Haazihi Sabiili

Isnin, 31 Mei 2010

Masalah Hati - Imam Ghazali


Imam Ghazali telah berpendapat tentang masalah hati yang berhubung dengan amal lahiriah ada 3 macam:

1) Hati yang penuh dengan taqwa, suci dari akhlak-akhlak yang tidak baik, maka hati yang begini bersinar pada akal dalam berfikir pada yang baik-baik dan menyebabkan pula terbuka sinar matahati, sehingga hati selalu melihat segala sesuatu yang baik-baik dan diredhai oleh Allah. Apabila hati telah suci dari segala penyakitnya, maka dekatlah hati kpd Allah, dgn mensyukuri nikmat-nikmatNya. Sabar dan takut kepadaNya serta mengharapkan kasih sayangNya, rindu dan bertawakkal kepadaNya dan lain-lain sebagainya. Pada waktu itu barulah hati kita tenteram, tenang dan tidak kacau-bilaukan atau digelisahkan oleh persoalan-persoalan duniawi. Berfirman Allah s.w.t. dalam Al-quran:

"Orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana mengingat Tuhan. Ingatlah, bahwa dengan mengingat Tuhan itu, hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, mereka memperoleh untung baik dan tempat kembali yang utama." (Ar-Ra'ad: 28-29)


2) Hati yang penuh dengan gelora hawa nafsu dan penyakit-penyakit hati di mana dengannya terbuka pintu hati untuk iblis dan syaitan tetepi tetutup untuk malaikat-malaikat Tuhan. Hati yang begini, kontak dengan akal. Maka akal pada waktu itu membantu hati utk bagaimana terlaksana hawanya dan nafsunya. Maka lapanglah dada dlm memanjang hawa nafsu. Maka kuatlah kekuasaan syaitan kerana jalannya telah terbuka dgn luas. Dhaiflah kekuatan iman, disbbkan asap yang gelap terhadap hati. Untuk ini maka Allah menggambarkan dalam firmanNya dlm Al-Quran:

"Nampakkah keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi. (Al-Furqan: 43-44)


3) Hati yang terumbang-ambing antara kebaikan dan kejahatan atau dgn kata lain antara malaikat dan syaitan. Hati yang begini adalah hati yang sering ragu disbbkan kadang-kadang timbul daya tarik kpd kejahatan, tetapi pada waktu itu datang pula daya tarik kpd kebaikan. Pada ketika itulah yang adalah kehendak Allah s.w.t sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran:

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu (ugama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf." (al-An'aam: 125-126)


"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu (Islam). Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalim diri sendiri."

Sabtu, 29 Mei 2010

ISU JUDI BOLA...



“Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dab beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya”. Surah al-Baqarah : 219
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?" Surah al-Maidah : 90-91
“Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala”
Riwayat :Ahmad, Malik, Abu Daud dan Ibnu Majah
Apakah mereka terlupa runtuh bangun sebuah negara sama ada segi ekonomi dan pentadbiran adalah atas sebab tangan manusia yang mengurusnya. Pemimpin yang memulakannya pastu meruntuhkannya. Apakah domba mereka menyatakan fakta ramai golongan agama tidak kukuh hujah mereka tatkala menyatakan bantahan terhadap penghalalan isu judi di Malaysia?? Adakah mereka telah di sokong hujah ulama' su'(alim agama yang jahat).

(GAMBAR HIASAN)

Ibn Khaldun dalam muqadimahnya cukup menceritakan runtuh sebuah bangsa dunia bukan faktor kekalahan di dalam peperangan tetapi kurang adabnya mereka dalam pemahaman ilmu dan tidak mengamalkannya dengan membiarkan melata ARAK, JUDI dan RIBA di dalam masyarakat. Atas faktor ini negara yang teguh lagi berdisiplin tinggi mengambil peluang mengancam dan meruntuh sebuah bangsa.

Sesungguhnya, prinsip strategi formasi tentera sejak berkurun dahulu adalah; kemungkinan 100% peluang kemenangan adalah punca serangan!! Kelemahan umat Islam di hidang dengan hiburan yang merosakkan masyarakat dan keturunan muslim adalah kemungkinan 100% untuk mengadakan serangan ke atas kaum muslimin. Itulah keberanian mereka di Iraq!!! dan juga di Palestin serta negara Islam.

"Sesungguhnya, merekalah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedari" (Al-Baqarah :12)

PERSOALAN DEMI PERSOALAN

1) Untuk apa dipulangkan CUKAI kepada rakyat hasil CUKAI ARAK dan JUDI??? Jika rakyat masyarakat semakin musnah dengan menerima dan mengamal aktiviti yang sama sehingga tidak memberi produktif kepada pengeluaran negara?


2) Hujah apa digunakan menghalalkan lesen JUDI untuk mengelakkan judi HARAM ini? Adakah rempit halal di balas rempit haram sedangkan tetap membahayakan penunggang jalanraya lain( pemahaman berlumba di litar lumba bukan istilah rempit)...

3) Apakah rakyat di utamakan atau kerajaan di utamakan? Mengutamakan matlamat kerajaan sahaja yang bersifat kapitalis!!! Hasil matlamat mengejar peningkatan GDP yang sementara untuk mendapatkan pangkat dan nama tetapi rakyat terus tertinggal dan makin rosak hari demi hari dan generasi depan menjadi generasi cintakan hiburan?


4) Apakah pula peranan JAKIM di mana suara Menteri Agama?

APAKAH PULA PERANAN JAKIM



Persoalan yang itu tidak perlulah di jawab oleh saya mahupun masyarakat. Biarkanlah tangan-tangan yang tidak sedar akan kerosakan mereka lakukan menjawabnya dengan telus dan rapi.

