Haazihi Sabiili

Sabtu, 4 Jun 2011

Kesedihan...


SubhanAllah,sudah lama rasanya tidak meng’update’ blog sendirian berhad ini. Dek kerana sibuk terkadang xterkejar semua perkara..Alhamdulillah,di balik kesibukan menjalani praktikal di kuantan ini, Allah memberi kesempatan padaku dalam menjalani kehidupan sebagai a’bid serta khalifatullah..Benarlah!, hidup ini hanya patut di serahkan pada Allah. Allah yang mengatur segala urusan, Allah yang memberi manusia akal untuk berfikir akan kejadian Allah di muka bumi ini.

Namun,terkenang pada ikhwah2ku di Terengganu sana juga mutarabbi2 kesayanganku yang hampir setahun berhalaqah denganku. Walaupun sudah hampir 2 minggu tidak berjumpa tapi terasa seperti setahun tidak berjumpa. Mungkin inilah yang dikatakan ukhuwah kerana Allah dan di dasari dengan fikrah yang satu. Ukhuwah ini dibentuk tanpa mengenal erti jemu. Walaupun masih ada yang berbeza pendapat namun tidak mengambil masa yang lama untuk menyamakan pendapat dan membuat kata putus.

Terkenang pada katibah ini. Bertungkus lumus melaksanakan pelbagai program untuk melengkapkan katibah yang benar2 jelas fikrahnya dalam mendepani jahiliyyah2 yang ada di sekeliling. Sungguh!, ana amat terhutang budi kepada ustaz kami yang kami kenali dia sebagai Ustaz Muntalaq. Hammasah@semangat akan dakwah ini meningkat tatkala melihat ustaz kerana terkenang pada kesungguhannya. Mana mungkin ustaz sahaja yang bersemangat buat prog daurah,mabit,iftar dan sebagainya tapi ikhwah2nya masih lagi berlemah2 dalam memacu pesawat dakwah ini. Teringat kata2 ustaz, ustaz ingin mengambil masa selama 2 tahun untuk membina sistem katibah yang pertama di Terengganu ni. Moga Allah memberi kekuatan pada ikh/akh Terengganu ini untuk terus bersama saf2 jamaah ini.

Sungguh diri ini benar2 di uji oleh Allah. Buat pertama kalinya tidak dapat menyertai program daurah di Terengganu. Daurah yg ke-9 bersama ustaz. Jika ingin ku katakan,aku benar2 sedih tidak dapat bersama buat kali ini. Daurah bersiri ini banyak memberikan aku input,banyak memberikan aku suatu ‘spark’@’booster’ untuk aku terus bersama atas jalan ini. Seorang da’Ie tidak terlepas dari ujian dari Allah ini sma ada dalam bentuk senang atau susah. Ujian inilah yang akan menapis para da’ie yang tidak ikhlas atas jalan ini. Kita tidak mahu figure2 yang bakal merencatkan perjalanan yang panjang ini.

Moga dengan kesugguhan ini, seruan Islam pasti menang insyaAllah…

muslimdaie90_Kuantan