Haazihi Sabiili

Ahad, 26 Disember 2010

~Sayonara Jahiliyyah~

Salamullahi alaikum,

Masalah besar yang dihadapi oleh seorang daie adalah bagaimana untuk meninggalkan jahiliyyah. Mana mungkin seorang daie mampu bertahan di atas jalan dakwah ini berbekalkan jahiliyyah yang ada. Jika ada yang mengatakan sebaliknya, ternyata anda salah!! Kerana jahiliyyah akan merosakan amal dakwah anda.

Mungkin ramai daie di luar sana tertanya-tanya, bagaimana cara yang terbaik, di sini aku memberi sekadar pengalaman sahaja.

Satu-satunya cara terbaik meninggalkan jahiliyyah adalah anda menyibukkan diri dengan dakwah tarbiyyah, iradah qowiyah (keinginan yang kuat) sahaja tidak cukup untuk anda meninggalkan jahiliyyah. Lebih banyak anda bergerak dan berfikir untuk dakwah dan tarbiyyah, semakin banyak jahiliyyah yang akan anda tinggalkan.

Sebagai daie yang belajar, kita hanya perlu ada 2 bahagian masa, masa belajar dan masa dakwah, tiada masa untuk jahiliyyah..



masa untuk seorang da'ie yg belajar

Biasanya apa yang terjadi adalah daie-daie ini cuba mengisi jahiliyyah dalam ruang masa dakwah mereka, lalu tergadailah dakwah mereka. Atau pun mereka mengisi masa jahiliyyah mereka dalam ruang masa study mereka. Apabila gagal atau prestasi akademik merosot, mereka mula merasakan dakwah yang menjadi sebab utama, bukanlah jahiliyyah mereka, lalu mereka mula menarik diri perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit dari kelajuan dakwah, lalu tergadailah dakwah mereka sekali lagi. bukan hanya dakwah tergadai, prestasi akademik tidaklah meningkat juga, tetapi prestasi jahiliyyah meningkat dengan pesat sekali.

Lalu mereka merasa pelik dengan fenomena ini, sekali lagi mereka memperlahankan dakwah ini, memberi masa yang lebih untuk study kononnya. Ternyata mereka tertipu lagi! buat sekelian kalinya, dakwah mereka tergadai lagi. Kasihan sungguh dakwah bertuankan daie-daie seperti ini. Sudahlah yang kenal dakwah itu sedikit, dari yang sedikit ini, ramai pula yang tertipu dengan jahiliyyah. Alahai kesian!!

jika dahulu kita bicarakan kitaran bodoh manusia. kali ini aku berbicara kitaran bodoh seorang daie yang tertipu dengan jahiliyyah. ternyata jahiliyyah akan merosakkan dakwah dan study mereka.


masa seorang da'ie yg tertipu


apa yang ingin aku katakan adalah, jangan cuba menarik diri anda dari dakwah ini, kerana anda hanya menggantikan bahagian itu dengan jahiliyyah. jangan mudah tertipu!! senang saja syaitan mencantikkan mata kita.

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan” [6:112]















Jumaat, 24 Disember 2010

~Coretan dariku: DnT membina roh Islami~


Assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuh,

Dipanjatkan sepenuh kesyukuran kpd Allah, kesyukuran yg tidak terhingga!!!..tidak lupa juga selawat dan salam kepada qudwatuna Rasulullah S.A.W..Kerinduan kami kepada Rasulullah tidak terhingga..ingin saja hasrat di hati untuk bertemu denganmu duhai kekasih Allah...

Kadang2 saya terfikir, kenapa Allah memilih kita untuk berada bersama dengan kafilah dakwah ini?..jika nak di bandingkan dengan sejarah hidup saya yg dahulu kala, astaghfirullahhh...sukar utk di ceritakan..namun, itulah hakikat realiti seorang manusia yg sentiasa berkehendakkan kebaikan ke atas dirinya.


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Surah Ar-Ra'd (ayat 11)


Kita sangat-sangat perlu kepada identiti kita yg sebenar..identiti kita yg sebenar adalah identiti yg Allah telah tetapkan ke atas seluruh umat manusia sejak azali lagi iaitu membawa identiti KHALIFAH dan identiti HAMBA yg mengabdikan diri kepada Allah..itulah identiti yg xdapat kita nafikan kerana ia telah termaktub dalam Kitabullah..ramai yg mengaku bahawa Quran adalah sebuah kitab suci yg wajib kita imani, tapi hasilnya masih kurang yg membaca apatah lagi mengamalkannya..Al-Quran itu adalah mukjizat yg terbesar yg dapat melemahkan segala bentuk kekuasaan.


Dalam mencari identiti ini, sangat perlu kita kepada kafilah Islami..kafilah yg menjadikan dakwah dan tarbiyyah(DnT) sebagai tunjang menuju kejayaan Islam..kafilah yg akan mencorakkan suasana Islami..kafilah yg akan menghapuskan segala bentuk jahiliyyah yg muncul..


Ramai yg boleh mengatakan kepada sesiapa yg akan bertanya kepada mereka, "Kamu nak masuk syurga ke??..pasti mereka akan menjawab "nak!!!...syurga itu sangat manis..adakah semudah itu nak masuk syurga???..adakah syurga seperti hotel mewah??..putrajaya??..Hotel mewah, putrajaya itu hanyalah indah di mata dunia sahaja yg tidak kekal lama..sedangkan syurga lebih indah dari itu dan gambaran sebenarnya hanyalah pada pengetahuan Allah..


"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan Syurga itu, mereka berkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya (Al-baqarah: 25)


Jadi apakah yg telah kita lakukan utk mencapai syurga serta redha Allah itu??..xlain, xbukan dengan kerja DnT lah yg akan menunjukkan amal kita yg sebenar untuk Islam..benarlah kata ulama'- ulama' haraki dengan mengatakan bahawa jalan ini adalah suatu jalan yg penuh ranjau, mehnah dan tribulasi..para penggerak DnT perlu di ingatkan bahawa ranjau inilah, mehnah dan tribulasi inilah yg bisa merencatkan prestasi amal Islami kita..

Pernah juga saya merasa lemah dalam melakukan kerja DnT ini..namun, disebabkan keinginan saya bagi mencari erti hidup yg sebenar, ingin melaksana@menyambung risalah nubuwwah dan berada di dalam gerakan Islam ini, maka sahabat2 seikhwahku serta anak usrahku jualah yg memainkan peranan mereka sbg ikhwah dan anak usrah yg di satukan atas dasar keterikatan hati kpd Allah..mereka terus memberiku semangat..tengok sahaja wajah mereka, terus bersemangat..hebatnya aura mereka..moga thabat ikhwahku yg di sayangi juga anak usrah yg dicintai..


Bersyukur kpd Allah kerana telah menempatkan saya&kita atas jalan ini..banyak lagi kita perlu pelajari..jika nak dibandingkan usaha kita dgn Rasulullah, sangatlah sedikit..tidak wajar jika kita bangga atau puas hati dengan usaha kita selama ini kerana itu baru secubit garam..tanggungjawab DnT ini wajib keatas setiap individu selagi kita tidak melihat agama Islam dijadikan rujukan seluruh dunia@ Ustaziatul Alam..


Saya menyeru kepada semua sahabat2 da'ie ilallah agar teruskan momentum ini..rasailah keberadaan di dalam jamaah..kitalah yg akan membangkitkan umat dari lena tidur mereka dan menjadikan mereka umat- umat gemilang yg dicitakan oleh kita semua.. wallahua'lam...



Ayuh anak- anak muda, sama-sama mencorakkan hidup dan duniamu dengan roh-roh Islam yg hakiki!!!...Allahu Akbar!!!