Soalan ke 4 itu sahajalah sengaja saya lekatkan dan usik2 dan memberi qudwah hassanah hasil e-mail dari sahabat saya saudara Nasaie APAKAH TUJUAN HIDUP DI DUNIA WAHAI AGAMAWAN....

Cerita sebuah kisah....

"Ketika September 1999,gaji pokok beliau sebagai pensyarah kanan UiTM Jengka sebanyak RM5000. Apabila mohon berhenti untuk bertanding sebagai calon Pas dun Jengka, dia dipujuk tidak letak jawatan dan dinaikkan gaji RM6000 terus. Kenaikan tangga gaji bertangga-tangga. Rumah diberikan (teres dua tingkat) dalam kawasan kampus.

Tetapi dia tolak dan bertanding dun Jengka, menang dan perolehi gaji pokok sekadar RM3500. Satu malam dia diminta keluar dari rumahnya. Dan dalam masa yang singkat terpaksa mencari rumah sewa kecil teres setingkat di Taman Desa Jaya. Walaupun tak sebaik imam Ahmad bin Hambal, tetapi jauh lebih baik daripada Jamil Khir.

Terbaru, menitis air mata mendengar luahannya. Dia sudah membeli rumah sendiri sekitar tahun 2002. Sampai hari ini, sudah dua tahun tidak mampu membayar rumahnya kerana ketiadaan wang. Mungkin dia tidak buat pinjaman bank, jadi tidak adalah dilelong. Apapun, ulama duduk dalam Umno/kerajaan, mulut terkunci. Ulama duduk dalam gerakan Islam, hidupnya susah daripada segi dunia, tetapi mulutnya bebas, jiwa bebas dan tidak gentar.
Teringat kata-katanya, jihad paling besar di zaman ini ialah menegur pemerintah yang zalim. "

Wallahu'alam...

Rabu, 26 Mei 2010

Ketajaman Visi Perjuangan...

Salam alaik ikhwah akhawat fillah,

Alhamdulillah,saya bersyukur kpd Allah krna pada hari ini,jam ini,minit ini,saat ini,dan detik ini Allah telah memberi kkuatan kepada diri ini utk membuat sdkit posting..Thank you Allah.(",),,,

Bila sebut mngenai perjuangan,ia boleh di tafsirkan mengikut pelbagai bentuk..ade yg ingin memperjuangkan bangsa,bahasa,negara,pendidikan dan sebagainya...Segala bentuk perjuangan berkenaan sudah pasti memerlukan matlamat dan objektifnya atau kata lainnya adalah misi dan visi perjuangan...

Apa yang hendak saya kongsikan di sini dan saya kira perkara yg paling penting adalah visi perjuangan kita utk Islam..sebagai seorang yg ingin bwk Islam,ingin mndaulatkan Islam, mereka perlu jelas kpd misi dan visi perjuangan Islam yg sebenar.."Dan kalimah Allah jualah yg paling tinggi"..[9:40]..

Kita tahu,untuk membangun kekuatan dakwah secara mutlak memerlukan perajurit2 yg mmiliki visi perjuangan yg jelas. Kefahaman sseorg sgt berpengaruh pada sikapnya.

Pemahaman trhadap visi prjuangan adlah asas sbuah bangunan dakwah dan yg lainnya adlh kkuatan niat dan amal. Fikrah tersebutlah yg akan menguatkan semangat yg tidak pernah lemah bagi sseorg da'ie tersebut.

Tanpa mmiliki fikrah yg jelas, dakwah akan hilang nikmatnya, miskin dalam tajamnya langkah, mudah terjebak oleh keadaan yg menipu serta sumber terjadinya fitnah....

Sahabat2 sekalian,...

Setiap da'ie harus sedar bhwa prjalanan dakwah adlh panjang dan mengikut fasa yg dilalui. Mereka yg gugur di jalan dakwah tidak faham lgkh2 dn strategi umum dakwah itu sendiri. Ramai antara da'ie juga sendiri tidak mmpu dalam mengikuti dinamika dakwah kerana tiada kesungguhan dlm dakwah. Ada juga glgn pndakwah yg jumud!!!..Kerana apa??!!..Kerana mereka selalu shja menunggu diperintah, sprti gong yg xberbunyi jika tidak dipukul.

Selain usaha kita dlm nak memahami khitah dakwah, para da'ie juga harus faham dgn amat2 jelas mehnah dan tribulasi yg akan dihadapi di jln dakwah. Perjuangan dakwah mmpunyai khznh pglmn yg sgt berharga. Jalan dakwah itu wajib tidak ditaburi oleh bunga2 dan intan berlian, tetapi hutan belantara yg penuh duri dan binatang buas..Ada saja org yg xsuka akan kebaikan yg nak dibawa oleh da'ie ini.."Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai".[9:32].

Seorang da'ie juga harus memahami manhaj dakwah. Namun, kelurusan visi dakwah juga harus diasah mlalui interaksi yg berkualiti dengan komuniti. Maklumat mngenai lgkh kebajikan dakwah harus diterima melalui sumber yg jelas.

Dalam jamaah dakwah, ada saluran dia yg bersistem. Inilah pelajaran dari firman Allah, "Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah karena karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu).[4:83]

Sikap seperti inilah yg amat penting utk kita sama2 jaga agar bangunan dakwah tidak hancur. Teringat saya akan kata2 seorang penyair,apa dia kate??.."Jika ada seribu pembangunan,cukup dgn seorg saje yg dpt menghancurkannya"..Cuba kita sama2 fikir, bagaimana pula jika seorang yg mmbangun,manakala di belakangnya ada seribu penghancur???...Renung2kanlah...

