Haazihi Sabiili

Isnin, 26 April 2010

Politik dan Dakwah


Salam ikhwah/ akhwat fillah..

Ana ingin bertanya kepada antum,ape pndgn antum trhadap politik di Malaysia??.,Sudah pasti jwpn yg akan keluar, aaahh..kotor,jijik,rasuah,xikot sunnah n sebagainya...adakah kite sekadar cakap seperti itu sahaja tnpa mengambil ape2 tindakan..cube kite koreksi diri kite semula,adakah aku faham ape itu politik yg sebenar menurut Islam..kite skrg telah dikaburi oleh dunia dan politik semasa...sebab itu mindset kita adalah, politik itu PAS,UMNO n sebagainya..bagi yg phm,alhamdulillah...bg yg tidak phm,ayuh bangkit bgi melengkapi satu sama lain..

Bile sebut je dakwah n politik, kedua2nya berkait rapat dan xboleh di pisahkan kerana tujuan dakwah itu sndiri adalh utk memandu siyasah@politik sepertimana Allah memperutuskan Rasulullah utk bawa ptunjuk dan agama yg benar kpd semua agama..

Ikhwah akhwat fil Islam,..

Imam Al-Banna tidak menafikan bahawa masih terdapat pemahaman yg sempit bila mana sebut je politik maka org akan segera membayangkan sebuah parti politik...Politik yg dimaksudkan atas konteks yg sebenar adalah seluruh aktiviti dakwah yg dilakukan utk mengurusi nasib umat hingga mengangkat mrka ke tmpt sbgaimana yg dprnthkan dlm al-quran iaitu di tengah2 manusia@ummatan wasata..

Ikhwanul Muslimin yakin bhwa parti2 politik yg ada di Mesir masih dlm keadaan yg xselesa dan xmnynangkan kerana ia brsifat kpntingan peribadi dan bknlah maslahah umum...Ikhwan jgk yakin bhwa parti2 yg ada skrg ini belum dapat menentukan program dan manhajnya secra pasti...Dan sudah pastinya sistem kepartian seperti itu akan merusak seluruh roda kehidupan dan mmberi kerosakn kepada umat..

Kefahamn tentang amal siyasi yg dikembangkan pada saat ini berbeza dengan sebelumnya kerana perbezaan situasi dan keadaannya. Oleh sebab itu Imam Hasan Al-Banna tidak mendirikan parti politik, tetapi beliau mmbolehkan penyertaan dalam pmilihan umum. Parti politik dalam pelbagai bentuk telah berdiri dan diusung oleh aktivis dakwah dalam rgka amal siyasi berdasarkan syuro2 yg dilakukan.

Ape yg penting, arena politik bukan utk kite cari kuasa, mncapai kdudukan2 yg tggi atau sbgainya tetapi suatu medan yg kaya dengan peluang utk kita tegakkan hukum2 Allah SWT dlm msyarakat brdsrkan prinsip2 keadilan yg tlah digarisknNya. Inilah rukun ikhlas yg akan menjauhkan aktivis dakwah dari prgkap gila kuasa, pecah amanah dan kesombongan apbila meraih kedudukan yg tggi..

"Ayuhal ikhwah wa akhawat aplikasikan semua arkanul bai'ah dalam amal2 siyasi..Moga2 redha Allah jua kite same2 kecapi...

Biar lambat asalkan mantap..?


Kualitikah yang kita mahu? Atau kuantiti yang kita korbankan demi menjustifikasikan longlai dan lemah amal kita?

Kadangkala kita melihat amal agak dakwah lemah. Di suatu tempat hanya ada beberapa kerat mad’u dengan da’I yang melambak-lambak. Di banyak tempat pula da’Inya lebih ramai dari mad’u. Apa yang telah terjadi sebenarnya?

Kerap kali bila di tanya, kenapa tak agresifkan dakwah? Kenapa tak lajukan? Kenapa tak bertambah tambah?

Jawaban standard dan biasa ialah: kita perlukan kualiti, bukannya kuantiti. Tak bacalah buku muntalaq, ‘fokus bukan meramaikan’? Yang penting kita membina orang yang bermutu, bukannya ramai…

Retorik dan kaedahnya betul. Tapi banyak yang perlu di halusi. Dakwah, gerakan jahiliyyah, penggunaan masa dan fikiran kita, pen’takwinan’ mad’u dll.

Adakah betul kita telah kehabisan tenaga demi untuk membina dan mentakwin orang yang telah menyerahkan diri untuk di tarbiyyah? Atau kita kehabisan stamina kerana kurang bergerak, sehingga kita tidak mampu bergerak lebih dari membawa satu group halaqah mingguan? Kerana kita terlalu ramaikah sehingga anak-anak mutarabbi kita tidak terjaga?