~Al-faqiru ilallah (241210)~

(Khas untuk Ahli Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia, Sempena PATWA 2010)

Ukhti

Hari ini aku berdiri

Menggenggam bara api

Di hadapanmu ya ukhti

Disaksikan Ilahi Rabbi

Ukhti

Engkau dan aku sama berdiri

Menjunjung titah Ilahi

Memimpin umat ke jalan selamat

Jalan Islam yang penuh rahmat

Beribadat kepada Allah jadi matlamat

Mentaati perintah-Nya, menjauhi maksiat

Ukhti

Engkau dan aku sama berdiri

Menjulang kitab suci

Ayat-ayatnya difahami dan di hayati

Menegakkan Syari’ah di dalam diri

Kelak kan berdaulat di persada bumi

Ukhti

Engkau dan aku sama berdiri

Mendakap Sunnah Nabi

Mengangkat wanita setaraf lelaki

Nyawa, harta dan maruah dilindungi

Keluarga diperkasa, masyarakat disantuni

Ukhti

Hari ini kita sama berdiri

Mengikat satu janji

Memantapkan saf

Memimpin ummah

Mendaulatkan Syari’ah

Allahu Akbar!!!


Sumber: http://zaadut-taqwa.blogspot.com/

~Seorang syeikh dalam usaha menegakkan kebenaran~

Seorang lelaki menceritakan kepadaku…

Di daerah saya terdapat sebuah masjid kecil. Imamnya seorang yang telah tua. Dia menghabiskan usianya dengan solat dan mengajar. Dia begitu mengambil berat terhadap makmum yang bersolat di masjid itu. Baginya semua makmum itu adalah anak-anaknya. Dari sehari ke sehari dia mendapati bilangan yang datang berjamaah semakin berkurangan.

Pada suatu hari usai solat berjamaah, dia menoleh ke arah ahli jamaah dan bertanya:

- Apa yang telah terjadi ke atas kebanyakan penduduk daerah ini, khususnya orang-orang muda? Mengapa mereka tidak mendekati masjid dan tidak mengenaliku sebagai imam di sini?

Para jamaah menjawab:

- Orang-orang muda berada di pusat hiburan dan pusat tari menari (al-malahi wa al-maraqis)

Imam bertanya dengan penuh kehairanan:

- Al-maraqis? Apa itu al-maraqis?

Salah seorang ahli jamaah menjawab:

- Al-maraqis tu, ialah satu dewan besar, terdapat lantai kayu yang tinggi (pentas). Remaja-remaja perempuan akan naik ke atas pentas itu dan menari. Pengunjung-pengunjung yang duduk di bawah akan menyaksikannya.

- أعوذ بالله! Orang-orang yang menyaksikan itu adalah muslim?

- Ya!

- لا حول ولا قوة إلا بالله ! kita wajib menasihati mereka!

- Wahai Syaikh, tuan hendak menasihati dan memberi peringatan kepada mereka yang berada di pusat tari menari tu?

- Ya!

Lantas imampun bangkit dari duduknya. Dia terus keluar dari masjid sambil mengajak semua jamaah mengikutinya. Mereka cuba menghalang niatnya dengan mengatakan bahawa orang-orang di al-maraqis itu akan mengejek, mempersenda atau mungkin akan menyakitinya (dengan memukul atau sebagainya). Dia menjawab dengan tegas:

- Adakah kita ini lebih baik daripada Rasulullah s.a.w.?

Dia memegang tangan para jamaah sambil berkata:

- Ayuh, tunjukkan aku di mana al-maraqis itu?

Dia melangkah dengan pantas, tegas dan penuh yakin diikuti para jamaah sehinggalah mereka sampai di al-maraqis. Dari jauh tuan punya al-maraqis melihat mereka berjalan beramai-ramai. Pada sangkaannya mereka itu hendak ke majlis ilmu atau menghadiri program ceramah agama. Rupa-rupanya rombongan itu datang ke al-maraqisnya. Dia terpinga-pinga kehairan, lalu bertanya:

- Tuan-tuan hendak apa?

Imam menjawab:

- Kami hendak memberi nasihat kepada mereka yang berada di tempat ini.

Tuan punya al-maraqis semakin hairan. Dipandangnya mereka semua tanpa berkelip. Dia menolak hasrat Imam dengan baik. Imam memujuknya dan mengingatkannya dengan pahala yang besar sekiranya dia membenarkan Imam masuk dan memberi nasihat kepada mereka yang berada di dalam al-maraqisnya. Dia tetap menolak.

Kemudian Imam membuat tawaran dengan memberi ganjaran, iaitu membayarnya sebanyak pendapatan hariannya. Tuan punya al-maraqis akhirnya bersetuju dan meminta supaya Imam serta ahli rombongannya datang keesokan hari waktu al-maraqisnya mula beroperasi.

Keesokan harinya…

Di atas pentas sedang riuh rendah dengan tarian dan hilai tawa para pengungjung yang dihasut nafsu syaitan durjana, tiba-tiba tirai dilabuhkan. Pengunjung-pengunjung yang ada di bawah kebingungan dan tetanya-tanya sama sendiri.

Sebentar kemudian, tirai diangkat. Tiada penari, sebaliknya seorang tua sedang duduk di atas kerusi dengan tenang.

Pada mulanya pengunjung menyangka itu adalah suatu gimik atau sesi lawak jenaka…

Imam memulakan bicara dengan tenang. Dia membaca basmalah, memuji Allah dan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. kemudian terus menasihati mereka semua.

Mereka berpandangan antara satu sama lain. Ada yang ketawa, yang mengutuk, yang mengejek dan sebagainya. Imam terus menyampaikan nasihatnya tanpa mempedulikan reaksi mereka. Akhirnya seorang pengunjung bangun dan meminta hadirin agar diam dan beri tumpuan kepada apa yang disampaikan orang tua itu.

Imam meneruskan bicaranya dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran, Hadis-hadis Nabi s.a.w. serta kisah-kisah orang yang bertaubat daripada melakukan maksiat. Antara lain dia berkata:

- Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kamu telah hidup lama dan kamu telah banyak buat maksiat. Ke mana perginya kelazatan maksiat itu? Kelazatan itu telah berlalu pergi. Yang tinggal adalah lembaran-lembaran hitam. Kemudian kamu akan disoal tentangnya pada Hari Qiamat kelak. Akan tiba satu hari di mana semuanya akan binasa kecuali Allah Yang Maha Esa lagi Perkasa. Wahai manusia, adakah kamu perhatikan amalan kamu? Ke manakah amalan itu akan membawa kamu? Sesungguhnya kamu tidak mampu menanggung kepanasan api di dunia yang merupakan satu bahagian daripada 70 puluh bahagian (1/70) api Jahnnam. Maka segeralah bertaubat sebelum terlambat.

Perkataan-perkataannya mula menusuk hati. Kalimah yang lahir dari hati akan sampai ke hati. Semua hadirin menangis tersedu-sedu. Lalu Imam berdoa supaya Allah ampuni dan rahmati mereka. Doanya yang tulus ikhlas diaminkan oleh mereka semua.

Imam bangun dari kerusinya dengan hati yang cukup puas telah dapat melaksanakan tugasnya. Semua hadirin berdiri dan mengikutinya. Alhamdulillah semuanya bertaubat dengan usahanya termasuk tuan punya al-maraqis turut menyesal dengan usahanya selama ini.

Pengajaran: di mana ada kemahuan di situ ada jalan insya Allah. Ikhlaskan niat, dakwah kita perhebat! 

(Diceritakan oleh Syaikh Dr. Muhammad bin Abdul Rahman al-‘Arifi, Saudi)

Sabtu, 18 Disember 2010

~NASIHAT IMAM SYAFIE: PANDUAN BERSAHABAT~



1.Sahabat Yang Baik

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya�. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3.Pasang-Surut Persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat

Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.

Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

5.Sukarnya Sahabat Sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah

Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

7.Rosaknya Keperibadian Seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

8.Menghormati Orang Lain

Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.

Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9.Menghadapi Musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.

Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.

Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

10.Tipu Daya Manusia

Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

11.Tempat Menggantungkan Harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12.Menjaga Nama Baik

Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.