Al-faqiru ilallah...

Selasa, 25 Mei 2010

Isteri Solehah – Penyejuk Mata


Adapun orang yang beriman dengan iman yang benar, yang telah berjanji dengan Allah untuk bekerja di jalan da’wah, maka sesungguhnya dia akan beriltizam dengan Sunnah Rasulullah saw, lalu dia berikhtiar sebaik-baiknya untuk memilih isteri yang solehah, yang akan menolongnya melaksanakan tugasnya di dalam urusan da’wah Islam dan bukan merintangi aktivitinya. Isteri inilah yang akan bekerjasama dan membentuk zuriat (generasi) yang baik untuk menjadi penyejuk mata dan menggembirakan hati. Anak ini nanti yang akan memuliakan agama Allah dan membangun Daulah Islamiyah di muka bumi. Alangkah baik dan indahnya doa hamba Ar-Rahman yang terlukis di dalam Al-Qur’an:

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Furqan: 74)

Oleh kerana itu, dia bersama dengan isterinya dan anak-anaknya senantiasa berada di atas jalan da’wah ini. Dia bersama keluarganya dan jamaah Islam berjalan terus di atas jalan da’wah dan menjadi qudwah hasanah, (contoh teladan yang baik). Sebagai keluarga Islam mithali (teladan) dan menjadi tiang yang teguh untuk membangun masyarakat Islam.

Kita telah melihat dalam sejarah da’wah Islam di masa lalu dan di zaman moden ini, banyak isteri-isteri solehah yang telah menunjukkan jasa-jasa yang besar dan gemilang, menjadi pembantu, penyokong dan pendorong suaminya. Contoh paling ideal dan paling istimewa dari isteri solehah ini ialah as-Sayidah Khadijah, ummul Mu’minin pertama dan utama. Sumber ummat Islam ini tidak pernah kering dari kebaikan sepanjang masa.

Dapat juga disaksikan pada zaman moden ini berapa banyak contoh dan teladan yang indah dan istimewa dari isteri-isteri Muslimah solehah, yang sabar dan tabah menanggung penderitaan bertahun-tahun bahkan berpuluh-puluh tahun berhadapan dengan berbagai bentuk gangguan, gugatan dan penyiksaan, yaitu berupa gangguan jiwa dan perasaan tatkala suami-suami mereka dipaksa masuk penjara yang gelap gulita dan penuh penyiksaan yang kejam dan sengsara. Namun isteri-isteri solehah itu menerima segala-galanya dengan redha dan gembira dengan mengharapkan keredhaan Allah, bahkan mereka tegak dan melindungi, mendidik, mengurus anak-anak mereka, dan memenuhi segala keperluan hidup mereka tanpa henti dan jemu, di samping itu mereka senantiasa menenangkan hati suami mereka.

Ada pula sebahagian dari isteri solehah itu dimasukkan ke dalam penjara yang gelap gulita dan ke dalam tahanan penuh dengan berbagai gangguan dan penyiksaan. Namun mereka tetap tabah dan bersabar serta redha menanggung yang demikian itu tanpa lari dari jalan da’wah dan tidak pernah beranjak dari jihad dan perjuangan Islam...

Rabu, 19 Mei 2010

MEMPERINGATI ULANGTAHUN NAKBAH KE 62~Kenyataan PACE

palestine

Apabila Israel melancarkan serangan teramat biadap ke atas Gaza pada penghujung bulan Disember 2008 dan berakhir pada 23 Januari 2009, seluruh dunia amat terkejut dan bangkit membuat bantahan yang terbesar pernah disaksikan. Bantahan dan kemarahan ini tiba-tiba reda dan berakhir apabila Israel menghentikan operasi ‘Cast lead’nya di Gaza. Meskipun media masih memberi liputan tentang kemusnahan dan penderitaan rakyat Gaza terutama pendirian Mesir yang terus menutup sempadan dan menyekat rakyat Gaza yang tercedera menyeberang di sempadan Rafah untuk mendapat rawatan, namun tumpuan kepada isu ini dalam media antarabangsa hanya bertahan sekitar dua minggu sebelum ia dilupakan samasekali. Kini isu Gaza bahkan isu Palestin kembali kepada status qou iaitu satu konflik yang berpanjangan sejak 1948 tanpa menunjukkan sebarang petanda ia dapat diselesaikan dalam masa beberapa tahun bahkan beberapa dekad akan datang. Realiti inilah yang mungkin menjadikan tumpuan terhadap isu ini turun dan naik seiring dengan insiden serangan besar-besaran atau pencerobohan regim Israel ke atas mana-mana wilayah Palestin dari masa ke semasa.

