Haazihi Sabiili

Khamis, 8 November 2012

:: Nak berubah, perlukan hidayah! ::


Sinar itu???


              Merokok kepada tak merokok..Berseluar pendek kepada berseluar panjang..Tudung pendek kepada tudung labuh..Bercouple kepada tak bercouple..Baju ketat kepada baju longgar yang tidak menampakkan susuk tubuh..Tak berjemaah di masjid/surau kepada istiqamah jemaah masjid surau..Hidup cara jahiliyah kepada hidup cara Islam sebenar..Anti-usrah kepada pencinta usrah..Tak ikut tarbiyah kepada ikut tarbiyah..Benci dakwah kepada jatuh hati akan dakwah!..Tak jaga mutaba’ah amal kepada menjaga mutaba’ah amal.....

Pernah melihat situasi ini?..Amat yakin, sudah pasti pernah kan?!.....

Inilah situasi yang berlaku tatkala seorang hamba Allah memperoleh hidayah dari Allah..Sang Pencipta..Bersyukurlah duhai hamba!.....

Kita pasti akan cepat menyedari hakikat ini, terutamanya bila ada rakan/ sahabat dan taulan kita mula memperoleh hidayah..Mula dapat petunjuk dari Allah..Lagi terasa apabila sahabat baik kita sendiri yang dapat hidayah..Untungnya dia!.....

Apabila kita melihat situasi ini berlaku, maka terus ucapkan,…..

 “ Tahniah!..Alhamdulillah!..Syukur pada Allah kerana telah mengubah si dia! “…..

 Ucapan ini bukan hanya perlu diucapkan kepada sahabat yang sudah punya hidayah, tetapi juga orang yang di sekeliling kita yang sudah mula menzahirkan hidayah itu..Ringankan mulutmu untuk mengucap kata yang baik-baik!..Moga kata itu menjadi doa kita yang paling ikhlas!.....

Hidayah itu mengubah!

            “ Abang, maaf ganggu, saya dah lama nak cakap perkara ni, tapi rasa berat je..Tapi, sekarang, saya nak luah semua..Saya harap, abang boleh bantu saya..Saya nak abang bimbing saya menuju Allah, boleh?.Saya nak join abang..Saya betul nak berubah..Banyak dah dosa ni..Jahiliyah tu dah macam makanan saya..Tiap malam saya menangis terkenangkan dosa lampau..Abang tolong saya yer..Tolong sangat-sangat! “

            “ Kak limah, saya nak berubah!..Akak tolong ubah saya!..Saya nak join usrah..Saya nak join aktiviti2 Islamik..Akak jangan terkejut kalau saya cakap saya ni dah lebih “advance”..Bukan setakat bercouple, tapi banyak benda yang saya dah buat..Saya tak nak menghadap Allah dalam keadaan kotor!..Saya merayu kak! “

Tahniah!..Tahniah!..dan Tahniah!.....

Kerana apa?..Semestinya kerana anda telah berjaya!..Berjaya apa?..Berjaya untuk berubah ke arah yang lebih baik!.....

Itulah hebatnya Allah..Apabila hidayah itu tiba kepada hambaNya, maka saat itu jiwa sang hamba itu disentuh dengan halus sekali..Berseni!..Sehingga terkadang kita mencari punca dari mana datangnya hidayah yang seni itu, yang tidak ketemu jua..Itulah Allah!..Tuhan  sekalian alam!.....

Kita pasti akan lalai dengan dosa dan noda seandainya hidayah Allah tidak datang kepada kita..Kerana ketiadaan hidayah Allah ini, kita tidak punya keinginan yang kuat sekali untuk berubah!..Hidayah itu hebat!..Perlu diketahui!, hidayah itu tidak datang bergolek tapi untuk memperolehinya perlu berusaha!..Bukan usaha on-off, on-off, tapi usaha yang istiqamah..Berterusan dan bertingkat!.....

Mungkin kita pernah dengar dialog ini kan:-

            “ Uish bro, cuba tengok dia tu..Dah la pakaian punya la teruk..Bercouple pegang tangan plak tu..Ni kompem masuk neraka ni “, kata Ismail kepada sahabatnya Amin yang menjadi saksi akan dua belangkas yang sedang berkepit

            “ Jangan menghukum syekh..Mungkin hidayah Allah tak sampai lagi kat diorang tu..That’s why jadi macam tu..ingat, kita bukan penghukum yer..Tapi, kita ni lah pendakwah! “ balas Amin dengan begitu lembut lagi yakin!

Berdoalah, agar hidayah Allah itu sentiasa bersama kita dalam setiap tindakan kita!.....

Sabdanya Junjungan Besar, Rasulullah yang dicintai :-

 “ Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat.(Riwayat At-Tarmizi)

Nak berubah kenalah mujahadah dan berkorban!

 " Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.(Al-Ankabut: 69)

 Ya!, ayat ini cukup menjadi motivasi kepada kita!..Jika seandainya kita ini bersungguh untuk berubah, menuju Allah, itu sudah pasti!, Allah akan membantu kita..Allah pasti memberi kita kekuatan hidayah untuk mempermudahkan proses kita untuk berubah!..Yakin3x!!!.....

Hidayah itu tidak akan sampai,jika anda, duduk sembang-sembang (DS2) di kedai kopi atau depan TV, sambil minum air tea O arab yang diisi buah pelaga dan bunga cengkih..Hidayah itu juga tidak akan sampai seandainya anda pelaku dosa yang sangat-sangat komited dengan dosanya seperti pelanggan tetap!.....

           “ Wah, lepas aku tengok ceramah Ustaz Don dalam TV, aku rasa dah dapat dah hidayah tu..Terima kasih Allah! “

Subhanallah!, beruntunglah!..Mungkin si dia ini pun sedang bermujahadah tengok Ustaz Don dan dalam masa yang sama ada cerita kegemarannya..Ya!, juga kena mujahadah..Mungkin situasi ini jarang sangat berlaku..Namun, kuncinya, ia tetap perlu dicari yang namanya hidayah itu…..