Selamat tinggal dunia jika tasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

Sumber: SUARA MASJID AL-AZIM

~Apa yang diperjuangkan~

Alhamdulillah, diwaktu ini ramai kita melihat orang-orang perseorangan, jemaah, parti dan kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan Islam dalam berbagai bentuk.

Ada yang memperjuangkan Islam di bidang politik. Mereka mahu parti mereka memegang tampuk pimpinan negara. Mereka mahu hukum hudud dilaksanakan. Ada yang memperjuangkan Islam di bidang ekonomi. Mereka mahu tegakkan sistem perbankan Islam, sistem takaful Islam, sistem pinjaman wang dan pembelian secara Islam dan sebagainya. Ada yang memperjuangkan Islam di bidang ibadah. Mereka mahukan semua orang datang ke masjid dan surau untuk beribadah dan untuk menegakkan sunnah terutama di bidang ibadah. Mereka mahu orang berusaha untuk mengejar pahala dan fadilat. Ada yang memperjuangkan Islam di bidang ilmu. Buka sekolah, madrasah, kolej dan universiti Islam supaya ilmu Islam dapat dikembangkan dan berbagai-bagai lagi.

p/s: Justeru, cuba ambil waktu seketika.. Jinakkan nafsu yg liar dalam diri.. Bertenang seketika..

Tanya pada diri, apakah Matlamat Perjuangan kita? Adakah semata-mata politik, ekonomi, hudud, ibadah dan ilmu?? Itu baru soal lahir...

Semua ini tertumpu kepada hal-hal syariat. Semuanya tertumpu kepada soal lahir. Hudud, ekonomi, ibadah dan ilmu itu semuanya adalah soal lahir dan soal syariat belaka.

Agama yang dibawa Rasulullah terdiri daripada 3 pokok: Iman, Islam dan Ihsan...

Iman itu adalah aqidah..

Islam itu adalah syariat..

Ihsan itu adalah tasawuf..

Memperkenalkan Tuhan

Perjuangan agama mesti dimulakan dengan iman atau aqidah. Iman dan aqidah adalah soal ketuhanan. Oleh itu, perkara pertama di dalam memperjuangkan agama ialah memperkenalkan Tuhan kepada manusia, supaya manusia kenal Tuhan. Supaya manusia cinta dan takut dengan Tuhan. Apabila manusia sudah cinta dan takut dengan Tuhan, syariat mudah ditegakkan. Tidak perlu diperjuangkan sangat. Sudah tentu orang yang cinta pada Tuhan akan suka melaksanakan apa sahaja yang Tuhan suruh. Sudah tentu juga, orang yang takut pada Tuhan tidak akan mahu melanggar perintah dan larangan Tuhan.

Matlamat agama bukan syariat. Matlamat agama ialah Tuhan.

Tidak boleh kita memperjuangkan agama tanpa kita perjuangkan Tuhan dan mempromosikan Tuhan kepada manusia. Tidak boleh kita perjuangkan syariat tanpa kita perjuangkan Tuhan terlebih dahulu. Nanti akan terjadi dalam perjuangan kita itu tidak ada Tuhan. Dalam pemerintahan kita, tidak ada Tuhan. Dalam hukum hudud kita, tidak ada Tuhan. Dalam ibadah kita, tidak ada Tuhan dan dalam ilmu kita juga tidak ada Tuhan. Takut-takut nanti kita membesarkan syariat tetapi tidak membesarkan Tuhan.

Orang yang hendak Islam dan orang yang hendak Tuhan tidak sama. Orang yang memperjuangkan Tuhan akan dapat Islam kerana Islam itu Tuhan punya. Akan tetapi, orang yang memperjuangkan Islam belum tentu akan dapat Tuhan.

Perjuangan yang tidak ada Tuhan di dalamnya ialah perjuangan ideologi, bukan perjuangan agama. Dalam perjuangan ideologi memang tidak ada Tuhan. Oleh itu, kalau dalam perjuangan kita tidak ada Tuhan, maka samalah perjuangan kita itu dengan perjuangan komunis dan sosialis. Dalam perjuangan agama, mesti ada Tuhan. Malahan dalam perjuangan agama, soal Tuhan adalah soal pokok. Soal syariat, sama ada syariat lahir atau syariat batin (tasawuf), ia jatuh nombor dua.

Jangan kita gunakan hujah bahawa: Umat Islam sudah kenal Tuhan. Itu sebab mereka Islam. Oleh itu tidak perlu lagi kita bawa mereka kepada Tuhan. Umat Islam hanya perlu memperjuangkan dan menegakkan syariat sahaja.

Hujah itu tidak masuk akal dan sangat jauh dari realiti. Siapa kata umat Islam sudah kenal Tuhan? Siapa kata umat Islam itu Islam kerana mereka kenal Tuhan? Orang yang benar-benar kenal Tuhan tidak akan berperangai dan berwatak seperti kebanyakan umat Islam yang ada pada hari ini. Cuba kita tanya, berapa peratus umat Islam yang bersembahyang. Sedangkan meninggalkan sembahyang dengan sengaja itu kufur hukumnya. Dan orang yang meruntuhkan sembahyang itu sebenarnya meruntuhkan agama. Sedarlah kita bahawa lebih dari 75% umat Islam tidak sembahyang lima waktu secara tetap dan istiqomah? Sedarkah kita bahawa 75% umat Islam kerjanya hari-hari ialah meruntuhkan Islam kerana mereka meruntuhkan sembahyang? Inikah orangnya yang kenal Tuhan? Inikah orangnya yang hendak kita harapkan untuk menegakkan syariat?

Percaya Tuhan itu lain. Kenal Tuhan itu lain. Memang umumnya umat Islam percaya Tuhan. Tetapi berapa keratkah umat Islam yang kenal Tuhan. Setakat percaya Tuhan, orang Nasrani pun percaya Tuhan. Orang Yahudi pun percaya Tuhan. Malahan orang Hindu pun percaya Tuhan. Setakat percaya Tuhan sahaja tidak cukup untuk membina aqidah dan pegangan. Tanpa aqidah dan pegangan, jangan kata hendak menegakkan seluruh syariat, hendak mengamalkan fardhu ain atas diri sendiri pun susah. Hendak mengelak dari melakukan dosa dan maksiat lebih-lebih lagi susah.

Orang yang kenal Tuhan ialah orang yang arifbillah. Dia bukan setakat tahu sifat-sifat Tuhan tetapi dia merasa bertuhan. Sifat-sifat Tuhan itu tertanam dan mencengkam hati sanubari dan perasaannya. Di mana sahaja dia pergi dan apa juga yang dia buat, dia sentiasa merasa Tuhan melihatnya, mendengarnya dan mengetahui segala apa yang terdetik di hatinya. Dia rasa hebat, gerun, malu, berdosa dan lemah di sisi Tuhan.

Orang seperti ini sahaja yang mampu menegakkan syariat. Orang seperti ini sahaja yang ada kekuatan untuk menegakkan syariat. Orang seperti ini sahaja yang akan diberi hidayah dan taufik dan yang akan dibantu oleh Tuhan.

Orang yang hanya setakat percaya dan tahu sifat-sifat Tuhan, mereka ini orang-orang yang lemah aqidah. Mereka dicorak oleh suasana. Mereka tidak mampu mencorak atau mengubah suasana. Kalau suasana rosak, mereka ikut rosak. Mana mungkin orang macam ini dapat menegakkan syariat. Kerja menegakkan syariat ini kerja berat walaupun syariat yang hendak ditegakkan itu syariat yang ringan sahaja. Jangan cakap pasal hudud. Itu berat sangat. Hendak tutup aurat dan pakai tudung pun mereka tidak mampu. Hendak berhenti menghisap rokok pun payah.

Rata-rata umat Islam adalah Islam tradisi. Mereka Islam kerana mak ayah dan datuk nenek mereka Islam. Mereka jadi Islam secara tidak sengaja, sedar-sedar sahaja sudah Islam. Islam mereka bukan di atas kesedaran atau pilihan hati. Mereka tidak kenal Tuhan. Tidak hairanlah mereka tidak kenal syariat. Halal haram pun mereka tidak tahu.

