Haazihi Sabiili

Sabtu, 23 April 2011

~Nukilan Cinta untuk mujahidahku~



Kelmarin aku bertekad
Bahawa perjuangan ini akan sia-sia
Jika kau tidak pernah disampingku
Pada usia aku yang memerlukan
Kelahiran yang akan mewarisi perjuangan ini

Hari ini , masih tidak kita bersama
Sementelah masa yang belum munculnya takdir
Sedangkan aku berusaha sesungguhnya
Sebagaimana ikrarku dihadapan walimu kelmarin

Sebelum hadirnya hari penyatuan
Sepasang daie yang menginfakkan diri untuk berjihad
Ke jalan Tuhan Rabbul Izzati
Menuju ke perbatasan perjuangan yang hakiki

Ingin aku nukilkan ingatan
Agar terpahat kukuh dihati sanubarimu
Mujahidahku

Bilamana engkau memerlukan aku
Tatkala sakit demammu
Janganlah kau mengharapkan aku membelaimu
Seperti anak kecil
Kerana masa juangku tidak menentu

Bilamana anak-anakmu kelaparan
Tatkala engkau tiada sesuatu
Yang dapat aku berikan
Janganlah kau terlalu mengharapkan
Kerana hartaku telah aku infakkan
Kepada perjuangan yang lebih memerlukan

Bilamana engkau inginkan perhiasan
Sebagaimana fitrahmu sebagai seorang wanita
Janganlah kau memarahi aku
Kerana kalung emasmu telah kuberikan
Kepada si fakir yang menuntut haknya sebentar tadi

Bilamana aku keluar ke perbatasan
Janganlah kau merintih dan bersedih
Ucapkanlah kepadaku
Agar janganlah aku pulang kerana mengingati dirimu
Sama ada aku pulang dengan kemenangan
Ataupun syahid gugur di jalan-Nya

Bila mana engkau ingin berhibur
Bersama sanak-sanudara dan teman-teman
Janganlah kau mengandaikan masa itu berada ditanganku
Kerana panggilan jihad itu tiada waktu ketetapan

Bilamana engkau memandang kesenangan dunia
Berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan
Yang meresap bersama pujuk rayumu kepadaku
Bersedialah nescaya aku tidak mampu lagi
Tinggal bersama-sama dengan dirimu

Untuk itu,

Wahai mujahidahku
Tatkala engkau berasa lemah dan sakit
Akulah yang akan menggendongmu
Sehingga engkau pulih dan segar

Tatkala engkau lapar dan dahaga
Akulah yang akan mencicip rezeki
Di Bumi Allah ini

Tatkala keperluan waris-warisku
Akulah yang akan memerah keringat
Berusaha dengan penuh Yakin
Akan janji-janji Yang Maha Pemurah dan Pengasih

Tatkala Allah memberikan masa lapang
Ukhwah & Mahabbah sanak-saudara
Lebih aku utamakan dari masa rehatku

Tatkala engkau ingin berhias
Akulah satu-satunya insan yang bertuah
Kerana hanya aku sahaja yang layak menikmatinya

Mujahidahku

Tatkala aku tergelincir
Akibat Muslihat dunia
Engkaulah yang berhak
menarikku ke landasan yang benar.

Untuk itu

Mujahidahku

Engkaulah yang akan memimpin bidadari
Tatkala Allah membayar maharmu
yang tidak dijanjikan di dunia yang fana

Permudahkanlah Ya allah
Engkaulah Ya Allah yang mempermudahkan sesuatu
Kerana Kami makhluk yang hina sebagai hamba
Menurut perintah-Mu , Meninggalkan larangan-Mu

Permudahkanlah Ya allah
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang...

Khamis, 21 April 2011

~Taadud jamaah: Kesatuan dan Pemantapan~



Assalamualaikum wa ikhwati fillah,

Lama tidak menukilkan tulisanku di sini. Terlalu sibuk. Sungguh hati ini merasakan sungguh kecintaan Allah, merasakan sungguh tarbiyah Allah ke atas hambaNya. Terkadang terasa lelah di tengah perjalanan dek kerana terlalu sibuk dengan perkara duniawi. Terkadang terleka untuk mengalirkan roh jihad dalam hati mutarabbi. Namun, itulah kuasa muhasabah yang Allah tanam dalam jiwa seorang muslim apatah lagi para2 aktivis dakwah ini…

Ramai antara kita terleka dengan tanggungjawab sebagai seorang da’ie ilallah apabila di uji dengan pelbagai ujian. Assignment, kuliah, presentation, lab report n sebagainya. Sungguh manusia di kaburi dengan semua itu sedangkan semua itu adalah ALAT semata2 dan bukan MATLAMAT yang hendak di tuju. Namun, Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi aku kekuatan utk bersama dalam saf ini…

Sedang bersendirian, terkenang perjuangan Rasulullah dalam menegakkan kalimah Al-Haq. Terfikir, adakah aku mampu utk terus berada di jalan ini untuk menyambung perjuangan Rasulullah???.Bagaimanakah komitmen aku utk dakwah???.Adakah aku ini seorang yang berkira dalam bekerja utk Islam???.Allahu Rabbi..