Jika anak-anak mutarabbi kita telah mantap di bina oleh kita, kenapa mereka tidak mampu untuk membina anak-anak mutarabbi baru? Bagaimana nilai mutu mutarabbi kita jika mereka hanya berlegar di dalam bilangan yang sama selepas bertahun.

Jahiliyyah tidak pernah diam. Mereka bergerak siang dan malam. TV, radio, majallah, Internet bergerak mencari ‘mad’u’ baru mereka. Ini tidak lagi di kira penjual syabu dan wanita di tepian jalan. Mereka mendapat pelanggan baru ratusan pada setiap hari… Sedangkan kita masih ber’heppi’ dengan angka satu grup usrah seminggu.

Bila kelihatan ada orang yang agak laju bergerak, agresif kerja mentajmik dan men’takwin’, kita kemungkinan juga memberi justifikasi untuk diri sendiri : buat apa laju-laju dan ramai, tapi tak tahan lama dan tak bermutu !

Tapi apakah manusia yang kita bina tahan lama dan bermutu? apa ukuran laju dan lambat? Jika kita berjalan kaki, memang kita katakan kepada orang berbasikal itu laju. Tapi yang berbasikal sebenarnya masih lambat di bandingkan dengan yang berkereta atau ber’jet’. Jadi siapa yang merasai orang lain itu terlalu laju sebenarnya patut meneliti apa bandingan yang di pakainya. Jangan si pejalan kaki mengatakan yang berbasikal itu terlalu laju, sedangkan si berbasikal sebenarnya masih lambat dan slow berbanding jahiliyyah sekarang yang ber’jet’ dan ber’roket’.

MOGA SLOWNYA KITA TIDAK MENJADI ALASAN UNTUK MARAH KEPADA SI LEBIH LAJU SEDIKIT DARI KITA YANG JUGA SEBENARNYA MASIH SLOW BERBANDING TUNTUTAN SEBENAR REALITI PERTARUNGAN SEMASA.

Bagaimana Kita Selepas Berusrah...



"Usrah itu dimulakan dengan Kafarah al-Majlis dan Surah al-Asr. Diakhiri dengan Surah al-Fatihah"

Begitulah tarbiyyah mengajarkan kita. Pembinaan ummah ini memerlukan lebih daripada 1 atau 2 atau 3 jam seminggu daripada seorang muslim itu. Pengorbanannya, untuk tajarrud ilallah, untuk meletakkan dalam dirinya, 100% untuk perjuangan ini, melebihi kepentingan peribadi pada setiap detik, hinggalah di saat-saat akhir itu. Hinggakan matinya juga diharapkan menguntungkan islam, seperti matinya ghulam dalam hadis ghulam ad-dakwah, tafsir kepada Surah al-Buruj.

Namun, ikhwah dan akhwat yang amat kucintai sekalian,

Tarbiyyah juga mengajar kita untuk mengikut marhalah (tahapan) perkembangan manusia dalam kita melahirkan 'full-timer muslim' itu. Ianya menuntut kita bersabar, membiarkan anak didik kita berkembang selari dengan masa, seumpama menunggu buah delima hijau bertukar warna.

Walaupun ia kelihatan sudah berseri-seri, jangan gopoh memetiknya. Terkadang, kita nampak buah delima itu sudah cukup kemerahan, terasa ingin sangat menganyangnya, merasai setiap biji delimanya, yang dibayangkan sudah merah ranum seperti kulitnya. Namun, jika kuning dan merah itu masih belum sebati di selaput luarnya, merekah di hujung kantungnya itu pun belum pasti, kita pasti akan kecewa, kerana hanya butir-butir mentah bakal menjadi santapan, tanpa kita mampu memperbaikinya kembali. Tanpa kita mampu untuk mengharapkan buah itu berkembang, menjadi buah yang kita impi-impi, mimpi-mimpikan selama ini...

Itulah yang digambarkan oleh As-Syeikh Hassan Al-Banna dalam risalahnya:

"Bukan dari golongan kami orang yang memetik buah sebelum masaknya."

Bekerja mengikut marhalah itu merupakan rahmat, dan jika sebaliknya, merupakan bala, gambaran amal yang sia-sia.

