Haazihi Sabiili

Isnin, 26 September 2011

~Petua nak jadi fasih~



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa rahsia orang boleh berpidato di hadapan khalayak ramai tanpa gugup. Menghadiri training berbayar? Selalu berlatih? Jampi serapah? 
كُنْ صَحِيْحًا فِى السِّرِّ تَكُنْ فَصِيْحًا فِى الْعَلاَنِيَةِ

Itulah jawapan dari Sheikh Abdul Qadir Jailani. Jadilah benar ketika kamu bersunyi2an (berseorangan) nescaya kamu menjadi fasih di khalayak ramai.

Ketika berseorangan kita makin kuat dengan Allah S.W.T. Semakin khusyuk denganNya. Semakin lazat membayangkan kebesaranNya, SifatNya dan nama-namaNya Yang Mulia.

Kalau itu mantap, khalayak manusia akan menumpukan setiap patah bicara kita. Bicara kita terpancar dari hati yang jernih. Ia bertolak dari KEIKHLASAN seorang dai'e yang ditarbiyah saban minggu.

Untuk menjadi fasih, bercita-citalah untuk tidak memberi pendapat atau untuk tidak bercakap di khalayak ramai. 

Tetapi bila diminta, mulakanlah dengan ikhlas dan jangan cuba berniat perli atau berniat nak hentam, tembak dan kenakan orang lain


Bila ulangkaji kehebatan Muktamar Khamis Al-Banna, dia ada sebut: 
كُنْتُ أَوَدُّ أَنْ نَظِلَّ دَائِمًا نَعْمَلُ وَلاَ نَتَكَلَّمُ

Sebenarnya saya ingin sentiasa beramal
dan tidak banyak berbicara
حـسـن الـديـن  مـحـمـد  يـونـس
hasanuddin mohd yunus

Isnin, 5 September 2011

~ Cuti itu Beramanah ~





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,,,....


Terasa sungguh lama tidak meng'update' blog sendiri..mungkin sibuk dgn perkara2 duniawi..sahabatku telah menegur," update la blog ckit akhi!!!..huhu"..terkesan juga dgn pesanan tu...


Alhamdulillah, sisa2 cuti hampir habis..bermuhasabah pada diri sendiri..adakah cuti ini cukup2 mentarbiyyah diriku?!!!..adakah cuti ini membuatkan diriku dekat dgn Allah?!!!..adakah aku tertarbiyyah dengan baik selama cuti ni?!!!..jawapan itu hanya ada pada diriku...


Tatkala membaca surat cinta dari Allah, terasa diri ini begitu berharga..berusaha mengamalkannya satu persatu..membacanya perlahan-lahan..bagi menghayati tiap tuturan ayat Allah itu...

" Dan Al Qur'an itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bagian demi bagian [al-Isra': 106]
 Mengharapkan ayat itu meresap dalam hati dan membentuk setiap tingkah laku,akhlak serta peribadi agar Islam itu ternampak pada zahirnya...


Alhamdulillah...cuti ini aku cuba memanfaatkan saat itu sebaik mungkin..aku telah diamanahkan oleh seorang abg utk jaga pelajar matrikulasi..Allah telah mengamanahkan aku untuk menjaga junior2 ku di matrikulasi..aku telah diamanahkan utk membentuk adik2 ini..menjaga mereka dari segenap sudut..kebajikan, kefahamannya, tarbiyyahnya dan macam2 lagi semata-mata utk agama Allah ini..aku bertanya kpd seorang abg, "Ape yg ptut ana buat di matrik ni akhi??..lalu abg tu pun menjawab, "Anta buatlah ape saje asalkan budak2 tu boleh bergerak mase di universiti nanti!!..huh,terpaku aku mendengar kehendak abg tu..


Itulah cabaran buat diriku..aku juga bersyukur kerja amanah ini tidak aku lakukan bersendirian tapi dgn bantuan seorang sahabat seperjuangan dri Johor yg menginfakkan kereta Satria Biru nya memandangkan waktu itu aku masih belum boleh memandu..setiap minggu turun utk berjumpa dgn adik2..melihat suatu semangat di wajah mereka..melihat kehausan tarbiyyah yg tergambar di wajah mereka..melihat juga wajah2 yg menginginkan seseorang utk membimbing mereka..itulah jenis manusia yg sedang mencari sesuatu...


Apabila membayangkan tiap2 minggu kena turun matrik..huh!,cabaran2..menuntut satu mujahadah yg sangat2 hebat..abg itu telah memberi satu analogi yg best dan dikaitkan dgn dakwah, "Seorang da'ie ni ibarat kereta yg akan bergerak..kereta memerlukan petrol utl menggerakkannya..sama juga seperti da'ie yg memerlukan beberapa bekalan utk bergerak!!!"..Teringat satu ayat Allah dalam Surah At-taubah ayat 41;
" Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
Apabila terasa lemah utk bergerak melaksanakan amanah Allah ini, teringat ayat ini..ayat motivasi buat diriku..dan juga suatu bentuk arahan oleh Allah utk para2 penegak agama Allah...


Mentarbiyyah adik2 itu bukannya mudah..seperti adik2 di universiti juga..ada yg komit, ada yg tenggelam timbul..namun, ku anggap itulah rencah dan asam garam dalam dakwah..bukannya mudah nak beri kefahaman kat orang ni..kena betul2 kuat dan pandai tackle orang tu..bak kata pepatah Melayu, Rambut sama hitam,tapi hati lain2..ada yg boleh terima kefahaman itu, ada yg tidak boleh terima..mungkin mereka menganggap amanah ini terlalu berat utk dipikul...


Teringat saat2 terakhir berpisah dgn adik2 ni, kami buat liqa' di bawah student centre..lebih kurang 11 orang yg datang utk pertemuan itu..selepas selesai liqa', semasa bersalaman, ada juga adik yg menangis!!..siap kata kat kami, "kenapa abg xcakap hari ini pertemuan last kita?!!!"..ana beranggapan adik itu sudah merasai nikmatnya ukhuwwah walaupon kami hanya sempat 3 bulan sahaja bersama  mereka..bilangan adik2 pun semakin ramai...


Alhamdulillah, hadaf yg ditetapkan telah mula dicapai..berat hati utk meninggalkan mereka..namun itu yg harus aku lakukan!..aku pula akan mula zaman pembelajaran selepas cuti dalam jangka masa yg lama..x sabar rasanya..untuk berjumpa dgn ikhwah kesayangan dan yg utama bertemu dgn mutarabbiku yg tersayang!..


Aku merasai bukan mudah membentuk peribadi manusia..xsemudah membentuk logam2 besi..kerana mereka itu punya jiwa!..mereka itu punya peribadi yg berbeza!..mereka itu tinggal di dalam kotak besi yg berbeza!..tugas aku utk mencari apa jua kunci utk membuka kotak besi itu...






Ya Allah!, tetapkanlah hati2 kami dalam perjuangan ini..aku tahu segala onak dan duri itu datang dariMU..aku jua mengerti, itulah tabiat jalan dakwah!!!..aku mengerti akan ada yg berguguran!!..aku juga mengerti, akan ada yg sudi utk menginfaqkan dirinya di jalanMU..Kau satukanlah hati2 kami..kurniakanlah kami hati2 dan jiwa2 yg suci!..utk mengangkat agamaMu ini..dan Kau jadikanlah kami seorang yg menjaga hubungan dgnMU..kerana kami yakin hanya Engkau yg berhak memberi sebuah sinergi kekuatan!!!..Allahu Akbar!


wallahua'lam.....

~muslimdaie90_Permatang Badak, Kuantan~