Haazihi Sabiili

Isnin, 13 September 2010

Ramadhan: 2008 dan 2010

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته...

Taqobbalallahu minna wa minkum, kullu am wa antum bikhair..Terasa masih belum terlmbat utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin…

Hari ni dah masuk hari ke-3 kite beraya..ape perasaan yer??..hmm,mcm2 perasaan ade yg kadang2 ana sendiri xdapat nak gambarkn perasaan tu mcm mane..namun, masih terasa di hati ni perasaan sedih..sedih sgt2 kerana xsangka Ramadhan berakhir dengan cukup pantas..sedar2 dah Syawal..

Bila dah jadi mcm ni, ana termenung brsendirian dan timbul di hati ini, knapa Ramadhan kali ini terasa mcm kurang je ibadah kpd Allah..nak kata puasa penuh, itu sudah semestinya..skrg masih lagi mengoreksi diri, knpa yer kurangnya ibadah ana mase Ramadhan baru2 ni..Kalau nak dibandingkan ibadah ana masa di matrik ana agak berpuas hati berbanding di U ni..

Sepatutnya Ramadhan adalah Syahruttarbiyyah, iaitu bulan tarbiyyah..ana cukup menyedari akan fadhilat bulan Ramadhan..tpi kenapa dgn ilmu ana yg sdikit ini, masih belum ana dpt mnjaga hubungan dgn Allah dgn baik..mgkin itu slh satu sebab knpa hati ini terasa xpuas hati dgn ibadah ana baru2 ni..

Tergerak hati ini utk comparekan penghayatan Ramadhan ana di U dan di matrik..kalau di matrik, ana xbrape nak disibukkan dgn kerja sbg contoh asgment, grup discussion dan sbgainya..tpi, brbeza kat U yg mana ana terasa disibukkan dgn asgmnt, grup discussion,meeting,program2 U..

Kalau di matrik, waktu malam langsung x diganggu..kalau ganggu pun, sekejap je..tpi kalau di U, waktu malam lah antara waktu yg strategik utk buat ape2 aktiviti..sbg contoh kelas malam.kbiasaannyer jam 8.30 dah stat kelas.mmg hari tu trtinggal la terawih.mksdnyer ana terpaksa buat terawih fardi lepas kelas..kdg2 lepas terawih terus ade meeting yg membuatkan khusyu’ ana kpd ibadah ana tu kurg memuaskan atau kata lainnyer,lari ckit..

Dari sudut tadarus Quran, seronoknya di matrik..di matrik, lepas je terawih terus buat tadarus..buat ramai2..seronok jgk time tu kerana ramai yg mengimarahkan surau di matrik yg diberi nama Surau Al-Muttaqin..surau yg memberikan byk pgalaman manis ana di situ..memang Ramadhan di matrik,dapat jua an khatamkan 30 juz..tpi di U,sebaliknya..sedih kerana xdapat khatam quran Ramadhan kali ni..nak baca lepas terawih ade urusan pulak..mcm mane la nak tumpu macam tu..bila dah jadi mcm ‘YB’ ni, kena la turun padang ckit..byk keje yg perlu diurusakan..

Byk lagi yg nak dikongsikan tapi nnti xcukup page pula..ape yg ana nampak, kehidupan ana di matrik sgt berbeza di U..sebab itu ana cintakan suasana di matrik..ana nak suasana tu berulang kembali di U ana ni..namun, mgkn itu sukar utk di laksanakan krna khidupan di U dan matrik mmg berbeza dan itulah hakikatnya..

Teringat jgk pesan murabbi kpd ana, “Akhi,jika kite mengaku diri kita da’ie, kita dah x punya byk masa akhi..umat memerlukan kita..kita ibarat penyembuh kepada luka2 di hati umat..enta xboleh duduk diam goyang kaki je..kena keluar kpd masyarakat dan lihatlah qodoya ummah”(terima kasih pakcik)..

Lepas berlalunya Ramadhan baru sedar akan diri ini kurangnya beribadah kpd Allah..ibarat fadhilat itu di pandang sebelah mata, ruginya ana.Teringat hadis Nabi, “celakalah bagi manusia, bila mana berlalunya Ramadhan, Allah xmengampunkan dosanya”...
Moga Allah mengampunkan dosa kita bersama..sekadar perkongsian dari ana yg dhoif lagi hina ini..wallahua’lam

Al-faqiru ilallah…

Rabu, 8 September 2010

Study vs Dakwah: bukan mcm jongkang-jongkit...