Jelaslah bahawa untuk memperjuangkan agama, Tuhan mesti diperjuangkan dahulu. Tuhanlah matlamat kita dan Tuhan lah yang akan memimpin dan menolong kita. Syariat bukan matlamat. Syariat hanya cara, jalan dan kaedah. Apa gunanya kita memperjuangkan cara dan kaedah kalau ia tidak membawa kita kepada Tuhan. Bukankah tujuan kita beragama untuk mendapat Tuhan?

Disamping itu, perjuangan agama bukan sahaja untuk umat yang sudah Islam. Ia juga untuk manusia yang belum Islam. Oleh itu, kalau syariat sahajalah yang kita perjuangkan, bagaimanakah orang bukan Islam dan orang-orang kafir akan tertarik dengan Islam? Fitrah manusia tidak tertarik dengan syariat. Malah sesetengah syariat itu dipandang payah, susah dan menakutkan. Fitrah manusia inginkan Tuhan. Setelah betul hubungan manusia dengan Tuhan dan setelah manusia benar-benar kenal, cinta, takut dan beriman dengan Tuhan, barulah mereka akan mampu menerima syariat walaupun payah dan susah. Bukan senang hendak sembahyang, bukan senang hendak bayar zakat, bukan senang hendak menerima hukum hudud dan sebagainya. Hatta berkhatan pun ramai orang bukan Islam takut.

Kalau memperjuangkan syariat salah dan memperjuangkan Islam pun salah, jadi apakah sebenarnya yang patut kita perjuangkan? Tuhan mahu kita perjuangkan kebenaran. Rasulullah juga mengajar kita memperjuangkan kebenaran. Yang perlu kita tegakkan bukan setakat syariat, bukan setakat Islam tetapi kebenaran.

Apakah maksud memperjuangkan kebenaran? Memperjuangkan kebenaran bermula dengan memperjuangkan Tuhan. Mengajak manusia kepada Tuhan. Mengajak manusia merasa kebesaran dan keagungan Tuhan. Mengajak manusia kepada rasa bertuhan dan rasa kehambaan. Mengingatkan manusia bahawa Tuhan itu adalah segala-galanya. Kita perlu wujudkan dan betulkan hubungan kita dengan Tuhan. Di antara lain kita perlu kenal, beriman, yakin, tawakal, bergantung harap, berserah diri, taat, patuh, baik sangka, cinta dan takut dengan Tuhan.

Termasuk juga memperjuangkan kebenaran ialah memperjuangkan segala perintah Tuhan baik yang berbentuk suruhan ataupun larangan, hukum hakam, peraturan dan segala sistem yang Tuhan telah tetapkan di dalam semua aspek kehidupan. Ini termasuklah dalam ibadah, pentadbiran, perundangan, pendidikan, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya.

Ketiga ialah memupuk perpaduan, kasih sayang, rasa bersama dan bekerjasama, keharmonian, saling bertolong bantu dan bela-membela sesama manusia. Juga kita perlu perjuangkan akhlak dan budi pekerti manusia.

Inilah kebenaran dan inilah yang mesti diperjuangkan. Bila disebut kebenaran, ada Iman didalamnya, ada Islam di dalamnya, ada Ihsan di dalamnya. Dalam erti kata yang lain, ada aqidah didalamnya, ada syariat didalamnya dan ada tasawuf di dalamnya. Maka lengkap dan syumullah perjuangan itu. Kalau agama diperjuangkan secara serpihan dan tidak mengikut cara dan kaedah perjuangan Rasulullah, sudah pasti ia akan gagal. Yang lebih bahaya lagi, ia akan melahirkan lebih banyak kerosakan dari kebaikan. Orang yang memperjuangkan syariat tanpa Tuhan, kalau dia berwatak pasif, dia akan jadi beku dan jumud. Kalau dia berwatak agresif, dia akan jadi kasar dan militan. Walau apa pun, kedua-duanya tidak betul dan menyalahi kehendak Tuhan.

Agama Islam itu agama kebenaran. Memperjuangkan agama Islam itu adalah memperjuangkan kebenaran. Kebenaran adalah dari Tuhan. Oleh itu dalam hendak menegakkan agama Islam, Tuhan tidak boleh diketepikan. Tidak akan ada kebenaran kalau tidak ada Tuhan.

~ CP~

Khamis, 16 Disember 2010

~Aktivis Dakwah dan Ibadah~



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang. [5: 56]

Alhamdulillah, sehingga hari ini Allah masih sayangkan hambanya, masih memberi peluang kpd hambanya utk menikmati segala nikmat Allah yg tidak ternilai dan yg paling utama masih di berikan kekuatan pada kite utk terus melaksanakan tgjwb dakwah dan tarbiyyah ni..

Para aktivis dakwah itu pasti tidak terlepas dari ciri rabbaniyah dalam perjalanan dakwahnya. Aktivis dakwah yg sebenarnya adalah org yang paling banyak ibadahnya kepada Allah.

Jika ibadah ini di pandang rendah oleh seorang aktivis itu pasti akan menghancurkan peribadi aktivis itu sndiri kerana telah hilangnya teladan dalam dakwahnya. Bagaimana ia akan menyeru manusia sedangkan dia lupa trhadap dirinya dan tidak dapat memenuhi kewajipan sbg seorang da'ie. Sedangkan, ibadah itu akan meningkatkan keimanan dalam hati manusia.


Hendaknya kita menyibukkan diri dengan amal solah dan bersungguh2 dalam menunaikannya. Kita tidak akan merasa kebahagiaan itu kecuali org yg telah merasakannya. Maka, orang yg telah bergabung dalam gerakan dakwah, yg berdiri di atas landasan Islam dan bertujuan menggapai redha Allah, tidak selayaknya menunaikan tugas2 dakwah hanya kerana syiar atau kewajipan yg harus di laksanakn tapi sebenarnya, lebih dari itu. Mereka harus mampu mendapatkan kelazatan dan ketenangan dalam hati ketika menunaikannya serta merasakan nikmat dalam munajat kpd Allah.


As-syahid Hasan Al-Banna mengatakan, "Saya telah byk membaca, melakukan percubaan, hidup bersama manusia, dan ikut menyaksikn pelbagai peristiwa. Ternyata, ketika keluar dari perjalann yg singkat namun tahapannya cukup panjang itu, saya berhasil mendapatkan aqidah yg kukuh, yg tidak mungkin boleh di goyahkan oleh apa pun. Dia adalah kebahagiaan yg didambakan oleh banyak orang. Kebahagiaan itu hanya dapat di rasakan dan memancar dari jiwa dan hati mereka, bukan dari yg lain".

Jadi, HATI yg hidup yg selalu berhubung dgn Allah adalah sumber kebahagiaan. Kebahagiaan hakiki itu susah utk di cari dan memerlukan pengorbanan yg hakiki di atas jalan Ilahi. Moga dengan kekuatan inilah seruan DnT dapat disebarkan ke gegendang telinga umat Islam.(",)

~Al-faqiru ilallah~

Jumaat, 10 Disember 2010

~Manusia Berbicara Tentang Kita~



Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Amal-amal kita tidak hanya dicatat oleh para malaikat kerana cerita-cerita dan kesan-kesan yang kita tinggalkan di dunia setelah kita mati adalah seperti cermin nilai dari perilaku kita selama kita hidup di dunia.

  1. Alangkah indahnya, sebuah kematian yang mampu meninggalkan cerita-cerita baik pada keluarga kita.
  2. Alangkah bahagianya, sebuah kematian yang meninggalkan jejak hidup yang menjadi pelajaran kebaikan bagi mereka yang masih menjalani kehidupan.
  3. Alangkah gembiranya, bila kematian kita memberikan kesan dari amal-amal soleh yang bermanfaat untuk orang lain.