Jom tadabbur sikit firman Allah dalam Surah al-Qasas ayat 56:-

 “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.”

 Ibnu katsir juga telah mentafsirkan ayat ini :-

  “Allah mengetahui siapa saja dari hambanya yang layak mendapatkan hidayah, dan siapa saja yang tidak pantas mendapatkannya”

 Nak berubah, kena kuat..Kena lawan hawa nafsu!..Kena mujahadah!..Apatah lagi kena berkorban semata-mata nak kejar hidayah yang sedang berterbangan pergi…..

Golongan mana kita?!

 “ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).(Al-Hujurat: 13)


Ayat ini menceritakan Allah ciptakan manusia itu bermacam-macam bangsa, suku dan puak..Dengan itu, kita kena saling berkenalan!..Allah ciptakan juga manusia dengan pelbagai ragam dan perangainya..Apalah salahnya kita cuba memahami gelagat manusia..Gelagat manusia yang pelbagai ini juga merupakan tarbiyah dari Allah..Ada amanah yang menanti di sebalik perkenalan itu!.....

Golongan manusia dalam mendepani masyarakat yang ingin berubah :-

1)  Individu yang sangat suka dengan perubahan kita dan menyokong malah membantu untuk kita berubah
2)  Individu yang suka kita berubah tapi tidak membantu kita untuk berubah lebih baik
3)  Individu yang tidak suka dengan perubahan kita dan ditambah dengan menyindir, mengejek dan bercakap belakang..Tidak membantu langsung!
4)  Individu yang tidak suka kita berubah tapi tak terbawa-bawa kepada umpatan sehingga memalukan kita

Rasanya kita golongan mana ya bila berhadapan dengan individu yang ingin berubah?..1,2,3,4??..Sama-samalah mengkategorikan diri-sendiri..Refleksi3x!!!^_^.....

Jadilah individu yang terbaik!..Golongan yang 1..Kalau tak boleh nak bantu, paling kurang 2..Tapi jangan sekali-kali jadi golongan 3 dan 4..Maknanya, kita sendiri yang tak suka kepada hidayah Allah itu!.....

 “ Dari Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jangan menyakiti orang-orang Islam, jangan mencela mereka dan jangan mencari keburukan mereka. (HR Ibnu Hibban)


Itu kan sebuah “proses”

Perubahan itu seharusnya beransur-ansur..Drastik juga terkadang berlaku tapi jarang-jarang..Ada juga yang berubah drastik, dan akhirnya kembali semula kepada kejahilan..Terlalu “excited state” agaknya..Biarlah ia berlaku secara natural..Beransur-ansur..Itulah fitrahnya..Fitrah manusia itu suka akan kebaikan..Beransur-ansurlah dalam mengislah!..Memperbaiki diri!.....

Input > Process > Output

Mungkin boleh di”flow”kan sebegini..Berubah ke arah yang lebih baik, itulah output kita..Jadi, untuk mendapatkan output yang baik, kita seharusnya memastikan input dan proses yang berlaku juga baik!..Inputnya adalah IMAN..Prosesnya adalah TARBIYAH..Output pula adalah AMAL dan AKHLAK..Perubahan itu seharusnya dari dalam ke luar..Ini juga adalah metod yang Rasulullah gunakan untuk mengubah para sahabat yang terawal!..Allahu akbar!.....

Analogi mudah, untuk membancuh air bandung yang sedap dan lemak berkrim seharusnya dipastikan input dan prosesnya yang betul..Perlu sediakan air panas/sejuk, tuangkan sedikit sirap ros..Kemudian masukkan susu pekat manis F&N dan kacau..Seusai itu letakkan ais batu..Dan rasailah kesedapannya dan kesegarannya!!!.....

Sebaliknya kita mengubah bancuhannya, daripada susu digantikan dengan air kapur dan gula..Warnanya tetap sama, tapi outputnya berbeza..Tidak lagi sedap seperti yang digembar-gemburkan oleh peminat bandung sedunia.....

Oleh itu, input dan proses itu memainkan peranan yang sangat penting!..Ya!, sangat penting!.....

Perolehi hidayah itu!

Jika ditanya, siapa yang tidak mahu petunjuk dari Allah?!..Pasti tidak ada seorang pun yang kata tidak..Kerana petunjuk dari Allah itu sangat bermakna buat kehidupan seorang hamba!..Mana mungkin hidayah itu akan tiba buat kali kedua setelah kali pertama hadir lalu kita menolaknya!..Usah menjadi orang yang tidak bersyukur!.....

Perolehilah hidayah itu!!!.....

Bagaimana ya?!.....

Ya!..Kita perlu berusaha!..Perlunya seorang hamba itu mentauhidkan Allah..Menolak segala bentuk kepercayaan selain Allah..Kepercayaan yang melebihi kepercayaan kepada Allah!..Bertaubatlah kepada Allah akan dosa-dosa yang telah lalu..Setiap anak Adam itu pasti berbuat dosa..Yang terbaik adalah yang bertaubat kepada Allah!..Jangan lupa juga untuk mentadabbur Al-Quran..Hayati setiap ayat di dalamnya..Ada hikmah yang tersembunyi!..Melahirkan lagi rasa cinta kita kepada Allah..Juga mengharap hidayah dariNya.....

Dan, tak lupa juga, bergaullah dengan orang yang baik-baik..Jangan biar orang yang bentuk suasana hidup kita tapi kitalah yang seharusnya membentuk suasana itu..Posisikan diri dalam kelompok yang baik!..Bergaul dengan sahabat-sahabat yang menyertai halaqah usrah..Sahabat yang akhlaknya baik..Sahabat yang sentiasa memberi nasihat..Sahabat yang sangat komit dengan kerja dakwah dan tarbiyahnya..Sahabat yang kita lihat dia, kita ingat Allah..Dan yang penting, sahabat yang membawa kita menuju redha Allah, bukan sahabat yang membawa kita merasai azab neraka!......

