Haazihi Sabiili

Selasa, 22 Jun 2010

Satu sejarah tercipta...


Assalamualaikum..

hari ini terasa bosan lalu terus memegang keyboard ini..
moga Allah memberi kekuatan kepadaku utk memposting hari ini..

Alhamdulillah, baru2 ini telah dilancarkan suatu wadah perjuangan yang ana kira amat jelas matlamatnya buat dakwah dan tarbiyyah..inilah usaha jamaah buat ummah..agar ummah dapat membuka mata atas suatu perubahan yg besar yg dibuat oleh wadah ini..

Ana kebetulan baru pulang dari mukhayyam di batu belah,klang(pengalaman di mukhayyam nnti ana cerita kat post lain)..Ana bersama rombongan mukhayyam ikhwah dan akhawat terus ke MIECC,Sri Kembangan,Selangor bagi menghadiri majlis pelancaran IKRAM di sana..Walaupun kami agak penat,tapi rasa penat itu tiba2 hilang sejurus selepas turun dari bas..kami hadir bagi menyatakan sokongan kepada jamaah dgn kehadiran hampir 5535 org yg hadir dan secara xlgsung akan menjadi du'at,insyaAllah...

Kami terus bergerak ke lobi pusat konvensyen tersebut bagi mengikuti majlis tersebut..majlis berjalan dgn lancar..ana tersentuh lalu mengalirkan air mata bila menyanyikan lagu IKRAM..sungguh besar usaha jamaah utk mnegakkan Islam bagi memperkasakan dakwah dan tarbiyyah..

Kadang2 kita sempat lagi goyang kaki sedangkan ummah memerlukan kita sume utk ubah mereka..sebab itu ana merasakan ini merupakan suatu perubahan yg besar dlm mmbantu agama Allah bersama jamaah2 yg lain..

Moga dengan kehadiran IKRAM ini menjadi pemangkin kepada usaha kita semua dalam memacu Islam secara keseluruhan agar usaha ini meresap ke dalam hati ummah.."Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...[2:143].

Sama2lah kite gerakkan dakwah dan tarbiyyah yg penuh dgn mehnah dan tribulasi ini..ana doakan semua ahli IKRAM serta da'ie ilallah moga thabat atas jalan Allah..moga Allah melindungi kita bersama..

IKRAM Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne Lagu oleh: Saff One Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010

Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah

IKRAM wadah perjuangan


Laman web rasmi IKRAM :-http://www.ikram.org.my/v1/

Khamis, 3 Jun 2010


Salam alaik buat sahabat2...

Pada 5-20/6/2010 ini adalah tarikh yg dtunggu2 oleh diriku krna tarikh trsebut akan diadakan suatu prog tarbiyyah..terasa masa cuti ni,diri kosong dgn tarbiyyah..doakan utk diri saya agar kita sama2 mmberi sumbangan yg besar kpd Islam..moga2 usaha kita selama ini di ambil kira di sisi Allah..wallahua'lam..(",),,,

*5-20 ni,xsentuh komputer la..fokus pada tarbiyyh..doakan

Rabu, 2 Jun 2010

Bingkisan Doa Buatmu Palestin..


Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka Ya Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.


Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami para mujahidin di Palestin dan di semua tempat.

Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.

Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.

Ya Allah, berilah mereka (cara membuat) makar untuk menghadapi musuh-musuhnya dan janganlah Engkau memberi makar kepada mereka.

Ya Allah, tepatkanlah bidikan mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.


Ya Allah, satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.


Ya Allah, jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

Ya Allah, tolonglah kaum muslimin yang terdhalimi di Iraq dan semua tempat.

Ya Allah, tolonglah mereka (kaum muslimin) dan perbaikilah hubungan mereka.


Ya Allah, binasakanlah Amerika dan sekutunya yang zalim, goncangkanlah dan hancurkan mereka.


Ya Allah, cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.

Ya Allah, janganlah Engkau memberikan kedudukani yang baik bagi mereka di muka bumi ini.


Ya Allah, lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.


Ya Allah, hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka.