Kebetulan bulan Mei ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 62. Peristiwa Nakbah atau ‘Malapetaka besar’ dalam Bahasa Arab secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengistiharan Negara haram Israel pada 15 Mei atau disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan ‘War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan) ke atas wilayah Palestin yang mereka rampas dan kuasai dengan cara-cara penuh biadap dan kebinatangan. Apa yang berlaku, Negara Israel yang diistiharkan pada 15 Mei 1948 itu adalah kemuncak kepada penderitaan rakyat Palestin yang diusir dan terdedah kepada aksi-aksi terorisme, gerombolan bersenjata Yahudi yang di bekalkan oleh penjajah British.. Maka peristiwa Nakbah merujuk kepada pengusiran 800,000 rakyat Palestin dari rumah dan kampong halaman mereka lalu mencari perlindungan di wilayah sempadan Syria,. Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Kini enam puluh satu tahun peristiwa Nakbah berlalu, namun penderitaan yang ditanggung oleh 800,000 pelarian asal kini diwarisi pula oleh tidak kurang 5 juta anak-anak dan cucu-cucu mereka. Bererti, selama enam puluh tahun mereka masih menunggu dengan penuh harapan bila mereka dibenarkan pulang ke rumah-rumah mereka di Palestin. Setidak-tidaknya mereka mengharapkan waris mereka mendapat hak untuk pulang ke tanah air demi memenuhi hasrat mereka yang tidak kesampaian kerana ajal telah menjemput mereka. Jika pahlawan kemanusiaan dan hak asasi manusia terulung diraikan oleh seluruh masyarakat antarabangsa iaitu Nelson Mandela kerana sanggup menanti 30 tahun di dalam penjara untuk mengembalikan hak dan kebebasan bangsa kulit hitam Afrika Selatan yang terbelenggu akibat Sistem Apatheid, maka pejuang dan rakyat Palestin yang mendiami khemah-khemah pelarian sejak enam puluh tahun lalu lebih wajar untuk dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan kecewa.

Kini yang menjadi masalah dari kemelut kemanusiaan ini adalah sikap dan pendirian masyarakat antarabangsa. Seluruh Negara bangsa mempunyai pandangan umum yang dibentuk hasil dari prapoganda regim zionis Israel terhadap isu ini. Yang pertama, Israel mempunyai hak untuk wujud dan keselamatan Israel dari jiran-jirannya dan sebarang usaha yang dilihat boleh mengancam keselamatan Israel, walau sekecil manapun tidak boleh dibenarkan. Kedua, rakyat Palestin yang tidak mengiktiraf Israel dan menentang pendudukan Israel dilihat sebagai musuh kepada proses damai dan ancaman kepada keamanan di timur tengah dalam konteks yang lebih luas. Ketiga Israel punya hak untuk melaksanakan program keselamatannya termasuklah melancarkan ‘pre-emptive’ strike ke atas mana-mana sasaran di timur tengah untuk menjamin keselamatannya.

Inilah cabaran terbesar yang perlu diatasi oleh masyarakat antarabangsa untuk mencabar pandangan umum yang amat berat sebelah dan memihak secara melulu kepada Israel. Kecelaruan berfikir ini digambarkan dengan baik sekali oleh Mahaguru ilmu Sejarah Barat yang bernama Arnold Toynbee di mana beliau mengatakan

“Benar dan salah di Palestin adalah sama sebagaimana di tempat-tempat lain. Masaalahnya, dunia memilih untuk mendengar pihak yang melakukan kezaliman (Israel) dan memilih untuk memekakkan telinga dari mendengar dari pihak mangsa (rakyat Palestin)”

Sesuai dengan pengamatan ini, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat madani (civil society) untuk menilai isu ini secara objektif dan berdasarkan fakta. Isu ini tidak akan diselesaikan dengan menggunakan pendekatan memihak atau ‘sektarianism’ samada dari sudut keagamaan, kebangsaan atau politik kesukuan. Seluruh dunia harus keluar dari melihat isu ini dari perspektif ‘muslim’ lawan ‘yahudi’ atau perebutan rakyat Palestin dan rakyat Israel ke atas satu wilayah di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan, atau perebutan ke atas Baitul Maqdis yang menempatkan Haram al-Sharif dan Masjid al-Aqsa bagi muslim dan Jerusalem dan Temple Mount bagi Yahudi.

Ia harus dilihat dari sudut undang-undang antarabangsa sebagaimana yang termaktub dalam piagam bangsa-bangsa Bersatu 1945, hak asasi sebagaimana yang dipertahankan oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 dan Konvensyen Geneva ke IV, 1949. Jika diteliti tingkah-laku regim zionis semenjak ia berdiri sebagai sebuah entiti bernama Israel, maka jelas siapa yang melakukan pelanggaran undang-undang dan konvensyen antarabangsa. Asas inilah yang digunakan dalam menilai tindak-tanduk Israel sejak 61 tahun yang lalu.

Meskipun PBB telah meluluskan Resolusi 181 yang membenarkan 55% wilayah Palestin diserahkan kepada pendatang Yahudi, namun perlaksanaan resolusi ini tidak pernah mewajarkan pendudukan Israel ke atas 45% wilayah Palestin yang selebihnya iaitu Baitul Maqdis timur, Tebing barat dan Genting Gaza. Bahkan PBB telah meluluskan Resolusi 242 dan 338 supaya Israel berundur kembali ke garisan hijau yang dilakarkan oleh Rhodes Armistice pada tahun 1949. Ini bermakna Israel wajib keluar dari wilayah Palestin yang diduduki pada tahun 1967 dan tidak ada sebarang kewajaran sedikitpun untuk Israel menguasai wilayah tersebut. Juga PBB telah meluluskan Resolusi 194 pada tahun 1949 mengizinkan pelarian Palestin pulang. Apa yang berlaku kini ialah Israel bukan sahaja tidak akur kepada resolusi-resolusi utama ini (landmark resolutions) bahkan puluhan dan ratusan resolusi yang menegaskan kembali tentang hak rakyat Palestin, bahkan telah mencabul hak rakyat Palestin di wilayah yang diduduki pada tahun 1967 dengan mendirikan kawasan perumahan ekslusif untuk kaum yahudi di atas tanah rakyat Palestin, mengusir dan merampas tanah rakyat Palestin dan kini membina tembok pemisah dari utara ke selatan Tebing Barat dalam wilayah Palestin.

Kini setelah Hamas muncul sebagai juara memperjuangkan hak rakyat Palestin yang tertindas, regim zionis melaksanakan pula program mengepung Gaza dari semua arah dan menukarnya menjadi penjara terbesar di dunia.