Dalam bab bersahabat, Rasulullah pernah juga bersabda :-

 “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” (Riwayat Abu Daud)


Mujahadahlah sahabat!..Nak berubah kena kuat..Kena kuat dalam dan luar..Berubah itu harus dipaksikan kepada Allah!..Rabbani!..Istiqamahlah!..Biarlah beransur-ansur..Jangan gopoh dalam nak berubah!..Biarlah sedikit demi sedikit...Niat yang baik, insya-Allah, pasti akan mendapat pertolongan Allah!..Moga sama-sama dapat merasai indahnya Islam dan melakukan perubahan pada diri!..Biiznillah!!!..Allahumma ameen~~~

muslimdaie90_P.Badaki

Khamis, 1 November 2012

:: Manusia, Tumbuhan, Haiwan : Siapa KITA? ::

Tumbuhan dan haiwan berinteraksi



Seronoknya hidup di dunia khususnya di bumi..Ada manusia yang baik lagi soleh yang sentiasa menemani dan dekat dengan kita..Bumi juga punya tumbuh-tumbuhan yang beraneka Family, Genus dan Species nya..Tumbuhan yang mencorakkan alam untuk kelihatan lebih indah di mata manusia..Juga haiwan dan serangga yang melata di bumi pelbagai spesis..Berinteraksi riang ria antara mereka…..

Manusia..Tumbuhan..Haiwan..Ketiga komponen alam ini saling berinteraksi antara satu sama lain..Saling memerlukan antara satu sama lain..Interaksi biologi menjalin dengan antara komponen ini..Itulah bukti kekuasaan Allah dan aturanNya..Tidak dapat disangkal lagi..Hitunglah nikmat dan kurniaan Allah..Sudah pasti tidak terhitung!.....
            “Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.( Ibrahim: 34)

Sungguh!, manusia itu sangat lemah!..Lemah yang akhirnya mengundang kepada kesalahan dan dosa!.....
Beza antara ketiganya yang paling ketara adalah cara fungsinya..Persamaannya pula ialah organisma hidup dan memerlukan makanan untuk terus hidup atau survival…..

Istimewanya manusia!

Sangat bersyukur kita kerana Allah itu mewujudkan kita atas dunia..Not as plants or animals..Tapi, muncul atas muka bumi sebagai manusia..Iaitu makhluk yang dijadikan Allah, sebaik-baik kejadian!..Terbaik dari sekalian makhluk yang dijadikanNya..Bangga tak???.....
         "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."(At-Tiin: 4)
Lagi istimewanya kita, bila Allah bagi akal!..Akal inilah yang menjadikan kita yang namanya MANUSIA..Kalau otak, haiwan pun ada otak..Kalau raya korban, cuba sembelih lembu dan keluarkan otaknya..Wah!, sangat persis dengan otak manusia..Tapi, AKAL telah membezakan..Antara manusia dan haiwan..Apatah lagi tumbuhan yang tidak ada otak…..

Kata Harun Nasution, seorang ahli pemikir Indonesia,katanya:-
“ Akal itu tidak sama dengan otak..Akal ialah daya berfikir yang terdapat dalam jiwa manusia “

Sangat istimewa kan akal?.Hebatnya KITA!..Angkat dada dan dongak ke langit..Kita memang hebat!.....

Manusia itu hina!

Tajuk ini rasanya agak keras lagi kasar..Tapi, ia wajar!.....
JOM!..Ambil masa seketika untuk mentadabbur ayat Allah ini :-
          
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."(Al-A'raaf : 179)

Allah menerangkan cirinya!..Orang yang tidak mahu memahami ayat Allah, tidak melihat kekuasaan Allah, tidak mahu mendengar pun ayat Allah..Inilah cirinya!..Allah telah menyamakan kita seandainya kita punya ciri-ciri tersebut dengan HAIWAN!..Bahkah, lebih sesat!!!.....

Jadi?.Mahu duduk bergoyang kaki tanpa berbuat apa-apa?.Maka selayaknya kita ini hina dan sesat…..

Buktikan!..Bagaimana caranya?!

Semestinya kita tertanya-tanya dan mempersoalkan pada diri sendiri..Bagaimana caranya?!..Allah dah cakap kita ini istimewa..Dan kaitkan kita dengan haiwan binatang ternakan..Oh!, apa itu?..Tak faham!.....

Ya!, kita harus buktikan kita ini adalah sebaik-baik kejadian..Bagaimana?..Dengan memastikan cara hidup kita tidak seperti tumbuhan dan haiwan..Tumbuhan itu kitaran hidupnya kelihatan lebih simple dan ringkas!..Berbeza dengan haiwan yang lebih kompleks kitar hidupnya…..

Jika dilihat secara kasar, kita ini lebih kurang haiwan..Tapi, bukan haiwan ya!..Namun, boleh jadi juga persis haiwan jika cara hidup kita saling tak tumpah seperti haiwan..Haiwan( memerlukan makanan untuk hidup, berinteraksi bersam mereka, mencari pasangan, melahirkan anak dan seumpamanya )..Bezanya kita ini mampu untuk berfikir namun jauh sekali bagi haiwan walaupun ia comel dan berbulu gebu!.....

Cara hidup!.....

Ya!, itulah sistemnya..Allah kurniakan akal bukanlah sekadar membezakan kita dan haiwan!..Tapi, ada amanah lain yang perlu kita buat..Ada tujuan hidup yang besar untuk kita laksanakan!.....

Alhamdulillah..Aku lahir sbg manusia


Mengabdikan diri kepada Allah dan Khalifah

Ini adalah dua tujuan Allah ciptakan manusia..Jadi, apa kaitannya dengan haiwan?!.....

Sangat dekat kaitannya..Kita persis haiwan apabila hidup kita sekadar mencari kehidupan di dunia saja..Lupa akan matlamat hidup..Ambil endah tak endah saja..Rasanya spesis manusia seperti ini sangat ramai!..Seperti buih di lautan!.....

Hebatnya kita kerana Allah pilih kita untuk mengabdikan diri padanya dan mentadbir bumi ini!..Tumbuhan dan haiwan, tidak mampu mentadbir bumi!..Tapi, makhluk tumbuhan dan haiwan inilah yang tidak pernah berhenti berzikir kepada Allah..Mereka hidup mengikut sunnatullah!..Ikut apa yang Allah aturkan untuk mereka kerana mereka tidak punya akal!.....