AYUH BANGKIT!!!!...SAMA2 TERJUN KE MEDAN JIHAD!!!!
ALLAHU AKBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!

Selasa, 1 Jun 2010

......::A BEAUTIFUL PRAYER::.......


I asked God to take away my habit.
God said, No.

It is not for me to take away, but for you to give it up.

I asked God to make my handicapped child whole.

God said, No.

His spirit is whole, his body is only temporary


I asked God to grant me patience.

God said, No.

Patience is a by product of tribulations;
it isn't granted, it is learned.

I asked God to give me happiness.

God said, No.

I give you blessings; Happiness is up to you.

I asked God to spare me pain.

God said, No.
Suffering draws you apart from worldly cares and brings you closer to me.

I asked God to make my spirit grow.

God said, No.

You must grow on your own! ,
but I will prune you to make you fruitful.

I asked God for all things that I might enjoy life.
God said, No.
I will give you life, so that you may enjoy all things.


I ask God to help me LOVE others, as much as He loves me.

God said...Ahhhh, finally you have the idea.


If you love God, send this to ten people and back to the person that sent it.


THIS DAY IS YOURS DON'T THROW IT AWAY


May God Bless You

God has a positive answer for it.

You say: "I'm too tired"God says: I will give you rest

You say: "I can't figure things out"God says: I will direct your steps

You say: "I'm not able"God says: I am able

You say: "I can't forgive myself"God says: I FORGIVE YOU

You say: "I'm afraid"God says: I have not given you a spirit of fear

You say: "I don't have enough faith"God says: I've given everyone a measure of faith

You say: "I feel all alone"God says: I will never leave you or forsake you

Allah"God says: I love you


Assalamualaikum kpd sahabat,..

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri sendiri?

Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri.
Ingin berkongsi rahsia mengenainya?




DARAH O


Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.


Sejauh manakah kebenaran fakta ini??...
Allah jualah yg Maha Mengetahui...
Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. [2:29]

Pesanan buat Sahabat


Assalamu'alaikum sahabatku sekalian...

Kita sering merungut sibuk…saya sibuk nie..tak dapat nak hadir majlis ilmu , tak sempat hadir usrah , tak sempat nak hadir mesyuarat ..dll . Tapi tahukah kite bahawa Rasulullah adalah manusia paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga. Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t .

Rasulullah saw. sibuk kerana:

-Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat

-Bermunajat kpd Allah setiap malam

-Mengajar ilmu kpd sah. setiap hari

-Berperang di jalan Allah

-Melayani isteri-isteri

-Menerima dan mengajar Al- Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23 tahun serta menghafalnya

-Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain

-Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq, yahudi)

-Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin

-Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat)

Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara

-Kerja

-Keluarga (isteri dan anak-anak)

-Melangsaikan hutang ...

-Dan lain-lain..

Renungkanlah kata-kata ini pula ;

Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah swt.

Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah swt.

Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah swt.

Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.

Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong.

Al Imam Ghazali.

KELUHAN SEORANG DAIE...huh


Letih.
Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun,
adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku
andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat.
Berapa banyak usahaku ini
berbanding usaha para Imam.

Layakkah aku untuk berasa letih?



Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah
menemui jalan buntu.
Namun,
adakah layak untuk aku kecewa?
Sedangkan Rasulullah S.A.W.
yang ditolak oleh kaum sendiri pun
tidak berputus asa dalam perjuangan.

siapalah aku untuk kecewa?


Sibuk.
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun,
layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk,
bagaimana dengan Imam Syafie',
Imam Ghazali
dan Imam Nawawi?
Apalah aku dibanding dgn mereka
yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.


Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini
apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun,
apalah erti kepedihan ini
dibandingkan dengan Bilal bin Rabah
yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?


Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar
yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?
Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah,
hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya,
namun,
adakah baginda berputus asa?


Adakah kita selaku pendakwah ini
selalu mengeluh?
Mengapa perlu kita mengeluh?
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri,
kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah.
Kontrak seumur hidup.
Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.


Jadi,
mengapakah kita mengeluh?
Tiada alasan untukku berputus asa.


Hanya ada SATU jalan untukku.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah:111)