Dalam memperingati Nakbah pd bulan Mei 2010 ini, adalah amat penting bagi seluruh masyarakat antarabangsa mendedahkan hakikat sebenar di Palestin, supaya regim zionis tidak boleh lagi berselindung dan mempertahankan tindakan biadapnya atas alasan mempertahan ‘hak’ dan ‘keselamatn’ Israel

Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Pengarah

PACE

Palestine Centre of Excellence

Pesan seorang IKHWAN buat seluruh AKHAWAT

Ukhtifillah..
(Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk Seluruh
Akhwat di Dunia)

Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa
peduli?
Karena toh kau tak mengenalku dan memang tak
perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu
dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,
tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,
karenanya kau tak membutuhkan persamaan.

Ukhtifillah,
Jangan pernah biarkan aku manatapmu penuh,
karena akan membuatku mengingatmu.
Berarti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap
dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa,
sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku
yang masih penuh Lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Ukhtifillah,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan
mimpi tak berujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri, berkelebat
selalu, meski ujung penutupmu pun tak berani
kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku
karena sucimu kaupertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku
bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.

Ukhtifillah,
Jangan pernah kautatapku penuh
Bahkan tak perlu kaulirikkan matamu untuk
melihatku.
Bukan karena aku terlalu indah, tapi karena aku
seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah
burukku, mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor
dari Lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau
termanipulasi.
Karena kau toh hanya manusia-hanya wanita.

Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang
dengan sepenuh hati membawamu kehadapan
Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam
kitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam
rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu adalah
hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir
dalam kitab suci.

Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati
ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak
ada sampai kau mati.
Mungkin itu berarti dirimu terlalu suci untuk semua
lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
yang kaubangun dengan segala kekhusyu'an
tangis do'amu.

Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu
pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang
terpilih itu, melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita sudi di masa lalu
yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar
pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada
keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih
Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan
menerima cinta
dalam setiap denyut nadi kita.

AUKU DAN IMPLIKASI BESAR KEPADA MAHASISWA

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan beliau kepada media pada 28 Januari 2006 telah menyatakan pendirian selaku pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 (AUKU) terus dikekalkan tanpa memansuhkannya. Beliau menyatakan pendirian tersebut selepas sekumpulan mahasiswa yang mendesak agar AUKU ini perlu dihapuskan dan termasuk PKPIM yang mewakili pelajar Islam seluruh Malaysia secara langsung bersuara dalam menyatakan pendirian kepada AUKU.


AUKU yang mengandungi lima bahagian dan 27 seksyen memperuntukkan pelbagai pasal berhubung universiti dan kolej Universiti. AUKU juga memperuntukkan pelbagai bidang kuasa termasuk srtuktur organisasi Universiti dan Kolej universiti, etika dan disiplin pelajar serta beberapa lagi perkara yang dilihat penting di dalam memastikan perjalanan universiti terus licin dan sejajar dengan matlamat panubuhan universiti.

Melalui kuasa yang diperuntukkan di dalam AUKU, sejak tahun 2000 hingga Disember tahun lalu, terdapat lebih 1700 pelajar dilaporkan melanggar AUKU dengan disabitkan kes meniru sewaktu peperiksaan, menipu, khalwat, berdemonstrasi dan mencuri. AUKU juga yang digubal pada tahun 1971 telah dipinda sebanyak dua kali iaitu pada 1975 dan 1983 bagi memastikan AUKU terus relevan mengikut keperluan semasa.

Di dalam AUKU terdapat beberapa seksyen yang jelas mengekang dan menyekat mahasiswa malahan universiti. Antara Seksyen tesebut termasuklah seksyen 15 dan 16. Di dalam seksyen 15 (1) menyatakan bahawa tiada siapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli atau dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua lain pertubuhan, badan atau kumpulan.

Di dalam konteks semasa, peruntukkan kuasa seksyen ini telah tidak begitu relevan di saat Malaysia yang tumbuh dengan pelbagai pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan belia. Setiap NGO dan persatuan belia ini pastinya memerlukan tenaga muda terutama pada mahasiswa, kerana mahasiswa tidak pada punya daya pada tenaga, tetapi kepada pengupaayaan intetelek untuk menggerakkan persatuan dan masyarakat.

Di dalam isu yang lebih terkini, kerajaan di bawah usaha kementerian belia dan sukan yang merangka Akta Belia 2005 dan akan dibentangkan di parlimen tidak lama lagi. Akta Belia 2005 secara khusus telah memperuntukkan pelajar terlibat secara langsung di dalam pertubuhan berdaftar terutama persatuan belia. Akta ini secara jelas telah bercanggah dengan AUKU seksyen 15(1).

Seksyen 15(3) pula menyatakan tiada sesiapa jua, semasa menjadi pelajar Universiti boleh menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau pertubuhan atau kumpulan haram.

Seksyen 15 (5) memperuntukkan kepada sesiapa yang melanggar peruntukkan seksyen kecil (1), (2), (3) atau (4) adalah bersalah atas kesalahan dan boleh disabitkan, dikenakan denda tidak lebih seribu ringgit atau penjara selama tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 16 dan beberapa seksyen yang lain boleh dikritik dengan memberikan datu bidang kuasa yang luas kepasa Naib Cancelor dan Menteri sehingga dirasakan boleh berlaku kemungkinan penyalahgunaan kuasa. Di dalam seksyen 16 umpamanya, kuasa Naib cancelor menggantung atau membubarkan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar.