Tapi, Allah bagi akal kepada manusia kerana Allah ingin kita sendiri yang memikirkan cara, bagaimana ingin melaksanakan dua tujuan hidup ini..Bagaimana mahu meraih redhaNya..Bagaimana ingin masuk ke syurgaNya..Segala terpulang kepada kita untuk berfikir!..Itulah fungsi akal!.....

Usah pula disebabkan kita tidak pandai menggunakan akal, lalu kita ini hina dan lebih teruk dari haiwan!.....

Tapi, sudah ramai manusia yang namanya manusia, tapi bernafsu haiwan..Namanya dalam kad pengenalan, ada bin/binti, Islam lah tu..Tetapi, cara hidupnya tidak menampakkan langsung keIslamannya itu…..

Sungguh jauh manusia dengan Allah!.....

Ingin keluar dari gelaran haiwan, kembalilah kepada kedua matlamat hidup..Laksanakannya!.....

Abdikan diri kepada Allah dalam setiap tindakan!..Tadbirlah bumi ini dan kembalikan manusia dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang bak matahari!.....
    “ Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.”(Ibrahim: 1)
muslimdaie90

Jumaat, 26 Oktober 2012

:: Terkadang tersungkur ::


-Determined-


Pernah anda melihat orang yang laju di medan?

Kelajuannya menyebabkan kita yang masih baru nak merangkak ini cepat merasa lelah!. Tak terkejar amal-amal mereka!. Mereka yang dianggap “otai” dalam gerak kerja, benar-benar menampilkan prestasinya yang hebat di medan menyeru dan membina ini. Huh!. Tarik nafas dalam- dalam!.....

Pernah anda mendengar pengisian yang mantap?

Pengisian yang menggugah jiwa raga..Sekali bagi pengisian, tiba kedua belah kaki rasa nak melompat-lompat..Lompatan yang paling tinggi!..Mula semangat membuak-buak nak buat kerja-kerja menyeru dan membina ni..Ayat Quran sentiasa di”relate”kan semasa bagi pengisian!. Wah!, hebat betul!..Mula hati terasa ingin jadi hebat seperti dia!.....

Pernah anda melihat seorang akh/ukht yang sangat terjaga mutaba’ah amalnya?..Qiyamullail tak pernah tinggal mungkin?

Seorang akh/ukht yang memang tegas dengan mutaba’ahnya..Merasakan seandainya ada mutaba’ah yang tidak tertunai, maka ia satu kesalahan buat dirinya yang ber’title’ da’ie..Mereka yang menjaga ruhiyynya..Sangat merasakan kebergantungannya kepada Allah..Merasakan bahawa jika tidak jaga mutaba’ahnya, maka dia telah mengaibkan dakwah kerana tidak mampu beramalan dengan amalan Rasulullah dan para sahabat yang terdahulu..Itu sungguh OSEM!.....

Ujian yang menduga

Benarlah kata-kata yang biasa orang tua nasihatkan dan biasa juga kita gunakan..Apa dia? :-
“ Hidup ini ibarat roda “……”Hidup ini ibarat layang-layang”

Kita sudah pasti terbiasa mendengar kata-kata ini..Mungkin satu kata motivasi atau nak memujuk kita..Atau mungkin kata untuk dimuhasabahkan…..

Benar!..Hidup ini persis roda dan layang-layang..Hidup yang namanya manusia ini ada turun dan naiknya..Ada masa kita di atas..Ada masa kita di bawah..Ada masa kita pasti akan bisa berjalan lebih laju..Ada masa kita bergerak dengan sangat perlahan!..Itulah yang namanya FITRAH!......

Tika kita merasa kuat, saat itulah kita berada di atas!..Tika kita terasa sangat lemah, saat itu mungkin posisi kita adalah di bawah…..

 Ada sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar. Beliau pernah bertanya Rasulullah mengenai iman :-
            
“Adakah iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang?” Jawab Baginda saw: “ Ya, iman seseorang itu boleh bertambah hingga (akhirnya) ia masuk ke dalam syurga dan    (iman juga boleh) berkurang sehingga seseorang itu (akhirnya) masuk ke dalam   neraka.”
Lebih jelas, terang lagi bersuluh hadis Rasulullah ini..Tidak peliklah jika terkadang ada yang bangkit bertenaga hebat..Juga tidak pelik jika ada yang lemah longlai di tengah perjalanan…..



Futur meresapi si aktivis
            “ Akh, ana nak tanya soalan boleh?, kata Ansorullah kepada Jundullah, seorang  yang sangat dikagumi akan kerja untuk islamnya.
            
“ Silakan akh, ok je..Lagipun, kita kan dah lama bersua muka..Kalau bersua pun, hanya mata bertentang mata..Belum sempat pun kita berborak di mana-mana restoran..Silakan!..Silakan! “, balas Jundullah menunjukkan rasa bersedia dengan soalan.
        
 
  “ Errr..Sebenarnya, kenapa akhir-akhir ini ana tengok enta lain macam yer?.Pergi usrah dah macam Chipsmore..Kejap pegi, kejap tak pegi..Apatah lagi daurah, batang hidung pun tak pernah nampak!..Nak harapkan enta ke sesi-sesi riadhah, harapan je la..Dulu ana sangat hormat enta dek keaktifan anta yang sangat ‘hyperaktif’ tu..But now, what happen?! “, tanya Ansorullah yang cuba mencungkil jawapan sebenarnya dari kenalannya itu.

Nah!, inilah antara situasi yang menunjukkan unsur-unsur keFUTURan..Istilah FUTUR?!..Ya!, itu sangat sinonim dalam kalangan para du’at..Ada yang lebih ekstremis bila melihat seorang akh/ukht yang tak pergi satu-satu program, terus cap futur..Wah!, sungguh ektrimis di situ!.....