Di akhirat kelak, tidak ada sesuatu yang paling disesali oleh penghuni syurga kecuali penyesalan mereka terhadap waktu yang hilang di dunia tanpa diisi dengan amal soleh.

Oleh kerana itu, ketika ada seorang yang soleh ditanya :

"Kenapa engkau meletihkan jiwamu dalam beribadah?"

Ia menjawab :

"Aku ingin mengistirehatkan jiwaku."

Istirehat yang dimaksudkan adalah :

  1. Istirehat di dunia dengan jiwa yang tenang setelah beribadah.
  2. Istirehat di akhirat dengan memasuki kehidupan yang begitu mententeramkan dan menggembirakan.

Umur hidup ini, menurut Ibnul Jauzi rahimahullah tidak ada bezanya dengan tempat jual beli berbagai macam barangan.

  1. Ada barang yang bagus.
  2. Ada juga yang buruk.

Orang yang berakal pasti akan membeli barang yang bermutu meskipun harganya mahal kerana barang itu lebih mempunyai nilai dari barang yang buruk meskipun harganya murah.

"Orang yang tahu akan kemuliaan alam semesta mesti meraih sesuatu yang paling mulia yang ada di alam semesta ini dan sesuatu yang paling mahal nilainya di dunia ini adalah, mengenal Allah swt."

Demikian kata-kata lbnul Jauzi.

Seseorang yang mengenal Allah swt bererti ia mengetahui ke-Maha Besaran-Nya. Dalam masa yang sama ia juga mengetahui :

  1. Kekerdilan dirinya.
  2. Kelemahan dirinya.
  3. Kebergantungan dirinya.

dengan Yang Maha Berkuasa.

Pengenalan yang seperti inilah yang boleh memunculkan kekuatan dan keteguhan dalam mengharungi gelombang kehidupan.

Tidak takut, tidak lemah dan tidak bergantung kepada sesiapapun kecuali Allah dan selama mana ia berada di jalan Allah, ia tidak akan senang, gembira dan sukacita kecuali bersama Allah swt.

Lihatlah perkataan Masruq, seorang mufassir yang juga sahabat Said bin Jubair yang pernah berkata :

"Tidak ada lagi yang lebih menyenangkan diriku dari meletakkan wajahku di tanah (sujud). Aku tidak pernah bersedih kerana sesuatu melebihi kesedihanku kerana tidak dapat bersujud kepada Allah." (kitab Siyar A’lam An Nubala’ karangan Az Zahabi).

  1. Sujud adalah saat-saat seorang hamba yang paling dekat dengan Tuhannya.
  2. Sujud merupakan tanda ketundukan dan kerendahan seorang hamba di hadapan Tuhannya.
  3. Sujud juga menandakan kepasrahan, ketaatan, kerinduan dan kecintaan seorang hamba pada Tuhannya.

Keadaan-keadaan seperti itulah yang sangat didambakan oleh Masruq hingga tidak ada lagi kesedihan baginya kecuali jika ia tidak mampu melakukan sujud di hadapan Allah swt.

Itulah gambaran keyakinan yang tertanam kuat dalam jiwa orang-orang soleh, para pejuang dakwah Islam.

Ketundukan, kedekatan dan keyakinannya kepada Allah menjadikan tekad mereka seperti besi waja dan keberanian yang tidak pernah kenal takut.

  1. Basahnya lidah mereka oleh zikir.
  2. Larutnya hati mereka dalam kecintaan kepada Allah.
  3. Tunduknya jiwa mereka pada keagungan Allah.

Semua itu memunculkan suatu keperibadian yang kuat dan teguh.

Setiap orang, dinilai tinggi rendahnya berdasarkan kekuatan, kualiti serta sifat istiqamahnya dalam beribadah kepada Allah swt.

Ianya bukan dinilai :

  1. Dari kekayaan material / harta yang dimilikinya.
  2. Oleh ibubapanya.
  3. Dari rupa paras, ketampanan dan keindahan fizikalnya.

Ini adalah kerana, semua itu hanya fatamorgana yang hanya dapat dinikmati se saat.

Peribadi yang kuat dan teguh sentiasa muncul dari habitat kehidupan yang penuh dengan tentangan dan halangan,

bukan

dari suasana kehidupan yang serba mudah, memanjakan dan melemahkan jiwa.

Mari kita lihat bagaimana penjelasan salah seorang anak dari Syaikh Ahmad Yasin rahimahullah, tokoh pejuang Palestin abad ini yang beberapa tahun lepas telah gugur oleh pesawat Israel.

"Ayah tidak mencintai dunia. Ia lebih mencintai rumah akhirat. Ramai orang yang menyarankan agar ayah mendiami rumah sebagaimana selayaknya seorang pemimpin.

Pemerintah Palestin juga pernah menawarkan sebuah rumah yang besar di perkampungan Gaza namun ayah menolak tawaran itu.

Ayahku lebih menginginkan akhirat sehingga ia tidak begitu memperhatikan perabot duniawi.

Ruangan rumahnya amat kecil yang hanya menempatkan tiga ruangan kecil. Tanpa siramik di lantai dan ruang dapur yang sudah rosak.

Bila musim sejuk tiba, keadaan rumah menjadi sangat sejuk. Sebaliknya bila musim panas datang, ruangan rumah terasa panas sekali.

Ayah tidak pernah berfikir untuk memperbaiki rumahnya. Sekali lagi, ia benar-benar sibuk mempersiapkan rumahnya di akhirat."

Itulah rahsia keteguhan Syaikh Ahmad Yasin.

RUMAH AKHIRAT.

Pernahkah terlintas di dalam hati kita tentang rumah itu?

Pernahkah kita merancang dan bermimpi untuk memiliki rumah yang indah di akhirat dan bukan di dunia?

Bagaimana kita membayangkan kesan akhir yang kita tinggalkan pada keluarga kita setelah kita berpisah dengan mereka di dunia?

  1. Apakah menjadi kebanggaan mereka apa yang kita tinggalkan atau sebaliknya?
  2. Apakah mereka juga akan berkata, kita lebih mencintai dan menginginkan rumah akhirat?

Syaikh Ahmad Yasin memberikan pelajaran besar bagi kita tentang keyakinannya kepada keputusan Allah swt.

Bahwa apa yang diputuskan oleh Allah tetap akan berlaku, walauapapun usaha yang kita lakukan.

Syaikh Ahmad Yasin juga memberi pendidikan secara langsung kepada sesiapapun, tentang batas apa yang mesti diberikan oleh seseorang yang menginginkan mati di jalan Allah swt.

Sekitar lima minit sebelum pesawat Israel ditembakkan ke arahnya yang sedang duduk di kerusi roda itu, seorang anaknya, Abdul Ghani sempat mengingatkannya untuk berhati-hati dengan mengatakan :

"Ayah, ada pesawat pembunuh di atas."

Apa jawaban Syaikh Ahmad Yasin ketika itu?

Dengan tenang ia menjawab :

"Ya, aku di sini juga sedang menanti pesawat pembunuh itu."

Sesungguhnya, tidak ada keraguan dan ketakutan sedikit pun di dalam hatinya.

Kita di sini, sedang :

  1. Menanti detik demi detik kematian yang pasti menjemput.
  2. Menunggu saat kita menarik nafas terakhir dan menghembuskannya lagi untuk yang terakhir.
  3. Melambai udara dingin yang merayap dari hujung jemari kaki hingga ke bahagian kepala.
  4. Menantikan saat mata tertutup dan tidak mampu terbuka lagi. Ketika badan terbujur dan tidak dapat bergerak lagi. Ketika kita masuk dalam keranda dan diangkat oleh anggota keluarga dan teman-teman kita.

Setelah itu semua,

Biarlah manusia berbicara tentang diri kita.