Di dalam aspek sejarah, AUKU digubal sepertimana yang diungkap oleh Muhammad Abu Bakar di dalam buku yang ulung membicarakan perjuangan mahasiswa: Mahasiswa Menggugat (1975), menyatakan bahawa AUKU adalah merupakan satu konotasi kesan daripada kelantangan dan keterlibatan pelajar secara langsung dengan isu-isu kenegaraan yang sememangnya menggentarkan pihak pemerintah. Malah kecenderungan pelajar menyokong pihak pembangkang terutamanya pada pilihanraya 1969 benar-benar menggusarkan kerajaan yang akhirnya melahirkan AUKU.

Dalam hal ini Dr. Wan Abdul Rahman Wan Muda dari Universiti Sains Malaysia pernah menjelaskan dalam satu forum yang bertajuk “Masyarakat Kampus Dan Permasalahannya” pada 4 Ogos 1990, “Perlaksanaan Akta ini merupakan parut hitam d dalam sejarah kebebasan akademik di Malaysia. Semenjak itu, ternampaklah bibit-bibit kelumpuhan buday auniversiti yang sebelum ini mempunyai semacam solidariti dalam aktiviti-aktivitit mahasiswa.”

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, sabelum AUKU, penglibatan pelajar dan mahasiswa dalam arena politik negara agak meluas. Pemimpin-pemimpin pelajar dengan berani dan lantang mengkritik kelemahan dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada di atas pentas umum, kenyataan akhbar mahupun melalui manifesto di dalam pilihanraya-pilihanraya umum.

Sejak AUKU dikuatkuasakan kehidupan mahasiswa di institusi-institusi pengajian tinggi dikawal secara khusus oleh Kaedah Tatatertib Pelajar (1975). Pelbagai bahagian di dalam akta ini yang secara langsung mengongkong kebebasan pelajar yang selama ini dikecap oleh mereka. Malah penyertaan pelajar dengan poltik, aktiviti-aktiviti luar kampus dan persatuan luar turut dibataskan.

Persoalan pokok yang ingin dilontarkan adalah kesan AUKU selepas hampir empat dekat perlaksanaannya. Di dalam makalah ini telah digariskan beberapa kesan langsung akibat penguatkuasaan AUKU ke atas pelajar dan gerakan mahasiswa umumnya. Antaranya :

1. Nilai-nilai individualistik dan materialistik samakin merata dan menebal di kalangan pelajar. Rata-rata bertanggapan universiti tidak labih daripada menara gading buat mendapat segulung ijazah dan seterusnya mendapat pekerjaan yang baik semata-mata. Malah semakin terhakis nilai-nilai untuk memikirkan apa yang berlaku kepada masyarakat luar apatah lagi untuk menilai perkembangan politik semasa yang boleh mempengaruhi masa depan dan nasib bangsa.

2. Budaya takut atau ‘culture of fear’ mula mencengkam masyarakat pelajar. Masing-masing memikirkan masa depan dan nasib sekiranya mereka malanggar AUKU. Budaya ini akhirnya menyebabkan mahasiswa terus takut untuk mencuba, menyoal, mengkritik dan mengemukakan idea serta gagasan baru ke dalam masyarakat. Ini ditambah dengan ancaman pelbagai undang-undang di luar kampus yang seakan sama sifatnya dengan AUKU telah digubal atau dipinda oleh pemerintah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan. Tekanan dan prejudis pihak pentadbir kepada pelajar yang agak kritikal turut meransang perasaan takut di kalangan mahasiswa.
3. Tidak ada lagi slogan ‘Mahasiswa Jurubicara Masyarakat’ kerana mereka sudah tidak peduli apa yang berlaku di sekeliling mereka atau hilang upaya untuk melakukan sesuatu. Masyarakat lebih yakin kepada kumpulan lain seperti parti politik untuk menyelesaikan masalah mereka.

4. Penumpuan kegiatan pelajar hanya sekitar kampus sahaja. Pelajar-pelajar hanya berminat menyertai program-program bersifat rekreasi, sukan dan bersifat hedonistik. Hanya segelintir kecil yang masih bersemangat untuk mengikuti program-program pembangunan intelektual yang membincangkan isu-isu semasa mahupun berbentuk ilmiah.

5. Pelajar mula hilang minat untuk menghayati dan menganalisa keadaan politik tempatan mahupun antarabangsa jauh sekali untuk melibatkan diri secara aktif.

6. Pelajar mula disibukkan dengan politik kampus yang secara tidak langsung mendatangkan kesan negatif terhadap perpaduan pelajar. Seringkali pelajar akan terjebak dengan semangat kepuakan yang masing-masing cuba mengangkat darjat puak mereka pada masa yang sama memperlekeh puak yang lain. Di mana-mana sahaja apabila menjelangnya pilihanraya, akan wujud dua kelompok besar yang saling berlawanan antara satu sama lain. Malah ketegangan tetap berterusan di luar musim pilihanraya kerana setiap kelompok akan berebut-rebut mencari ahli bagi terus menyokong dasar perjuangan masing-masing.

7. Polarisasi kaum di kalangan pelajar juga semakin ketara. Penubuhan persatuan pelajar mengikut kaum turut meransang polarisasi tersebut. Hampir semua universiti di Malaysia mempunyai persatuan yang mewakili kaum masing-masing sama ada berbentuk bahasa atau persatuan kebudayaan. Ini menjarakkan lagi proses interaksi antara pelajar kerana biasanya kegiatan pelajar yang dijalankan lebih mengutamakan kepentingan, minat dan kecenderungan anggota kumpulan etnik tertentu.

Di sini jelas kapada kita AUKU bukan sahaja telah menyebabkan wujudnya budaya baru dalam masyarakat pelajar tetapi yang labih parah lagi apabila lahirnya polarisasi yang agak ketara di kalangan pelajar. Pelbagai pertubuhan pelajar baru lahir dan saling mengadu-domba dan memperlekehkan antara satu sama lain.