Dalam keadaan sebegini, masih ramai lagi yang bertelagah sebagai contoh dalam hal “taadud jamaah”. Masalah ini berlaku saja di mana2 empat sekali pun. Jika di amati, kenapa perlu bertelagah sedangkan semua nak bawa Islam. Syaitan sentiasa saja meniupkan api2 dalam jiwa para da’ie ini. Benarlah!, Rasulullah telah menetapkan tiga asas dalam membina daulah dari segi kekuatan aqidah, ukhuwwah dan ketenteraan.

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam) dan janganlah kamu berpecah belah (Ali-Imran: 103)

Pelbagai Jemaah yang kita lihat sekarang ini nak bawa Islam namun di fikirkan kembali adalah kita setle dari sudut asas tadi. Di sebabkan kefahaman tentang asas itu kurang mantap, maka terjadinya berpecah-belah antara kita. Mutarabbiku pernah bertanya”, Abg,kenapa perlu kite berpecah?.Ana xsuke la jmaah2 macam ni. Macam mane Islam nak naik kalau asyik bergaduh je???..Aku tersentak dengan pertanyaan ini dan menjadi kelu tatkala apabila ingin merespons kembali pertanyaannya…

Pelbagai jamaah di Negara ini hatta di Mesir sekali pun ada lagi gerakan2 Islam walaupun Ikhwanul Muslimin yang mendominasi gerakan Islam di Mesir. Ada kumpulan yang menggunakan pendekatan politik, ada yang menggunakan pendekatan tarbiyah dan ade juga yang menggunakan pendekatan perjuangan bangsa. Sebagai contoh, ada kumpulan yang menekankan amal dalam bidang politik melebihi bidang tarbiyah atau mengutamakan kuantiti dari kualiti. Ikhwan berpendapat cara ini boleh sampai pada tampuk pemerintahan dalam masa yang singkat saja tapi pasti tidak akan kekal lama kerana kurangnya perhatian dari sudut dasar dan asas. Kurangnya perhatian para pejuang dalam menyediakan pentarbiyahan yang kukuh kepada ahli. Jika kurangnya tarbiyah, maka macam2 perkara yang tidak diingini akan berlaku. Tanpa persediaan yang kuat, apabila di tekan pasti tidak tertahan dan akhirnya “da’ie” itu mati di tengah perjalanan.

Binaan yang baik adalah apabila asasnya yang mantap lagi kukuh. Apabila terlalu mementingkan politik lebih daripada bidang tarbiyah maka akan ternampaklah kelemahan2 yang nyata. Benarlah!, ukuran kekuatan sesebuah gerakan itu tidak boleh diukur dengan jumlah undi yang mereka perolehi dalam pilihan raya umum, tetapi berapa ramaikah yang sanggup berkorban dan bersama dalam menghadapi musuh. Ini yang akan meneguhkah gerakan itu.

Ya ikhwah,

Tidak dinafikan, semangat pemuda itu berkobar2 untuk berjuang. Berjuanglah dengan penuh semangat, hikmah serta apa yang paling penting adalah kefahaman tentang fiqh dakwah itu sendiri. Tidak ada jalan pintas dalam dakwah kita. Dakwah ini sifatnya nafas panjang. Hasilnya akan nampak suatu hari nanti. Teruslah teguh dalam saf perjuangan ini. Doaku jua buat mutarabbi2 sekalian…

Teringat kata Al-Banna dalam muktamar ke-6, inilah sikap dakwah Ikhwan:

Kita percaya setiap gerakan2 ini ada percanggahannya. Maka di sana perlu ada sikap kasih-sayang, ukhuwwah, tolong-mnolong dan kita berusaha bersungguh2 mendekatkan pandangan dan menyatukan fikrah ini semoga kebenaran tercapai. Perbezaan fikrah ini jangan dijadikan sebab kita menjauhkan diri antara kita. Sesungguhnya Allah itu redha perancangan yang terbaik yang menuntut kebenaran dengan cara yang penuh hikmah

muslimdaie90_Gong Badak