Inilah istilah yang menunjukkan kemalasan, terputus atau terhentinya para aktivis dakwah dari kerja-kerja dakwah dan tarbiyah yang sebelum ini kerjanya itu hampir tidak kenal erti penat lelah..Ini sungguh One In A Million!.....

Dikaitkan futur ini dengan hadis iman di atas, inilah fitrah yang disebut..Tatkala iman melemah, mulalah jiwa menunjukkan ciri-ciri kefuturan…..

Tabuk kisahnya

Fenomena futur ini bukanlah suatu perkara yang baru..Bukanlah situasi yang direka-reka untuk dimuatkan dalam sejarah dakwah Islam..Tapi, inilah realiti yang pernah sering kali terjadi dalam kalangan para sahabat..Tugas kita mengambil ibrahnya!.....

 Perang Tabuk?!!!..Ya, inilah antara kisah yang memperlihatkan kepada sekalian aktivis dakwah akan kisah futur yang melanda para Sahabat!.....

Kaab bin Malik dan beberapa orang lain bertangguh dari bersiap sedia untuk berperang dan akhirnya ditinggalkan oleh rombongan tentera Islam..Sikap Kaab bin Malik ketika ini yang dikatakan 'bermudah-mudahan' dengan perintah Allah telah dianggap salah satu contoh futur yang berlaku pada zaman Rasululullah..Akhirnya sekembalinya Rasulullah dari medan perang, beliau pergi menemui Rasululullah untuk mengungkap kata maaf, namun apa yang dijawab oleh Rasulullah ketika itu? "Tunggulah sehingga Allah memberi keputusan terhadap kamu".

Rasulullah punya kaedah tarbiyahnya yang menarik sehingga benar-benar memberi pengajaran kepada Kaab bin Malik..Itulah pemulauan yang cukup-cukup menekan psikologi Kaab..Namun, hasil tarbiyah inilah yang membuatkan Kaab bin Malik kembali bertaubat dan turun untuk berjihad…..

Analisalah dan terus merawat!

Kita seharusnya cepat untuk mengesani gejala-gejala futur yang melanda..Futur ini juga boleh jadi sebuah perhiasan..Yang menghiasi para aktivis dakwah..Rasa macam ok..Tidak ada masalah..Tapi, rupanya jangka masa panjangnya menatijahkan kita jauh dari dakwah…..

Biasa yang berlaku dalam kalangan kita ialah da’ie yang melarut dalam arena jahiliyah moden, da’ie yang kurang memberi penekanan kepada tarbiyahnya, da’ie yang kurang membaca bahan membentuk fikrah, da’ie yang suka berjauhan dari jemaah, da’ie yang buat kerja dakwah tidak ikut sistem yang betul dan bermacam-macam lagi!.....

Kalau doktor, pastinya tidak akan terus bagi pesakit ubat tanpa diperiksa terlebih dahulu..Pasti doktor itu melihat dulu apa penyakit pesakitnya..Lalu, baru membuat keputusan akan ubat apakah yang akan diberi…..

Da’ie juga harus mampu merawat gejala ini!..Jangan ber’intima’ dengan futur ini!..Merbahaya!..Da’ie harus meninggalkan jahiliyah yang menjadi kebiasaan contohnya bercouple baik Islamik atau tidak walaupun tidak pernah wujud istilah couple islamik, dengar lagu yang tidak bermanfaat, merokok, tengok movie secara istiqamah baik Korea, Jepun atau seangkatan  dengannya!..Da’ie harus merasakan WAJIB dalam berkomitmen dalam dakwah..Mengutamakan tarbiyah, memantapkan bacaan fikrah, sentiasa mengikut sistem jamaah dan akhirnya menyusun kerja-kerja dengan baik di medan…..

Yang penting, berilah perhatian kepada ruhiyyah kita..Hubungan kita dengan Allah..Sentiasalah berhubungan dengannya..Kelak Allah itu akan sentiasa berhubungan dengan kita dikala susah atau senang..Didalam semangat atau lemahnya kita…..

“Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Rabb-mu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadanya dengan sebulat-bulat tumpuan. Dia lah Tuhan yang Menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia penjaga yang menyempurnakan urusanmu.” (Al-Muzzammil:8-9)

Sambut aku, sahabat!

Tatkala merasa futur menjengah, saat itu ikhwah/ sahabat dan teman seperjuangan berperanan!..Bilamana terasa lemah, cepatlah mencari ikhwah untuk berkongsi masalah..Mencari murabbi untuk bercurahan hati…..
Sahabat yang mencintai sahabatnya kerana dakwah, sudah pasti tidak sanggup melihat kefuturan melanda sahabatnya..Biarlah kecintaan ini menjadi bukti bahawa kita saling berpegang tangan dengan erat dan rapi untuk sama-sama gagahi jalan ke syurga!.....

Ikhwah!, jadilah pemangking kepada ikhwahmu yang lain!..Inilah bukti cinta kita kepada Dakwah dan Tarbiyah kerana Allah!..Allahu Akbar!!!

Motivasikan jiwamu!
            
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga,(disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-            Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.” (Al-Taubah:111)
 muslimdaie90_Ardhillah

Jumaat, 19 Oktober 2012

:: Ya!, Aku Ingin Ditarbiyah!!! ::

Educate Me, Allah

Sedang aku bermain permainan video dan sambil berchatting dan bergayut dengan kekasih hatiku, terdengar satu ketukan yang amat kuat seperti seseorang yang berlari dari dikejar sesuatu yang menakutkan...

" Tokk..Tokk..Tokk ", pintu rumahku diketuk

Lalu, aku bergegas ke muka pintu dan membuka pintu..Alangkah terkejutnya apabila muncul satu cahaya yang amat terang...

Lalu cahaya itu secara dengan tiba-tiba bersuara," Ya akhi! akulah cahaya hidayah..Aku diamanahkan oleh Tuhanku untuk bertemu denganmu..Ikutlah aku..Menuju ke suatu tempat yang kekal abadi..Tempat yang tertinggi..Tempat yang mengumpulkan hamba-hamba yang beriman dan bertaqwa kepada Tuhanku..Marilah!..Marilah!...