Apa yang pasti pengongkongan dan tekanan dari AUKU ini telah memaksa golongan pelajar untuk menumpukan perhatian mereka kepada isu dalaman yang kurang penting yang terdapat di kampus daripada melihat isu umat yang lebih besar dan penting di luar kepompong mereka. Inilah yang akhirnya menyebabkan kecenderungan untuk mereka bercakaran sama sendiri dan memikirkan isu-isu ranting lebih parah.

Juteru, secara tuntas sebelum menoktahkan kalam ini adalah setelah hampir 23 tahun sejak kali terakhir dipinda pada tahun 1983, mahasiswa dan masyarakat melihat adalah wajar untuk pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak yang terbabit untuk meneliti kembali AUKU. Ingin ditegaskan juga kepada beberapa prinsip yang harus diambil terhadap AUKU iaitu aspek keadilan dan kebebasan dalam erti kata tidak ada suatu peraturan dan tindakan pun yang diambil atas maksud untuk menyekat dan menghalang seseorang pelajar atau pertubuhan pelajar untuk menyatakan dan memperjuangkan kebenaran. Disyorkan juga agar diberikan penekanan terhadap nilai-nilai akhlak dan etika serta bidang kuasa yang wajar kepada Naib Cancelor dan Menteri di dalam mentadbir universi dan mahasiswa.

Selasa, 18 Mei 2010

Harapan serta tekadku...

Assalamualaikum sahabat2 fillah...

Kira2 sudah agak lama ana duduk di rumah ini tanpa berbuat apa2...jadi tergerak juga hati ini utk nak tulis kat blog ni..kalau xdek keje,cari keje la(bak kate org la)..kebosanan brda di rumah tu ade jgk la..klau di kampus,ade jgk kerja nak buat,tpi klau di rumah mcm ni la jadinya..jadi ana ambil masa ni utk mengupdate blog...bila dah jadi mcm ni teringat ana pada kata2 Assyahid Imam Hasan Al-Banna,"Al-waajibat aksaru minal awqot".."Kewajiban yg kita ada lagi byk berbanding masa yg kita ada utk melaksanakan kewajiban tersebut"...

Terdetik di hati nak tulis kat blog ni,ttg harapan dan tekad..dua perkataan yg berbeza tpi ade persamaan(xpndai sgt BM2 ni)..setelah lebih kurg setahun ana menghabiskan pengajian di kampus yg ana duduki..pelbagai mehnah dan tribulasi yg terpaksa ana tempuhi..namun ana tetap teguh menempuh semua tu..sbg da'ie mmg mcm tu,kena faham keadaan..tpi ana pegang firman Allah.."barang siapa yg bantu agama Allah, Allah akan bantu mereka dan tetapkan mereka atas bumi Allah ini..."

Ana bersyukur kepada Allah kerana ape yg ana hajati,telah di perkenan oleh Allah..ana yakin ini adalah suatu tanggungjawab ke atas diri ana..hajatku adlh hadirnya mad'u2 yg sedia ditarbiyyah..Terima kasih Allah kerana Kau telah kurniakan aku sahabat2 yg sedia di tarbiyyah..

Buat sahabat usrah ku yg ku kasihi kerana Allah,

Di sini ana ingin mengucapkan tahniah kerana antum telah di pilih oleh Allah utk berada dalam usrah..ana minta maaf andai selama kite berusrah ana ade buat salah silap..ana yakin ana tidak mampu utk jadi naqib yg terbaik buat antum tpi disebabkan ana merasakan itu taklifan yg ana kena terima,maka ana smbut ia dengan hati yg terbuka..ana sgt berharap,utk sem yg akan datang ini,antum dapat bg komitmen yg sepenuhnya buat dakwah kita..ana nmpk potensi pda diri antum,cume perlu di gilap saje lagi..mmg sebelum ini ana buat usrah pon x ikut silibus krna ana cume nak tgk sejauh mane antum boleh ke hadapan..skrg ana yakin pada antum..ana nak kite cube setlekan ta'aruf antara kite,bina ukhuwah dan sbgi nya.."La yukallifullahu nafsan illa wus'aha...".Allah x akan membebankan ssorg melainkan dngn kesanggupan dan kmampuannya..".

Tekad ana, sem depan InsyaAllah,dengan izin Allah,ana nak bwk silibus utk antum..Ia x berat,tpi menyeronokkan andai antum boleh bgi
FULL KOMITMEN utk usrah kite..kenapa ana menekankan komitmen??..ya,dalam dakwah dan tarbiyyah,komitmen amat pnting..sebab itu sudah byk di bincangkan,Bagaimana ingin memperbaharui komitmen dalam dkwh kite..komitmen yg mantap saje yg akan dpt merasakan ape makna sebenar dakwah dan tarbiyyah..Teringat ana pada kisah Assyahid Al-Banna,di mana suatu hari dia menyuruh semua ikhwah2 hadir ke suatu tempat pada tengah malam utk mlksanakan usrah..apbila ke semua akhi2 smpai ke tmpat tersebut,Al-banna mnyuruh mereka semua balik..Alhamdulillah,semua ikhwah hadir..Motif dari cerita itu,Al-banna sengaja ingin menguji2 komitmen ikhwah2 trhadap usrah dan Al-banna amat mmntingkan tarbiyyah ahli2 Ikhwan...

