri pelancongan yang semakin parah akibat imej Mesir yang bertambah buruk di mata antarabangsa kerana masih di bawah pemerintahan tentera, krisis pelaburan, krisis keselamatan dan keamanan, malah siri pegaduhan di antara peminat bola sepak juga pun telah menjadi isu nasional serta dipolitikkan. Akhirnya mereka tersedar bahawa pihak SCAF bukanlah rakan yang jujur, dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk memaksa SCAF agar memberikan sepenuhnya kuasa kepada rakyat dan kepada parlimen. Namun, pihak SCAF tetap enggan dan melenggahkannya sehinggalah kepada pilihanraya presiden, selaras dengan persetujuan IM di awalnya yang begitu percayakan bahawa SCAF akan melepaskan kuasa mereka selepas presiden dipilih.

 Di sebalik kegawatan ini, pihak parlimen, berdasarkan kuasa penggubalan undang-undang yang mereka ada, meneruskan agenda penggubalan perlembagaan yang baru selaras dengan mandat yang telah rakyat berikan kepada mereka. Maka, di sinilah pihak IM dan golongan Salafi mula ingin menunjukkan kekuatan mereka kepada rakyat dan pihak SCAF. Di dalam penubuhan jawatankuasa penggubalan perlembagaan, kedua-dua pihak ini telah mendominasi kerusi-kerusi yang telah diperuntukkan serta mengundang kritikan pihak minoriti. Pihak SCAF yang sememangnya menunggu kesempatan seumpama itu telah menangguk di air yang keruh dengan mengancam untuk membubarkan parlimen dan meletakkan negara sepenuhnya di bawah kekuasaan tentera.
 
Sewaktu saya masih berada di Mesir, pencalonan Ir. Khayrat Shater masih lagi belum muktamad dan masih lagi sekadar cadangan dan khabar angin. Pada waktu itu, kelihatan majlis tertinggi IM, iaitu Maktab Irshad dan juga Majlis Shura IM yang diwakili oleh perwakilan IM dari seluruh Mesir bersidang dengan begitu kerap sekali. Ini dapat dilihat ketika kunjungan saya sebanyak tiga kali ke ibu pejabat bari pertubuhan tersebut di Moqatam, Kaherah. Di peringkat parti juga, parti milik mereka, FJP juga tidak kurang sibuknya. Hal ini timbul setelah pihak SCAF yang sebelum ini mempunyai hubungan yang baik dengan IM sewaktu dan selepas pilihanraya parlimen berlangsung telah menukar sikap mereka untuk berkonfrantasi dengan IM. Hal ini timbul setelah IM menyedari bahawa pihak tentera tidak mahu melepaskan kuasa mereka dengan membenarkan parlimen membentuk kabinet baru unutk meneraju kerajaan Mesir seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

Walaupun pada asalnya, IM berjanji kepada rakyat Mesir untuk tidak meletakkan calon mereka di dalam pilihanraya presiden yang bakal menjelang, namun mereka terpaksa melanggar janji tersebut. Demi menyelamatkan negara Mesir dari terus dikuasai oleh tentera, mereka telah mencalonkan Ir. Khayrat Shatir pada penghujung bulan Mac. Pengumuman telah dilakukan oleh Murshidul Am Ikhwan sendiri, iaitu Dr Mohammad Bade’. Hal ini telah memeranjatkan banyak pihak, termasuk dari kalangan ahli IM sendiri. Walaupun majoriti ahli IM akan mengambil sikap taat dan patuh kepada kepimpinan mereka, namun sebilangan besar mereka terpkasa melakukannya dengan hati yang berat. Melalui wawancara yang telah saya lakukan bersama anggota-anggota IM samada dari kalangan pemuda, kepimpinan di peringkat pertengahan, mahupun dari kalangan professional, kebanyakan mereka secara peribadi lebih memilih Dr Abul Futouh untuk menjadi presiden Mesir. Kabanyakan dari golongan muda IM sememangnya meminati dan juga mengkagumi Abul Futouh yang merupakan seorang pemimpin politik berkarismatik semenjak zaman beliau menjadi pelajar universiti di tahun 70’an lagi samada di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa.