Jauh daripada bekerja mengikut konsep-konsep umum dakwah, apatah lagi mengikut keperluan marhalah ini, menyebabkan dakwah yang kita lakukan ini tidak ubah seperti majlis-majlis ilmu yang biasa. Dakwah kita yang sepatutnya penyeruan ke arah pembebasan daripada penghambaan sesama manusia ini, seringkali menjadi sekadar dakwah menyeru ke masjid. Tiada matlamat yang jelas. Tiada amal yang terarah. Tiada penguasaan bahan yang mantap. Tiada penyempurnaan dengan kemahiran bermain dengan hati-hati insani.

"Dakwah kita adalah segalanya", hanya tinggal kata-kata. Kerana akhirnya, kita hanya berusrah selama 1 jam, 2 jam atau 3 jam seminggu, tanpa merasakan ruh usrah dalam diri bermula tamatnya usrah. Kadang-kadang, apabila kita semakin tidak bersedia, kita lebih selesa jika keluar beramai-ramai dan mendirikan 'usrah makan'. Berkumpul di kedai-kedai mamak, borak-borak kosong, dan mendidik anak-anak usrah bercakap yang sia-sia. Kata mereka, "Itu lebih baik daripada tiada apa-apa". Dan kata mereka lagi, "Usrah bukan rigid dalam halaqah-halaqah itu sahaja".

Kataku,

"Benar dan salah". Benar, usrah itu tidak terbatas dalam halaqah-halaqah perbincangan itu semata-mata. Salah, kerana anda tidak akan berhasil apa-apa jika masih ingin bersenang-senang, bermalas-malasan begitu.

Hendak mengetahui hakikat usrah serta rukunnya? Mari kita bersoal jawab dengan Al-Quran:

Apa yang ingin dibincangkan dalam usrah, ya akhi?

"Sebagaimana Kami telah mengutuskan kepadany seorang rasul, (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu (Tazkirah: Tazkiyatul Nafs) dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran: Tafsir) dan Hikmah (Sunnah: Sirah dan Hadis), serta mengajarkan apa yangbelum kamu ketahui. (Taujihat dan Musykilah)"

(Al-Baqarah 2: 151)

Selepas usrah, apa yang kita harapkan kita semua rasai?

"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."

(Al-Baqarah 2: 152)

Takutnya ana, ya akhi. Jika ada masalah dalam usrah, apa yang perlu ana buat?

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar."

(Al-Baqarah 2: 153)

Naqib itu Ubiquitous?

Kefahaman akan pentingnya sebuah perjumpaan yang sebegitu, dengan syarat-syarat sah usrah itu, memandu kita untuk lebih berdisiplin dalam membina rijal-rijal. Sama seperti khususnya pembinaan para sahabat rasulullah, bukan bidaah yang direka-reka. Allah sudah menyediakan templatenya, kita hanya sebagai pelaksana.

Kita tahu, bahawa, setiap minggu, usrah sebegitu wajib dilaksanakan. Dan ketahuilah sahabatku, perjumpaan setiap minggu itu akan menentukan komitmen anak-anak usrah pada minggu-minggu seterusnya. Ia akan menjadi penentu keterikatan anak-anak didik dengan saff dakwah ini. Hakikat kefuturan bermula di sini, sekiranya kita hanya mampu membuatkan mereka berfikir tentang islam, semasa halaqah kecil, sementara itu sahaja.

Disinilah letaknya kelemahan usrah-usrah di sekolah, yakni usrah-usrah yang diwajibkan, tanpa mengambil kira bahawa pelajar-pelajar itu merupakan potensi-potensi ummah yang layak membuat keputusan sendiri, kita sewajarnya hanya membimbing, bukan memaksa mereka. Gagalnya usrah kita, jika sang murobbi, hanya bertaut di hati tatkala usrah. Jika sang murobbi lansung tidak diingat mereka ketika dibaca doa rabithah. Kerana, pembinaan usrah tidak diasaskan dengan ukhuwwah islamiyyah yang menyejukkan perasaan. Aku pernah merasai kekeringan itu dahulu, yang mematikan hasratku untuk bertemu lagi dan lagi. Kita tidak sudi, jika perjumpaan kita itu mekar dengan cinta sesama saudara, yang akan melonjakkan semangat yang membara.

Sang Murobbi seharusnya menjadi umpama bakteria yang ubiquitous, berada di mana-mana sahaja. Dengan perasaan atau tanpa perasaan, mereka tidak serik-serik bertemu. Menyelesaikan permasalahan-permasalahan kecil, tindakan orang-orang bijak pandai, sebelum ia besar, lebih besar dari segala kebaikan mereka. Sang Murobbi sentiasa membakar tekad mad'u, agar mereka tidak larut dalam biah jahiliyyah, menjadi sebahagian dari penyumbang kekufuran. Berada bersama, mengingatkan mereka tentang kedamaian bersama islam, sehinggakan mereka merasakan, inilah biah dan suasana yang ingin mereka wujudkan dalam masyarakat mereka. Sudah tentunya semua ini tidak dapat dilaksana, jika taaruf tidak dilaksanakan dengan setelitinya.