Mendengar seruan itu, aku langsung mengalirkan air mata..Rupanya Allah masih mengasihi diriku ini...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat kan Allah?..Allah sebenarnya telah pun mempertemukan kita dengan hidayahnya..Banyak sungguh tarbiyah dari Allah tanpa kita sedari..Alam pun boleh mentarbiyah..Haiwan pun bisa menampilkan unsur-unsur tarbiyah..Ini hanya bisa diperoleh oleh sesiapa yang sentiasa berfikir akan sunnatullah.....

Manusia atas dunia ini kelihatan semuanya sama..Sama dari sudut tujuan hidup..Sama dari sudut gaya kehidupan..Cara pergaulan..Ibadah seharian dan bermacam lagi persamaan..

Jadi, apa yang membezakannya???.....

Sudah pastinya TARBIYAH..Pada penglihatanku, orang tarbiyah ini memang berbeza..Kebanyakkannya, ada suasana Islaminya, tetapi berbeza sungguh dengan orang-orang tarbiyah.....

Ya!, yang sudah pastinya tarbiyah ini membawa kepada tujuan mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya..Daripada gelap kejahilan kepada cahaya kefahaman..Daripada mengenal taghut kepada mengenal Tuhan yang menciptakan!.....

Inilah prosesnya..Tarbiyah bukanlah suatu benda yang muncul dalam bentuk solid, tapi ia tampil dalam keadaan yang subjektif..Dan proses inilah yang mana seandainya kena pada tempatnya, maka perubahan secara total akan ternampak!..Inilah kehebatan tarbiyah.....
Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan ni'mat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.[Al-Baqarah:151]
Junjungan besar, Rasulullah diutuskan kepada umat manusia..Bukan sebagai pemantau permasalahan umat..Tetapi tugas dan amanahnya jauh lebih besar dari itu..Amanah yang menentukan nasib umat terdahulu..Tak terlepas juga KITA.....

Amanah itu adalah tarbiyah!.....

Rasulullah memulakan tarbiyahnya di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam..Ada juga yang memandang usaha permulaan Rasulullah ini sebenarnya tidak menyumbang kepada kebangkitan Islam tika di Madinah ataupun Tamadun Abbasiyyah..Sungguh!, permulaan yang kecil inilah yang membawa kepada langkah yang lebih besar!.....

Kini, tugas itu terletak di atas bahu KITA..Bilamana kita menyaksikan, kejahilan yang ada kini adalah jauh lebih teruk dari zaman permulaan Mekah..Atas kejahilan inilah, KITA tidak terlepas dari amanah menyebarkan Islam dan melaksanakan proses tarbiyah kepada masyarakat.....

Terima atau tidak: Itulah sunnah

Pengalaman atas jalan ini cukup mengajar kita..Pengalaman itu juga turut berlaku tatkala dizaman Rasulullah menyampaikan dakwah Baginda.....

Sunnah jalan dakwah ini, akan ada yang terima, akan ada yang tolak..Bukan tolak-tolak biasa, tapi tolak bulat-bulat dengan tegasnya!..Ketahuilah, mereka itu sungguh golongan yang amat teramat rugi.....

Biasanya masyarakat, bila apa yang kita serukan itu mudah dan sekejap saja untuk mencapainya, maka berbondong-bondonglah yang akan ikut..Tapi, jalan yang kita serukan ini, terasa amat jauh bagi mereka..Dan mereka itulah yang akan ditapis oleh Allah!..Dan akhirnya, hanya yang benar-benar sahaja yang akan bersama.....
" Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah : "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.[At-Taubah: 42]
Kurangkan alasanmu! 
" Sori akhi, ana bukan tak nak ikut tarbiyah, tapi rasa belum redi lagi la..Ana tahu anta bersungguh, tapi ana tak kuat syekh..Ana takut tak boleh komit!..."

" Best memang best ikut tarbiyah..Seronok usrah ni..Aku suka tengok korang..Semua budak-budak baik..Aku ni je yang jahat..Rasa macam bumi ngan langit je beza dia..Banyak dosa aku..Aku tak layak nak join korang lah..Sori yer!..." 
 
" Syekh, ana rasa macam tak jadi je nak ikut tarbiyah..Sebab niat ana dah mula lari..Ana baru nak ikhlas, tapi ana ada terminat dengan seorang akhawat ni..Macam mana boleh terpaut pun ana tak pasti la..Ana takut keikhlasan ana terhakis dan akhirnya sia-sia je usaha dakwah dan tarbiyah ana..Asif akh!..Asif jiddan!..."
Inilah dia cebisan alasan yang biasa diberi..Baru cebisan, bukan segedabak atau selori..Ya!, manusia itu bisa saja beralasan dengan seribu alasan sekali pun..Semata-mata tidak mahu turut serta dalam gerabak dakwah dan tarbiyah yang sungguh manis ini.....

Ya!, alasan ini juga menampakkan kita tidak bersyukur dengan apa yang Allah berikan..Allah beri kita peluang untuk merasai cintanya, tapi kita pula mengambil keputusan untuk jauh darinya..Muhasabahlah saudara seimanku!.....

Show Me The Way

Say Tarbiyahkan Aku!!!
 " Terima kasih Allah!..Kerana Engkau telah kurniakan aku seorang murabbi yang sudi membimbingku!..Yang sudi memberi kefahaman padaku..Yang istiqamah untuk membawaku jalan ke syurgaMu..Ya Allah, ingin aku membuat pengakuan Aku tersangat ingin ditarbiyah!!!!!..."

Inilah yang biasa kita akan ungkapkan setelah menemui seuntai kemanisan didalam perjalanan menuju syurga Allah..Allah telah pertemukan kita dengan murabbi/sahabat yang baik-baik..Allah bantu hambaNya..Hanya Allah yang bisa kekalkan KITA atas jalan ini..Walau jalan ini penuh onak dan duri, namun ketahuilah apabila kita berada atas jalan ini, kita sebenar menggarap bekalan untuk berhadapan dengan segala ujian yang menanti.....