Bagi ramai para pengkaji politik Mesir, tindakan IM ini hanya akan mengundang reaksi dari pihak non-Islamis untuk bersatu dan mendokong Amru Mousa atauun wakil dari pihak SCAF, iaitu Omar Suleyman. Ramalan ini Nampak ada asasnya memandangkan undi rakyat kepada calon Islamis akan terbagai kepada tiga calon besar, iaitu Hazem Abu Ismail yang begitu popular di kalangan golongan Salafi dan juga orang ramai dengan jentera kempen dan juga imej bapanya sebagai mantan ahli politik Ikhwan dan ahli parlimen Mesir yang terkenal; Dr Abul Futouh yang mendapat sokongan kebanyakan pemuda; dan juga Shater yang bakal mendapat sokongan padu dari anggota Ikhwan. Manakala Mousa atau Omar pula akan didokongi penuh oleh pihak sekular, pihak koptik dan juga pihak liberal dan SCAF. Berdasarkan senario ini, ramai pemerhati politik Mesir merasakan tindakan IM ini tidak tepat pada masanya.

Ada juga tuduhan liar mengatakan bahawa apa yang berlaku adalah merupakan pakatan di antara IM dengan pihak SCAF. Teori konspirasi ini ditimbulkan oleh sesetengah golongan jurnalis di MEesir dan juga segelintir golongan revolusioner yang tidak berpuas hati dengan sikap IM yang begitu lunak dengan tentera serta tidak mengambil kira pengalaman mereka diperdayakan oleh pihak tentera di bawah pimpinan Gamal Abdul Naser pada tahun 1954 dahulu. Namun tuduhan ini terlalu sukar untuk diterima memandangkan hubungan IM dengan SCAF begitu keruh dan diketahui umum ianya ibarat retak menanti belah. Walaupun IM seakan lunak dengan tentera sewaktu pilihanraya berlangusng dan juga selepas pilihanraya, namun mutakhir ini hubungan itu telah berubah. Desakan IM agar kabinet kerajaan pimpinan Ganzawi yang dibentuk oleh SCAF dimansuhkan dilihat oleh tentera sebagai usaha mencabar kuasa tentera. Begitu juga ugutan SCAF untuk membubarkan parlimen juga sebagai bukti bahwa teori konspirasi ini tidak berasas.

Apakah dengan u-turn ini, IM yakin Ir. Shater, seorang jutawan dan mantan naib murshidul ‘am boleh memenangi pilihanraya presiden? Walaupun Shater seorang yang karistmatik dan berdedikasi, namun kebolehannya tidak pernah terbukti di luar organisasi yang dianggotainya sahaja, dan lebih berkisar di dalam organisasinya di dalam Mesir sahaja. Pelbagai pihak juga mempertikaikan kondisi kesihatan Shater yang mengihdap sakit jantung dan diabetik. Tahap kondisi kesihatan beliau pernah mendapat perhatian Amnesty International sewaktu beliau dipenjarakan oleh rejim Mubarak pada sekita 2007-2009. Namun, bagi IM, calon yang mereka sifatkan sebagai ‘Nabi Yusuf bagi Mesir’ (berdasarkan kemampuannya untuk memulihkan ekonomi Mesir sepertimana yang pernah dilakukan oleh Nabi Yusuf di zamannya seperti yang telah disebutkan di dalam al-Quran) mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Sebagai seorang korporat yang Berjaya, memiliki 7 ijazah di dalam pelbagai bidang, dipenjarakan lebih 15 tahun, dan juga pemimpin kanan pertubuhan tersebut, Ir. Shater dilihat lebih dari berkemampuan untuk menjadi presiden Mesir bagi pihak IM.

Persoalannya, apakah dengan reputasi IM di kalangan rakyat, golongan revolusioner, golongan muda dan juga para jurnalis dan pemerhati politik yang agak terjejas kerana u-turn mereka boleh meyakinkan rakyat untuk memilih Ir. Shater?

Tidakkan IM ingin peduli kepada nasihat Dr Yusuf al-Qaradawi bahawa IM perlu menerima semula Dr Abdel Mon’em Abul Futouh serta mengadakan perbincangan kesemua calon Islamis untuk jawatan presiden agar mereka bersepakat mengemukakan satu nama, dan meletakkan yang lainnya sebagai naib-naib presiden demi kebaikan Islam, rakyat dan negara Mesir?

Apa yang pasti, inilah kali pertamanya IM berada di dalam dilemma untuk berhadapan dengan pilihanraya pemilihan presiden Mesir yang demokratik dan lebih baik berbanding pilihanraya rekaan dan penipuan pada zaman rejim-rejim yang berkuasa di bumi Mesir sepanjang 84 tahun umur mereka di persada perjuangan.