Akhi, jomlah pergi usrah
Akhi, jomlah berdakwah
Akhi, ummah semakin koyak
Akhi, jomlah kita bangkit mengubah
segalanya

Ana tidak mahu
Ana kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Ana menyesal megikuti semua itu
Bosan!!

Dakwah bukan je plainly cerita
rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi
skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Ana buatlah kerja dakwah tu
Kalau ana buat kerja dakwah, ana gagal
dalam pelajaran nanti
Kan nanti ana menutup mata orang lain
terhadap Islam

Akhi, dakwah dan pelajaran bukan macam
jongkang jongking

Jongkang jongking?
Apa enta merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam
jongkang jongking
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena
berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud enta?

Orang yang melakukan kerja dakwah
dengan ikhlas akan menemukan Allah
dalam pelajarannya

Ana tidak faham

Tak pe, ana terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria
misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah
ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa
kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle,
terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum
tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam
studynya itu

Ana tak pernah rasa semua itu
Dah tu, selama ni enta nak cakap yang
ana ikut program tarbiah dan dakwah tu
tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud ana
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak
berlaku tarik tali dengan Allah


Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?


Ok, ana berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi
yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment
banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan
Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji
Allah
Siapa yang menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,
tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan
dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada
dengan Allah


Ana dah faham
Ana kena banyak muhasabah
Ana dah study dari tadi, tapi tak
masuk-masuk
Ana tahu itu maksudnya peringatan dari
Allah
Ana yang tahu hukum berdakwah tidak
mengerjakan kerja tersebut


Akhi, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
”Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap
perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan
jiranku, aku ingin mereka merasakan
kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian
rumahtanggaku, aku ingin mereka
merasakan keindahan Islam”..
Akhi, itulah yang inginku kubentuk
dalam diri ana
Ana ingin setiap perbuatan ana menjadi
manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan
keluarga dan sahabat, segalanya adalah
dakwah
Moga kita bersama dalam usaha
merealisasikannya
Akhi, ana ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam
Hassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabat ana di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita
renungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus
berada dalam mandala ini.



Akhi,enta pastinya arif mengenai
Assyahid Imam Hassan AlBanna.
Dakwahnya menyinari hati umat manusia
di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke
kawasan perkampungan di gunung-gunung
yang tinggi. Semua manusia
mengenalinya. Tanyakan sahaja di
jalanan di saat itu, kenalkah kamu
dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna,
pasti semua mengenalinya kerana kerja
kerasnya di dalam perjuangan dakwah..



Tak nak kah kita menyambung usaha dakwah ini??..

Sedangkan kita prlukan dakwah dan dakwah xperlukan kita..

Kerana ramai lagi yg berlumba utk menjadi para da’ie ilallah..

Cuma doaku buat sahabat2, thabatlah atas jalan perjuangan ini.

Tidak kira berlainan wadah atau gerakan namun kita punya matlamat yg sama..

Untuk melihat Islam bangkit kembali membentuk khilafah..

InsyaAllah..

Pendokong Dakwah Dan Tarbiyah

Hanya dengan menjadi Pendokong D & T (pendokong
'aqidah) kita akan dapat mengecapi nikmat hidup yang sebenar; Umur
kita menjadi panjang,sepanjang umur dakwah. Dunia kita menjadi luas,
sbg medan Amal dan Tarbiyyah. Hidup dipenuhi Cinta dan Kasih Sayang,
Dada terasa lapang dengan Iman dan Ukhuwah, Halangan dan Cabaran
menjadi dapur pembakar semangat dan meleburkan rasa lemah dan cuai,
Pengalaman mematangkan akal dan fikiran, langkah diatur dengan penuh
pengharapan, Janji2 Allah menjadi pengubat duka lara, sirah sahabat
menjadi penghibur dan pendorong semangat, kisah2 ulamak menjadi lampu
penyuluh hidup..... Alangkah beruntungnya mereka yang hidup untuk
'Aqidah yang benar, Merasa mulia dengan Islam.

"Kita merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi muda). Kita benar-benar menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan kita bertanggungjawab terhadap mereka. Kita wajib mengemukakan pengalaman-pengalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi. Generasi yang telah tua dan generasi yang baru muncul. Kelak diharapkan mereka mewarisi amanah ini secara keseluruhan, kemurniaanya dan iltizam dengan kitab Allah s.w.t. serta sunnah Rasullah s.a.w. juga sunnah salafussoleh r.a." (Mustafa Masyhur)