Ya Allah, kurniakanlah kesedaran yang hakiki ke dalam hati kami tentang rumah akhirat yang sepatutnya kami usahakan untuk mendapatkannya di dunia ini dan juga terhadap penantian yang pasti berlaku iaitu kematian yang akan menyentuh setiap yang bernyawa sehingga akhirnya habislah catatan kehidupan kami di dunia yang kemudiannya akan dinilai oleh manusia yang masih mendiami dunia ini.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Sanadi Wan Ali

Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Shah Alam

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

Sumber: http://www.facebook.com/notes/pertubuhan-ikram-malaysia/manusia-berbicara-tentang-kita/168866493153674

~KEWAJIBAN KITA BERAMAL, NATIJAH DARI ALLAH~


Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasulullah , keluarga dan para sahabat baginda, serta siapa yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari Akhirat.

Tidak syak lagi bahawa dakwah kepada Allah dalam setiap aspeknya berdiri atas beberapa perkara asasi yang diceduk dari kitab Allah dan sunnah RasulNya (s.a.w). Allah mentaklifkan kita dengan dakwah kepadaNya. Allah mentaklifkan tanggungjawab penting ini lalu Dia menegaskan bahawa Dia tidak akan membebankan seseorang itu melainkan apa yang mampu ditanggungnya. Jika begitu, dakwah kepada Allah adalah wajib dalam setiap jenis dan wasailnya yang pelbagai. Firman Allah bermaksud:

“Serulah ke jalan tuhan kamu dengan penuh hikmah, nasihat yang baik dan berdailoglah kamu dengan cara yang terbaik”. (An-Nahl: 125).

Kewajiban dakwah ini wajib dilaksanakan mengikut keupayaan setiap individu samaada lelaki ataupun perempuan, di mana setiap individu wajib melakukan dan tidak dikecualikan walaupun sesorang itu mempunyai keuzuran. Firman Allah yang maksudnya: “Tiada menjadi kesalahan kepada orang-orang yang lemah, orang yang sakit dan orang yang tiada apa yang boleh mereka sedekahkan (untuk tidak pergi berjihad di jalan Allah) sekiranya mereka melakukan nasihat kepada Allah dan RasulNya, dan orang Islam tiada mempunyai alasan dari jalan Allah ini, dan Allah Maha Mengampuni dan Penyayang.

Ini kerana taklif ini merupakan kesinambungan dari tanggungjawab kita memikul amanah Islam itu sendiri, sejak kita menyerah diri kepada Allah tuhan sekalian alam. Firman Allah yang bermaksud: Katakan (Wahai muhamad) inilah jalanku yang aku dan siapa yang mengikutku seru kepada Allah di atas cahaya yang terang , Maha suci Allah dan tidaklah aku tergolong dari kalangan orang yang syirik (Yusuf:108).

Malah golongan jin telah memahami hakikat taklif ini apabila mereka dibacakan al-Quran oleh Rasulullah s.a.w.. Mereka terus melaksanakan taklif ini serta merta selepas itu. Firman Allah yang bermaksud: Apabila mereka hadir (ke tempat Rasulullah membaca al-Quran ini) mereka berkata (sesama mereka) : Diamlah. Apabila baginda selesai, mereka pulang memberi amaran kepada kaum mereka (berdakwah). (Al-Ahqaaf:29)

Kekasih Agung ini telah melaksanakan taklif ilahi dalam setiap keadaan dan suasana, mengambil peluang dari setiap peluang yang ada, hatta ketika baginda dan kaum muslimin berada di Mekah dalam keadaan dizalimi dan tertekan. Baginda bersabda yang bermaksud: Siapakah diantara kamu yang sanggup melindungi aku sehinggakan aku dapat menyampaikan dakwah tuhanku? Selepas itu baginda masuk ke Mekah di bawah perlindungan Mut’eim bin Adi, seorang musyrik.

Baginda mengambil peluang dari salah satu adat masyarakat jahiliah yang positif, yang menyatakan bahawa perlindungan seperti ini perlu dihormati. Malah baginda juga pernah bersekutu dengan pembesar-pembesar masyarakat walaupun ada perbezaan, demi matlamat yang baginda, iaitu untuk menghindar kezaliman dari setiap orang yang dizalimi. Dengan itu baginda masuk dalam satu Hilf (mamorandum) di mana setiap pihak akan komitmen dengan nilai-nilai mulia ini dalam Hilful Fudhul di rumah Uthman bin Jad’aan.

Baginda juga mengambil faedah dari perhimpunan seluruh qabilah arab di sekitar Baitullah yang mulia. Begitu juga perhimpunan di pasar-pasar samada pasar barangan ataupun pasar sastera dan syair. Perkara ini telah dilakukan oleh nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Nuh yang disebut contohnya dalam al-Quran. Baginda menggunakan setiap wasilah dakwah dalam setiap suasana walaupun berhadapan dengan segala tekanan yang ada. Firman Allah:

Wahai tuhan, aku terlah menyeru kaumku siang dan malam (5) kemudian aku menyeru meraka secara terang-terangan (8), kemudian aku menjelaskan dakwahku lalu selepas itu aku berdakwah secara rahsia pula (9: Nuh)

Generasi muslimin terdahulu telah melaksanakan amanah risalah ini dan menyampaikannya kepada generasi demi generasi, sebagaimana yang diberitahu oleh Rasulullah: Ilmu ini akan dipikul oleh setiap generasi khalaf kepada kelompok yang selepasnya, dengannya dapat menafikan penyelewengan orang yang melampau, kesesatan orang kafir dan pentakwilan orang yang jahil. Baginda juga memberikan berita gembira bahawa contoh ikutan ini akan sentiasa memikul amanah dan risalah ini sehingga hari qiamat, walau apapun kesusahan , tekanan dan juga halangan dari syaitan jin dan manusia. Sabda baginda yang bermaksud: Sentiasalah ada kelompok dari umatku ini orang yang menzahirkan kebenaran , tidak merasa mudarat dengan orang yang menentang mereka danmengecewakan mereka sehinggalah datang keputusan Allah dalam keadaan mereka sedemikian.

Terdapat dua kalimah yang disebut oleh hadis Rasulullah yang mulia ini. Kedua-duanya bukannya sinonim bahkan setiap satu daripadanya memberikan maksud berbeza yang kita perlukan dalam jalan dakwah ini, dapat menyimpulkan masalah yang amat penting dihadapi oleh amal jamaie ini.

Kalimah pertama (khalafahum = bermaksud : orang yang menentang mereka) iaitu orang yang sedari awal tidak bersama mereka, melakukan penentangan terhadap jalan untuk menyampaikan dakwah tuhan mereka. Manakala perkataan kedua, (man khazalahum bermaksud orang yang mengecewakan mereka). Kalimahmemberi maksud bahawa ada orang yang bersama mereka beberapa ketika di jalan dakwah kepada Allah, kemudian menyeleweng dari meneruskan perjalanan ini samada kerana suasana tertindas yang amat kronik ataupun kerana fitnah kemewahan.

Ternyata apa yang diberitahu oleh Rasul yang benar dan dibenarkan ini telah benar-benar berlaku kepada jamaah yang diberkati ini , sepanjang jalan dan usianya yang panjang, samaada secara menegak atau melintang dan samada dari aspek geografi atau sejarah.

Ustaz al-Banna rhm telah mengikuti sumber yang mulia ini, lalu beliau memimpin pengikutnya ketika menjadi mursyid pertama jamaah ini, untuk mengikut manhaj Rasulullah. Beliau berusaha sedaya upaya bersama keikhlasan dan pengorbanan serta ikatan yang kukuh dengan setiap peribadi jamaah, sehinggalah mereka menjadi umpama satu bangunan yang tersusun , amat sukar untuk dirobohkan dan dibinasakan.

Namun perkara yang mesti kita fahami ialah: Allah ‘Azzawajalla tidak mentaklifkan kita untuk mendapatkan natijah kerana dalam banyak ketika, amal kita tidak mendapat natijah yang diingini walaupun selepas memberikan seluruh daya dan usaha. Justeru jiwa manusia akan merasa putus asa. Namun contoh sepatutnya telah ditunjukkan oleh Rasul Qudwah, ketika berhadapan dengan tekanan bahkan penindasan yang paling perit ketika di Taif. Walaupun baginda pergi ke Taif hanya untuk menyeru mereka kepada Allah dan redhaNya tanpa upah/ganjaran.