Ana nak kite same2 berada dalam marhalah dakwah yg ke-3 iaitu TANFIZ..di mana ahli yg brada di prgkt ini adalah yg tidak kenal erti penat lelah terhadap kerja2 dakwah..utk smpai ke prgkt ini,kite kena mlalui 2 prgkt iaitu ta'arif dan takwin..sepanjang mlalui prgkt ini,trlalu byk mehnah dan tribulasi di spnjg itu..sudah pasti sbg du'at tidak trlepas dari ujian Allah.."Adakah kamu myngka kamu beriman sdgkan kamu masih belum di uji..."

Tidak lupa juga kepada insan yg byk berjasa kepada diriku ini,murabbi ku..jasamu akan ku kenang(sem depan kite usrah lagi yer)..Duhai sahabat2ku, doakan ana agar ana terus thabat atas jalan dakwah ini..doakan ana terus istiqamah menerima tarbiyyah dan doakan kejayaan ana dalam pelajaran ana..Moga Islam terus bersinar di seluruh pelusuk alam..

Cukuplah sekadar itu perkongsian dari ana yg dhaif lagi hina ini..


Al-faqiru ilallah..

MAHASISWA ISLAM..
KITALAH AGEN PERUBAH KEPADA MASYARAKAT..!!!







Aqsa Syarif



Ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. Dianggotai oleh sembilan orang ahli lembaga dari berbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya. Berganding bahu menyumbang tanaga dan fikiran untuk kebaikkan Palestin dan dunia secara amnya.

Perutusan Pengerusi


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

Selepas memuji Allah S.W.T dam berselawat ke atas junjungan tercinta Mohammad S.A.W, doa kita untuk para sahabat dan syuhada’ di mana-mana sahaja sepanjang zaman, terutama para syuhada’ di bumi Palestin.

Masjid Aqsa adalah kiblat pertama kita. Transit Nabi S.A.W antara Mikraj ke langit, ketika Isra’ dari Masjidil Haram Mekah. Di situ baginda dijamu pilihan susu atau arak oleh Jibrail a.s. Baginda memilih susu tanda kembali kepada fitrah.

Di Masjidil Aqsa juga para Ambiya’ dihimpun di belakang baginda untuk bersolat sebagai makmum. Baginda berpeluang beramah mesra dan mendengar pengalaman mereka berdakwah dengan ummat masing-masing.

Kegemilangan sama ada dakwah, tarbiah dan pemerintahan para utusan Allah berlaku di sekitar Masjid ini. Kegemilangan Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Musa sebagai contoh khazanah yang dipetik dari sumber wahyu, Al-Quran.

Semuanya memberi kekuatan kepada Nabi S.A.W yang baru tiba dari Mekah dalam tiga kesedihan; kematian Abu Talib, wafatnya Khadijah dan kekejaman penduduk Taif dan Mekah terhadap baginda.

Barangkali di sini rahsia hadis yang menggalakkan kita bermusafir ke Masjidil Aqsa. Dengan bersusah payah bermusafir ke sana, nostalgia perjuangan Para Anbiya’ akan segar hidup dalam jiwa seorang mukmin.

Kini segala-galanya terhalang. Masjid itu sedang diruntuhkan. Penduduk di sekeliling Masjid itu sedang diganyang, dihalau dan dinafikan hak mereka. Anak-anak mereka kelaparan dan terbiar.

Aqsa SyarifAQSA SYARIF muncul di persada perjuangan ini. Kita tidak mampu ke Masjid itu. Tetapi jiwa kita di sana.

Namun sahabat dan saudara kita di sana bangkit membentengi Masjid itu dengan tubuh mereka. Satu persatu gugur syahid pada jalan Allah dan satu persatu diheret ke penjara, yang tidak mengenal pintu keluar. Terus diseksa oleh Regim Yahudi itu.

AQSA SYARIF muncul di persada perjuangan ini. Kita tidak mampu ke Masjid itu. Tetapi jiwa kita di sana. Ketika solat menghadap ke kiblat, Kaabah di Masjidil Haram, kita akan terbayang Masjidil Aqsa. Kembar ketiga Masjid itu.

Membayangkan Masjidil Haram Mekah mengingatkan kemanisan Iman dan kerinduan kepada Allah. Membayangkan Masjidil Haram Madinah mengingatkan kepada Sunnah Nabi dan kerinduan kepada baginda. Membayangkan Masjidil Aqsa mengingatkan Jihad yang menanti kita…

AQSA SYARIF bangkit dengan alternatif yang praktis. Kita kena menanggong kos kehidupan anak-anak yatim para syuhada’. Isteri dan keluarga yang menanti kepulangan suami mereka yang ditahan di penjara Israel itu.

Ayuh bersama AQSA SYARIF di awal penubuhannya ini. Anda menjadi “Assabiqunal Awwalun”. Golongan awal, perintis perjuangan Masjidil Aqsa dalam wajah barunya di Malaysia. Bersama dengan NGO-NGO perjuangan Palestin yang sedia ada.

Pahala orang-orang yang menyambung selepas ini, akan mengalir ke orang-orang terdahulu seperti anda. Walau bukan itu matlamatnya. Kembali ke fitrah kita. Keredhaan Ilahi mengatasi segalanya.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Waliilahi Al Hamd

Dakwah bukan untuk orang MALAS

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak
nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

Fitnah Petunjuk Istikharah


“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”

Sepucuk emel dihantar kepada saya.

Beristighfar dan mengurut dada.

Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.

Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.

Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?

MEMBELAKANGKAN ILMU

Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?

Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.

Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.

Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:

“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”

Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.

Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.

Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:

Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).

Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.

ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH

Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.

Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”

Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.

Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.

Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.

Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.

Berhentilah mencari mimpi.

Berhentilah menunggu petanda.

Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).

Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.

Ia mungkin mainan Syaitan.

“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]