Dengan namamu ya Allah, Ya!, Aku Ingin Ditarbiyah!..Seperti para sahabat!..Untuk memastikan Ustaziyatul Alam kembali terbina!..Aku Cinta Tarbiyah!!!!!!!

muslimdaie90_PB,K 

Khamis, 18 Oktober 2012

:: Sanah Helwah for 22 years old ::


1)  sanah helwah Akh... umur dah semakin tua,study dah habis sudehh, pemikiran dah matang, dakwah memacu kencang... apa tunggu lagi akh!!!!


2)  hb bro...ble mau nikoh???lme x mkn nasi myk niii...=)


3) salam.. subhanallah.. aidil milad mubarak sahabat.. :) manfaatkan usia berbaki sebaiknya untuk Islam.. moga dipermudahkan segala urusan.. semangat! ^^


4)  Selamat Hari Lahir.. Moga panjang umur, murah rezeki dan hidup senantiasa dalam rahmat dan berkat Illahi serta senantiasa diberi kekuatan dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh pancaroba.


5)  Selamat hari umur disingkati.. :) buat akhi!..Moga Terus Thabat hingga akhir nafass atas jalan yang Haq ini...!!!:D   p/s : tinggi rendah bukan menjadi ukuran.. hehe.. 



6)  Salam....hari bersejarah shbt ana rupanya arini...sanah helwah akh..amanah yg kte pikul sememangnya berat akh, namun pasti la, bantuan Allah pasti akn sntiasa ada..smoga terus istiqamah..


7)  selamat hari lahir en... dh nk convo kn... tahniah2.. ^^


8)  selamat hari lahir abg, smoga sentiasa dilindungi oleh-Nya dan bjaya dunia akhirat... amiin..

Inilah "qoute" yang aku terima di laman Facebookku tepat pada tarikh 15/10/2012..Kenapa tarikh itu???..Sudah pastinya itu adalah tarikh keramat!..15/10...Tarikh yang melahirkan diri ini ke dunia..Melihat dunia yang penuh warna-warninya..Dunia yang indah dengan ciptaan Allah yang tiada bandingannya.....

Cepat terasa masa berlalu..Alhamdulillah, Allah masih lagi menyayangi diri ini..Mengizinkan aku untuk terus bernafas dan terus bernafas..Menjalani kehidupan sebagai seorang 'Abid dan Khalifah di bumiNya..Inilah kenikmatan yang tidak terhingga..Aku tidak mahu menjadi golongan yang tidak bersyukur!..Biarpun hatta sedikit yang aku peroleh, namun aku akan kembalikannya kepada Allah..Itulah seharusnya jiwa hamba yang Rabbani.....

Kini, aku sudah meningkat umurnya..Selama 22 tahun aku hidup!..Suatu masa yang lama!..Tapi, apakah ia tersia tanpa dimanfaat?..Hanya Allah yang layak menilainya!.....

Macam-macam ucapan diterima..Kadang-kadang tergelak sendirian melihat post di wall FaceBook..Setiap ucapan mendatang makna yang mendalam..Yang tersirat..Memerlukan masa untuk memahaminya..Secara keseluruhannya mendoakan yang baik-baik saja.....

Aku tidak inginkan hadiah!..Mungkin kalau tengok remaja sekarang ini, cara sambut hari jadi sudah saling tak tumpah macam orang Kafir yang sudah pasti tidak mengikut Islam..Ada yang menyambut dengan acara baling tepung..Baling telur..Simbah air..Dah macam haiwan-haiwan di mini zoo pula..Banyak lagi yang perlu diperbaiki!.....

Ramai juga ikhwah yang terkejut bila aku sebut umurku..Kata mereka, umurku masih muda!..Tapi sudah bisa berbicara lantang soal dakwah dan tarbiyah!..Aku melahirkan syukurku kepada Allah!..Inilah kehidupan ikhwah!..Zaman matrikulasi banyak mengajar aku bertatih gagah di medan ini..Walau dahulunya berbeza kumpulan, tapi itu tidak menghalang aku untuk menggencarkan dakwah kini.....

Inilah kurniaan dari Allah..Kadang-kadang kita jarang mensyukuri apa yang Allah berikan kepada kita..Orang yang bersyukur adalah orang yang bertaqwa dan menyerahkan jiwa raganya hanya untuk Allah!..Terkadang kelebihan yang Allah bagi pada kita pun, kita banyak menggunakan pada jalan yang salah!..Itulah ujian!.....
" Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayan[Al-An'aam:165]
Umurku masih muda..Ya!..Umur muda ini bukan untuk kita bersuka ria seperti ramai pemuda di luar sana..Masa muda ini banyak perkara yang boleh dilakukan terutamanya untuk agama Allah ini..Bila kita sudah melafazkan dua kalimah syahadah, saat itulah ada amanah yang terpikul!..Kita telah berjanji dengan Allah untuk melaksanakan perintahnya..Kita perlu sumbangkan sesuatu kepada kebangkitan umat!.....
" Di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya)[Al-Ahzab:23]
InsyaAllah, selagi roh dan jasad bersatu, selagi itu akan aku teruskan perjuangan ini..Lemah, letih, lesu!..Semua itu perhiasan-perhiasan yang membawa kepada kefuturan!..Walaupun ramai manusia yang melihat kita hebat, sedarilah kita juga manusia..Hakikatnya, tidak terlepas dari segala macam ujian Allah!..Hanya untuk menguji hambaNya..Yang benar-benar ikhlas untuk berjuang!.....

Semua ini perlukan bekalan!..Ya!..Bekalan ruhiyah, bekalan fikrah, bekalan jasad dan bermacam lagi bekalan buat sang pejuang!.....

Aku berharap dengan hari lahir ini, membuatkan aku terus gagahi jalan yang penuh onak dan duri!..Aku ingin setabah Rasulullah dan para sahabat!..Mereka adalah Qaedah Sulbah!..Menjadi tulang belakang kepada dakwah Islam..Moga Allah matikan aku dalam dakwah dan tarbiyah.....