Baginda hanya menginginkan hidayah kepada mereka seperti dalam doanya: Ya Allah , berikan hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui. Juga sepertimana firman Allah yang bermaksud: Wahai kaumku, kenapa kertika aku menyeru kamu kepada kejayaan, kamu pula menyeru aku kepada neraka? (Ghafir 41) Juga firmanNya: Aku tidak meminta ganjaran (dengan dakwahku ini) kerana ganjaranku hanyalah dari Allah (Yunus 72).

Allah berfirman kepada baginda: Kami telah ketahui bahawa kata-kata mereka telah menyakiti kamu, tetapi mereka sebenarnya tidak mendustaimu sahaja bahkan mereka yang zalim ini ingkar dengan ayat-ayat Allah. ( Al-Anaam 33). Firmannya Juga: Sesungguhnya kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (As-Syuraa:48)

Kita bersaksi bahawa baginda s.a.w telah menyampaikan risalah dan menunaikan amanah sebaik mungkin sepertimana yang ditaklifkan oleh Allah, moga-moga Allah memberikan ganjaran dengan sebab kita dengan ganjaran terbaik yang diberikan kepada seorang nabi kerana umatnya (yang mendapat hidayah). Rasulullah telah menceritakan kepada kita bahawa ada nabi a.s. yang dibangkitkan pada hari qiamat dalam keadaan tiada seorang pun yang menyahut seruannya. Lihatlah nabi Nuh, nabi Allah yang paling panjang umurnya dan seorang nabi Ulul Azmi. Baginda berdakwah dalam kaumnya selama 950 tahun dengan hanya segelintir sahaja yang menyahut seruannya.

Allah juga telah membezakan antara mengambil inisiatif dan sebab dengan mendapat natijah dalam firmannya yang bermaksud: Maka berjalanlah dipenjuru-penjuru (bumi untuk berusaha) dan makanlah dari rezeki-rezekinya (al-Mulk:15). Rasulullah dan para sahabatnya telah menggali parit ketika baginda tidak menguasai situasi pertembungan yang berlaku sekitarnya. Namun datang kemenangan Allah dengan bantuan angin dan itu bukan dalam jangkaan mereka. Rasulullah juga telah membuat strategi yang terperinci dan mengambil segala sebab musabab yang terdaya dalam peristiwa hijrah namun akhirnya pihak kafir sampai juga ke muka gua persembunyian baginda. Selepas itu datang kemenangan kepadanya dan sahabatnya itu diluar lakaran strategi baginda dengan pengaburan pandangan mata orang-orang kafir ketika itu.

Saudara mujahidin kita di Palestin dan seumpamanya di setiap tempat, menanggung kesusahan yang amat perit, namun pertolongan dan kemenangan dari Allah datang dalam apa yang mereka tidak jangkakan. Kemenangan ini datang selepas mereka mengambil seluruh sebab musabab yang patut. Banyak contoh-contoh dalam perkara ini, namun kesimpulannya kita mohon dari Allah agar memanfaatkan kita dengannya di dalam agama dan dunia kita dalam perkara berikut:

1. Ikhlas niat kepada Allah kerana dengannya kita diberikan ganjaran, kita mendapat kejayaan dan kemenangan

2. Jika kita mencapai apa yang kita inginkan, kita akan memuji Allah kerana kurniaan dan taufiqNya

3. Jika tidak, sesungguhnya pahala kita telah ada di sisi Allah, kita memohon kepadaNya agar mentaqdirkan kebaikan kepada dan meredhai kita.

4. Penerusan dalam menunaikan kewajiban dalam setiap keadaan selepas yakin dengan kelancaran sebab yang kita ambil, dan usaha sedaya mungkin . Ini menegaskan bahawa amal adalah kerana Allah kerana apa yang dilakukan kerana Allah akan berpanjangan dan berterusan.

5. Kita sentiasa mengingati pendirian ibu kita Hajar yang mengambil inisiatif dan asbab, dengan berlari-lari sebanyak tujuh pusingan untuk mencari air. Dalam setiap pusingan, apa yang dihajatinya masih tidak berlaku. Namun beliau terus berlari sehingga kehendak Allah iaitu kebajikan yang melimpah berlaku kepadanya.

6. Kita juga sentiasa mengingati wasiat Rasulullah s.a.w. kepada kita dalam sabdanya: Jika berlaku qiamat dan ditangan seorang dari kamu ada semaian, makatanamkanlah ia... Lihatlah, ketika dunia berada di penghujung, sementara semaian yang disemai hanya akan mendatangkan hasil selepas beberapa tahun yang panjang. Sememangnya tiada hasil yang dapat dijangkakan dari perintah baginda itu, kecuali meneruskan sikap positif, melaksanakan kewajiban dan mendapatkan pahala.

Wahai muslimin di segenap tempat, wahai anak-anak dakwah dari ikhwah dan akhawat! Allah telah memberi rezeki kepada kami dan kamu dengan keikhlasan dan amal yang berterusan serta ketekunan, pengharapan serta penerimaan yang berpanjangan. Berjalanlah dengan keberkatan dari Allah. Allah akan memberikan taufiq kepada kamu dan tidak akan mencuaikan amal-amal kamu. Allah akan beri ganjaran kepada kamu dengan izinNya dengan perkara yang lebih baik dari apa yang kamu ketahui.

Allahuakbar wa lillahil Hamd. Wassalamualaikum wrh wbh.

Sumber: ikhwan.net

~Membentuk Budaya Politik Kampus yang Murni~


Belajar sambil mencabar
Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang
Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin
Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar
- Prof. Ungku A. Aziz (1973)


Setiap tahun akan berlaku pilihanraya kampus di seluruh negara terutama sekali yang membabitkan institusi pengajian tinggi dan kolej universiti. Reaksi bercampur-campur pelajar mengenai pilihanraya kampus juga memberi kesan yang pelbagai kepada institusi pengajian yang terlibat. Ada pelajar yang melihat pilihanraya kampus sebagai acara rutin memilih pelajar dan tidak memiliki hubungan langsung dengan kehidupan pelajar itu sendiri sekaligus tidak mempedulikan apa yang berlaku. Terdapat juga pelajar yang mengambil sikap menjauhkan diri daripada pilihanraya kampus dan melihatnya sebagai medan perebutan golongan oportunis menonjol diri dan membina nama.

Namun walau apapun alasannya, sudah pasti, pihak universiti sepatutnya mengadakan pilihanraya peringkat pelajar memiliki tujuan yang sepatutnya memberi keuntungan untuk pelajar di dalam pelbagai bentuk baik dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa yang panjang. Masakan tidak, majoriti besar kakitangan universiti terlibat dan perbelanjaan yang besar dikeluarkan untuk melaksanakan salah satu rutin proses demokrasi diperingkat pelajar. Sudah pasti antara tujuan utama diadakan pilihanraya peringkat pelajar ini untuk melatih generasi muda melalui proses untuk dipilih serta memilih. Secara tidak langsung juga mendidik generasi muda berhadapan dengan proses memilih pemimpin peringkat umur mereka. Pelajar diminta untuk membuat keputusan baik keputusan menawarkan diri atau diminta bertanding, ataupun membuat keputusan untuk memilih calon yang terbaik.

Tetapi alangkah malangnya jika masa, tenaga dan tumpuan kerja untuk melaksanakan perjalanan pilihanraya kampus diakhiri dengan sentimen benci membenci, tuduh menuduh dan penuh dengan manipulasi seperti politik kepartian di luar kampus. Kita realistik, pemilihan pemimpin peringkat pelajar ini tidak akan menyelesaikan semua masalah yang ada diperingkat pelajar. Adalah tidak adil kepada bakal pemimpin pelajar diletakkan harapan yang tinggi untuk mengubah segala-galanya, menyelesaikan segala kemelut dan kebajikan pelajar yang menjadi tanggungjawab universiti.