Ahad, 4 April 2010

Nukilan hati...


Salamun alaik ila sohabi sohabiah,Add Image

Rasanya hampir berbulan2 ana tidak mengubah struktur blog ana ni. Minggu lepas ana pergi berusrah di rumah murabbi ana sekitar Gong Badak..Hampir 3 jam usrah tersebut berjalan.Hadirnya mutarabbi dengan hati yang penuh ikhlas...Seusai usrah berjalan, kami dihidangkan dengan mee udang yg disediakan oleh isterinya..sedap jgk rasa nyer.skali rasa,mc mskn chef wan pulak...Kami pulang dalam keadaan kekenyangan..Ana bersama ikhwah yang lain pulang ke asrama utk meneruskan perjuangan menuntut ilmu duniawi..Namun, tika itu hatiku tersentak.Ana terfikir betapa beruntungnya ana jika hendak dibandingkan dengan sahabat yang lain..ramai juga sahabat ana yang semangat nak tegakkan Islam tapi mereka tidak merasakan usrah sebagai asas utama yg perlu di bina..Ana juga tidak dapat menahan kesedihan bila melihat satu laman web yg menghubungkan insan kepada insan yang lain..atau kata lainnya Facebook..

Dengan beraninya ana menjejaki sahabat2 ana di sekolah menengah ana.Tempat ana menuntut ilmu Allah..Terkejot!,Tak sangka!,Tak dapat nak terima knytaan bhwa sahabat2 ana dah bnyk berubah..Pada zahirnya di sekolah bertudung labuh.Kadang2 sejuk mata memandang kerana mereka telah menepati Surah An-nur ayat 31. Namun ia hanyalah bayangan semata2..sistem sekolah xdpt nak mengubah peribadi seseorang..kalau dapat pon,itu hanyalah segelintir shja..menitis air mata kerana mereka telah byk berubah!!. ana tidak sedih andai ianya perubahan ke arah mencari redha Allah tpi ape yg berlaku adlh sebaliknya...

Dimanakah ilmu yang telah mereka pelajari ttg Islam?!!!.ana ckup sedih.Nak je ana buat reunion then brainwash shbt2 ana tu..tpi apa kan daya.ana akn cube utk jadi agen perubah kepada masyarakat..Ya Allah. kuatkanlah hambaMu ini..Kuatkanlah imannya utk menghadapi segala ujian...

Ikhwah akhwat fillah...
berhubung usrah dgn mslh pelajar sekolah ana tu, ana nk smpulkan bhwa seseorg tidak dpt hidup dgn aman andai di pisahkan Islam dari kehidupan. Ana nak mengajak semua shbt2 agar merasakan usrah adalah tunjang kepada kjyaan Islam..Usrah adlh medan tarbiyyah yg plg berkesan..ana dpt merasakan perubhn yg besar berlaku pd diri ana..sejak bila???...sejak ana merasakan suasana USRAH yg sebenar...Murabbi ana pernah ckp, walaupon kite tgk dia selalu pergi prog mukhayyam,jaulah,rehlah or riadhah,tpi hakikatnya,xramai yg boleh istiqamah atas jalan usrah n tarbiyyah..Suasana prog umum sgt berbeza dgn suasana dlm usrah..bagi da'ie2 yg ingin menjadi hebat,perkasakan tarbiyyah melalui usrah..

Namun, ana mengharapkan redha Allah sentiasa bersama hambaNya yg beriman..Ana akan cuba pastikan USRAH akan terus berjalan di tempat ana belajar skrg ni..Allah dh brfirman,Kita adlh sebaik2 umat dlm klgn manusia,menyuruh prkra kbaikan dan mncgah perkara mungkar..tpi kita lgsg x hargai dan x amik endah akan bicara Allah itu..Betapa teruknya kite ni!!!!..Allah menyebut lagi dalam surah As-Soff ayat 3.."Amat besarlah kebencian Allah jika kamu brckp ape yg kamu tidak buat!!!"..Sama2 lah membuat perhitungan sblm ajal kite dijmput oleh Allah..

Al-Faqiru Ilallah,
dari diri ana yg dhaif lagi hina,
yg penuh dengan coretan dosa,
ampunilah aku ya Allah...