Mohon doa dari sahabat-sahabat, moga diri ini terus thabat!..Hingga akhirnya aku bertemu Allah!.....

muslimdaie90_Kuantan

Sabtu, 15 September 2012

:: Hidup Untuk Allah ::

~Hidup mati hanya kerana Allah~

Hari demi hari pasti akan sentiasa berlalu..Tanpa berundur kembali..Walau kita meminta diundurkan kembali, itu sungguh tidak masuk akal..Mana mungkin waktu akan dengar kata-kata kita..Kerana waktu bukanlah jiwa untuk kita memberi arahan padanya.....

Disepanjang perjalanan hidup mencari diri, Allah sertakan ujian-ujian yang mendatang buat hambaNya..Ujian yang tidak kita minta..Tapi, itulah aturan Allah..Allah tidak akan menzalimi hambaNya..Boleh jadi ujian itu sebagai pemangkin untuk kita dekat dengan Allah..Boleh jadi juga ujian itu menjauhkan kita dari Allah..Ketahuilah ujian yang Allah aturkan adalah ujian pada keimanan yang kita imani.....
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?[Al-ankabut:2]
Allah SWT kurniakan sekalian nikmat yang sangat banyak untuk kita nikmati..Nikmat sebagai bukti kebesaran Allah, tapi hanya sedikit hambaNya yang bersyukur apatah lagi berfikir dengan apa yang Allah kurniakan..Namun, disebalik kenikmatan yang melimpah ruah dan yang mengelabui mata, Allah tunjukkan itu adalah ujian..Ada yang kaya..Ya!..Itulah nikmat dari Allah..Tapi, boleh jadi itu ujian buat kita..Menjadi titik tolak samaada kita mendekat dengan Allah, atau menjauh dari Allah..Alangkah ruginya kita, jika kita ini tertapis dari pandangan Allah.....

Jalan menuju Allah tidak semudah yang disangka..Boleh jadi kita ini bersemangat!..Tapi, sunnah jalan menuju Allah perlukan pengorbanan..Atas nama pengorbanan ini, kita amat memerlukan Allah..Kerana yang memberi kekuatan adalah Allah..Setiap manusia lain matlamatnya..Kadang kala matlamat itu tidak mengikut Al-Quran, tetapi matlamat yang diletakkan oleh sendiri..Kerana itulah ada golongan yang menyimpang dari matlamat asal dan ada juga yang istiqamah mencari Allah..Telah termaktub dalam Al-Quran tentang matlamat hidup..Mengabdikan diri kepada Allah..Menjadi khalifahNya.....
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).[Ali-Imran:14]
Hidup didunia penuh dengan kesenangan..Kesenangan yang menatijahkan kita jauh dari Allah..Dan mungkin saja kesenangan itu menjadikan kita ini hamba yang bersyukur..Tapi, hakikatnya hanya sedikit yang bersyukur..Pelbagai cara manusia melahirkan rasa syukurnya..Ada yang sekadar sujud syukur..Ada yang sekadar melafazkan syukur di mulut..Ada juga yang melahirkan rasa syukur dengan mengembalikan amal kepada Allah..Sungguh, amal yang kita buat adalah lebih dipandang oleh Allah.....

Memahami agama Allah dengan beramal

Apa buktinya kita memahami agama Allah?..Tidak sekadar bercakap-cakap kosong..Tapi, perlu beramal dengannya..Memahami agama Allah itu perlu dengan amal dalam konteks membantu perjuangkan agama Allah..Tika Rasulullah masih hidup, Rasulullah dan para sahabatlah yang bangkit untuk tegakkan Islam!..Ini semua hasil tarbiyah dari Allah samaada secara langsung atau tidak langsung!..Beruntungnya para sahabat apabila berpeluang untuk menerima tarbiyah langsung dari Rasulullah, Sang Kekasih Allah!.....

Rasulullah membasahi jiwa para sahabat dengan Al-Quran..Para sahabat tidak akan bertemu dengan Rasulullah selagi para sahabat tidak beramal dengan ayat yang mereka fahami!..Para sahabat begitu menghargai apa yang mereka peroleh dari Rasulullah sehingga mereka membuktikan dengan cara menjadi tulang belakang kepada dakwah Rasulullah.....

Kini?..Siapakah penggantinya?..Siapa lagi kalau bukan kita..Kita bukanlah pemula dan pengakhir kepada usaha mulia ini..Tapi, kitalah yang menjadi mata rantai penghubung dakwah Rasulullah..Kewafatan Rasulullah bukanlah tanda usaha dakwah dan usaha mentarbiyah itu terhenti!, tapi itu tanda perlu ada golongan yang menggantikan usaha Rasulullah!..Mana mungkin, impian memperoleh negara Islam akan tercapai tanpa usaha-usaha kecil ini!..Usah kecil inilah yang mmberi impak kepada tertubuhnya negara Islam Madinah!..Anda tahu?.....

Jangan berputus asa dalam mendidik umat..Allah tidak melihat hasilnya!..Tapi Allah melihat amal yang kita lakukan..Banyak mana amal yang kita lakukan, banyak itulah ganjaran yang Allah berikan kepada hambaNya..
“Katakanlah, “Beramallah, dan Allah pasti akan melihat amalan kamu, dan rasul-Nya, dan orang orang beriman, dan kamu akan dikembalikan kepada Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nampak, dan Dia memberitahu kamu apa yang telah kamu buat ( At-taubah:105)
Laluilah jalan yang panjang ini penuh sabar..Anggaplah ujian yang muncul dihadapan kita sebagai tarbiyah dari Allah..Kerana, apa ujian yang datang hakikatnya bersifat rabbani!..Secara tabi'enya, makhluk akan mencari Khaliq..Jadilah kita seperti anak yang kehilangan ibubapa..Sedih!..Frust!..Kecewa!..Sama juga bilamana Allah tiada dan jauh dari kita, perasaan yang tidak kita suka datang!..Itu tandanya kita cintakan Khaliq!.....

~ Moga kita sama-sama meraih redhaNya ~

muslimdaie90_PBM