Di samping kewujudan program rutin pelajar dan universiti seperti pesta konvokesyen, pemimpin pelajar yang terpilih juga perlu menjadi pemimpin yang mampu merubah persepsi rakan sebayanya mengenai potensi generasi muda dari seorang pelajar biasa kepada pelajar yang miliki idealisme tentang cita-cita hidup merentasi pembinaan moral dan akhlak seseorang individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Kita juga melihat pemimpin pelajar yang dipilih perlu menjadi pemimpin pembina budaya (culture builder).

Memimpin para pelajar untuk membina budaya tinggi yang berkait rapat dengan budaya ilmu dan segala ciri-ciri yang perlu ada dalam pembinaan sebuah tamadun unggul. Kita juga optimis agar pemimpin pelajar yang akan dipilih nanti mampu menjadi model kecemerlangan akademik dan memiliki keyakinan diri dalam memimpin. Di samping kepimpinan pentadbir universiti dan pemimpin negara, umat juga idamkan kelahiran pemimpin pelajar yang mampu merungkai dan membawa keluar kerumitan dan kegelisahan masyarakat yang membimbangi masalah sosial dan jenayah yang sudah menular dikalangan pelajar.

Oleh itu, pertimbangan memilih pelajar tidak wajar disandarkan kepada dari kumpulan atau parti tertentu. Melabelkan pelajar sebagai pro kepada kumpulan tertentu hanya mengelirukan pelajar dan memerangkap pelajar berfikir dalam kerangka berparti sama seperti pilihanraya di luar kampus. Pemikiran pelajar perlu dibebaskan dari diwarnai dengan partisan politik luar. Biarkan pelajar menentukan siapa yang dirasakan punya kredibiliti dan akhlak yang baik. Pemilihan yang paling releven diperingkat kampus ialah memilih berdasarkan keupayaan dan potensi yang ada pada calon terbabit dalam rangka peraturan yang telah ditetapkan.

Bukannya disandarkan sebab emosi, kumpulan sendiri atau sebab pilihan sesiapa pun yang meminta untuk memilih calon tertentu. Kekuatan calon terutama sekali pelajar Islam perlu ditandai dengan ciri al-mu’minu`l-qawiyy (mu`min yang kuat) dan keunggulan peribadi al-qawiyyu `l’-amin (watak yang gagah dan amanah).

Pilihanraya kampus perlu menjauhi elemen manipulasi dan penyelewengan urusan pilihanraya baik melalui surat layang, media elektronik ataupun apa bentuk manipulasi sekalipun. Mahasiswa harus matang dan mampu membezakan nilai surat layang ataupun harga sebuah berita palsu yang tersebar berbanding dengan maklumat yang memiliki autoriti atau kebenarannya.

Di sini latihan yang paling baik untuk mahasiswa melatih diri menapis dan menilai sebarang manipulasi sebelum sampai ke peringkat menjadi pemimpin sesebuah institusi atau negara yang sudah pasti berhadapan dengan rencam politik serantau dan antarabangsa yang serba kompleks dan lebih mencabar. Kita perlu bijak menilai pilihannya yang baik, walaupun kita sedar bahawa risiko membuat keputusan dalam acara seperti pilihanraya kampus tidak seberat membuat keputusan besar yang dilakukan oleh pemimpin diperingkat negara. B

udaya politik peringkat pelajar universiti perlu miliki kecenderungan murni atas asas budaya ilmu yang dipandu oleh nilai agama dan budaya sopan bangsa kita. Kerjasama dan persefahaman antara pelajar dan pentadbir universiti penting sangat penting untuk membentuk warna pilihanraya kampus. Suasana dalam institusi pendidikan sangat bergantung kepada komitmen terutama peringkat pelajar dan pentadbir untuk memastikan kemurnian dan kelancaran acara tahunan ini memberi kesan budaya yang baik dan bukan sebaliknya.

Pilihanraya peringkat mahasiswa bukan medan merebut kuasa seperti mendapatkan kerusi dewan undangan negeri atau parlimen. Pemilihan peringkat kampus bukannya medan membalas dendam atau menunjuk siapa yang lebih gagah dan lebih kuat. Tetapi kawasan universiti adalah tempat yang subur untuk menyemai hikmah dan adab sebagai mana yang tergambar melalui tema Taman Ilmu dan Budi yang diperkenalkan oleh Prof. Dr. Kamal Hassan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Universiti perlu menjadi taman yang subur membina lebih ramai rakan yang membina, mengangkat martabat dan akhlak insan serta mendorong seluruh penghuni universiti menjadi agen pendidik masyarakat dan bukannya menjadi liabiliti kepada masyarakat. Mahasiswa wajar menentukan sendiri iklim politik bagaimana yang kita inginkan. Mahasiswa punya pilihan untuk berbuat demikian. Tetapi jika kita memilih untuk menjadi wakil suara mana-mana kumpulan atau parti politik, maka yang akan menang bukanlah pelajar tetapi pendana atau penyumbang kepada kumpulan tersebut.

Kita perlu mandiri dan bebas memilih jalan membina kepimpinan pelajar tanpa mengorbankan rasa hormat dan kagum sebilangan besar pelajar kepada beberapa parti politik diperingkat nasional yang sememangnya punyai pengaruh besar dan peranan yang menyumbang kepada perjalanan politik negara ini. Mahasiswa perlu mengembalikan keyakinan masyarakat kepada kemurniaan dan kemuliaan universiti melalui budaya politik yang akan menjadi cerminan kepada kematangan kepimpinan pelajar di institusi pengajian tinggi. Kita sedar cita-cita masyarakat yang ingin melihat mahasiswa terdidik dan terbina dengan segala pengalaman berguna baik terlibat dengan kepimpinan pelajar peringkat majlis perwakilan mahupun kelab yang kecil.

Semua mahasiswa baik menjadi pemimpin peringkat universiti atau tidak adalah sama dan tidak pula meletakkan mereka yang terpilih itu menjadi lebih dalam segala hal. Kita semua punyai amanah ilmu dan pengalaman menjadi mahasiswa yang perlu disalurkan kedalam gelojak masyarakat yang dahagakan pimpinan dan dorongan graduan universiti yang akan menjadi hati nurani umat kita kelak. Mahasiswa perlu menterjemahkan idea dan cita-cita murni kita melalui pendekatan yang lebih operatif dan praktis diperingkat masyarakat dan bukannya berlegar disekitar dewan kuliah.

Lanskap gerakan pelajar telah berubah seiring dengan usia kemerdekaan negara dan usia sesebuah institusi pendidikan itu. Keperluan, cabaran dan masalah masyarakat berubah seiring dengan usia perjalanan sebuah negara seperti Malaysia. Tetapi prinsip kebenaran dan keadilan akan terus subur zaman berzaman seiring dengan semangat kemanusiaan sejagat yang kita dukung. Suasana yang ada kini perlukan pelajar yang lebih matang dan terhadapan dengan ruang dan batasan yag ada. Perubahan politik konfrantasi kepada politik dialog (Mina ‘l-muwajahah ila l-hiwar) untuk menyampaikan pandangan pelajar perlu diraikan.

Pandangan pelajar yang mungkin betul dan mungkin silap ini akan mematangkan mahasiswa menyonsong masa hadapan negara. Segala ruang dan peluang (seperti pilihanraya kampus) yang ada untuk menyampaikan pandangan digunakan sebaiknya oleh semua pihak demi kebaikan bersama. Jangan perjudikan masa dan peluang mahasiswa untuk tujuan politik sementara. Kita bina atas semangat melihat masa depan Malaysia yang lebih baik daripada apa yang kita ada kini. Dalam satu kata-kata Almarhum bapak Mohammad Natsir, bahawa “pemimpin tidak lahir dibilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat”.

Sumber: UmmahOnline